My ads

Thursday, November 25, 2010

MASYARAKAT CINA MUSLIM DI MALAYSIA.

MASYARAKAT CINA MUSLIM DI MALAYSIA.

Pengenalan

Sebagaimana yang kita semua dimaklumkan bahawa setiap kaum atau bangsa yang ada di dalam dunia kini mempunyai adat dan tradisi atau cara perkahwinan yang berbeza di antara satu sama lain.

Di Malaysia terdapat tiga kaum yang utama dan beberapa komuniti yang berlainan, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh demikian, setiap kaum mempunyai pelbagai kebudayaan dan corak hidup yang berbeza. Hal ini amat jelas kerana pada masa kini kita semua dapat lihat perkara ini dengan nyata sekali. Kita tidak perlu lihat ke tempat yang lebih jauh kerana di dalam negara kita sendiri pun terdapat pelbagai jenis bangsa yang masing-masing mempunyai adat dan cara perkahwinan yang tidak sama. Di Malaysia, Cina Muslim atau dilahirkan sebagai seorang muslim dikenali sebagai “Hui Min” atau “Hui Chiaw” yang bermaksud agama yang suci dan benar manakala dalam konteks Islam, mereka dikenali sebagai Cina Mualaf.


Statistik mengenai dengan bilangan individu yang masuk Islam.

Mengikut Jadual 1, iaitu stastik daripada Pusat Islam, Kuala Lumpur, Malaysia, pada tahun 1980 hingga 1990, terdapat sebanyak 40089 orang telah masuk Islam. Pada tahun 1982, terdapat sebanyak 8292 orang telah menganuti agama dan jumlah ini merupakan kemuncak dalam masa 10 tahun.

Selain itu, daripada statistik yang sama, didapati bahawa negeri Sabah merupakan negeri yang terbanyak penduduknya masuk Islam antara negeri-negeri di Malaysia,iaitu sebanyak 13459 orang. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebanyak 3188 orang telah masuk Islam dan merupakan jumlah yang kedua terbanyak dalam kajian yang didapati. Negeri yang merupakan ketiga banyak penduduknya masuk Islam adalah negeri Sarawak, iaitu sebanyak 1028 orang.

Mengikut Jadual 2, iaitu statistik yang terdapat menurut kajian Jabatan Agama di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Melalui statistik tersebut, dengan nyatanya menunjukkan bahawa sebanyak 4976 orang berbangsa Cina telah masuk Islam daripada kalangan 11472 orang Cina. Dengan kata lain, sebanyak 43.3% orang berbangsa cina telah menjadi umat atau pengikut Islam.




Persatuan Cina Islam (Malaysia Cina Muslim Assosiation - MACMA)
Objektif
1.    Untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam.
2.    Untuk melaksanakan dan menyusunkan semula aktiviti Da’wah.
3.    Untuk mengukuhkan Ummah masyarakat Cina Muslim di Malaysia.
4.    Untuk  mengukuhkan persahabatan antara umat islam.
5.    Untuk memimpin belajar, menyelidik, seminar dan latihan bagi kemajuan ilmu berkenaan dengan islam kepada semua umat islam.
6.    Untuk membina dan mentadbir Pusat Kebudayaan Muslim.


Faktor-faktor yang mendorong seseorang cina untuk menganuti agama islam.

a)    Perkahwinan
Setiap manusia sentiasa rindukan kebahagian. Hanya perkahwinan sahaja yang dapat memelihara kesucian keturunan.  Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan kongsi hidup yang sejati, sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi suka duka dari erti hidup. Dengan itu, faktor utama yang menyebabkan seseorang cina untuk memeluk agama Islam adalah perkahwinan. Disebabkan terdapat perasaan cinta yang terikat antara satu sama lain, maka walaupun berasal dari dua agama dan kepercayaan yang berlainan, mereka sanggup mengubah agama dan kepercayaannya. Hal ini kerana dalam prinsip yang dipegang dalam agama Islam, sekiranya terdapat salah seorang daripada mereka beragama Islam, maka pasangannya juga perlu beragama Islam. Ini bermaksud sekiranya suami beragama Islam, isteri juga perlu beragama Islam, dan sebaliknya.

            Dalam budaya perkahwinan antara orang Melayu dengan orang cina, terdapat perbezaan yang ketara antara dua kepercayaan tersebut. Salah satu adalah bagi perkahwinan orang cina dengan orang cina, penganti perempuan akan tinggal di rumah suaminya. Manakala bagi perkahwinan orang Cina dengan orang Melayu, suami akan tinggal bersama-sama di rumah isteri. Ini merupakan suatu budaya yang agak istimewa bagi umat Islam.

b)   Ahli keluarga
            Faktor kedua adalah keluarga telah menganuti agama Islam sebelum kelahiran bayi. Oleh itu, bayi tersebut telah ditakdir untuk menganuti, memegang, menerima dan menghormati segala prinsip dan ajaran yang berkaitan dengan agama Islam. Bayi ini tidak boleh menukarkan agamanya dalam seumur hidupnya. Bayi ini akan diajar dengan menggunakan Al-Quran, dan bayi juga berinteraksi dengan orang lain berdasarkan ajaran yang terkandung dalam agama Islam.

c)    Pengaruh orang lain
            Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada Cina Muslim menganuti agama Islam kerana tertarik dengan ajaran yang dipegang dalam agama Islam. Antara sebab-sebab mereka tertarik dengan agama Islam adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya, nasihat khalifah atau umat, dan ustaz atau ustazah secara langsung dan tidak langsung.

            Aishah Ong merupakan seorang buddhist, dia masuk Islam kerana dia tidak begitu percaya dengan agama buddhist yang dianutinya. Selain itu, dia juga dipengaruhi oleh kawannya yang merupakan Muslim. Dia telah memberinya beberapa buku yang berkaitan dengan agama Islam. Salah satu daripada buku adalah 'Islam Our Choice' , selepas Aishah membaca buku tersebut, dia mendapati bahawa Islam merupakan agama yang sepatut dianuti olehnya.

Selain daripada memberi buku kepada Aishah, kawannya juga membawa Aishah ke Masjid dan memperkenalkan ‘Ladies Islamic Circle’ kepada Aishah supaya dia dapat mempelajari lebih banyak yang mengenai Islam. Selepas itu, apabila Aishah menghadapi masalah, dia akan merujukkan masalah tersebut kepada kawannya dan kawannya juga menolongnya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi olehnya secara sukarela. Akhirnya, Aishah menjadi seorang Muslim selepas dia berkursus sepanjang enam bulan.

d)   Faktor persekitaraan

Faktor akhir adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Contohnya, seorang cina, Tee Kian Heng, dan sekarang dikenali sebagai Harun Tee Abdullah, yang baru memeluk agama Islam pada 12 Disember 2004. Dalam majalah “Dara.Com”-Edisi 77, Harun telah mengatakan bahawa dia mempunyai minat untuk masuk Islam adalah  disebabkan oleh pendedahan tentang agama sejak kecil lagi. Pendedahan ini merupakan hasil tunjuk ajar seorang pak cik Melayu yang tinggal berhampiran di kawasan rumahnya. Pak cik Melayu ini banyak bercerita tentang kisah agama kepadanya.

Selain daripada pak cik Melayu, terdapat seorang ustaz yang mengajar dan mengaji al-Quran di blok yang sama dengan rumahnya. Oleh itu, Harun biasa mendengar suara kanak-kanak mengaji di rumah ustaz itu sejak kecil lagi. Disebabkan mempunyai minat yang dalam terhadap Islam, Harun memberanikan diri untuk mencari dan bertemu dengan Ustaz Basri supaya Ustaz dapat mengajarnya tentang ajaran dalam al-Quran dan perkara-perkara asas dalam agama seperti bab-bab solat dan mengucap kalimah syahadat.

 Masalah yang dihadapi oleh seseorang sebelum masuk Islam.
Setiap perkara atau tindakan yang kami lakukan akan menimbul dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, kita  harus perlu bertindak secara rasional untuk menyelesaikan segala cabaran yang dihadapi supaya kehidupan kami menjadi lebih senang pada masa yang akan datang.

            Sebelum seseorang individu menukarkan kepercayaannya kepada Islam, pastinya individu tersebut mengahadapi pelbagai masalah dan tekanan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada ahli keluarga dan diri sendiri.


a)    Diri sendiri
            Masalah pertama yang dihadapi adalah individu tersebut menghadapi masalah dilema, iaitu individu tersebut terjelma dalam keadaan membuat pilihan untuk menganut agama asal atau agama Islam. Ini menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif tersebut. Dalam proses membuat pilihan, hati individu tersebut akan mewujudkan soalan-soalan seperti berikut:

1.    Adakah saya patut mengekalkan agama asal saya atau menganut agama Islam?
2.    ,Apakah pandangan orang lain terhadap saya selepas saya masuk Islam?
3.     Adakah ahli keluarga setuju dengan keputusan saya?
4.    Adakah ahli keluarga akan memutuskan pertalian dengan saya?
5.    Adakah saya akan sesuai dan biasa dengan segala prinsip, budaya dan adat istiadat sebagai seorang muslim?

            Soalan-soalan ini akan muncul dalam hati individu tersebut dan harus diselesaikan dengan pemikiran yang masak supaya tidak berasa kesal pada masa yang akan datang. Masalah-masalah ini juga perlu diatasi dengan segera supaya pemikiran untuk masuk Islam tidak lenyap. Untuk mengatasikan masalah-masalah ini, individu boleh mendapatkan nasihat dan pendapat daripada Ustaz/Ustazah atau rakan-rakan yang beragama Islam.

b)   Ahli keluarga
            Masalah kedua ialah konflik dengan ahli keluarga. Biasanya perkara yang akan berlaku ialah bantahan keras daripada ahli keluarga Terdapat segelintir keluarga yang kolot dan tradisional tidak akan menyokong ataupun tidak membenarkan anak-anak mereka menukarkan agama mereka kepada agama Islam. Bagi menghalang perkara ini berlaku, mereka sanggup menimbulkan banyak masalah supaya anak mereka sanggup menghentikan pemikiran anak mereka yang ingin masuk Islam.

            Walaupun terdapat halangan daripada ahli keluarga, namun ini bukan alasan individu untuk memperhentikan diri sendiri daripada masuk Islam. Tetapi mereka perlu bersemangat dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dan memujuk ibubapanya supaya mereka dapat menyetujui dengan keputusan sendiri.  

12 tindakan yang perlu dilakukan oleh seorang umat Islam kepada kawan yang bakal masuk Islam.

1.    Ajarkan dan membantu dia mengucap dua kalimah syahadah.
Sebagai seorang kawan, anda boleh menolong individu dengan mengajarkan dan membantu dia mengucap dua kalimah syahadah. Pertama sekali anda bacakan kalimah syahadah kepada individu tersebut, ulangkan dan suruhnya mengikut dan mengulangnya. Selepas itu, terangkan makna terhadap apa yang individu tersebut lafazkan supaya dia benar-benar faham. Jika dia telah bersedia, suruh mengucapkannya sendiri dan kawan tersebut sebagai saksi. Proses ini adalah sangat mudah kerana ia memakan masa tidak lebih daripada dua minit.

2.    Tanyakan sama ada keluarganya sudah merestui atau tidak.
Tindakan kedua adalah tanyakan sama ada keluarganya sudah merestui atau tidak. Jika keluarganya telah merestuinya maka beritahu ahli keluarganya bahawa anda akan membantunya untuk diislamkankan dan mengajak mereka untuk menyaksikan majlis pengislamannya sekiranya mereka berminat. Tetapi sekiranya keluarganya tidak merestui maka hasrat tersebut baik ditangguhkan dahulu. Sebaliknya teruskan langkah seterusnya.

