Pengenalan
Islam Hadhari adalah gabungan daripada dua kalimah Bahasa Arab, iaitu: Islam dan Hadhari(sifat). Asal perkataan hadhari ialah hadharun-hadharatun(hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun—lawan kepada perkataan badawah(kepedalaman atau kemunduran).
Bertolak daripada kata dasar tersebut, maka perkataan hadharah ataupun sifatnya hadhari bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan perdaran semasa(waqie). Pengertian hadharah(hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebar luas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat.
Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara
Islam Hadhari adalah gabungan daripada dua kalimah Bahasa Arab, iaitu: Islam dan Hadhari(sifat). Asal perkataan hadhari ialah hadharun-hadharatun(hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun—lawan kepada perkataan badawah(kepedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada kata dasar tersebut, maka perkataan hadharah ataupun sifatnya hadhari bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan perdaran semasa(waqie). Pengertian hadharah(hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebar luas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat.
Visi, Konsep, Misi dan Objektif Islam Hadhari
Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acua sendiri. Konsepnya adalah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama. Misi Islam Hadhari pula adalah melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
Pada segi objektif, Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semsa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Peranan Islam Hadhari
Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembanguan fizikal. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah.
Peranan Islam Hadhari dalam Proses Pembangunan Negara
Konsep Islam Hadhari meupakan suatu polisi awam yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk memajukan Negara dan ummah berdasarkan nilai-nilai ajaran Islam. Penjelasan dasar awam Negara ini telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan dasar Persidangan Agung UMNO yang ke-55 pada 23 September 2004.
Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baharu, ia adalah ajaran Islam yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah(Islam Fundamental). Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembanguan ekonomi dan tamadun menyeluruh yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembanguan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.
Bertitik tolak daripada hal itu, Islam Hadhari telah dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan asas dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam maju menjelang 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan “mainstream” Negara selama ini haruslah berpaksikan kepada roh Islami atau dalam isitlah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari.
Penerapan konsep Islam Hadhari di Malaysia seperti yang disarankan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya pada 23 September 2004 mempunyai sepuluh prinsip utama iaitu:
I. Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi
II. Kerajaan adil dan beramanah
III. Rekyat berjiwa merdeka
IV. Penguasaan ilmu pengetahuan
V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
VI. Kehidupan berkualiti
VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
VIII. Keutuhan budaya dan moral
IX. Pemeliharaan alam semula jadi
X. Kekuatan pertahanan
Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah Negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Islam Hadhari adalah islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh – berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing umat. Warisan dan tamadun islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia. Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sector atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawur(pandangan global) seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip maqasid al Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut:
i. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
ii. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
iii. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
iv. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
v. Menjaga memartabatkan dan memperkasakan keturunan
Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi
Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sebagai teras utamanya adalah mencerminkan arah dan halatuju yang kukuh dan konsisten kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari kesemua prinsip-prinsip Islam Hadhari yang lainnya. Ia merupakan perwujudan fitrah semulajadi manusia dan anugerah khusus yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa kepada umat manusia. Negara yang ahlinya beriman dan bertakwa adalah negara yang memberi keutamaan dan penekanan kepada lima perkara penting yang disebut oleh Ulama sebagai maqaasid al-shari’ah, iaitu:
I. Memelihara dan memperkasakan agama dengan menjadikan nilai-nilai agama sebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara.
II. Memelihara jiwa dengan menghormati hak-hak asasi umat manusia tanpa membezakan golongan, agama, etnik dan darjat kedudukan nilai martabat kemanusiaan sebagai makhluk ciptaan Allah yang termulia.
III. Memelihara akal dengan memberi keperluan pendidikan yang mencukupi bagi tujuan memartbatkan ilmu pengetahuan tanpa membezakan antara ilmu agama dan ilmu dunia, atau ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.
IV. Memelihara keturunan dengan mempertahankan norma dan institusi keluarga sebagai tunjang pembangunan sosial yang adil dan beradab.
V. Memelihara harta dengan memperkasakan ekonomi umatnya melalui peningkatan kemahiran (skills), peluang pekerjaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Berdasarkan daripada pemahaman di atas, teranglah bahawa prinsip iman dan takwa boleh menjadi faktor utama bagi pembangunan masyarakat cemerlang menuju kepada terwujudnya peradaban gemilang dan tamadun terbilang.
Kerajaan Adil dan Beramanah
Dalam prinsip yang kedua iaitu ‘Kerajaan Adil dan Beramanah’, ‘Adil’ adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90, “Amanah” pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ :58. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’ : 15.
