My ads

Friday, November 12, 2010

ISL 5

Tajuk:

Merujuk kepada Section A dalam Smaldino, S.E., Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M (2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). New Jersey: Pearson Educational Inc., bincang dan senaraikan langkah-langkah memelihara dan memulihara cetakan fotografi anda.


Pengenalan

            Pencetak merupakan sejenis peranti output yang sangat penting. Ini kerana ia digunakan untuk mencetak dokumen ke atas kertas, transparency atau stensil. Perkembangan dalam teknologi kamera digital bukan sahaja memberi impak kepada perkembangan dan kemampuan teknologi kameranya tetapi juga kepada peranti yang menjadi tunjangnya iaitu pencetak. Yang paling menyerlah ialah perkembangan teknologi pencetak foto.

            Perkembangan yang berlaku dalam teknologi percetakan membolehkan kita menggunakannya di rumah selain daripada di makmal gambar. Ketika ini, kemudahan yang dibawakan oleh teknologi pencetak foto merupakan satu nilai tambah kepada yang inigin mencetak gamabr foto sendiri walaupun dengan keterbatasan tertentu. Kebiasaannya, pencetak foto merupakan pencetak yang boleh beroperasi secara tunggal di mana ia boleh mencetak sendiri tanpa perlu menggunakan komputer peribadi (personal computer@PC). Jika hendak mencetak foto, cukup dengan sekadar memasukkan kad memori pada slotnya dan kemudian pilihlah urutan gambar dan berapa banyak gambar yang akan dicetak.

            Dari segi kualiti, ia lebih kurang sama dengan pencetak konvensional. Biasanya, pencetak yang digunakan untuk mencetak foto dikenali sebagai pencetak kualiti foto (photo quality printer). Seperti yang kita sedia maklum, setiap pencetak didatangkan dengan kemudahan yang membolehkannya mencetak di pelbagai jenis media cetakan untuk memenuhi pelbagai jenis keperluan. Sebaiknya gunakan kertas foto yang dikhaskan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


Cara-cara memerlihara dan memulihara cetakan fotografi

            Pencetak fotografi harus diberi jagaan dan penyelenggaraan yang teliti. Oleh sebab kebanyakan komputer peribadi di rumah dan di sekolah menggunakan pencetak jenis “dot-matrix”, perbincangan penjagaan pencetak di sini akan menumpukan kepada penjagaan pencetak jenis ini.

            Sebagai panduan am, penjagaan pemcetak adalah seperti penjagaan  komputer. Pencetak sama ada jenis 9-pin atau 24-pin jarang mengalami kerosakan jika dijaga dan diselenggarakan dengan baik. Selain langkah-langkah penjagaan dan keselamatan untuk komputer yang telah dibincangkan di atas, perkara-perkara berikut harus diambil perhatian:

·        Jangan membuat cetakan tanpa menggunakan reben dan kertas. Selain fungsi-fungsi biasa, reben dan kertas juga bertindak sebagai penyerap hentaman pin pada platen pencetak.

·        Jangan gerakkan kepala pencetak dengan tangan secara paksa apabila pencetak masih dibekalkan dengan elektrik.

·        Kepala pencetak adalah sangat panas setelah banyak cetakan. Oleh itu, jangan sentuhnya dengan tangan.

·        Penutup pada pencetak tidak harus dibuka semasa elektrik masih dibekalkan.

·        Pastikan tidak ada benda asing seperti serpihan kertas, stapel dan klip terjatuh ke behagian dalam pencetak. Jika ini berlaku pencetak harus dihentikan dengan serta-merta dan benda itu dikeluarkan.

·        Jangan semburkan minyak pelincir yang tidak sesuai ke bahagian dalam pencetak.

·        Bersihkan pencetak beberapa kali dalam satu tahun mengikut langkah-langkah berikut:
a) Padamkan bekalan elektrik pencetak dan keluarkan kertas daripadanya.
b) Keluarkan habuk dan kekotoran dengan menggunakan berus yang
    lembut.
c) Jika bahagian luar pencetak itu kotor atau berhabuk, lapkan dengan   
kain yang dibasahkan dengan air dan sedikit sabun cair. Jangan   
gunakan alkohol, thinner, atau cecair organik yang lain.
           


Rujukan:

Griand Giwanda S. Si. Menguasai Kemahiran Fotografi Digital. Kuuala Lumpur:     Synergy Media.

V. Pang, Y.K. Yap, Y.M. Tam (1992). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur:   Vivar Printing Sdn. Bhd.

0 comments:

Post a Comment