3.    Membawanya berjumpa dengan pihak berkenaan dengan segera supaya diislamkan secara rasmi.
            Langkah seterusnya, anda harus membawanya kepada pihak Jabatan Agama Islam untuk diislamkan secara rasmi dan boleh didaftar dengan segera. Pihak jabatan akan mengeluarkan kad rasmi dan sijil berkaitan serta-merta untuk memudahkannya berurusan nantinya, terutama dengan pihak lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara bagi maksud memasukkan nama Islamnya di dalam MyKad. Masalah mungkin terjadi sekiranya orang berumur 18 tahun ke bawah, orang tersebut perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga. Pihak Jabatan Agama juga akan membantu menyelesaikan perkara ini.

4.    Membantu dia memilih nama yang sesuai.
Terlebih dahulu, kita harus bertanya kepada saudara baru mempunyai nama pilihan atau tidak. Jangan kita sibuk cari untuk dia. Ingat, yang memeluk Islam ialah dia, bukan kita. Kita hanya perlu memberi cadangan dan memastikan nama pilihannya itu adalah nama yang baik. Sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarganya, itu tidak menjadi hal. Malah boleh digalakkan sebagai tanda Islam mengiktiraf pertalian dengan keluarganya, meskipun mereka tidak memeluk agama Islam. Kita cuba menerangkan kepentingan memilih nama-nama yang sesuai menurut Islam dan maksud bagi setiap nama yang kita cadangkan itu.

5.    Mengajar dia mandi sunat.
            Mengingatkan dia bahawa hanya mandi sunat memeluk Islam. Bukan mandi wajib dan bukan menyamak seluruh badannya. Memastikannya membersihkan seluruh badan daripada kotoran dan najis serta beristinjak setiap kali hadas kecil dan mensucikan diri (wuduk).

6.      Membantu dia mandapatkan rumah atau kediaman sementara yang sesuai.              Sebagai seorang saudara baru, barang kali sukar bagi keluarganya untuk menerimanya kembali terutamanya dalam kes yang tidap dapat restu keluarga. Sekali pun mendapat  restu keluarga, dia tetap memerlukan bimbingan untuk memeluk agama yang baru ini. Dia perlu dibimbing dengan bagaimana cara mengambil air wuduk, mandi handas, sembahyang, berpuasa dan lain-lain ibadat khusus. Saudara baru boleh kembali kepada keluarganya dengan pengawasan kita dari masa ke masa setelah dia tahu dan mahir dalam ibadah ini.

7.    Mengajar dia menghafal Al-Fatihah.
            Mustahil baginya membaca Al-Quran melainkan dia pernah mempelajari bahasa Arab terlebih dahulu. Ajarkan dia menghafal surah ini kerana cukup dengan menghafal surah ini sembahyangnya sah. Surah-surah lain seperti Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas boleh diajar kemudian. Cuban jangan bosan atau jemu mengajarnya kerana ini akan memakan masa.

8.    Membantu dia memberitahu perihal pengislamannya kepada keluarga asal.   Kebiasaanya, sekira seorang saudara baru tersebut dari kaum cina, kadang-kadang agak agresif kerana boleh membawa kepada sentuhan fizikal. Kaum lain juga biasanya sukar tetapi dengan pendekatan berkhikmah, saya yakin tidak timbul banyak masalah. Saya suka menyarankan bahawa untuk menanggani kesukaran ini, bawalah rakan-rakan saudara baru yang lebih senior bersama. Yakinkan keluarga tersebut bahawa biarpun telah Islam, tali kekeluargaan tidak akan terputus malah akan kekal sampai bila-bila masa. Sebarang kesukaran dan cabaran yang dihadapi haruslah bersabar kerana besar pahalanya di sisi Allah s.w.t.

9.    Membantu persekolahan atau pekerjaannya.
Sekiranya dia masih bersekolah atau menuntut di institusi pengajian tinggi, kita harus membantunya dengan sedaya upaya agar prestasi akademiknya tidak terjejas. Rakan-rakan seislamnya hendaklah sentiasa mendampingnya dengan memberikan bimbingan berterusan. Cuba dapatkan majikan yang sesuai sekiranya saudara baru tersebut belum berpekerjaan dan menolong masalah yang dihadapi di tempat kerja.

