My ads

Thursday, November 25, 2010

Ceramah Etiket Sosial

Laporan Ceramah Etiket Sosial (Pakaian)


1.0 Pengenalan

XXXX  telah menganjurkan sebuah ceramah yang bertajuk Etiket Sosial (Pakaian) pada 27 Januari 2010 di XXXX pada pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Ceramah ini diberi oleh XXXX. Semua guru pelatih termasuklah guru pelatih Program Perguruan XXXX, Program Persediaan XXXX dan sebagainya menghadiri ceramah tersebut.


2.0 Objektif

Tujuan ceramah ini adalah untuk mendedahkan para guru pelatih kepada etiket sosial agar melahirkan guru yang sopan dan sempurna demi memartabatkan profesionalisme keguruan.

3.0 Kandungan

·                     Definisi Etiket sosial

Etiket Sosial didefinisikan sebagai satu bentuk, cara dan upacara yang diwujudkan secara kurang formal tetapi diterima dan diamalkan oleh masyarakat, dalam sesuatu profesion dan hubungan rasmi

Ceramah ini membincang tentang etiket sosiai. Etiket sosial bermaksud peraturan pergaulan, budi bahasa serta adab tertib dalam sesuatu kelompok masyarakat dan sesuatu pekerjaan, atau ketetapan dan kod imej yang diterima dalam upacara seperti di dalam istana atau dalam majlis formal atau masyarakat am.

Nilai etiket yang tinggi mempertingkatkan imej seseorang itu. Antara komponen etiket ialah perkenalan, berpakaian, perbualan, gaya diri, berjalan, duduk, berdiri, makan dan majlis diraja.
Dalam komponen berpakaian, terdapat 3 eiemen penting iaitu cita rasa pakaian, kesesuaian pakaian dalam pelbagai situasi, serta penampilan dan penggayaan diri.

Pakaian menampiikan imej seseorang. Penilaian dari segi kedudukan ekonomi, tahap pelajaran, tahap kedudukan sosial, kejayaan, moral, tahap boleh dipercayai, kecanggihan atau kehebatan, imej kendiri dan masa hadapan seseorang boleh dinilai melalui pakaian yang dipakainya. Oleh itu, pakaian yang sesuai amatlah penting.

Walaupun kesesuaian berpakaian amatlah dititik berat, namun ia tidak semestinya pakaian yang mahal asalkan sesuai. Pakaian yang dipakai perlu sederhana, sesuai dengan bentuk badan, warna kulit, bentuk muka, dan padanan warna. Terdapat lima peraturan untuk bergaya. Antaranya ialah mengenali bentuk badan diri, potongan dan warna pakaian yang dipilih, kesesuaian pakaian, kesesuaian dengan umur, serta kesesuaian dengan badan. Pakaian yang baik ialah pakaian yang memenuhi syarat padanan warna, keselesaan, bahan yang baik, fesyen dan kesesuaian.

Kesesuaian pakaian lelaki melibatkan pemilihan jenis kain, corak kain dan bentuk kolar, peraturan asas memakai tali leher, Papaya lounge suit, perhiasan, padanan warna, serta kasut dan stokin.

Pemilihan jenis kain
           Kain kapas
           Kain polyester
           Kain kapas campuran polyester

Pemilihan baju kemeja
Apabila memilih baju kemeja, ia perlu sesuaikan dengan bentuk badan, warna kulit dan iklim negara, selesa apabila dipakai, tidakterlalu ketat dan tidak terlalu besar. Elakkan dari memakai kain jenis berkilat, terlalu jarang dan berwarna garang.


Pemilihan kolar kemeja

Bagi pemilihan kolar kemeja, apabila dibutangkan hendaklah selesa dan tidak terasa ketat atau longgar. Bukan begitu sahaja, kesesuaian pemilihan kolar baju juga berpandukan bentuk muka. Individu yang bermuka kecil dan leher jinjang perlu memilih pakaian yang berkolar tinggi dan lebar sedikit akan menampakkan wajah muka lebar dan elakkan memilih kolar yang panjang dan lurus. Jika individu yang bermuka lebar, pakaian berkolar rendah akan menampakkari leher jinjang manakala elakkan berkolar bulat kerana akan menampakkan wajah bertambah bulat bagi mereka yang bermuka bujur.

