My ads

Monday, October 25, 2010

Definisi Tamadun Islam dan Prinsip-prinsipnya

Bincangkan definisi Tamadun Islam dan Prinsip-prinsipnya. Mengapakan sumber Tamadun Islam berpandukan kepada al-Quran dan as-sunnah, akal, penemuan penciptaan baru dan penyempurnaan semula.


ASAL-USUL PERKATAAN “TAMADUN”

Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal daripada bahasa arab. Dalam teori antara bahasa, penggunaan istilah “tamadun” oleh bahasa melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman. Peminjaman istilah seumpama ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi, iaitu yang merujuk kepada faktor kewujudannya di satu pihak dan faktor ketidakwujudannya di satu pihak yang lain.

Daripada sudut makna atau semantik, “tamadun” adalah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja “maddana” yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapknya. Ini bermakna dalam kronologi sejarah, tamadun bukanlah perkataan tunggal dan perkataan pertama yang diperkenalkan untuk membincangkan tentang konsep
pembangunan, kemajuan pencapain manusia.

Falsafah dan Sumbangan Sains dan Teknologi Islam kepada peradaban manusia


Falsafah dan Sumbangan Sains dan Teknologi Islam  
kepada Peradaban Manusia.

 PENGENALAN:

Ilmu merupakan hak dan milik Allah S.W.T. yang dikurniakan kepada manusia supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Ilmu ini dapat membawa manusia untuk mengenali Khaliqnya. Kewajipan dan tanggungjawab keagamaan yang akan dipersoalkan penunaiannya di Akhirat kelak. Sains dan ilmu pengetahuan hendaklah digunakan dalam jalan yang membawa kepada manfaat dan tidak disalahgunakan ke arah yang mengakibatkan musibat serta digunakan dengan faedahnya untuk mendatangkan maslahat dan tidak diselewengkan kegunaannya ke jalan yang menyebabkan mudarat.

Sains dan teknologi adalah berbeza. Dari segi takrif, sains berasal daripada perkataan Inggeris science dan perkataan Inggeris pula daripada Latin scientia yang bermaksud ilmu dalam bahasa Melayu. Takrif sains ialah "Suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan penyataan yang terbukti atau melalui fakta-fakta yang ditinjau serta dicerapi dan disusun secara sistematik, dan dikumpul dalam bentuk hukum-hukum umum". Maka sains dapat dirumuskan sebagai  satu proses untuk mencari dan menemui suatu kebenaran melalui pengetahuan, memahami tabii untuk menerangkan Hukum Alam, Hukum Sains bagi menerangkan undang-undang tabii . Takrif teknologi pula ialah teknologi berasal daripada perkataan Tekne yang bermakna kemahiran atau kraf , kemahiran bermaksud pengetahuan, kebolehan, dan pencapaian sementara kraf  bererti kekuatan, atau tenaga, sama dengan keupayaan untuk merancang atau membentuk. Kraf  juga bermakna kemahiran manusia yang diperoleh melalui pengetahuan dan kelaziman.

Wednesday, October 20, 2010

SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN

SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN

PENDAHULUAN

Apabila disebut "Perubatan Islam" ramai orang tertanya – tanya apakah sebenarnya maksud perkataan itu. Ada pula yang cukup berpuas hati dengan fahaman mereka yang tersendiri. Ramai yang tidak menyedari adanya sumbangan – sumbangan penting oleh tokoh –tokoh pengamal perubatan Islam. Orang – orang Barat pula mendakwa bahawa perubatan Islam Arab hanyalah tiruan dari tamadun Yunani purba semata – mata , dan peranan orang islam pada masa itu hanyalah sebagai pengawet atau penyimpan ilmu – ilmu purba ini untuk di serahkan kepada orang –orang barat untuk perkembangan selanjutnya.

Karangan pendek tentang Perubatan Islam ini cuba mengambarkan sejarah perkembangan perubatan Islam dengan ringkas , ciri –ciri perubatan Islam berbanding dengan perubatan moden dan sumbangan perubatan Islam.

Sunday, October 10, 2010

Keistimewaan Tamadun Islam dibandingkan dengan tamadun lain

Keistimewaan Tamadun Islam dibandingkan dengan tamadun lain.


Pengenalan

            Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan serta keunikannya tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain.Ini bermakna setiap tamadun manusia yang wujud dalam dunia ini dari dahulu hingga sekarang adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Tamadun Islam ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip,seni bina,ilmu pengetahuan ,sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang, politik dan sebagainya yang berasaskan kepada akidah, syarak, akhlak serta bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tamadun Islam ini juga merupakan satu tamadun besar dunia dengan kedudukannya yang amat srategik di peta dunia iaitu berada di tengah-tengah tamadun lain memainkan peranan yang penting dan menjadi contoh dan teladan kepada tamadun lain dunia. Kedudukan unik inilah yang menyebabkan tamadun Islam telah berinteraksi dengan tamadun lain bagi menjamin perkembangan dan kemajuannya.