My ads

Showing posts with label EDU 3105: Teknologi Dalam Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label EDU 3105: Teknologi Dalam Pendidikan. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

EDU ISL 8

 

Tajuk:

Berdasarkan Bab 11 dalam Smaldino,S.E., Russell,J.D.,Heinich,R. & Molenda,M.(2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.).New Jersey:Pearson Educational Inc. dan artikel artikel lain, banding beza Akta Hak cipta yang digunapakai di Malaysia dan antarabangsa

Undang-undang hak cipta Malaysia

Undang-undang hak cipta Malaysia ialah undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia. Undang-undang ini mengikut Akta Hakcipta 1987.

 

Latar belakang

Akta Hakcipta 1987 ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 1987. Akta ini memansuhkan Akta Hakcipta 1969.

Akta ini dipinda oleh Akta Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara sebab utama pindaan ini ialah berikutan masalah pemindahan karya hak cipta melalui Internet.

 

Malaysia ialah satu daripada negara-negara yang menyertai Konvensyen Berne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara dalam Konvensyen ini menikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya di Malaysia. Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertai Konvensyen Berne juga berhak mendapat perlindungan sekiranya karya itu "mula-mulanya diterbitkan di Malaysia" atau "mula-mulanya diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan di tempat lain itu".

 

Peruntukan

Jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah:

  • Karya sastera
  • Karya muzik
  • Karya seni
  • Filem
  • Rakaman bunyi
  • Siaran

Secara umum, hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seni selain daripada fotograf wujud sepanjang hayat si pencipta dan wujud sehingga 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya jenis lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.

Tidak seperti undang-undang hak cipta di negara lain, Malaysia mengakui hak cipta bagi karya yang dibuat oleh Kerajaan atau pertubuhan Kerajaan. Ini dinyatakan dalam seksyen 11 (1). Sebagai perbandingan, undang-undang hak cipta Amerika Syarikat tidak merangkumi karya-karya yang dibuat oleh kerajaan kecuali sekiranya karya itu adalah untuk tujuan dagangan atau tujuan-tujuan khas lain. Oleh itu, hampir semua karya yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah di dalam domain awam. Undang-undang hak cipta Indonesia juga tidak melindungi sebarang karya yang dibuat oleh Pemerintah.

 

Penguatkuasaan

Antara ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudan kuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan oleh majistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakan kekerasan bagi menggeledah tempat itu.

Friday, November 12, 2010

ISL 14B

Tajuk:

Cari bahan dan bincangkan pernyataan berikut:

Peningkatan  dalam penggunaan pangkalan data  dalam  masyarakat serta  kemudahan internet telah memudahkan maklumat peribadi diakses oleh sesiapa pun.  Apakah implikasi  yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi palajar di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?


IMPLIKASI YANG WUJUD BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN DAN PRIVASI DI SEKOLAH

1.    Kehilangan privasi, maklumat dan latar belakang murid diketahui oleh sesiapapun,
2.    Hak individu tidak  dijamin,
3.    Keselamatan tidak terjamin, keluarga yang berpendapatan tinggi, anaknya mungkin menjadi mangsa culik. 
4.    Identiti pelajar disalahguna dalam kes jenayah.
5.    Keselamatan maklumat peribadi pelajar tidak dijamin.
6.    Maklumat pelajar mungkin disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
7.    Privasi pelajar tidak terjamin jika maklumat dalam sistem pangkalan data mudah diakses oleh pihak luar
8.    Jika maklumat pelajar tidak dilindungi dengan baik, mungkin ia akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa jenayah ICT
9.    Maklumat pelajar mungkin akan digunakan oleh orang lain untuk menjalankan sesuatu yang tidak baik.

ISL 14A

Tajuk:

Dengan mengakses internet, cari bahan  dan cuba membentuk  satu aktiviti bilik darjah  yang mengintegrasikan  fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran


Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multimedia adalah pengurusan berkesan. Guru perlu merancang jadual kitaran berkesan yang mengambilkira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada terminal komputer, serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Berikut merupakan satu contoh aktiviti yang boleh dijalankan dengan mengintegrasikan fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran.