Corak dan warna

Corak dan warna merupakan pilihan peribadi. Kemeja putih mudah dipadankan dengan tali ieher dan suit. Kemeja satu warna mudah dipadankan dengan tali leher. Elakkan warna kuning pekat dan merah jambu. Warna baju hendaklah lebih muda daripada suit manakaia warna tali leher lebih gelap daripada baju. Elakkan memakai baju yang berjalur kasar. Jalur halus mudah dipadankan dengan tali leher. Baju berjalur biasanya mempunyai kain beriatarkan warna putih. Elakkan baju berwarna-warni (susah dipadankan dengan tali leher)


Pemilihan tali leher

Semasa pemilihan tali leher, individu perlu mengetahui panjangnya supaya  sesuai  dan  kemas  apabila  dipakai.  Tali  leher dipakai  hanya dengan baju lengan panjang kecuali pakaian seragam Berikut merupakan peraturan asas memakai tali leher:

           Ikatan tali leher yang biasa dan sesuai ialah jenis simpul segi tiga
           Hujung bahagian tali leher mestilah mencecah bahagian kepala tali pinggang
           Tali leher jenis sharp-end atau hujung segi tiga lebih sesuai.
           Elakkan dari memakai taii leher yang terlalu besar.
           Padankan tali leher berjalur dengan baju plain dan tali leher plain dengan baju berjalur
            Baiu yang berjalur timbul (bold) dan sewerna boleh dipakai dengan tali leher berjalur 
             halus
           Elakkan memakai tali  leher plain dengan baju plain kerana padanan ini hanya sesuai  
             jika memakai lounge suit
           Padankan dan sesuaikan warna tali ieher dengan baju. Jika tiada pilihan sesuaikan
            dengan seluar
          Jika  menggunakan  pin tali  leher,  tempat yang  sesuai  ialah bersamaan bahagian
            tengah saku baju. Jika memakai lounge suit, tempat pin yang sesuai ialah bersamaan
            dengan bahagian atas saku baju.


Perhiasan

Bagi perhiasan pada pakaian ielaki, alat perhiasan lelaki terhad, pen di poket baju tidak lebih daripada 2 batang, sikat jangan diletakkan dalam poket baju, dan poket baju jangan dipenuhi pelbagai benda seperti wang kertas.

Kasut hitam dan stokin

Kasut hitam dianggap sebagai pakaian rasmi. Peraturan pakaian, stoking sewajarnya dipadankan dengan warna seluar kecuali seluar putih. Padankan warna stoking dengan seluar, jika tidak, padankan dengan warna kasut.Stoking putih tidak sesuai dipakai dalam acara rasmi kecuali untuk acara sukan.Biasakan memakai kasut berwarna gelap Kesesuaian pakaian wanita pula merangkumi pemilihan ienis, padanan warna, alat hiasan tambahan serta beg tangan dan kasut.


Pemiiihan Jenis Pakaian

Pakaian yang sesuai adalah berpakaian secara sederhana. Tidak semua fesyen sesuai dengan seseorang. Pilihlah pakaian yang seragam dengan tugas yang dijalankan supaya seiesa. Elakkan daripada menjadi tumpuan atau perhatian orang lain.


Padanan Warna

           Elakkan memakai pakaian dari jenis kain berkilau atau berkilat pada waktu siang
            (sesuai dipakai malam)
           Elakkan memakai satu warna sahaja. Pakai dari satu rumpun   warna yang sama
            adalah sesuai
           Berwarna-warni (elakkan menggunakan lebih 4 warna pada pakaian)
           Kain perlu sesuai dengan bentuk badan, ia membantu dalam mengayakannya
           Gunakan kain tipis, lembut dan serap
           Pemilihan lining hendaklah sesuai

Alat Hiasan Tambahan

Tidak dapat dinafikan, wanita sentiasa memakai alat hiasan tambahan supaya kelihatan lebih menarik. Namun, hiasan hendak sesuai. Hiasan yang keterlaluan akan menjadi perhatian orang dan memalukan. Hiasan pada leher tidak melebihi daripada dua jenis rantai. Penggunaan cincin yang banyak dan hiasan lengan jenis berbunyi tidak sesuai bagi majlis rasmi.

Pengqunaan pewangi

Pewangi memberi keharuman. Akan tetapi, penggunaan pewangi juga perlu mengikut situasi. Pewangi yang lembut sesuai digunakan pada siang hari sementara yang kuat daya tarikannya digunakan pada waktu malam. Elakkan daripada menggunakan lebih daripada satu minyak wangi pada satu masa.