Rakyat Berjiwa Merdeka
Prinsip yang ketiga pula mengemukakan tentang ‘Rakyat berjiwa merdeka’. Merdeka mempunyai beberapa pengertian. Mengikut Kamus Dewan (hlm 883), mercleka bermakna ‘ bebas daripacla penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, lepas claripacla (tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, ticlak bergantung kepacla orang lain )’. Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal dan al-Hurriyyah. Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan clan meneruskan sesuatu.
Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam erti kata yang luas. Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri.
Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam keduclukan yang baik dan menyumbang.
Sumber kemerdekaan dengan Allah S.W.T. ialah keimanan dan ketakwaan yang meletakkan manusia dalam batas hamba dan khalifah. Hak individu dalam konteks Islam meletakkan asas kebebasan bersuara, beraktiviti dan bermasyarakat, asal saja ia ticlak melanggar hak orang lain. Hak keluarga ialah tanggungjawab ibu bapa memerdekakan anak-anaknya claripada kejahilan dan menjaclikan diri sebagai contoh atau qudwah supaya anak-anak menjadi orang yang cemerlang dan mampu menyumbang. Hak masyarakat ialah bagaimana potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang tidak saja menjadi miliknya tetapi juga menj adi milik masyarakat. Hak negara ialah bagaimana kehadiran kita sebagai warganya menuntut sumbangan dan pengorbanan dalam apa bentuk yang terizin dan termampu supaya kecintaan kepada Allah S.W.T. memberikan kita hikmah cintakan negara.
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Prinsip yang keempat berkaitan dengan ‘Penguasaan Ilmu Pengetahuan’. Pendidikan ialah proses mengadabkan insan. Pada tanggapan Barat pendidikan dikaitkan dengan proses pemindahan maklumat, ketrampilan dan pengalaman dari guru kepada murid atau dari pensyarah kepada pelajar. Tradisi Islam dalam pendidikan sering menghubungkan pendidikan dengan pembangunan potensi insan. Manusia tidak hanya memiliki kekuatan akal atau minda tetapi Allah mengurniakan manusia dengan potensi rohaniah dan jasmaniah. Ketiga-tiga potensi memerlukan penyuburan yang seimbang. Memberikan fokus kepada pengupayaan akal saja tidak melengkapi sifat pembangunan diri yang menyeluruh. Membangunkan rohani dan jasmani tanpa memberikan fokus kepada akal tidak juga menepati proses pembangunan insan. Menyuburkan kualiti rohaniah, akliah dan jasmaniah secara seimbang adalah pendekatan yang amat serasi dengan proses pembangunan insan.
Asas ilmu yang diperlukan oleh manusia ialah dua, iaitu ilmu Mengurus Diri dan ilmu Mengurus Sistem. Allah SWT menjadikan insan sebagai suatu unit sistem yang mempunyai hikmah dan peranannya sendiri. Allah kurniakan insan dengan hati dan nafs disamping faktor-faktor inderawi yang berfungsi mentadbir urus diri. Faktor nafs dan hati terkait erat dengan faktor diri yang menghasilkan bawaan dan sifat diri. Sifat baik, amanah, adil, jujur, ikhlas dan lain-lain adalah sifat-sifat hati yang ada pada diri. Penguasaan ilmu pengetahuan dan pendekatan integratif dalam pendidikan banyak dibicarakan orang. Kemajuan dan pembangunan sesuatu negara banyak bergantung kepada jenis manusia atau modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikannya. Islam mengutamakan ilmu dan ianya wajib dituntut oleh lelaki dan perempuan. Ilmu adalah suluh hidup dan menguasai ilmu bakal memberi jalan kemajuan dan perubahan.
Pendidikan dan proses pengilmuan berkait rapat dengan proses pembangunan manusia. Manusia dibekalkan oleh Allah dengan akal untuk membolehkannya berfikir. Dari berfikir menjadikan manusia tahu, dari tahu menjadikan manusia berpengetahuan, dari pengetahuan menjadikan manusia berilmu dan dari ilmu membolehkan manusia memiliki hikmah. Pentingnya diri manusia dibangunkan berasaskan apa-apa sistem pun yang bakal diurus ianya bergantung rapat kepada jenis dan kualiti manusia yang ada. Pembangunan manusia yang bakal mengendalikan pengurusan diri dan sistem bergantung kepada jenis ilmu yang ditawarkan kepadanya dan jenis pendidikan yang diberi. Sekiranya pembangunan ilmu hanya menumpu kepada keperluan akademik dan ketrampilan, fokus pengurusan hanya menumpu kepada sistem dan tidak bermula pada diri. Sebaliknya penekanan kepada pengurusan diri dijadikan keutamaan hingga berlaku kealpaan terhadap ilmu-ilmu pengurusan sistem, ianya menyebabkan ketidakupayaan menguruskan sistem dengan berkesan. Bagi menghasilkan kualiti yang seimbang, ilmu pengurusan diri dengan ilmu pengurusan sistem diintegrasikan supaya hasilnya membawa kualiti sebenar yang diperlukan oleh pembangunan negara.
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Prinsip yang seterusnya ialah ‘Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif’. Dalam era semasa di mana setiap negara begitu ghairah membangunkan ekonomi negara masing-masing, permasalahan kemanusiaan seperti keruntuhan akhlak, kemiskinan, ketidakadilan sosial dalam masyarakat, kadar jenayah yang meningkat, keruntuhan institusi keluarga, ketidakseimbangan sistern ekologi dan sebagainya turut sama berkembang dengan kadar yang membimbangkan. Pembangunan dimensi ekonomi yang disepadukan dengan nilai kerohanian kemanusiaan justeru itu perlu digubal dan diterjemahkan dalam bentuk perancangan, polisi, dan mekanisme ekonomi oleh sesebuah negara.Pembangunan ekonomi yang sedemikian. menepati pendekatan pembangunan ekonomi yang seimbang clan komprehensif. Mengikut pendekatan tersebut nilai kemanusiaan perlu diberi perhitungan dalammembangun ekonomi negara. Pendekatan tersebut dengan sekali gus akan menjadi usaha yang mampu menerajui negara ke arah kewujudan sebuah peradaban yang dinamik. Dengan pendekatan ini, ia mampu mengurangkan gejala dan kerenah masyarakat hasil daripada penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi.
Negara membangun seperti Malaysia pada masa ini perlu kepada barisan kepimpinan yang jujur, pintar, gigih serta berwawasan semoga negara mampu berperanan membangun ekonomi secara efektif dalam menghadapi segala bentuk cabaran dalam pergolakan dunia pada masa kini. Pegawai awam dan ahli teknokrat yang beramanah dan berkepakaran dalam kesemua jurusan perlu berganding bahu dalam usaha pembangunan. Begitu juga dengan kepimpinan sektor swasta. Turut sama ialah tenaga kerja yang terlatih dan berakhlak perlu dihasilkan oleh negara.Melalui model pembangunan ekonomi negara yang berciri holistik, pendekatan pembangunan ekonomi negara akan mempunyai pendekatan yang mengambil kira nilai kemanusiaan. justeru itu pembangunan ekonomi negara akan bersifat pelbagai-dimensi yang memboleh kejayaan pembangunan ekonomi dicapai secara berterusan.
Bersandarkan kepada pendekatan Islam, satu model pembangunan ekonomi dapat dirancang untuk memajukan masyarakat di Malaysia. Pendekatan pembangunan tersebut sudah pasti seimbang dan berbentuk komprehensif dan menepati keperluan kemanusiaan. Setiap individu yang akan berusaha untuk membangun ekonomi negara turut sama diberi penekanan melalui pembinaan pandangan hidup, personaliti/sahsiah dan kemahiran semoga kesemua tenaga individu benar-benar dapat berperanan ke arah pencapaian matlamat tersebut demi memaju dirinya dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pendekatan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif akan dilaksana melalui semangat keadilan sosial. Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana sesebuah negara pada mulanya dapat menyedia keperluan hidup asasi masyarakat melalui pencapaian faktor-faktor berikut:
i. Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam urusan kehiclupan di peringkat individu clan masyarakat.
ii. Menaikkan taraf daya fikir serta tahap kemahiran untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan miliki pencapaian kualiti ilmu yang munasabah untuk mereka mampu menjalankan kehidupan secara efektif mengikut keadaan perubahan masa.
iii. Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyarankan pandangan dalam semangat yang beradat dan bebas semoga negara ditadbir menepati prinsip syura.
iv. Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk menentu dan melibat diri bersama dengan pihak swasta atau awam, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi di dalam dan luar negara.
v. Usaha membangun ekonomi dan pencapaian kejayaannya akan memberi keyakinan dan sikap optimis kepada rakyat bahawa generasi masa hadapan negara akan terus mengecapi suasana yang cemerlang.
