My ads

Friday, November 12, 2010

Tajuk 7: Asas Fotografi

1.0 Pengenalan

            Apakah maksud “fotografi”? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, fotografi bermaksud seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf.

            Fotografi adalah gabungan seni dan sains dalam memaparkan imej ke atas sebatian yang peka pada cahaya.

            Sains dari segi teknikal, peraturan, formula, pendedahan, fokus dan sebagainya.

            Seni pula dari aspek kreatif komposisi, ekspresi manipulasi warna dan sebagainya. Kedua-dua adalah penting untuk menghasilkan persembahan yang nampak professional.

            Perkataan “photography” berasal dari perkataan Perancis “photographie” yang bermaksud “light” + “stylus” , “paintbrush” atau “melukis dengan cahaya”. Pada awalnya, produk fotografi dinamakan “negatives” (negatif) dan fotograf, atau singkatannya photo (foto).

            Fotografi (photography) berasal dari dua perkataan iaitu “Photo” yang bererti cahaya dan “graph” yang bererti tulisan / lukisan.  Sebagai istilah umum, fotografi bererti proses atau kaedah untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya. Alat paling popular untuk menangkap cahaya ini adalah kamera.

            Prinsip fotografi adalah menfokuskan cahaya sehingga mampu menangkap cahaya. Medium yang teah dibakar ukuran luminitas cahaya yang tepat akan menghasilkan bayangan identik dengan cahaya yang memasuki medium pembiasan (selanjutnya disebut lensa).


2.0 Sejarah perkembangan Fotografi

            Fotografi adalah hasil dari penemuan. Yang pertama dalam bidang alam menghasilkan kamera, yang kedua dalam bidang kimia menghasilkan film. Asal mulanya kedua penemuan itu tidak ada hubungannya antara satu sama lain sebelum sampai ke kesempurnaan seperti yang kita sekarang kenal serta melahirkan penemuan baru iaitu fotografi.

            Fotografi ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya fotografi tidak dapat berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia fotografi.

            Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan teknologi ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah diterima dengan meluas namun fotografi dengan menggunakan filem masih digunakan di kalangan pengamal fotografi.

            Kamera mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potret pada abad 17 dan 18. Justeru itu, mereka mencipta kamera Obscura untuk kemudahan merakam imej.

            Pada abad ke-5 sebelum masihi, seorang yang bernama MoTi, mencipta gejala fotografi. Apabila sebuah ruangan gelap ada lubang yang memancarkan sinar, maka di tembok suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya tadi secara terbalik. Ibn Al-Haitham, seorang Arab juga menemukan gejala yang sama. Gambar foto pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam.

            Louis Jacques Mande Daquerre merupakan bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obscura merupakan kamera yang pertama kali dipakai untuk menggambar potret. Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak (Eastman Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika.

            Tahun 1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat besar ukurannya di mana beratnya 1400 paun. Lensa seberat 500 paun. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.

            Di awal kewujudan kamera digital, tidak ramai orang yang menggemarinya terutamanya di kalangan professional. Ini adalah kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an masih menggunakan cirri-ciri kamera kompak.

            Abscura telah diubahsuai secara berterusan sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastman yang bersaiz lebih kecil sekitar 1888. Dari zaman abscura hingga ke era digital dan daripada produk yang mahal dan membebankan untuk dibawa, kamera kini menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra pengguna.


 
3.0 Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera.
1.    Lensa [ Kanta ]
o   Lensa memainkan peranan untuk menentukan kualiti dan sifat imej yang terdapat dalam penilik pandangan.
o   Lensa mesti bersih dari debu dan kesan calar.
o   Penjagaan diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
o   Jenis-jenis Lensa :
a)    Wide Angle Lens
-       Merupakan lensa yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas.
-       Terbahagi kepada Super Wide.
-       Berikut ialah jenis Lensa Wide Angle
   16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm
-       Angka yang lebih kecil bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya.
-       Perlu diingatkan bahawa, sudut yang luas akan membawa kepada kesan lengkung.
b)    Standard Lens
-       Lensa yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia.
-       Lensa ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret.
-       Contoh: 50mm, 55mm, 70mm
c)    Telephoto Lens
-       Lensa yang memiliki sudut pandang yang sempit.
-       Sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh.
-       Lensa ini juga berperanan untuk crouping gambar.
-       Contoh : 135mm, 200mm, 300mm, 500mm, 1000mm
d)    Micro Lens
-       Lensa yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up.
-       Lensa ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lensa Standard dan Telephoto.
-       Contoh: 55mm, 105mm, 200mm
-       Lensa 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lensa 105mm dan 200mm boleh merakam gambar pada micro jarak jauh.
e)    Zoom Lens
-       Lensa yang menggabungkan beberapa ciri lensa yang tersenarai di atas.
-       Ini bermakna dalam satu lensa terdapat dua atau tiga sudut lensa.
-       Contoh: 20mm-55mm, 70mm-135mm, 80mm-200mm
                     
