My ads

Tuesday, November 23, 2010

Tahap dan peringkat perkembangan individu berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap dan peringkat perkembangan individu berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg

1.0 Pengenalan

1.1 Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.


Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:
(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang    
      beberapa alternative dalam dilemma tersebut.
(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.
(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral
(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.
 

2.0 Latar Belakang Jean Piaget

            Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia(Gardner, 1973).

            Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat polapola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.

Konsep
Takrif
Skemata
Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru
Asimilasi
Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada
Akomodasi
Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru
Keseimbangan
Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman

Jadual 1.1: Konsep-Konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget

            Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain.

            Selain itu, menurut Piaget, kita bukan sahaja mengorganisasikan segala perhatian dan pengalaman kita, tetapi kita juga mengadaptasikan pemikiran kita dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Piaget(1954) percaya proses adaptasi dilakukan melalui dua cara, iaitu melalui proses asimilasi dan proses akomodasi.

            Asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif sedia ada. Contohnya, Fatin nampak kucing dan diberitahu itulah kucing. Bila Fatin nampak arnab, Fatin sebut kucing. Inilah asimilasi, iaitu maklumat diserap tanpa dibuat ubahsuai.
Akomodasi bermaksud mengubahsuai skemata sedia ada untuk memahami maklumat baru. Dalam contoh di atas, sekiranya pada hari lain, bapa Fatin terdengar Fatin menyebut kucing sebagai arnab, bapanya membetulkan keadaan. Bapa beritahu Fatin bahawa itu adalah arnab sebab dia melompat, tidak mengiau dan makan karot.

            Apabila kanak-kanak mendapat maklumat baru, terjadi ketidakseimbangan (disequilibrium) dalam pemikirannya. Maka, untuk mendapat semula seseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu membuat organisasi atau adaptasi pada skemata (struktur kognitif yang mengorganisasikan dan menginterpretasikan semua pengalaman kita).


2.1 Tahap-Tahap Perkembangan Mental

Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah :


Umur
Peringkat
Cara Berfikir
(0 tahun- 2 tahun )
Tahap Sensori Motor atau deria motor
Kanak-kanak menggunakan deria motor dan deria yang lain untuk meninjau dan memahami dunia mereka.
(2 tahun -7 tahun)
Tahap Pra Operasi
Kanak-kanak pra sekolah menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan.
(7 tahun -11 tahun)
Tahap Operasi Konkrit

Kanak-kanak mula zaman persekolahan. Mereka berfikir secara logik dan konkrit. Mereka boleh menyelesaikan masalah secara cuba jaya (trial- and- error)
(11 tahun -15 tahun)
Tahap Operasi Formal
Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

Jadual 1.2 Tahap-tahap Perkembangan Mental Mengikut Jean Piaget



1.    Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)

            Dalam peringkat inikanak—kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannyaSelepes dilahir selama dua bulan. Seorang bayi sudah boleh membezakan objek—objek di dalam persekitarannyaAntara 4 hingga 8 bulanbayi itu kel ihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhanApabila berusia satu tahundia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannyaDi antara 1 hingga 2 tahun Kanak-kanak cuba menggunakan berbagai-bagai skhemata (iaitu —struktur kognitif yang digunakan untuk mengadaptasikan persekitarannya)  untuk  menyelesaikan  masalah—masalah  yang dia hadapiPada akhir 2 tahun kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudahDari kelahiran hingga umur 1     tahunkanak—kanak cuba belaiar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan—perkataan dengan objek—objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya

2. Peringkat PraOperasi (2-7 tahun)

            Dalam peringkat inikanak—kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahunkanak—kanak telah boleh bertutur dengan fasih dalam melalui bahasa yang dikuasainya ituperkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak—kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengahman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannyaMereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan anganangan dengan kenyataanMereka hanya boleh memikir secara transduktff, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh khusus sahaia. Namun demikianmereka tidak boleh memikir secara deduktif(daripada Hmum kepada contoh khusus) dan secara induktif(daripada contoh khusus kepada umum)Pada akhir peringkat inimereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka boleh mengelaskan obiek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