10. Membantu dia untuk mendapat zakat atau sedekah.
Melancarkan kutipan sedekah di kalangan rakan-rakan dan saudara kita yang lain. Pejabat Baitulmal yang berhampiran juga akan memberi bantuan yang sewajarnya. Biasanya saudara baru ini tidak mahu meminta-minta sekalipun serba kesusahan. Sebaliknya lebih rela bersabar. Biasanya, ibu bapa tidak mahu lagi mengakui sebagai anak dan dipulaukan oleh seluruh saudara mara. Akibatnya, dia tidak diberikan wang sesen pun.

11. Maklumkan berita pengislamannya.
Sebarkan berita baik berhubung pengislamannya kepada rakan-rakannya, baik yang islam mahupun bukan islam. Cukupkan disampaikan dari mulut ke mulut. Yang pentingnya semua rakannya tahu.

12. Sentiasa berhubung dengannya dari semasa ke semasa.
Kita hendaklah sentiasa berhubung dengannya melalui telefon, surat atau menziarahinya. Walaupun dia mungkin telah berkeluarga angkat, janganlah menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik dan bimbingan itru kepada keluarga tersebut. Cuba terangkan kepentingan mengeratkan tali kekeluarga.


Perkara-perkara yang perlu diperhatikan oleh Cina Muslim.
            Seseorang umat Islam perlu memegang tegak terhadap prinsip-prinsip yang terkandung dalam agama Islam iaitu seperti solat lima kali sehari, mandi pagi, tidak memakan daging khinzir dan sebagainya. Walaupun sebelum masuk Islam mereka tidak perlu melaksanankan prinsip-prinsip tersebut tetapi ini bukan satu alasan yang munasabah bagi mereka untuk mengelakkan diri daripada berpegang kepada prinsip-prinsip yang sedia ada.

a)    Mengawal diri daripada memakan daging khinzir.
Sebagai seorang umat Islam, anda perlulah menggelak dan mengawal diri daripada memakan daging khinzir. Hal ini kerana pemakanan daging khinzir adalah dilarang dalam agama Islam.

Menurut al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 173, “sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu bangkai, darah dan daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama yang lain daripada Allah (menyembelih kerana pemujaan berhala, bersemah dan sebagainya).

Dalam surah Al-Maidah ayat 3 Allah menerangkan, “ diharamkan atas kamu memakan bangkai, darah dan daging babi, sesuatu yang disembelih tidak disebutkan nama Allah, binatang yang mati tercekik, dipukul, terjatuh dari tempat yang tinggi, ditanduk oleh binatang lain dan yang digigit oleh binatang lain melainkan yan sempat kamu sembelih.

Berikut merupakan sebab-sebab agama Islam mengharamkan umatnya memakan daging khinzir:
1.    Sebab penghormatan seperti larangan memakan daging menusia

2.    Sebab ada bahaya seperti memakan binatang-binatang yang beracun.
Terdapat sejenis cacing dalam dagingnya yang tidak mudah mati walaupun dibakar atau dimasak pada suhu panas yang paling tinggi.

3.    Sebab najis dan kotor sedangkan Islam hanya menghalalkan binatang yang bagus, sesuai untuk dimakan.
Binatang ini adalah kotor, membahayakan kesihatan dan menyebabkan orang yang memakannya mudak kena jangkitan penyakit. Binatang ini memakan segala macam kotoran dan apa sahaja yang boleh dimakan kerana ia tidak memilih makanan.

b)   Tidak memelihara anjing.
Menurut Riwayat Ahmad “sesiapa yang memelihara anjing bukan anjing penjaga ternakan dan bukan anjing buruan kuranglah amalan kebajikannya setiap hari dua qirat.”