Contoh aktiviti bersama dengan penjelasan:

Untuk suatu mata pelajaran tentang durian, sebelum menggunakan komputer, pelajar diminta menjanakan beberapa soalan dan hipotesis mengenai durian itu. Pelajar perlu mengutip data seperti berat, ukurlilit, ketinggian durian tersebut. Setiap kumpulan menganalisis data diperolehi untuk membuat kesimpulan dan tekaan tentang durian lain, seperti apakah berat sesuatu duarian berdasarkan panjang atau ukur lilit. Sepanjang pelajaran, pelajar mungkin dapat melihat video atau menerokai buku atau sumber lain.

Pelajaran dikaitkan dengan matematik, sains atau geografi. Projek pelajar pada komputer mungkin melibatkan
a. menentukan sumber maklumat di Internet
b. download data dalam pengkalan data atau hamparan elektronik
c. menjana jadual atau carta
d. menulis laporan           
e. menyediakan persembahan

Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks dalam persekitaran pembelajaran multimedia. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar.

ISL 13

Tajuk:

Buat  rujukan dalam Pusat Sumber and  bincang dengan rakan-rakan mengenai topik ”  Impak pemerosesan perkataan  dalam pendidikan dan isu-isu  berkait dengan pemerosesan perkataan”


           Pemprosesan perkataan merupakan perisian komputer  yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemprosesan perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.

            Sesuatu pemprosesan perkataan juga ada dalam bentuk unit komputer bersendirian yang serupa kepada mesin taip, cuma lazimnya termasuk kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan pemformatan dan pencetakan canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen dalam kad memori atau disket. Pemprosesan perkataan kebanyakannya membolehkan penggunanya memilih antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan perkataan. Pemprosesan perkataan sedemikian ini tidak harus dikelirukan dengan mesin taip elektrik.

            Pemprosesan perkataan merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.

            Walaupun pemprosesan perkataan awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemprosesan perkataan terkini mempunyai kelebihan antara muka unit grafik (graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.

            Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan set Office. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian penggunaan sumber terbuka seperti Open Office Writer dan KWord turut makin popular.

ISL 11

Tajuk 10 :

Berdasarkan rubric penilaian video di akhir Bab 12 dalam Smaldino, S.E., Russell, J.D.,Heinich, R.& Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). New Jersey : Pearson Educational Inc. ,buat satu penilaian interaktif mana-mana CD video yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran.


Pada hari ini perkembangan teknologi mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan.Kemajuan ini dapat membantu guru-guru menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum pendidikan sebagai suatu usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Suatu perubahan yang signifikan perlu dilakukan oleh guru tentang cara mengendalikan pengajaranm dan pembelajaran di bilik darjah (Ismail 1996). Sudah tiba masanya budaya pembelajaran diubah daripada pemfokusan memori kepada pengetahuan, pemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1997).

Menurut Salomon (1993), pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan prestasi pelajar. Menurut Smellie et al. (1997), media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memudahkan pelajar memahami dan mendapat maklumat yang kompleks berbanding dengan penyampaianmelalui lisan. Smellie et al. juga menyatakan teknologi multimedia membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang. Media pengajaran yang berasaskan komputer mampu untuk menggunakan teknologi multimedia yang mempunyai ciri-ciri interaktif yang membolehkan para pengguna mencapai maklumat dari segmen ke segmen yang lain tanpa mengikut urutan.

