My ads

Friday, November 26, 2010

EDU 3104: Hubungan guru-murid

Tajuk:
Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra demi membina bilik darjah yang kondusif. Terangkan 4 langkah atau cara yang boleh diambil oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif antara guru dan murid.

Pengenalan:

            Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok untuk mengajar  apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan.

            Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan murid-murid:

 

EDU 3104

Bincangkan:
Rasa kepunyaan (belongingness) terhadap bilik darjah perlu disemai dalam diri murid. Sebagai guru pelatih atau guru, bagaimanakah anda menyeamai sifat kepunyaan terhadap institusi tempat anda belajar/berkhidmat?

1.    Mengingat nama-nama murid yang diajar dan memangil nama mereka dengan betul tanpa sebarang kritikan.

2.    Memberi kepercayaan kepada murid. Contohnya: Memberi tugasan yang sesuai dengan tahap kemampuan mereka (memberi ganjaran dan teguhan serta menghargai hasil tugasan mereka)

3.    Guru harus mempunyai emosi atau pengurusan emosi yang baik. (tidak panas baran, pemarah dan sebagainya)

4.    Guru haruslah prihatin terhadap keperluan, perasaan dan masalah yang dihadapi oleh mereka dari semasa ke semasa.

5.    Guru haruslah aktif bukannya pasif. Contohnya, guru sentiasa berkomunikasi dan bergaul dengan murid, mengalakan murid untuk mengeluarkan pendapat dan perasaan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

6.    Memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, sama-sama menghiasi bahagian papan notis bilik darjah. Maklumat yang dipaparkan bukan sahaja terdiri daripada hasil kerja murid yang cemerlang tetapi juga memaparkan hasil kerja murid yang lemah untuk mengalakan dan memberi motivasi kepada mereka.

7.    Sampaikan mesej kepaa murid tentang hasrat dan pendirian anda.

8.    Elakkan daripada menggunakan kawalan luar seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah.

9.    Beritahu murid cara pengajaran anda iaitu keutamaan anda ialah supaya murid dapat memberikan yang terbaik untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang terbaik.

10. Beritahu murid kegunaan ilmu yang dipelajari. Jika terdapat murid kelihatan ragu-ragu, terangkan dengan jelasnya kepentingan ilmu pengetahuan baharu tersebut.

Thursday, November 25, 2010

分散识字的特点及优点和缺点

何谓分散识字?分散识字的特点及优点和缺点。

分散识字
Ø  也叫随课文教生字。一课书,先教生字,后教课文,边识字,边阅读寓识字于阅读之中, 使识字和阅读、识字和学习语言紧密结合
Ø  1958年由江苏斯霞老师实验成功的一种“字不离词、词不离句、句不离文”为特征的识字方法。
Ø  強调在具体的语言环境中识字,把生字词放在特定的语言环境中来感知、理解和掌握。
Ø  注重生字字义的情景创设,提倡在词中、句子中、课文情景中进行生字教学,使字不离词、词不离句、句不离篇章,使生字字义在生动形象的语言环境中凸现出来。
Ø  以识字为重点,加强看图识字,注意运用汉字规律
Ø  可以促进学生边识字边进行写字、造句、说话、写话、朗读的练习,可以做到会读、会写、会默、会用。

字音、字形、字义的教学方法个五个

字音、字形、字义的教学方法个五个。

识字教学方法:

}  汉字是音、形、义的统一体。
}  字音是字的名称,字形是字的躯壳,字义是字的灵魂。
}  为了读准字音、认清字形、了解字义的要求,必须掌握字音教学方法、字形教学方法和字义教学方法。

字音教学方法:

Isu-isu semasa mengenai Tamadun Islam dan Barat.

Dengan melayari Internet, sila dapatkan maklumat tentang isu-isu semasa mengenai Tamadun Islam dan Barat.


Multaqa’ Staf ABIM Dan Agensi

Pada 7 Mac yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan majlis multaqa’ membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi berkaitan seperti Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Yayasan Takmir Pendidikan, Islamic Outreach ABIM, Hospital Al-Islam, serta Kolej Darul Hikmah.Multaqa’ ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa staf  sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi yang telah mencurahkan segala keringat,  idea serta masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM di setiap lapangan kehidupan dapat dijalankan dengan lancar, di samping memperbaharui tekad serta menyegarkan kembali visi dan misi untuk membangun Khayra Ummah melalui pembacaan deklarasi-deklarasi oleh wakil-wakil agensi, serta majlis bacaan ikrar oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM, Dr Amran Muhammad.

