TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA
1.PENGENALAN
Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran.
Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran.
Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses-proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek-aspek penting terutamanya pengaruh-pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.
2. Proses pemodelan.
Proses pemodelan atau modelling theory digunakan untuk menggambarkan aplikasi dari teori sosial learning secara umum yang membentuk tingkahlaku yang baru melalui penggambaran media. Media memberikan peluang yang membuat daya tarik besar dari pola‑pola tingkahlaku yang dinyatakan dalam media oleh komunikator.
Apa yang dimaksudkan dengan Modeling / Peniruan? Ia sebenarnya bermaksud satu proses meniru model dan menghasilkan tingkah laku hampir menyerupai tingkah laku model tersebut. Proses meniru ini akan berlaku atas sebab model yang ditiru tersebut mempunyai keunikan ataupun istimewa yang berlainan. Apabila model tersebut diperhati dengan lebih lama, maka ia akan ditiru oleh orang lain dari segi tingkahlakunya.
Bagaimana pula dengan maksud Model? Model pula bermaksud Individu yang dirujuk atau ditiru serta mempunyai pengaruh mengubah tingkah laku pemerhati. Individu yang dirujuk ini merupakan orang yang selalu muncul di persekitaran kita dan biasa dilihat oleh kita. Secara tidak langsung, individu tersebut akan ditiru oleh orang lain.
Model dan modeling ini adalah seperti suami dan isteri, ia bermaksud kedua-dua ini harus sama-sama wujud dalam satu keadaan. Mereka tidak dapat kehilangan satu daripada pasangan mereka. Model ini tidak akan wujud sekiranya proses modeling ini tidak berlaku. Ia juga berlaku sebaliknya.
3. TEORI PEMODELAN BANDURA
Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.
• Individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intrinsik.
• Persekitaran dirujuk sebagai ransangan luar.
• Tingkahlaku dirujuk sebagai tindak balas.
4. CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA
a) Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
c) Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
d) Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
e) Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
5. EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA
Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkah laku berhubungkait dengan tingkah laku agresif telah dijalankan oleh Bandura pada tahun 1961. Dalam kajian ini, Bandura telah menggunakan patung Bobo yang berbentuk telur. Belon ini mempunyai benda berat di bawahnya bagi membolehkannya naik semula setelah dipukul.
Pada mulanya, salah seorang murid beliau telah diminta untuk menumbuk patung Bobo sambil menjerit ”sockeroo!”, kemudian duduk atas patung tersebut dan akhirnya menendang, memukul patung tersebut dengan tukul, sambil menjerit perkataan-perkataan agresif.
Selanjutnya, Bandura pun menunjukkan filem tersebut kepada sekumpulan kanak-kanak prasekolah. Kemudian mereka dibenarkan keluar untuk bermain di sebelah bilik mainan. Dalam bilik ini terletak patung Bobo, beberapa tukul kecil dan pemerhati. Bolehkan anda bayangkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak ini. Ya, betul… Mereka memukul patung Bobo dengan seberapa daya upaya yang ada, menumbuk sambil menjerit “sockeroo”, menendang, duduk atas patung dan memukul patung tersebut dengan tukul kecil. Ya, mereka melakukan seperti mana yang mereka telah perhatikan sebelum ini.
Sebagai kesimpulannya, Bandura telah menamakan fenomena ini sebagai pembelajaran pemerhatian.
5.1 Contoh Eksperimen
• KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk, menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo.
Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.
• KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo.
Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.
Rumusan :
Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.
HASIL KESELURUHAN EKSPERIMEN :
Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif.
Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.
Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka.
Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.
Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.
6. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN
Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.
(i) PEMERHATIAN
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid-murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri-ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.
(ii) MENGINGAT
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid-murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri-ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.
(iii) REPRODUKSI
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.
(iv) PENEGUHAN/MOTIVASI
Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan-rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.
Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru:
Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia dipuji oleh jurulatihnya dengan kata-kata seperti ’syabas’.
Kedua, pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak-kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut.
Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi/gabungan. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara-cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya.
Keempat, peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas.
Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa-apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.
Jadual 2:
6. APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK DARJAH
(i) Guru sebagai role model dan model simbolik.
(i) Guru sebagai role model dan model simbolik.
Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.
(ii) Modifikasi tingkah laku.
Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.
(iii) Peniruan tidak langsung.
Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.
(iv) Contoh dan hasil kerja yang baik.
Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.
(v) Permainan dan simulasi.
Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.
(vi) Rakan sebaya sebagai model.
Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.
7. IMPLIKASI KE ATAS TINGKAH LAKU INDIVIDU
- Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar dicontohi pelajar.
- Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar boleh menirunya dengan mudah dan tepat.
- Hasilan guru seperti kraftangan, senilukis yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.
- Guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi dalam atau luar bilik darjah.
- Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan atau simulasi.
- Di samping model hidup, murid-murid juga boleh belajar daripada model simbolik. Selain itu, penerangan guru terhadap sesuatu perkara perlu jelas dan jitu.
- Murid-murid juga belajar daripada gambar, video dan tayangan filem. Oleh itu, guru perlu memastikan tayangan video atau filem tidak mengandungi unsur-unsur keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid.
- Teori ini dapat menyumbang ke arah teknik mengubah tingkah laku. Guru boleh menggunakan teknik ini untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang diingini. Oleh itu, tingkah laku yang diingini perlu diberi pujian atau ganjaran.
- Teori ini juga menyumbang ke arah teknik pengajaran seperti main peranan dan simulasi. Oleh itu, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu untuk mengajar nilai-nilai murni, melakonkan watak-watak dan sebagainya.
- Teori ini membantu menjimatkan kos, masa, dan tenaga. Contohnya, melalui simulasi, perbicaraan mahkamah olok-olok boleh diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid memerhatikan cara sesuatu perbicaraan dijalankan. Dengan ini, murid-murid tidak perlu pergi ke mahkamah kerana ini akan memakan masa, wang, dan tenaga.
8. RUMUSAN
Perasaan individu ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral. Oleh itu, teori Bandura mungkin sesuai dengan perkembangan moral pada awal kanak-kanak dan kurang jelas tentang perubahan serta cita rasa orang dewasa atau kanak-kanak remaja. Namun teori ini amat penting kerana perkembangan moral kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu bapa, rakan sebaya dan gurunya. Keputusan sosial yang dibuat atas beberapa faktor iaitu standard penilaian moral yang berdasarkan pengajaran moral aktiviti mereka. Kita perlu menciptakan model yang layak untuk ditiru dari semasa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment