My ads

Thursday, November 25, 2010

kesan positif guru yang menyimpan rekod data maklumat peribadi murid-murid

5 kesan positif guru yang menyimpan rekod data maklumat peribadi murid-murid dengan lengkap dan teratur.

Rekod dan data maklumat peribadi murid-murid adalah penting dalam membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah.

Maklumat peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

Selain itu, melalui maklumat peribadi murid-murid, ia dapat memaklumkan kepada guru tentang keperluan murid-murid lain, misalnya bantuan dari segi kewangan. Murid-murid yang menghadapi masalah kewangan akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di sekolah. Pihak sekolah juga akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Tetapi, pihak sekolah akan sentiasa melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.

Di samping itu, maklumat ini juga memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak muridnya. Guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka kurang sihat, ponteng kelas atau sekolah, tidak melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah laku yang lain serta rawatan penyakit atau kecemasan boleh diberi kepada murid ketika di sekolah. Oleh itu, maklumat seperti nama ibu bapa atau penjaga, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon perlu ada dalam rekod peribadi murid-murid. Maklumat sebegini dapat membantu guru dalam pengurusan bilik darjah, khususnya dalam mewujudkan psikososial yang sihat.

Seterusnya, catatan atau komen guru mata pelajaran serta markah purata membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya. Keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun dicatat dalam Buku Laporan. Buku Laporan juga mengandungi catatan atau komen oleh setiap guru mata pelajaran tersebut. Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati, membimbing anak-anak mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak ini.

Buku kedatangan Murid juga merupakan salah satu lagi rekod rasmi murid. Buku ini mencatat kehadiran murid pasa setiap hari persekolahan. Sehubungan itu, guru boleh mengesan murid yang ada masalah kehadiran atau kelewatan. Buku ini membantu guru memperoleh tren kehadiran muridnya. Buku ini memaklumkan kepada guru bilangan murid di dalam sesebuah kelas dan jika ada murid yang berpindah keluar atau masuk atau murid tercicir daripada kelas tersebut. Maka, murid yang sering tidak hadir, guru boleh mengambil tindakan menghubungi ibu bapa dan maklumat kepada mereka.

Selain daripada persekitaran yang kondusif, pengurusan pentaksiran dan sumber maklumat murid mempunyai implikasi ke atas proses pembelajaran di dalam biik darjah. Dengan itu, maklumat ini mesti sentiasa dikemaskini dan disimpan dalam keadaan yang baik dan mudah diperoleh apabila diperlukan.

0 comments:

Post a Comment