 

Konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.

Konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.

Konsep tamadun:

Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinisikan tamadun, di mana secara umumnya membawa maksud pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkah laku yang baik.

Menurut The Oxford Dictionary (1995), salah satu makna tamadun ialah baru dan muktahir iaitu new and up to date. Menurut kamus dewan (1998), tamadun boleh didifinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Definisi tamadun:


Istilah tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu tamaddun. Selain itu, terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris civilization. Semua istilah tersebut beerti maju atau mencaa kemajuan.

MASYARAKAT CINA MUSLIM DI MALAYSIA.

MASYARAKAT CINA MUSLIM DI MALAYSIA.

Pengenalan

Sebagaimana yang kita semua dimaklumkan bahawa setiap kaum atau bangsa yang ada di dalam dunia kini mempunyai adat dan tradisi atau cara perkahwinan yang berbeza di antara satu sama lain.

Di Malaysia terdapat tiga kaum yang utama dan beberapa komuniti yang berlainan, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh demikian, setiap kaum mempunyai pelbagai kebudayaan dan corak hidup yang berbeza. Hal ini amat jelas kerana pada masa kini kita semua dapat lihat perkara ini dengan nyata sekali. Kita tidak perlu lihat ke tempat yang lebih jauh kerana di dalam negara kita sendiri pun terdapat pelbagai jenis bangsa yang masing-masing mempunyai adat dan cara perkahwinan yang tidak sama. Di Malaysia, Cina Muslim atau dilahirkan sebagai seorang muslim dikenali sebagai “Hui Min” atau “Hui Chiaw” yang bermaksud agama yang suci dan benar manakala dalam konteks Islam, mereka dikenali sebagai Cina Mualaf.


Statistik mengenai dengan bilangan individu yang masuk Islam.

Mengikut Jadual 1, iaitu stastik daripada Pusat Islam, Kuala Lumpur, Malaysia, pada tahun 1980 hingga 1990, terdapat sebanyak 40089 orang telah masuk Islam. Pada tahun 1982, terdapat sebanyak 8292 orang telah menganuti agama dan jumlah ini merupakan kemuncak dalam masa 10 tahun.

Islam Hadhari

Pengenalan

Islam Hadhari adalah gabungan daripada dua kalimah Bahasa Arab, iaitu: Islam dan Hadhari(sifat). Asal perkataan hadhari ialah hadharun-hadharatun(hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun—lawan kepada perkataan badawah(kepedalaman atau kemunduran).

Bertolak daripada kata dasar tersebut, maka perkataan hadharah ataupun sifatnya hadhari bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan perdaran semasa(waqie). Pengertian hadharah(hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebar luas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat.

 

Peranan Islam Dalam Mengekalkan Keharmonian Masyarakat Majmuk Di malaysia

PERANAN ISLAM DALAM MENGEKALKAN KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


Pengenalan

Negara Malaysia yang terdiri daripada negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung), Sabah serta Sarawak diditubuhkan pada 16 September 1963. Penduduk Malaysia boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu penduduk peribumi dan bukan peribumi. Penduduk peribumi sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu. Selain orang Melayu, terdapat juga pelbagai kumpulan etnik pribumi lain seperti Orang Asli di Semenanjung, dan pelbagai etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Penduduk bukan peribumi terdiri daripada orang Cina dan India serta sebilangan kecil etnik-etnik lain.

Dalam tajuk “Peranan Islam mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia”, kita membincangkan aspek berikut. Pertama, sejarah yang dilalui Malaysia sebagai sebuah bangsa yang lahir daripada benua Alam Melayu , kedua , Islam bukan sahaja sebagai anutan fahaman beragama, tetapi ia juga sebagai sumber pembentukan sarwa pandangan hidup (worldview) yang melahirkan tradisi keilmuan and komitmen penganutnya dalam mempertahankan keharmonian hidup beragama ketiga beberapa faktor penyumbang seperti keadilan social, politik, ekonomi yang diterjemah dariapda prinsip-prinsip Islam bagi menjamin kelangsungan heharmonian hidup beragama.

EDU 3101: Pendidikan Di Malaysia

Nota-nota:


Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Pendidikan Di Malaysia Sebelum Merdeka

Pengenalan Kepada Falsafah

Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Cabang Falsafah- Logik, Metafizik (Ontologi), Axiologi, Epistemologi

Mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik.

Huraikan lima langkah bagi mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik.


            Bilik darjah merupakan persekitaran yang unik. Oleh itu, bilik darjah perlu ada gabungan elemen fizikal, emosi, dan sosial. Elemen-elemen ini bakal mempengaruhi murid dan guru yang berada di dalamnya. Untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang baik, terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan. Di sini, kita akan menyenaraikan lima langkah bagi mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik.

Yang pertama, guru haruslah mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah agar dapat memperbaiki komunikasi dan hubungan sosial dalam kelas. Dengan wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana sosial yang kondusif dan harmoni. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. Sebagai contoh, apabila guru mengajar subjek Sains, suatu eksperimen itu pasti mempunyai banyak hipotesis yang berbeza, maka guru perlu menerima hasil kajian eksperimen dengan terbuka agar murid-murid berpendapat hasil kajian mereka dihargai. Jikalau prinsip demokrasi diwujudkan dalam kelas, maka murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka.

Disiplin Asertif

Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh guru untuk menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin asertif ini dapat diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya.

Pengenalan

Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya.

Menetapkan peraturan

Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah.

Hubungan positif antara guru dan murid

Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra demi membina bilik darjah yang kondusif. Terangkan 4 langkah atau cara yang boleh diambil oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif antara guru dan murid.

Pengenalan:

            Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok untuk mengajar  apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan.

            Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan murid-murid:

 

kesan positif guru yang menyimpan rekod data maklumat peribadi murid-murid

5 kesan positif guru yang menyimpan rekod data maklumat peribadi murid-murid dengan lengkap dan teratur.

Rekod dan data maklumat peribadi murid-murid adalah penting dalam membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah.

Maklumat peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid

Huraikan lima kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid.

Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu proses yang berterusan. Hubungan guru-murid bukanlah terjalin dalam sekelip mata. Hubungan ini memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak. Hubungan guru-murid akan terjalin dengan balk apabila murid-murid berasa gembira dan seronok menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hubungan guru-murid juga memberikan impak kepada perjalanan rutin di dalam bilik darjah. Guru yang berjaya membina komunikasi yang baik dengan murid dapat mengatur rutin dan peraturan di dalam bilik darjah dengan lebih telus dan berkesan.

Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Hasilnya aktiviti tersebut akan memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian akademik murid dan konsep kendiri murid dan guru. Murid-murid yang senang berkomunikasi dengan guru akan dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan gurunya. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri mereka. Perhubungan guru-murid harus dimulakan seawal mungkin. Bermula daripada awal penggal persekolahan, guru patut merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk membentuk satu hubungan yang positif dengan murid-muridnya. Kadangkala hubungan ini mengambil masa yang lama untuk dibentuk. Guru perlu mengetahui latar belakang sosial dan akademik murid untuk menentukan corak hubungan yang sesuai dengan murid-muridnya. Terdapat beberapa kebaikan menjalinkan hubungan yang positifantara guru dengan murid.

Laporan Khidmat Masyarakat

Laporan Khidmat Masyarakat:


Kekuatan:
Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi daripada program khidmat masyarakat ini. Di sini, kami mengemukakan lima wajarannya:

1.    Unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, semasa kerja pengangkutan tanah dijalankan, semua guru pelatih begitu berkerjasama dan bersikap rajin sekali. Hasilnya, kerja ini dapat disiapkan dengan begitu jayanya.

2.    Selain itu, pihak pengurusan xxxx juga memberikan sepenuh kerjasama dari awal ke akhir program. Maka, program khidmat masyarakat ini merupakan suatu  program susulan untuk meneruskan kesinambungan silaturahim ini. Seterusnya memberi aspirasi kepada semua guru pelatih untuk berjaya dalam akademik sekaligus menempatkan diri di menara gading.

3.    Menwujudkan perhubungan erat dan dinamis anatara guru-guru pelatih dengan penduduk setempat disamping bertukar pendapat. Contohnya, kami dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan tugas. Hal ini membolehkan kami mempelajari kemahiran berkomunikasi.

