My ads

Thursday, November 25, 2010

Konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.

Konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.

Konsep tamadun:

Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinisikan tamadun, di mana secara umumnya membawa maksud pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkah laku yang baik.

Menurut The Oxford Dictionary (1995), salah satu makna tamadun ialah baru dan muktahir iaitu new and up to date. Menurut kamus dewan (1998), tamadun boleh didifinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Definisi tamadun:


Istilah tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu tamaddun. Selain itu, terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris civilization. Semua istilah tersebut beerti maju atau mencaa kemajuan.

Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab yang bermaksud pembukaan bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi perkerti. Daripada perkataan maddana lahirnya perkataan madani yang bermaksud pembangunan perbandaraan serta kehalusan budi perkerti yang terpuji.

Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaraan. Manakala Ibrahim Mustafa et al. (1989) memberi erti yang sedikit bebeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju.

Tamadun menurut sarjana barat:
1.    Arnold Tonybee: suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran atau produktiviti yang mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

2.    J.K. Fiebleman: Kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.

3.    E. B. Taylor: Rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

Tamadun menurut sarjana Islam.
1.    Ibn khaldun: Kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya.

2.    Muhammad Rasyid Redha: Agama ialah asas tamadun kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

3.    Sayyid Qutb: Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang beteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Ciri-ciri tamadun:

1.    Penempatan kekal: Aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun kerana manusia memerlukan tempat yang kekal bagi menjalankan kegiatan ekonomi dan kemasyarakatan.

2.    Revolusi pertanian: Ciri ketamadunan sesebuah masyarakat adalah berdasarkan kekayaan yang diperolehi dalam proses mengeksploitasi alam. Penciptaan alatan, pengkhususan perkerjaan yang membawa kepada kemajuan.

3.    Sistem politik dan pemerintahan yang teratur: Kelompok manusia  memerlukan pemerintah bagi mencapai kemajuan dalam ekonomi, pentadbiran dan politik.

4.    Stratifikasi dan organisasi sosial: Pengelasan masyarakat berdasarkan status. Oleh itu, terdapat peraturan adat yang membezakan antara golongan atasan dengan bawahan. Maka, orang bahawan berusaha mencapai kemajuan diri dabn mengubah status mereka. Usaha ini membentuk suatu masyarakat yang maju.

5.    Urbanisasi: Proses oembentukan pembandaran atau dikenali sebagai bandar yang merupakan pusat kegiatan ekonomi, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya. Kewujudan bandar telah meningkatkan sesebuah tamadun itu.

6.    Perkembangan sains dan teknologi: Kemajuan yang selaras dengan perkembangan pengetahuan dan pemikiran sesebuah masyarakat.

7.    Sistem tulisan: Sebagai penghantar maklumat yang membolehkan cacatan perkara yang penting. Seterusnya, catatan ini tersebar luas ke dunia. Selain itu, ilmu juga dapat dicatatkan dan diwarisi oleh generasi baru. Contohnya, karya-karya, ilmu sains dan sebagainya.

8.    Sistem agama dan kepercayaan: Pemikiran yang mengkehendakkan manusia supaya beradab sopan dan mengamalkan nilai-nilai yang baik. Ini telah meningkatkan ketamadunan sesebuah tamadun itu.

0 comments:

Post a Comment