3.    Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

            Berdasarkan eksperimen dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa egosentrik kanak-kanak mula luput secara beransur-ansur dari umur 7 tahun hingga 12 tahun, diikuti dengan luputnya pemusatan perhatian terhadap satu-satu. Mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan.
Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.  Pada akhir peringkat ini, kanak kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.  Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak.   Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks seperti :

              "A lebih panjang daripada B;
               B lebih pendek daripada C;
               yang manakah adalah paling pendek sekali?"

Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-obj ek konkrit dan pengalaman secara langsung.

4.    Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

            Peringkat ini bermula dari umur 12 tahun dan perkembangan kognitif biasaya mencapai kemuncak di penghujung umur 16 tahun. Dalam peringkat ini, remaja telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Selain daripada  itu,  remaja juga  boleh  menggunakan  simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.




3.0 PERKEMBANGAN  MORAL

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan.  Ia mempunyai dimensi interpersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku, perasaa dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang individu.

3.1 Teori Perkembangan Moral Piaget

Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan memberi hujah terhadap persoalan melibatkan moral.

Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama pemikiran moral:

(a)  Umur 4 hingga 7 tahun.
Peringkat moral Heteronomus,
Peringkat pertama perkembangan moral, Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat. Contoh: Mereka mengemaskan barang mainan sebab takut dimarahi, Mereka sukar mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu perbuatan.

(b) Umur 7 hingga 10 tahun.
Peringkat transisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.

(c)  Umur 10 tahun ke atas.
Peringkat Moral Autonomus
Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oieh  manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu  tindakan berdasarkan niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.


 3.2 Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

            Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah lanjutan dari teori Jean Piaget (ahli psikologi Swiss) dan ahli falsafah John Dewey. Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.         

            Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan manusia. Berikut adalah satu daripada pernyataan yang beliau gunakan:

"Di Eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat. Para doktor mengesahkan bahawa hanya terdapat satu ubat sahaja yang dapat menyembuhkan penyakitnya itu. Ubat itu ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal dalam bandar yang sama. Kos untuk membuat ubat tersebut ialah $200 tetapi lelaki tersebut menjual hanya sedikit sahaja ubat itu dengan harga $2 000 Heinz, suami wanita yang sakit itu cuba meminjam wang yang secukupnya untuk membeli ubat berkenaan. Beliau berjumpa dengan semua orang yang dikenalinya untuk meminjam wang. Tetapi, beliau hanya dapat setengah daripada jumlah yang diperlukan. Beliau kemudian berjumpa dengan lelaki yang membuat ubat itu dan mengatakan bahawa isterinya sedang sakit tenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan harga murah sedikit ataupun membenarkannya membayar harga ubat itu kemudian. Tetapi lelaki tersebut mengatakan tidak, saya telah membuat ubat ini dan saya akan mendapatkan wang daripadanya. Oleh itu, Heinz memecah masuk ke dalam kedai lelaki tersebut dan mencuri ubat itu". (Sumber: Atkinson et. al., 1983, hlm 81)

Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg bertanyakan sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau tidak. Kohlberg tidak hanya ingin mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses bagaimana subjeknya menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat (rujuk jadual di bawah).


                  

Tahap 1: Pra – Konvensional (0-9 tahun)
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhun dan Hukuman
Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi
Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun)
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan
Tahap 3: Pos –Konvensional ( >20 tahun)
Peringkai 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak individu
Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat

Jadual 1.3 : Paringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1: Pra-Konvensional

Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.

 Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.

            Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.

Tahap 2: Konvensional

Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.

Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik

Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.

Tahap 3: Pos - Konvensional

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat,
 
Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu

Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.

Peringkat 6: Etika prinsip sejagat           

Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.


0 comments:

Post a Comment