My ads

Thursday, November 25, 2010

Laporan Khidmat Masyarakat

Laporan Khidmat Masyarakat:


Kekuatan:
Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi daripada program khidmat masyarakat ini. Di sini, kami mengemukakan lima wajarannya:

1.    Unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, semasa kerja pengangkutan tanah dijalankan, semua guru pelatih begitu berkerjasama dan bersikap rajin sekali. Hasilnya, kerja ini dapat disiapkan dengan begitu jayanya.

2.    Selain itu, pihak pengurusan xxxx juga memberikan sepenuh kerjasama dari awal ke akhir program. Maka, program khidmat masyarakat ini merupakan suatu  program susulan untuk meneruskan kesinambungan silaturahim ini. Seterusnya memberi aspirasi kepada semua guru pelatih untuk berjaya dalam akademik sekaligus menempatkan diri di menara gading.

3.    Menwujudkan perhubungan erat dan dinamis anatara guru-guru pelatih dengan penduduk setempat disamping bertukar pendapat. Contohnya, kami dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan tugas. Hal ini membolehkan kami mempelajari kemahiran berkomunikasi.


4.    Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Maka, semua guru pelatih akan lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

5.    Program khidmat masyarakat sememangnya menyintil atau menyelitkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam diri setiap peserta. Sebagai contoh, nilai seperti kasih sayang, cinta kepada alam sekitar, berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh setiap guru pelatih. Sudah tentu nilai-nilai murni ini dapat mematarbatkan profesion perguruan ini.

Kelemahan:

1.      Bilangan peserta. Bilangan guru yang terlibat dalam program khidmat masayarakat adalah agak ramai, iaitu seramai XX orang. Hal ini menyebabkan kawasan XXX yang agak kecil itu disesaki dengan guru-guru pelatih daripada XXXXX.

2.      Pemilihan kawasan. Kumpulan kami berpendapat bahawa XXX adalah kurang sesuai untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Hal ini adalah kerana kawasan XXX adalah agak bersih dan kecil. Maka, kerja yang perlu dilakukan oleh setiap guru pelatih adalah agak berkurangan. Oleh itu, pemilihan sesuatu kawasan itu seharusnya boleh memuatkan pengisian masa, mahupun memenuhi objektif program “khidmat masyarakat” ini.

3.      Motivasi. Guru-guru pelatih kurang bermotivasi semasa Program khidmat masyarakat kali ini. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya maklumat ataupun informasi sebelum program ini dijalankan. Maka, guru-guru pelatih tidak membuat persiapan awal. Maka, semangat ataupun motivasi adalah tidak dapat ditingkatkan semasa program ini dijalankan.

Cadangan penambahbaikan:
Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas, kumpulan kami mengariskan beberapa cadangan penambahbaikan seperti di bawah ini:
1.      Bilangan peserta. Bilangan guru pelatih boleh dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil lagi semasa khidmat masyarakat dijalankan. Hal ini adalah supaya setiap peserta program khidmat masyarakat ini betul-betul dapat memperolehi manfaat yang setimpalnya. Contohnya, bilangan maksimum guru pelatih boleh dikurangkan kepada 40 orang. Diharapkan dengan ini, setiap guru pelatih dapat mempelajari dan menimba pengalaman ataupun mendapat manfaat yang lebih banyak lagi.  

2.      Pemilihan kawasan. Program khidmat masyarakat ini boleh dijalankan di tempat perkampungan yang berdekatan. Hal ini adalah kerana ianya lebih  mendedahkan guru-guru pelatih dengan masyarakat. Sehubungan itu, profesion perguruan dapat dimantapkan lagi.

3.      Motivasi. Walaupun XXX memberikan taklimat ringkas pada hari tersebut, tetapi guru-guru pelatih agak keliru tentang apa yang perlu dilakukan. Kumpulan kami mencadangkan supaya suatu ceramah ataupun taklimat khas perlu diberikan sebelum hari program khidmat masyarakat ini dijalankan. Hal ini adalah supaya guru-guru pelatih dapat membuat persediaan tentang apa yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, makluman bahawa tiada makanan disediakan perlulah dibuat sehari sebelum program ini dijalankan. Sehubungan itu, guru-guru pelatih dapat membuat persediaan dengan membawa makanan dan minuman. Hal ini dengan alasan bahawa terdapat segolongan guru pelatih kelaparan dan sehingga menjejaskan motivasi mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat ini.



Refleksi

Aktiviti khidmat masyarakat ini telah diadakan di XXXX. Pada hari tersebut, guru-guru pelatih berkumpul di depan Auditorium XXXX sebelum 8.00 pagi. Selepas taklimat diberikan oleh XXXX dan pensyarah-pensyarah , kami bertolak ke XXXX pada pukul 8.15 pagi dengan XXXXXX.

            Perjalanan ini mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke destinasi. Sesampainya di sana, suatu taklimat ringkas telah diberi kepada guru-guru pelatih oleh pihak pengurusan XXXX. Guru-guru pelatih XXXXXXXXXX  harus menjalani aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan XXXXX. Saya pula mendapat tugas untuk membersihkan kawasan semak di sekitar pokok-pokok bunga. Oleh kerana tugas ini agak ringan, saya telah membantu kawan-kawan menggangkut tanah selepas menyiapkan kerja di atas.

            Secara ringkasnya, aktiviti khidmat masyarakat ini mempunyai beberapa kekuatan. Pertama sekali, aktiviti ini melatih sikap kerjasama antara ahli-ahli kumpulan. Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam konteks yang membawa kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai contoh, dengan berkat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan, kami telah berjaya mengangkut tanah dengan begitu cepat sekali.

            Selain itu, program khidmat masyarakat ini juga merupakan suatu aktiviti yang bermakna di samping dapat menyihatkan tubuh badan kita. Maka, ianya merupakan peluang yang baik untuk semua guru pelatih bersenam dan memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat ini. Bukan itu sahaja, program ini juga berjaya membawa diri saya lebih mendekati dengan masyarakat.

            Dari segi kelemahan pula, saya rasa bilangan guru pelatih yang terlibat adalah agak ramai berbanding kawasan ataupun kerja yang ditetapkan. Untuk makluman, jumpah guru pelatih adalah seramai XX orang, manakala kawasan XXXX itu adalah kecil. Hal ini menyebabkan ada sesetengah guru pelatih mencuri tulang. Kelemahan seterusnya adalah seperti kawasan yang dipilih untuk program khidmat masyarakat itu kurang sesuai. Pada pendapat saya, kawasan XXXX adalah agak bersih. Oleh itu, kerja yang perlu dilakukan adalah agak berkurangan.

            Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berasa bahawa bilangan guru-guru pelatih harus dikurangkan supaya program ini betul-betul kelihatan seperti program khidmat masyarakat. Selain itu, kawasan yang dipilih itu juga harus lebih besar lagi. Hal ini adalah supaya guru-guru pelatih dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih banyak lagi. Sebagai contoh, kawasan seperti perkampungan boleh dipertimbangkan.

Secara tuntasnya, program khidmat masyarakat memang memberikan manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap guru pelatih yang mengambil bahagian. Saya berharap di masa yang akan datang, saya berharap dapat menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang baharu.

1 comments:

Post a Comment