Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra demi membina bilik darjah yang kondusif. Terangkan 4 langkah atau cara yang boleh diambil oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif antara guru dan murid.
Pengenalan:
Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan.
Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan murid-murid:
Strategi 1: Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masing-masing.
Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau nama-nama ganti diri am,contohnya, ‘awak...’,’kamu...’, atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya ‘awak yang duduk di belakang sekali...’. kebanyakan murd berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka. Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping menunjukkan usaha guru yang bersungunh-sungguh untuk mengenali murid-muridnya. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya.
Guru juga menyebut nama murid dengan betul. Sekiranya tidak pasti akan sebutan nama murid itu, beliau perlu mendekati murid tersebut dan bertanya tentang sebutan yang betul. Elakkan daripada menyebut nama dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain. Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru. Guru juga dinasihatkan tidak menunding jari, ‘awak... bangun’, ‘kamu... dengar sini’. Cara ini agak kasar dan tidak membantu dalam membina hubungan guru-murid.
Strategi 2: Menanamkan semangat cintakan kelas/bilik darjah
Menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid boleh membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu. Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan semangat ahli dalam kelas. Melalui moto kelas, guru membimbing murid untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka inginkan untuk kelas mereka.
Guru perlu mempunyai inisiatif dan membimbing murid bukan hanya mengarah dan mengatur. Bincanglah dengan murid-murid cara yang terbaik untuk menjaga keharmonian kelas. Dapatkan idea-idea bersama untuk mencantikkan kelas. Papan-papan kenyataan kelas diisi dengan bahan-bahan yang dipilih bersama murid-murid dan mengadakan giliran untuk sentiasa bertukar ganti bahan-bahan yang dipaparkan mengikut kreativiti murid. Puji dan beri peneguhan kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka. Usaha ini perlu berterusan hingga penggal akhir. Tanamkan sikap bangga dengan kelas hasil daripada usaha mereka sendiri. Rasa kepunyaan terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan membangkitkan semangat setiakawan dan kepunyaan antara murid-murid dan guru-murid.
Strategi 3: Agihkan Tanggungjawab Bersama
Melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas dan P&P merupakan salah satu strategi untuk membina hubungan antara guru-murid. Beri peluang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas, iaitu bermula dengan bersama-sama membuat peraturan bilik darjah. Guru dengan murid berbincang dan menentukan peraturan, matlamat, harapan dan sebagainya.
Hal ini berupaya mengekalkan hubungan kerja yang sempurna dalam sesebuah bilik darjah. Rogers (dim. Hook & Vass, 2000) menghuraikan proses ini sebagai proses memperbaiki dan membangun semula. Faktor personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang mana usaha ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya menunjukkan teladan yang berkualiti. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang telah membuat kesilapan sinonim dengan perlakuan guru menerima kesilapan yang dilakukan sebagai kelainan yang terdapat pada setiap pelajar. Guru menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik di kalangan pelajar.
Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia adalah rnenjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu, guru perIu rnenggerakkan keinginan pelajar rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernulajadi. Mereka mengharapkan peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran.
Sehubungan itu, murid-murid berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah tersebut. Hal ini boleh membina hubungan yang positif antara guru-murid.
Strategi 4: Tunjukkan Keprihatinan
Guru mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-muridnya akan membantu beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-muridnya. Sikap guru ini juga akan menjadi contoh yang baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang di persekitarannya. Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan keprihatinan. Elakkan daripada bersikap berat sebelah dengan hanya memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja. Berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Muris-murid dapat mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak.
Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid. Kadangkala murid-muris malu untuk bersemuka dengan guru. Oleh itu, guru perlu tahu cara yang sesuai untuk mengenali latar belakang murid-muridnya. Guru boleh membuat semakan butir-butir peribadi melalui rekod yang disimpan. Guru juga boleh bertanya kepada guru terdahulu yang pernah mengajar murid-muridnya. Adalah penting untuk seseorang guru mengetahui personaliti anak didiknya. Guru boleh memberi murid-muridnya ujian personaliti yang ringkas supaya guru boleh mendapat gambaran awal tentang perawakan murid-muridnya. Selain itu, guru boleh membuat pemerhatian sendiri terhadap anak muridnya. Settelah mengetahui sedikit sebanyak tentang personaliti anak-didiknya, guru boleh menggunakannya untuk mendekati dan memahami murid dan seterusnya membantu mereka sekiranya mereka menghadapi masalah akademik, sosial dan emosi.
Kadangkala, murid-murid malu dan segan untuk meluahkan masalah dan perasaan kepada guru secara bersemuka. Guru boleh menggunakan pelbagai cara yang lain. Contohnya, aktiviti mrnghantar surat kepada guru atau menulis jurnal harian dan dihantar secara peribadi kepada guru. Selain itu, guru boleh menggunakan kemudahan teknologi. Guru boleh menyuruh murid menghantar e-mail kepada guru untuk menceritakan kisah atau masalah peribadinya.
Luangkanlah masa untuk membaca dan mendengar isi hati murid. Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid menolong membina hubungan baik antara guru dengan murid. Murid yang rapat dengan guru dapat membantu menghindarkan murid daripada terjebak dalam masalah peribadi dan disiplin.
0 comments:
Post a Comment