Kehidupan Berkualiti
Prinsip keenam dari Islam Hadhari adalah ‘Kehidupan berkualiti’. Adalah dinyatakan bahawa Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material dan ini adalah Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-qur’an surah al-Qasas : Ayat 77.
Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.
Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan. Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.
Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu.
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Prinsp seterusnya yang ditekankan dalam Islam Hadhari adalah ‘Pembelaan Hak Kumpulan Wanita dan Hak Minoriti’. Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang.
Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi.
Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.
Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara.
Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain.
Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58.
Keutuhan Budaya dan Moral
Prinsip kelapan dalam Islam Hadhari adalah ‘Keutuhan Budaya dan Moral’. Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-negara tersebut terkenal. Tetapi kemajuan dan modernisasi yang dicapai khususnya oleh negara-negara Barat itu juga telah menghasilkan, pada umumnya, kelunturan nilai-nilai budaya dan moral.
Pada masa sekarang, kita berhadapan dengan suatu kenyataan yang pahit: bahawa masyarakat Malaysia dewasa ini sedang menghadapi ancaman kemerosotan moral yang semakin meningkat dan dalam kes-kes tertentu semakin parah akibat dari kelunturan nilai-nilai murni dan kegagalan dalam penguatkuasaan undang-undang. Begitu juga dengan kes-kes jenayah mencuri, meragut, merompak, merogol dan membunuh. Keselamatan rumah tangga, kanak-kanak, harta benda, diri manusia dan persekitaran semakin tercabar oleh peningkatan kadar jenayah. Beberapa cabaran besar terhadap keutuhan moral dan kekuatan etika masyarakat Malaysia dari perspektif akhlak Islam dapat dirumuskan seperti berikut:-
I. Cabaran daripada Arus Globalisasi, Liberalisasi dan Westernisasi
II. Cabaran daripada Penyalahgunaan Internet dan Telefon Bimbit
III. Cabaran daripada Industri Hiburan dan Media Massa
IV. Cabaran daripada Penyalahgunaan Dadah, Minuman Keras dan HIV/AIDS
V. Cabaran daripada Budaya Rasuah, Urus Tadbir Yang Pincang dan Penyalahgunaan Kuasa
VI. Cabaran daripada Budaya Politik Kebencian dan Kefanatikan
Usaha memperkukuhkan budaya dan moral masyarakat Malaysia harus berjalan serentak dan bergabung tenaga dengan gerakan pemantapan integriti nasional yang mempunyai matlamat yang sama. Strategi pelaksanaannya melibatkan institusi-institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran awam. Faktor penentu kejayaan Pelan Integriti Nasional juga merupakan faktor penentu keutuhan budaya dan moral iaitu:
ü Wujudnya semakin ramai pemimpin beragama Islam khususnya yang mencerminkan keutuhan budaya Melayu dan keutuhan moral Islam supaya tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat akan meningkat.
ü Wujudnya dasar kerajaan, rancangan yang utuh dan matlamat yang jelas dan tidak bertentangan satu sama lain untuk difahami oleh rakyat, khususnya umat Islam.
ü Keberkesanan pendidikan formal dan tak formal mengenai agama dan moral, melalui pendekatan-pendekatan baru khususnya dalam institusi keluarga, sekolah, I.P.T.A. dan I.P.T.S.
ü Komunikasi dan kempen yang berkesan mengenai peri pentingnya nilai-nilai budaya dan moral melalui media massa dan organisasi-organisasi dakwah dan sukarela. Konsistensi antara mesej dan tindakan harus dijaga.
ü Wujudnya persekitaran budaya, masyarakat, ekonomi dan politik yang kondusif dan benar-benar menyokong keutuhan budaya dan moral dalam negara.
ü Pelaksanaan undang-undang dan kod-kod etika dipertingkatkan untuk menangani jenayah, semua jenis rasuah dan semua jenis penyalahgunaan kuasa.
ü Kuatnya sistem kawalan dan pencegahan dari pihak yang berkuasa dalam negeri terhadap pengaruh negatif aliran budaya bebas (permissive) dan gaya hidup yang tak bermoral yang datangnya melalui filem, T.V., video, Internet dan lain-lain saluran.
ü Penerapan etika-etika Islam dalam perniagaan, pengurusan pentadbiran dan kewangan supaya orang Islam yang berkecimpung atau mahu berkecimpung dalam bidang-bidang tersebut sedar bahawa mereka wajib mengamalkan etika-etika tersebut.