Ceramah Etiket Sosial

Laporan Ceramah Etiket Sosial (Pakaian)


1.0 Pengenalan

XXXX  telah menganjurkan sebuah ceramah yang bertajuk Etiket Sosial (Pakaian) pada 27 Januari 2010 di XXXX pada pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Ceramah ini diberi oleh XXXX. Semua guru pelatih termasuklah guru pelatih Program Perguruan XXXX, Program Persediaan XXXX dan sebagainya menghadiri ceramah tersebut.


2.0 Objektif

Tujuan ceramah ini adalah untuk mendedahkan para guru pelatih kepada etiket sosial agar melahirkan guru yang sopan dan sempurna demi memartabatkan profesionalisme keguruan.

Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson

Perubahan personaliti individu berdasarkan Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson.


Pengenalan:
·         Definisi personaliti 
Personaliti berasal daripada perkataan Latin “Persona” yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji dengan memerhatikan tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.

Murugian (1996) pula menyatakan bahawa personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

            Selain itu, Allport (1961) menyatakan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu, ia menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan persekitarannya.

            Rogers (1951) pula berpendapat, personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.

Teori Utilitarianisme, Teori Egoisme, Teori Prinsip Kewajipan dan Teori Eksistentialisme.

Definisi dan ciri-ciri Teori Utilitarianisme, Teori Egoisme, Teori Prinsip Kewajipan dan Teori Eksistentialisme.



1.0 Pengenalan Teori Etika Teleologi: Utilitarianisme dan Egoisme.

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme (consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme.


1.1 Teori Utilitarianisme:
1.1.1 Definisi:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).

Tuesday, November 23, 2010

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA


1.PENGENALAN

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran.

Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses-proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek-aspek penting terutamanya pengaruh-pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.

Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.

Pengenalan:

            Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

            Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.  Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Tahap dan peringkat perkembangan individu berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap dan peringkat perkembangan individu berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg

1.0 Pengenalan

1.1 Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.

Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis

Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis


Pemikiran Naturalis


Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain.  Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.  

Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

 

Nilai Subjektif, Objektif, Instrumental (Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak (Absolute)

Nilai Subjektif, Objektif, Instrumental (Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak (Absolute)


Pengenalan
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute).

Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut adalah antara fungsi-fungsi terpenting bagi nilai. ( Eow B.H.,  2001)

Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.

Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.

Pernyataan Normatif Moral dan Pernyataan Deskriptif Moral

Pernyataan Normatif Moral dan Pernyataan Deskriptif Moral

PENGENALAN

Sebagai seorang pelajar yang mula memahami aspek asas etika dan jenis nilai moral adalah penting untuk memahami pernyataan normatif dan pernyataan deskriptif ini dengan lebih mudah dan secara langsung. Etika dan moral biasanya dilihat sebagai sama dalam konteks Malaysia yang bermaksud cara berkelakuan. Oleh kerana etika berasal daripada perkataan Greek dan moral berasal daripada perkataan Latin, latar belakang kedua-dua tempat dan masa perlu difahami. Semasa falsafah Greek berkembang, tidak ada banyak fakta tentang agama dan kebanyakan agama belum lahir pada masa itu. Maka, etika biasanya dikaitkan dengan pemikiran rasional, logikal dan sebagainya.

Pada zaman Pemerintahan Roman, konsep moral sudah mula dipengaruhi oleh keagamaan dan kerohanian. Di Malaysia kedua-dua konsep ini juga dipengaruhi oleh agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pelbagai agama lain yang dipraktikkan oleh masyarakat bukan Islam sejak turun-temurun lagi.


PERNYATAAN NORMATIF

Normatif mempunyai maksud spesifik berdasarkan bidang disiplin yang berbeza. Oleh kerana Pendidikan Moral boleh dianalisis dari perspektif falsafah dan perspektif psikologi, pernyataan normatif akan diterangkan dalam konteks tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang satu konsep yang kompleks dan mengelakkannya menjadi lebih kabur sekiranya dicampuraduk dalam pelbagai bidang disiplin.

Secara umum, normatif merujuk kepada standard atau model yang ideal. Dalam keadaan di Malaysia, normatif merujuk kepada standard berdasarkan masyarakat yang pluralistik.