Islam tidak membenarkan orang Islam memelihara anjing di rumah, kecuali anjing penjaga ternakan di kandang atau di padang ataupun anjing buruan yang diletakkan di luar rumah. Jika seseorang memelihara anjing semata-mata kerana menggangapnya sebagai satu perkara baik atau bermegah kerana meniru perbuatan orang bukan Islam adalah Haram.

Menurut Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Al-Baihaqi, “untuk mensucikan sesuatu bijana kamu (mangkuk dan sebagainya) yang telah dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali yang pertamanya dengan tanah (yang airnya bercampur tanah). ”

Jika seseorang Islam ataupun barangnya telah dijilat oleh anjing, maka perlu membasuhnya dengan tujuh kali dengan air yang bercampur dengan tanah. Hal ini kerana tanah mengandungi unsur pembunuh kuman yang ada pada air liur anjing.


c)    Perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika haidh.
Bagi muslimah yang baru masuk Islam. Mereka harus tahu bahawa menggunting kuku dan memotong rambut adalah makrub (tidak elok dibuat dalam masa haidh tetapi tidak haram).

Menghadiri sembayang Hari Raya untuk mendengar Khutbah jika bukan dalam masjid adalah harus. Kalau ia berada dalam masjid adalah haram kerana perempuan yang sedang dalam haidh tidak boleh duduk dalam masjid.

Membaca al-Quran dengan niat ibadat adalah haram atas perempuan yang berhaidh dengan menurut Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizitidak harus seseorang yang junub dan perempuan yang haidh membaca sesuatu daripada al-Quran”, namun begitu, bagi muslimah juga harus membaca ayat-ayat al-Quran sebagai zikir atau pelindung, iaitu seperti membaca surah Al-Ikhlas, Al-Faqah dan An-Nas semasa hendak tidur dan sebagainya.

d)   Pengubahan nama.
Selain itu, seseorang cina harus mengubah nama asalnya kepada nama muslim setelah memeluk agama islam. Contohnya Tee Kian Heng telah menukar namanya kepada Harun Tee Abdullah. Maka nama yang melambangkan identitinya sebagai seorang umat Islam akan ditambah pada My Kad. Ini bermaksud, pemegang My Kad bagi cina muslim mengandungi dua nama yang berlainan.

e)    Cara pemakaian
            Dari segi pemakaian, bagi seseorang muslimah harus bertudung dan berpakaian yang tidak menjolok mata. Muslimah harus memakai pakaian berupa seluar panjang dan baju berbelah di leher. Sebelum meninggalkan rumah para muslimah akan memakai pakaian yang menutup aurat sebelum mengenakan tudung. (Samsu Adabi Mamat: 2007)

f)     Amalan Berkhatan
Orang Islam amat mementingkan kebersihan diri. Oleh itu, amalan berkhatan harus dijalankan bagi anak-kanak antara tujuh hingga 12 tahun. Majlis khatan diadakan sebagai tanda kanak-kanak bakal memasuki dewasa. Berkhatan lelaki melibatkan pemotongan hujung kulit kulup zakar atau kulit yang menutup bahagian penghujung zakar.

Dengan berkhatan zakar akan terhindar daripada terkumpulnya kotoran dan mengelak timbulnya bau yang tidak menyenangkan. Tempat itu mudah menjadi tempat pembiakan dan merebaknya penyakit berkaitan seks seperti siplis, gonorhea dan Aids. Berkhatan juga dipercayai dapat mengurangkan risiko lelaki mengidap penyakit kanser zakar. Proses  mengkhatankan anak lelaki ketika usia beberapa hari dikatakan lebih mudah dan selamat. Kanak-kanak yang dikhatankan ketika usia bayi mempunyai risiko lebih rendah daripada jangkitan saluran kencing. Tabiat kencing malam juga kurang dialami kanak-kanak dikhatankan ketika usia bayi.

g)   Berpuasa
Di samping itu, setiap umat islam meraikan Hari Raya Puasa. Semasa perayaan Hari Raya Puasa, semua umat islam harus berpuasa dalam masa yang ditetapkan.  Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat.

Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

 
a)    Budaya makanan dan minuman

Cina muslim makan dan minum mengikut segala ajaran dan prinsip Islam. Mereka telah menukarkan cara pemakanan mereka daripada yang tidak halal kepada yang halal. Makanan seperti daging rending, kari sambal, dan sayur-sayur ulam menjadi pilihan cina muslim kerana keistimewaan rasanya.

Cina muslim juga menggunakan tangan untuk makan seperti yang diamalkan oleh umat Islam. Tetapi juga terdapat sebahagian masih menggunakan penyepit untuk makan. Isu memakan babi merupakan satu isu yang sensitif bagi cina muslim, namun begitu, mereka memegang teguh kepada agama mereka bahawa mereka tidak akan mengambil makanan tersebut.  

Secara keseluruhannya, cina muslim memandang serius terhadap agama mereka dan pemakanan mereka untuk makan makanan yang halal. Sekiranya seseorang memeluk agama Islam mengikut kepercayaannya kepada Yang Maha Esa, mereka akan berkelakuan seperti Yang Maha Esa dengan mempratikkan segala ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian mereka dan menyebarkan agama ini. 


b)   Budaya pemakaian

Dari segi budaya pemakaian, muslim cina dipengaruhi oleh keluarga ataupun kawan-kawan. Lelaki yang berkahwin dengan isteri muslim akan membiasakan diri sendiri untuk memakai baju Melayu secara perlahan-lahan. Sebahagian wanita muslim cina masih memakai skirt pendek atau pakaian yang dipakai oleh kaum cina. Namun setelah melalui penekanan dalam pemakaian, wanita-wanita ini mula memakai pakaian Islam. Wanita yang tinggal dalam kampung akan memakai baju kebaya, kain kembang, kain ketat, selendang dan minitelekung.

Semasa mereka pergi ke majlis sosial, wanita akan menutup seluruh badan mereka kecuali tangan dan muka mereka manakala bagi lelaki terutama mereka yang tinggal di kawasan Melayu akan memakai baju Melayu. Di dalam rumah, lelaki akan memakai sarung dan kemeja T manakala wanita akan memakai skirt panjang, kemeja dan sarung. Jika terdapat tetamu yang melawat, wanita muslim cina akan menutup seluruh badan mereka kecuali bahagian tangan dan muka.

Ketika bersembahyang, lelaki muslim cina akan memakai ketayap, kain pelekat dan kemeja manakala wanita akan mamakai kain sembahyang.

Pada majlis-majlis seperti kenduri penyambutan hari raya adilfitri, lelaki muslim cina akan memakai baju Melayu dan sarung untuk bersembahyang di masjid. Kadang-kala, lelaki akan memakai baju Melayu dengan seluar panjang untuk sembahyang raya. Wanita muslim cina juga menyertai sembahyang raya tetapi berasingan dengan lelaki.


c)    Budaya bahasa

Bahasa Melayu adalah bahasa yang sering digunakan di kalangan Muslim Cina. Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar  dan merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Walaupun Bahasa Mandarin diajar di sekolah cina, namun bukan semua orang Cina boleh bertutur dalam bahasa Mandarin disebabkan bukan semua orang Cina pergi ke sekolah cina.

Muslim Cina menggunakan Bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan kaum Melayu disebabkan kaum Melayu tidak pandai bertutur Bahasa Cina. Semasa wanita Muslim Cina pergi membeli-belah, jurujual akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi dan berintraksi dengan mereka disebabkan cara berpakaian mereka yang mengikut tradisi Melayu. Walaubagaimanapun, disebabkan kaum Cina mempunyai banyak jenis dialek, maka sebahagian Muslim Cina masih menggunakan dialek yang tertentu terhadap orang yang memahaminya. Sebagai contoh, seorang Muslim Cina Hokkien bertemu dengan seorang Muslim Cina Hokkien, mereka akan bertutur dalam Hokkien.

Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa pengantar di lapisan profession seperti engineers, peguam dan sebagainya. Dalam Persatuan Darul Fitrah Malaysia, ABIM Islamic Outreach da Hunafah, Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Ucapan dan sesi soal jawab adalah diadakan dalam Bahasa Inggeris. Dalam interaksi sosial, Bahasa Melayu dan Inggeris adalah penting.