ü Kesediaan individu, pemimpin dan rakyat untuk berubah secara kualitatif ke arah matlamat mewujudkan suatu “Masyarakat Bermoral” yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, perniagaan, ekonomi, budaya, seni, media massa, sukan, kehakiman, pendidikan dan kekeluargaan.
Sekiranya kita membiarkan kelonggaran-kelonggaran budaya dan penyakit-penyakit moral ini menjadi lebih tenat, negara kita mungkin akan menerima nasib malang yang pernah menimpa tamadun-tamadun besar zaman dahulu seperti tamadun Romawi dan tamadun Islam di Andalusia. Runtuhnya kedua-dua tamadun yang terkenal hebat dari segi pencapaian ilmu, teknologi dan kebendaan itu didahului oleh proses kelunturan nilai-nilai moral yang berleluasa dalam masyarakat. Apabila kekuatan moral dan rohani yang menunjang integriti dan maruah bangsa dan negara lumpuh, musuh-musuh dari luar pun mengambil kesempatan untuk menyerang dan akhirnya berjaya menakluki negara-negara yang sebelum itu terkenal maju dan kuat.
Pemuliharaan Alam Semula Jadi
Prinsip yang kesembilan dalam Islam Hadhari adalah ‘Pemuliharaan Alam Semula Jadi’. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah S.W.T. yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini. Sebagai khalifah, manusia diberikan Allah S.W.T. kemampuan untuk memahami ciri-ciri tabii alam secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam mentadbir alam ini.
Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya masyarakat. perlulah diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang clijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk membangunkan masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah dilakukan untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan.
PENCEMARAN ALAM TABII
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, ternyata terdapat dua pandangan terhadap alam; alam semula jadi dan alam tabii. Alam semulajadi adalah didasarkan kepada kepercayaan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya, yang mempunyai peraturan tertentu dan mengikut hukum-hukum tertentu yang dimilikinya. Misalnya secara semulajadi api membakar, pisau yang tajam memotong, air dicincang tidak akan putus, objek yang dilepaskan di udara akan jatuh ke bumi clan sebagainya. Dengan kata lain, mereka mengatakan alam semulajadi berkecenderungan mempunyai tabii tertentu secara semulajadi.
Secara umumnya dapat kita katakan bahawa alam tabii bersifat harmoni, stabil dan mendamaikan. Pencemaran berlaku akibat claripada keharmonian alam tabii diganggu. Fenomena-fenomena besar seperti gelombang besar tsunami, banjir kilat, tanah runtuh, perubahan cuaca dan pemanasan. global, kemarau panjang, runtuhan salji dan sebagainya adalah akibat daripada keharmonian. alam ini terganggu. Gangguan kepada alam tabii ini adalah hasil buatan tangan-tangan manusia seperti firman Allah S.W.T. dalam surah al-Rum ayat 41.
PEMULIHARAAN ALAM TABII
Telah dibincangkan di atas bagaimana alam tabii berada dalam fitrahnya dengan mengikut peraturan dan norma-norma tertentu yang dapat diramalkan sifatnya. Sifat tabii alam ini dapat difahami dengan jelas melalui ilmu sains tabii, manakala teknologi adalah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia dapat menggunakan ilmu sains untuk kepentingan manusia. Pencemaran alam pula berlaku kerana manusia, setelah memahami tabii alam ini, merosakkan tabii alam dengan aktiviti pembangunan yang ticlak dirancang. Dengan kata lain, alam ini diterokai sambil mengabaikan keteraturan dan fitrah alam.
Proses pemuliharaan alam tabii adalah proses memulih dan memelihara alam ini agar tidak rosak dan mencemarkan. Biasanya alam yang telah rosak akibat daripada kerosakan tabiinya agak sukar untuk dibaik pulih. Untuk membaik pulih, ia memerlukan proses yang terlalu lama kerana proses pengekalan sifat tabiinya sudah terjejas.
Di peringkat negara dan individu, usaha terbaik untuk mengekalkan alam tabii ini adalah melalui pendidikan clan berusaha pula untuk menyepadukan ilmu yang membolehkan manusia memahami alam tabii (yakni ilmu sains) dengan ilmu yang membolehkan manusia mengenal Tuhannya (yakni ilmu agama). Tetapi ini adalah suatu usaha yang sukar sekiranya manusia menerima bahawa i1mu agama adalah i1mu milik peribadi sebagaimana yang Barat, fidak sebagai i1mu yang membentuk tata cara hidup seseorang. Selagi manusia fidak ditanam dengan fahaman bahawa alam ini perlu dibangunkan dan tanggungjawab dengan Tuhannya fidak boleh diabaikan, selagi itulah isu mengenai pemuliharaan alam tabii fidak akan selesai.
