Huraikan lima kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid.
Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu proses yang berterusan. Hubungan guru-murid bukanlah terjalin dalam sekelip mata. Hubungan ini memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak. Hubungan guru-murid akan terjalin dengan balk apabila murid-murid berasa gembira dan seronok menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hubungan guru-murid juga memberikan impak kepada perjalanan rutin di dalam bilik darjah. Guru yang berjaya membina komunikasi yang baik dengan murid dapat mengatur rutin dan peraturan di dalam bilik darjah dengan lebih telus dan berkesan.
Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Hasilnya aktiviti tersebut akan memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian akademik murid dan konsep kendiri murid dan guru. Murid-murid yang senang berkomunikasi dengan guru akan dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan gurunya. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri mereka. Perhubungan guru-murid harus dimulakan seawal mungkin. Bermula daripada awal penggal persekolahan, guru patut merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk membentuk satu hubungan yang positif dengan murid-muridnya. Kadangkala hubungan ini mengambil masa yang lama untuk dibentuk. Guru perlu mengetahui latar belakang sosial dan akademik murid untuk menentukan corak hubungan yang sesuai dengan murid-muridnya. Terdapat beberapa kebaikan menjalinkan hubungan yang positifantara guru dengan murid.
Dari segi kebaikan kepada guru, hubungan guru-murid yang baik menaikkan motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru akan manjadi semakin bermotivasi untuk mengajar.
Di samping itu, murid juga lebih senang dikawal. Hubungan guru-murid yang baik akan membuahkan kerjasama antara guru-murid. Sebagai contoh, dengan adanya hubungan yang baik, murid akan senang bekerjasama dengan guru dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya, guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif.
Tatkala itu, murid-murid akan memberikan kesan kepada pengajaran guru. Aktiviti pengajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat kerjasama yang padu daripada murid-murid. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik dan berkesan.
Hubungan guru dengan murid juga dapat menjadikan guru-guru mengawal murid untuk menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih berkesan. Keberkesanan ini akan menaikkan imej guru. Guru akan lebih dihormati dan dipandang mulia. Imej ini akan memberikan kesan positif terhadap keyakinan kendiri guru.
Hubungan guru murid yang positif juga membawa kebaikan kepada murid. Murid lebih berminat untuk belajar. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dapat meluahkan masalah serta dapat memberikan pandangan mereka. Guru juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh diterima oleh murid. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, murid-murid akan lebih memberikan kerjasama kepada guru. Hubungan guru-murid yang baik memberikan peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Murid berpeluang untuk lebih rapat dengan gurunya. Hal ini membolehkan guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai.
Hubungan guru dan murid turut berfungsi dalam meningkatkan pencapaian akademik murid. Guru yang dapat berhubungan baik dengan murid-muridnya akan dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya. Hubungan yang mesra dan kondusif membolehkan guru membantu murid memperbaiki prestasi akademik mereka.
Selain itu, murid akan lebih bermotivasi untuk belajar. Hubungan yang baik antara guru dengan murid membolehkan guru membangkitkan motivasi intrinsik murid. Murid-nmrid yang mesra dan rapat dengan guru akan terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.
Terdapat banyak kebaikan yang didapati daripada hubungan yang baik antara guru dengan murid. Antaranya termasuklah mengurangkan masalah disiplin, membentuk peribadi yang muha dan menjadi model yang boleh diikuti oleh murid dan guru yang lain. Hubungan yang baik dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi guru dan murid.
0 comments:
Post a Comment