Muslim cina yang tinggal di kawasan Melayu jarang bertutur dalam Bahasa Mandarin kerana tiada orang yang berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Mandarin. Muslim Cina yang berkahwin dengan orang Melayu biasanya bercakap Bahasa Melayu. Kalau mereka tinggal dalam kawasan Melayu, anak mereka akan dihantar ke sekolah jenis kebangsaan kerana tiada sekolah cina di sana. Oleh itu, anak mereka hanya pandai Bahasa Melayu. Kalau anak Muslim Cina dihantar ke sekolah cina dan anak mereka akan bertutur dalam Bahasa Mandarin. Banyak Muslim Cina juga menghantar anak mereka ke sekolah berasaskan agama.


Penutup

            Secara keseluruhannya, setiap insan mempunyai hak asasi dan kebebasan untuk memeluk agama yang mereka fikirkan sesuai untuk diri sendiri. Bagi Cina Muslim mereka telah menemui Tuhan sebenar dalam diri mereka iaitu Yang Maha Esa. Mereka mempunyai keberanian dan keyakinan dalam diri mereka sendiri tanpa menghiraukan pendapat atau pandangan daripada orang lain terutamanya kaum cina. Cina Muslim telah mengamalkan segala adat dan ajaran yang dikandungkan dalam al-Quran iaitu seperti kaum Melayu yang sudah memegang agama Islam sejak mereka dilahirkan. Cina Muslim di Malaysia juga menyambut Tahun Baru Cina dan perayaan Cina yang lain tetapi mereka meraikan dengan mengikut ajaran Islam. Ini  telah menghasilkan satu keunikan atau keistimewaan kepada Malaysia di mana terdapat satu lagi budaya yang baru wujud seperti baba-nyonya. Ternyata setiap agama mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan adalah penting untuk seseorang untuk merasai dan mengenali Tuhan diri sendiri dan agama.
Budaya-budaya yang diamalkan oleh Cina-Muslim.

1 comments:

syababussolihin said...

Salam....
Saya minta menggunakan ruang ini untuk mencadangkan satu idea berkenaan cina muslim...
Saya kagum dengan orang cina muslim kerana mereka apabila memeluk islam dengan sepenuh hati dan keikhlasan...
Tapi satu perkara yang menyedihkan ialah bilangan orang cina yang memeluk islam masih lagi kurang di Malaysia iaitu sekitar 60,000 dari penduduk cina berjumlah 7 juta di Malaysia iaitu kira2 0.01 peratus.
Saya merupakan orang melayu dan sangat gembira bila mendegar orang cina memeluk islam. Jadi saya terfikir beberapa idea untuk menyebarluaskan agama islam kepada orang cina. Pertama saya mencadangkan supaya diwujudkan satu laman web yang bertajuk "ask anything about islam" yang berbahasa mandarin sepenuhnya... memandangkan ramai anak muda sekarang yang menggunakan internet sebagai media utama, cara ini amat sesuai... ramai diantara mereka yang tidak berpeluang untuk bertanya keran kebanyakan rakan2 mereka yang melayu ini tidak memahami islam sepenuhnya dan mereka tidak dapat menerangkan islam dengan cara yang berhemah... jadi dengan wujudnya kotak chat box dan online communication dalam bahasa mandarin ramai orang cina berpeluang untuk bertanyakan soalan berkenaan islam. mereka tidak perlu malu2 kerana tidak perlu berjumpa face to face.. mereka tentunya dengan senang hati membuka laman web tersebut dan bertanyakan soalan....saya sekarang masih mencuba belajar bahasa mandarin tetapi masih diperingkat permulaan tapi ia mungkin memakan masa yang lama untuk memahami tulisannya..
Mungkin kalian boleh mencadangkan kepada rakan2 lain supaya mewujudkan laman web ini dan menyebarkan kepada rakan2 lain....

Post a Comment