Dalam hal ini, dialog peradaban sebagai usaha untuk saling memahami antara satu dengan lain amatlah penting. Dialog peradaban pula tidaklah boleh ditujukan kepada perbincangan antara agama dan budaya semata-mata. Lebih daripada itu, dialog peradaban perlu dilihat daripada aspek Peradaban Tamadun Barat kini dengan peradaban yang berasaskan agama.
Untuk mensepadukan antara sains yang membolehkan manusia memahami tabii alam, dengan ilmu agama yang membolehkan manusia mengenal Tuhannya, supaya aktiviti manusia untuk meneroka khazanah yang terkandung di dalam alam ciptaan Allah S.W.T. ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya, dan dalam masa yang sama nilai-nilai agama itu dapat dihayati sepenuhnya untuk menjadikan. manusia itu sebagai khalifah Allah S.W.T., maka beberapa konsep asas perlu difahami. Konsep tersebut termasuklah;
ü Konsep agama sebagai ad-din, yakni konsep agama sebagai sistem hidup manusia.
ü Konsep alam tabii, Konsep bahawa alam ini mempunyai peraturan dan norma-norma tertentu yang mesti dipatuhi.
ü Konsep manusia sebagai insan, Manusia ticlak boleh disamakan dengan binatang.
ü Konsep ilmu (‘ilm) yang termasuk di dalamnya konsep ma'rifah. Konsep ilmu dan matrifah amat luas.
ü Konsep kebijaksanaan atau hikmah dalam proses amal.
ü Konsep keadilan ('adl) yang bukan sahaja terbatas kepada keadilan sesama manusia, tetapi juga keadilan kepada alam sekitar.
ü Konsep amal dalam usaha untuk menabur bakti dan menjalankan fungsinya sebagai khalifah.
ü Konsep adab dan akhlak. Adab tidak boleh dibataskan fahamannya kepada perlakuan yang betul, yang dilakukan pada masa dan suasana tertentu sahaja.
Konsep di atas tidak dapat dibincangkan secara terperinci dalam rencana yang terbatas ini. Pastinya dalam Islam konsep di atas adalah berbeza-beza dengan konsep yang difahami dalam pemikiran dan tamadun Barat. Dengan pemahaman tentang konsep ini, adalah cliharapkan agar pengetahuan sains clan teknologi clapat clibangunkan sebagai fungsinya yang sebenar untuk memahami tabii alam clan mengambil manfaat daripadanya, bukan sebagai satu-satunya ilmu yang mendominasai dan mewarnai disiplin ilmu lain, apatah lagi menjaclikannya sebagai saintisme (fahaman hidup yang segala-galanya perlu dilihat dari kaca mata sains). Dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai insan clapat dilaksanakan agar kesejahteraan menyeluruh dapat dinikmati oleh semua makhluk di alam ini.
Pembangunan sesebuah tamadun dan peradaban manusia ticlak akan terbina tanpa usaha memakmur dan membangunkan alam ini secara seimbang clan sepadu. Pembangunan yang hanya mementingkan alam clan mengabaikan aspek keinsanan manusia akan lebih banyak mengunclang bencana keburukan daripada kebaikan.
Kita tidak dapat nafikan bahawa tamadun tamadun besar terdahulu hancur dan musnah akibat ticlak adanya penghayatan yang utuh tentang nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang dijelmakan melalui penghayatan nilai murni dan kerohanian yang tinggi. Kita memerlukan manusia yang mempunyai gabungan dan kesepaduan antara dua akal seperti yang diajukan oleh Islam untuk membangunkan diri, masyarakat, negara dan dunia ini keseluruhannya. Namun demikian ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan. Sebagai penutup, marilah sama-sama kita renungi kata-kata Einstein dalam melihat pembangunan alam berdasarkan sains dan teknologi.
Kekuatan Pertahanan
Prinsip yang terakhir diterangkan dalam Islam Hadhari adalah ‘Kekuatan Pertahanan’. Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan.