            Penilaian untuk perisian kursus ini dibuat setelah perisian kursus ini siap dibangunkan. Penilaian perisian kursus inibertujuan untuk melihat persepsi pelajar dan pakar terhadap penggunaannya dalam proses pembelajaran. Secara khusus, penilaian dilakukan ke atas perisian yang telah dibangunkan untuk menyemak sama ada perisian ini menepati keperluan pelajar. Penilaian pakar pula bertujuan untuk mengesahkan kesesuaian perisian sebagai media pengajaran bagi mengajarkan proses penghasilan lukisan persembahan dengan perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACADR14). Perincian tentang proses penilaian perisian kursus ini adalah seperti berikut:

ISL 5

Tajuk:

Merujuk kepada Section A dalam Smaldino, S.E., Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M (2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). New Jersey: Pearson Educational Inc., bincang dan senaraikan langkah-langkah memelihara dan memulihara cetakan fotografi anda.


Pengenalan

            Pencetak merupakan sejenis peranti output yang sangat penting. Ini kerana ia digunakan untuk mencetak dokumen ke atas kertas, transparency atau stensil. Perkembangan dalam teknologi kamera digital bukan sahaja memberi impak kepada perkembangan dan kemampuan teknologi kameranya tetapi juga kepada peranti yang menjadi tunjangnya iaitu pencetak. Yang paling menyerlah ialah perkembangan teknologi pencetak foto.

            Perkembangan yang berlaku dalam teknologi percetakan membolehkan kita menggunakannya di rumah selain daripada di makmal gambar. Ketika ini, kemudahan yang dibawakan oleh teknologi pencetak foto merupakan satu nilai tambah kepada yang inigin mencetak gamabr foto sendiri walaupun dengan keterbatasan tertentu. Kebiasaannya, pencetak foto merupakan pencetak yang boleh beroperasi secara tunggal di mana ia boleh mencetak sendiri tanpa perlu menggunakan komputer peribadi (personal computer@PC). Jika hendak mencetak foto, cukup dengan sekadar memasukkan kad memori pada slotnya dan kemudian pilihlah urutan gambar dan berapa banyak gambar yang akan dicetak.

            Dari segi kualiti, ia lebih kurang sama dengan pencetak konvensional. Biasanya, pencetak yang digunakan untuk mencetak foto dikenali sebagai pencetak kualiti foto (photo quality printer). Seperti yang kita sedia maklum, setiap pencetak didatangkan dengan kemudahan yang membolehkannya mencetak di pelbagai jenis media cetakan untuk memenuhi pelbagai jenis keperluan. Sebaiknya gunakan kertas foto yang dikhaskan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


Cara-cara memerlihara dan memulihara cetakan fotografi

ISL 3

Tajuk:

Merujuk kepada Bab 4 dalam Smaldino. S.E, etal. (2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). new Jersey: Pearson Educational Inc. kajikan kualiti di mana seseorang pereka cipta harus teliti dalam penghasilan reka bentuk visual yang menarik.

Untuk penghasilan rekabentuk visual yang menarik, prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik perlu dikajikan oleh seseorang pereka cipta dengan teliti. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Terdapat enam prinsip grafik iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan harmoni.

Simplisiti ialah sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Simplisiti juga boleh ditakrifkan sebagai sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian. Contohnya, tulisan yang ditulis seperti ukiran kerawang memang cantik dipandang. Akan tetapi, jika tujuan ukiran adalah supaya mesej mudah dibaca dan difahami, tulisan ini tidak sesuai digunakan kerana ia sukar dibaca. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.

Dominan pula boleh diertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mesti ditonjolkan agar dibaca maksud dengan mudah. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third), warna dan bentuk yang kontras, saiz yang lebih besar, menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama, menggunakan garis yang menunjuk item utama, mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas dan menggunakan lampu atau cahaya memancar.

ISL 1B

Tajuk:
Membuat rujukan di Pusat Sumber mengenai topik “Peranan dan kepentingan model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE”.

Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi reka bentuk pengajaran dalam perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran pelajarnya yang jelas dan berkesan.

            Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah atau kejayaan satu-satu program atau kurikulum kursus.

            Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti berikut:-
1.    Meningkatkan pencapaian pelajar.
2.    Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.
3.    Membantu dalam proses menbuat keputusan.
4.    Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
5.    Menjadikan pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras begi kumpulan yang pelbagai.
6.    Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

ISL 1

Tajuk:
Membuat rujukan di pusat sumber tentang peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.


Peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

·         Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.

·         Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

·         Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

·         Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

·         Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

·         Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

·         Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

·         Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

·         Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.


o   Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

o   Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.

o   Meningkatkan motivasi murid.

o   Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).

o   Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

o   Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

o   Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

o   Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

o   Meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.

o   Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.




Kepentingan dan Peranan Teknologi Pendidikan Dalam P&P

Topik 10: Penerbitan Video Pendidikan

Penerbitan Video Pendidikan

1.0 Pengenalan :

Teknologi canggih yang dilengkapi dengan kamera video dan computer pada hari telah memberikan ruang kepada individu yang kreatif menerokai kreativiti tanpa had. Tetapi kepada kita sebagai guru, kemampuan seperti ini sepatutunya kita gunakan bagi menghasilkan persembahan video untuk tujuan P&P yang berkaitan dengan tugas kita.

Video adalah merupakan salah satudaripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan:

·         Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa.
·         Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.
·         Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.
·         Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid,

2.0 Jenis-Jenis Kamera Video
Terdapat dua format video kamera yang utama, iaitu kamera video analog dan kamera video digital.

Bab 12: Isu-isu dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PENGENALAN:

Teknologi pada zaman ini kian berkembang, terutama dalam Internet, World Wide Web (www), CD-ROM dan video disc. Oleh sebab perkembangan pesat dalam era teknologi, adalah menjadi satu kemestian untuk mengkaji isu-isu dan trend yang perlu diambil perhatian supaya dapat melindungi hak cipta terpelihara dan produk orang lain. Di samping itu, topik ini akan meneliti masalah-masalah yang mungkin wujud akibat perkembangan pesat teknologi. Antara isu dan trend yang akan dikemukakan termasuklah hak cipta terpelihara, keselamatan, kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam penggunaan teknologi. Selain itu, perhatian juga diberikan kepada trend dan peranan teknologi dalam perkembangan pembelajaran berasaskan teknologi dan perkembangan dalam teknologi, media, pendidikan dan latihan pada masa depan.


HAK CIPTA TERPELIHARA

Hak cipta ialah hak eksklusif  yang diberikan kepada pemilik bahan berhak cipta dan terdapat panduan yang mengehadkan serta mengiktirafkan hak undang-undang untuk menggunakan bahan yang berhak cipta. Undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia ialah Akta Hak Cipta 1987. Di bawah akta ini, perlindungan diberikan kepada karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dengan pemenuhan tiga syarat, iaitu usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli, karya tersebut tertulis atau direkod dan penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dianut di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia (Wikipedia,2008).

Tujuan hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik untuk mengawal penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa jua cara pun (KPM,2008). Mengikut Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia, karya-karya asal yang layak mendapat hak cipta termasuklah karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, seni bina dan siaran. Akta Hak Cipta 1987 memberikan perlindungan kepada pemiliknya agar tidak dieksploitasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya. Dalam konteks ini, pengguna harus meminta kebenaran daripada tuan punya bahan yang dihakciptakan. Ada kalanya kita harus mengemukakan bayaran supaya dapat menggunakan bahan berkenaan. Secara umumnya, adalah baik untuk menghubungi pengedar atau penerbit bahan daripada menghubungi penulis atau pereka jika ingin meminta kebenaran untuk menggunakan bahan yang telah mempunyai hak cipta terpelihara. Kebiasaannya, penerbit atau pengedar akan menguruskan hal kebenaran atau yuran penggunaan.

Topik 9: Bahan Audio

1.0 Pendahuluan:

Bahan audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara eletronik melalui kabel atau udara. Bahan audio ini dikatakan dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Bahan audio mungkin terdiri daripada perkara berikut, satu sumber bunyi atau suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio atau penerimaan radio.

            Audio adalah satu komunikasi sehala yang digunakan bagi membantu pembelajaran kendiri pelajar yang menghadapi masalah membaca, golongan yang ingin belajar bahasa asing, serta golongan yang ingin melakukan aktiviti senaman.

            Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Ia dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni, meningkatkan minat serta mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Oleh itu, audio dan bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.


2.0 Kebaikan dan kelemahan bahan audio

2.1 Kebaikan
1.    Audio merupakan satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan berkesan.
2.    Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh guru atau murid.
3.    Bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan pembacaan sahaja.
4.    Bahan audio adalah mudah alih, iaitu dapat digunakan di mana-mana sahaja.

2.2 Kelemahan
1.    Sesetengah kanak-kanak kurang atau tidak memberi perhatian kepada persembahan audio sekiranya tiada pengawasan guru.
2.    Kos untuk menyediakan kelengkapan adalah tinggi.


Tajuk 7: Asas Fotografi

1.0 Pengenalan

            Apakah maksud “fotografi”? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, fotografi bermaksud seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf.

            Fotografi adalah gabungan seni dan sains dalam memaparkan imej ke atas sebatian yang peka pada cahaya.

            Sains dari segi teknikal, peraturan, formula, pendedahan, fokus dan sebagainya.

            Seni pula dari aspek kreatif komposisi, ekspresi manipulasi warna dan sebagainya. Kedua-dua adalah penting untuk menghasilkan persembahan yang nampak professional.

            Perkataan “photography” berasal dari perkataan Perancis “photographie” yang bermaksud “light” + “stylus” , “paintbrush” atau “melukis dengan cahaya”. Pada awalnya, produk fotografi dinamakan “negatives” (negatif) dan fotograf, atau singkatannya photo (foto).

            Fotografi (photography) berasal dari dua perkataan iaitu “Photo” yang bererti cahaya dan “graph” yang bererti tulisan / lukisan.  Sebagai istilah umum, fotografi bererti proses atau kaedah untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya. Alat paling popular untuk menangkap cahaya ini adalah kamera.

            Prinsip fotografi adalah menfokuskan cahaya sehingga mampu menangkap cahaya. Medium yang teah dibakar ukuran luminitas cahaya yang tepat akan menghasilkan bayangan identik dengan cahaya yang memasuki medium pembiasan (selanjutnya disebut lensa).


2.0 Sejarah perkembangan Fotografi

            Fotografi adalah hasil dari penemuan. Yang pertama dalam bidang alam menghasilkan kamera, yang kedua dalam bidang kimia menghasilkan film. Asal mulanya kedua penemuan itu tidak ada hubungannya antara satu sama lain sebelum sampai ke kesempurnaan seperti yang kita sekarang kenal serta melahirkan penemuan baru iaitu fotografi.

            Fotografi ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya fotografi tidak dapat berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia fotografi.

            Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan teknologi ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah diterima dengan meluas namun fotografi dengan menggunakan filem masih digunakan di kalangan pengamal fotografi.

            Kamera mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potret pada abad 17 dan 18. Justeru itu, mereka mencipta kamera Obscura untuk kemudahan merakam imej.

            Pada abad ke-5 sebelum masihi, seorang yang bernama MoTi, mencipta gejala fotografi. Apabila sebuah ruangan gelap ada lubang yang memancarkan sinar, maka di tembok suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya tadi secara terbalik. Ibn Al-Haitham, seorang Arab juga menemukan gejala yang sama. Gambar foto pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam.

            Louis Jacques Mande Daquerre merupakan bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obscura merupakan kamera yang pertama kali dipakai untuk menggambar potret. Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak (Eastman Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika.

            Tahun 1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat besar ukurannya di mana beratnya 1400 paun. Lensa seberat 500 paun. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.

            Di awal kewujudan kamera digital, tidak ramai orang yang menggemarinya terutamanya di kalangan professional. Ini adalah kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an masih menggunakan cirri-ciri kamera kompak.

            Abscura telah diubahsuai secara berterusan sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastman yang bersaiz lebih kecil sekitar 1888. Dari zaman abscura hingga ke era digital dan daripada produk yang mahal dan membebankan untuk dibawa, kamera kini menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra pengguna.