Beg Tangan

Semasa menggunakan beg tangan, sesuaikan warna beg dengan kasut. Beg tangan berwarna-warni atau terlalu besar dan terlalu kecil tidak sesuai dibawa menghadiri majlis yang penuh istiadat atau majlis rasmi. Beg tangan yang sederhana besar sesuai di sebelah siang semasa bertugas. Beg tangan yang jenis bertali atau berkepit pula sesuai bagi menghadiri majlis rasmi. Bagi menghadiri majlis jamuan makan, gunakanlah beg tangan kecil dan bertali pendek sesuai ke majlis jamuan makan.

Kasut

Apabila memilih kasut, gunakan kasut yang sewarna dan sesuaikan dengan beg tangan. Semasa menghadiri majlis rasmi, pakai kasut berwarna gelap. Elakkan memakai kasut bertumit halus dan runcing sekiranya aktiviti majlis tersebut perlu berdiri untuk masa yang lama agar tidak memenatkan kaki. Pilih sarung kaki warna lembut mengikut warna kulit.

Akhir sekali ialah cara-cara berjabat tangan. Cara berjabat tangan yang berlainan membawa maksud yang berbeza. Contohnya, berjabat tangan dengan satu jari menunjukkan kekurangan ramah tamah, tarik menonjolkan kekurangan yakin, mengawal ialah kurang baik dalam urusan, aggresif pula menunjukkan kekasaran, dan sejuk bererti jemu dan bosan. Berjabat tangan yang paling baik ialah sama taraf iaitu memberi keeratan, kemesraan dan ketenangan kepada pihak lain.



4.0 Reflektif Kendiri
Ceramah ini merupakan satu ceramah yang amat berfaedah. Isi ceramah yang begitu padat dan bernas bukan sahaja memanfaatkan saya, tetapi juga guru-guru pelatih lain yang turut hadir.

Seperti yang dikatakan dalam ceramah ini, pakaian menampilkan imej kendiri. Ini menunjukkan betapa pentingnya kesesuaian pakaian bagi seseorang. Lebih-lebih lagi, saya merupakan seorang bakal guru. Saya periulah berpakaian sederhana bagi menonjolkan profesionalisme keguruan.

Bak kata pepatah, 'Guru kencing berdiri, murid kencing berlari'. Sekiranya saya berpakaian selekeh sewaktu mengajar, murid-murid saya semestinya akan mempelajari cara pemakaian saya juga. Bukan begitu sahaja, profesionalisme keguruan saya akan diragu-ragukan oieh ibu bapa. Saya tidak akan dihormati oleh orang ramai.

O!eh itu, saya perlulah berpakaian sesuai mengikut pengetahuan yang dipelajari dalam ceramah ini. Saya hendaklah mengambil perhatian terhadap pemiiihan jenis pakaian, padanan warna, alat hiasan tambahan dan kasut.

Semasa menghadiri sesuatu majlis, saya perlulah berpakaian pakaian yang sesuai. Hampir semua majlis menetapkan jenis pakaian yang periu dipakai oleh tetamu dan peraturan pakaian dinyatakan dalam kad jemputan.

Demi menghormati majlis tersebut, saya hendaklah berpakaian mengikut ketetapan dan bukan sebarangan agar tidak memberi tanggapan yang buruk kepada orang ramai terhadap profesion guru.

Di samping itu, perbualan, gaya diri, berjalan, duduk, berdiri, dan makan turut mempunyai peraturan masing-masing. Saya perlulah mempelajari cara yang betu! demi menjaga imej diri dan imej profesion keguruan.

Profesion keguruan sentiasa diperkata sebagai profesion yang mulia. Justeru itu, saya haruslah sentiasa rnengingatkan pengetahuan yang dipelajari dalam ceramah ini agar selalu menjaga imej diri demi memartabatkan profesion keguruan.


5.0 Penutup
Secara keseluruhannya, ceramah ini memberi fokus kepada para guru pelatih tentang etiket sosial. Komponen pakaian telah dititik berat dalam ceramah ini. Ceramah ini telah menerangkan kesesuaian pakaian lelaki dan wanita dengan begitu jelas. Dengan adanya gambar-gambar yang ditunjukkan, diharapkan semua guru peiatih mempunyai gambaran yang jelas terhadap cara pemakaian semasa menghadiri sesuatu majlis. Pakaian menampilkan imej kendiri. Justeru itu, para guru pelatih hendaklah berpakaian selesa, sesuai dan betul untuk menunjukkan kemuliaan seseorang guru dan seterusnya memartabatkan profesionalisme keguruan.



Disediakan oleh,                                                                  29 JANUARI 2010

(XXXXXX)
Guru Pelatih,
XXXXXXX

0 comments:

Post a Comment