Melalui pendekatan ini, pertahanan bermula dengan kekuatan dalaman (spiritual), yang akan menjana kekuatan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari akan memastikan kemantapan jati diri dan kekuatan dalaman rakyat Malaysia serta keupayaan mempertahankan negara dengan penuh kesungguhan. Negara perlu menyediakan segala keperluan fizikal berupa prasarana dan peralatan perang yang berteknologi tinggi dan terkini bagi mengekalkan keamanan. Peralatan tersebut perlulah dibangunkan sendiri oleh pakar-pakar tempatan dari kalangan rakyat Malaysia bagi mengelakkan pergantungan kepada pihak luar secara berterusan serta mempertahankan maruah umat dan bangsa. Langkah ini adalah sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah yang sangat bertepatan dengan kehendak ajaran Islam yang menuntut umatnya menyediakan pasukan pertahanan yang lengkap sedia bagi menjamin kedaulatan agama.
Pertahanan adalah asas penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Kekuatan pertahanan jugalah yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Tanpa kekuatan pertahanan, kestabilan negara tidak akan wujud dan rakyat tidak akan dapat mengecap nikmat kesejahteraan.
Keizinan berperang di dalam ayat di atas adalah disebabkan oleh serangan musuh terhadap orang-orang Islam dan berlakunya penganiayaan terhadap umat Islam. Bagi mempertahankan diri, tanah air dan hak asasi kemanusiaan serta hak beragama, mereka terpaksa mengangkat senjata. Ini adalah hak yang diperjuangkan oleh seluruh manusia dan sewajarnya peperangan dilancarkan.
Peperangan berdasarkan ayat ini adalah bertujuan untuk menghapuskan fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat dan lebih berbahaya daripada membunuh berdasarkan ayat-ayat berikut:
ü Pertahanan adalah penting bagi menjaga kesucian Islam daripada menjadi bahan mainan dan cemuhan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ayat di atas menyatakan bahawa peperangan yang bertujuan untuk menentang perkara-perkara berikut:
I. Orang yang melanggar sumpah setia (perjanjian damai) dan persetujuan untuk memelihara keamanan dengan masyarakat dan negara Islam.
II. Orang yang mencerca agama Islam.
III. Memelihara perjanjian damai dan menjaga kemuliaan agama.
ü Pertahanan adalah persediaan untuk mengekang pencerobohan.
ü Islam adalah agama perdamaian.
ü Namun, umat Islam diajar supaya pantang berundur apabila menghadapi musuh.
TANGGUNGJAWAB RAKYAT TERHADAP NEGARA
Rakyat secara umumnya berperanan untuk mencintai dan meyanyangi negara, bersatu-padu dan member sokongan kepada pemimpin, menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta menyediakan kelengkapan untuk pertahanan. Rakyat juga berperanan untuk membina kekuatan ekonomi dan menanam semangat patriotism dalam diri.
Kriteria Rakyat Yang Mampu Mempertahankan Negara
Kriteria rakyat mampu mempertahankan negara mestilah memiliki ciri-ciri kekuatan iman, kekuatan semangat jihad yang menepati tuntutan syarak dan agama, kekuatan fizikal dan mental, serta penguasaan ilmu dan teknologi. Kekuatan rakyat merupakan pemangkin kepada benteng pertahanan negara. Tanpa sokongan padu rakyat, kesejahteraan dan kemakmuran negara tidak akan tercapai.
Ciri-ciri utama pembangunan islam
Pembangunan dalam kerangka Islam adalah berasaskan kepada nilai-nilai dalam al-Quran dan as-Sunnah yang merupakan rujukan utama dalam usaha pembangunan Islam.
Fokus utama dalam usaha pembangunan ialah manusia sendiri. Apa jua proses pembangunan, ia perlu dimulakan dengan pembinaan akhlak dan moral, kerohanian, dan juga bi-ah (persekitaran) manusia itu sendiri. Manusia merupakan agen persekitaran sosio-ekonominya sendiri. Oleh itu, pembangunan dalam Islam merangkum perubahan kualitatif dan kuantitatif.
Sumber-sumber menifestasi pembangunan Islam adalah Taqwa, corak nilai-nilai Islam, pertumbuhan sosio-ekonomi dan usaha-usaha tempatan.
Institusi-institusi perlaksanaan pembangunan Islam
Terdapat enam institusi yang berperanan dalam perlaksanaan pembangunan Islam iaitu shariyah, pemerintah, hisbah, pendidikan, bait al-mal dan sistem kewangan.
Syariah adalah sistem perundangan Islam. Ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Perintah-perintah yang mengandungi peraturan kehidupan individu dan orang ramai bukan sahaja menyentuh ibadah khusus, sifat-sifat individu dan hubungan kekeluargaan malah ia juga merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan sosio-ekonomi, pemerintahan, hak dan tanggungjawab rakyat, sistem kehakiman dan perundangan, peraturan dalam masa aman dan masa peperangan dan juga hubungan antarabangsa. Kriteria tentang apa yang baik atau yang salah, dibenarkan atau tidak, digalakkan atau tidak digalakkan, kepentingan individu atau kepentingan ramai semuanya telah ditetapkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Islam mengiktiraf kepentigan kewujudan pemerintah yang kekal dalam ekonomi. Pengiktirafan ini berpunca daripada kesedaran bahawa pencarian kepentingan diri tidak semestinya akan dapat memastikan kepentingan awam. Tugas pemerintah antara lain adalah menggubal, melaksanakan dan membimbing dasar-dasar pembangunan.
Hisbah merupakan suatu institusi yang dibina oleh Islam untuk membantu kawalan dan penyelengaraan ekonomi Islam untuk memastikan perkembangan sepenuhnya tingkah laku dan norma-norma Islam. Hisbah merupakan mandat yang telah diberikan, mampu membimbing tindakan individu dan orang ramai dan sekiranya perlu mempengaruhinya agar ia menuju arah yang diharapkan. Hisbah akan bertindak sebagai institusi utama dalam skima sosio-ekonomi Islam, dengan tugasnya untuk memastikan kewujudan tahap akhlak Islam yang tinggi dan masyarakat dijaga daripada sebarang penyelewengan, pecah amanah, eksploitasi serta ketidakefisenan yang disengajakan. Oleh itu, Hisbah perlu bagi memastikan keamanan, di samping mengawal selia tingkah laku para pembeli dan peniaga di pasar untuk mengelakkan amalan yang tidak betul di dalam pasaran.
Proses pendidikan merupakan satu proses yang berterusan dan matlamatnya difokuskan untuk pembangunan manusia secara kualitatif dan kuantitatif. Asas permulaan bagi pendidikan untuk semua peringakat ialah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
Baitul mal merupakan satu manisfestasi konsep falsafah Islam yang dibina di atas tiga prinsip utama berkaitan dengan konsep kekayaa, amanah dan keadilan sosio-ekonomi. Pencapaian keadilan sosio-ekonomi merupakan matlamat segera institusi Bait al-mal. Ini jelas kerana Baitul Mal memikul tanggungjawab untuk melaksanakan sistem kewangan masyarakat, perancangan keperluan-keperluan pembangunan dan kebajikan. Oleh sebab itu orang-orang dilantik menguruskan Baitul Mal ini mesti berpegang teguh kepada prinsip-prinsip falsafah Baitul Mal itu sendiri. Kesungguhan ini hanya boleh diwujudkan menerusi sistem pendidikan dan diikuti oleh usaha-usaha individu untuk meningkatkan keimanan dan taqwa.
Penutup
Islam bersifat hadhari sepanjang masa. Oleh itu konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh negara kita begitu relevan untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Pembangunan Islam merupakan pembangunan yang komprehensif yang bukan sahaja mengambil berat tentang pembangunan ekonomi, malah ia mengambil berat tentang semua bentuk pembangunan, dari segala aspek kehidupan manusia sama ada jasmani mahupun rohani. Sekiranya manusia mahu menyelesaikan masalah yang mereka sedang hadapi iaitu masalah ketidakadilan, masalah kemusnahan alam sekitar dan masalah sosial jalan yang terbaik bagi mereka ialah menghayati dan mengamalkan pembangunan Islam.
Umat Islam harus mengembalikan kegemilangan tamadun silam melalui penguasaan dan pengunaan sains dan teknologi. Kekuatan tersebut perlu dibangunkan dan diaplikasikan sesuai dengan kapasiti negara dan dibina dalam acuan negara Malaysia.
Dalam melaksanakan prinsip kesepuluh pendekatan Islam Hadhari yang berkaitan kekuatan pertahanan, semua lapisan masyarakat perlu menyedari bahawa setiap individu berkewajipan untuk mempertahankan negara tercinta ini melalui kapasiti dan kemampuan masing-masing. Adalah juga dijelaskan bahawa setiap manusia mempunyai ruang untuk memberikan sumbangan ke arah meningkatkan kekuatan pertahanan negara. Konsep jihad perlu difahami dengan menyeluruh demi memelihara kesejahteraan semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Kesemua ini akan terjadi secara optimum dengan menjadikan kekuatan pertahanan teras kesepuluh Islam Hadhari sebagai keutamaan dalam agenda Negara, dan selalunya diperkasakan untuk melahirkan sebuah Negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
0 comments:
Post a Comment