2.    Aperture
o   Adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka.
o   Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.
o   Aperture yang lebih besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4.
o   Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor yang besar seperti f/6.
o   Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian kecil sahaja.
o   Aperture kecil akan fokus pada semua.
o   Jarak di dalam fokus dipanggil “depth of field”.
o   Aperture ialah alat bukaan lensa yang juga dikenali sebagai f/stop.
o   Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik, f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke dalam filem.
o   Lubang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil ditanda dengan angka yang besar.
o   Contoh aperture analog:
   f32, f22, f16,f11 – lubang kecil
   f8, f5.4, f6   - lubang sederhana
   f3, f3.5, f2, f2.8  - lubang besar
o   Setelah wujudnya kamera digital, aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya.
o   Contoh tambahan yang berlaku :
   f32, f30, f22, f20, f16, f12, f11  - lubang kecil
   f10, f8, f5, f5.6, f4  - lubang sederhana
   f3, f3.5, f2, f2.8  - lubang besar
        

3.    Shutter [ Pengatup ]
o   Tingkap khas untuk mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa yang tertentu.
o   Shutter Speed [ kelajuan pengatup ] adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.
o   Jika dalam keadaan cahaya yang kurang, lama lagi masa yang diperlukan oleh kamera untuk mengumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik.
o   Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan lens.
o   Shutter Speed ditanda dengan angka.
o   Contoh Shutter Speed ialah:
   1/B - Shutter Speed paling perlahan
   1/1, ½, ¼, 1/8, 1/15, 1/30  - Shutter Speed perlahan
   1/60, 1/125, 1/250  - Shutter Speed sederhana
   1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000  - Shutter Speed Laju
o   Shutter Speed Laju 1/1 bermaksud bukaan selama  1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya.
o   Namun, satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B.


4.    ISO
o   Untuk mendapatkan gambar yang menarik.
o   Dahulu dikenali sebagai ASA.
o   ISO ialah sensitif filem atau digital kamera pada cahaya.
o   Pada zaman digital ini, ISO mudah dilaras dan diubah.
o   Gunakan ISO yang rendah untuk mendapatkan “aperture” dan “shutter speed” yang diperlukan.
o   Tambahkan ISO untuk “aperture” dan “shutter speed” yang laju.
o   Sebab menggunakan ISO yang perlahan biasanya adalah untuk mengurangkan noise atau “grain” (bintik-bintik pada gambar).
o   Penetapan ISO yang laju biasanya lebih “grain” berbanding dengan ISO yang perlahan.

5.    Focal Length [ Jarak Fokus ]
o   Jarak Fokus dimaksudkan sebagai jarak di antara titik fokus lensa [ focal point] di dataran fokus dengan titik pusat lensa apabila gelung fokus difokuskan kepada infiniti.
o   Perubahan jarak berlaku apabila lensa difokuskan di dalam penggambaran jarak dekat [close-up] di mana kedudukan jarak titik pusat lensa ke titik fokus  lensa adalah besar.
o   Sekiranya jarak fokus jauh digunakan, imej yang lebih besar akan terbentuk.
o   Jarak fokus disukat dalam unit mm.
o   Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan.

6.    Focusing Techniques [ Teknik Memfokus ]
o   Bidang fokus ialah kawasan yang kelihatan jelas apabila lensa difokuskan kapada sesuatu objek.
o   Apabila lensa yang difokuskan ke atas sesuatu subjek, kawasan-kawasan yang akan kelihatan jelas termasuklah kawasan-kawasan 1/3 di bahagian hadapan subjek dan 2/3 di bahagian belakang subjek.
o   Pemprosesan fokus akan menentukan fokus sesuatu subjek dengan cara automatik.
o   Apabila butang pengatup ditekan separuh, satu isyarat infra merah atau frekuansi tinggi akan dipancarkan daripada kamera kepada subjek.
o   Kamera akan memproses lama masa yang diperlukan untuk isyarat tersebut dipantul balik kepada kamera dan diterjemahkan menjadi jarak sebenar subjek dari kamera dan jarak fokus lensa akan diubah secara automatik.
o   Faktor yang mengawal medan fokus:
-       Semakin luas sudut pandangan – medan fokus semakin besar
-       Semakin bertambah jarak memfokus – medan fokus semakin dalam
-       Lebih kecil aperture – medan fokus semakin besar
-       Medan dokus selalunya lebih besar di sekitar titik fokus daripada imej di hadapan

7.    Depth of Field [ Medan Fokus ]
o   Ialah kawasan (area) ketajaman (sharpness) gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang.
o   Subjek yang difokus akan menjadi tajam (sharp).
o   Selepas memahami Depth Of Field,  selain daripada subjek yang difokus menjadi tajam, subjek di bahagian hadapan dan belakang juga boleh menjadi tajam.
o   Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Great Depth of Field.
o   Ketajaman subjek yang terhad di antara bahagian hadapan dan belakang subjek yang difokus dipanggil Shallow Depth Of Field.
o   Depth Of Field dipengaruhi oleh 3 faktor seperti aperture, focusing distance dan focal length.
o   Dalam penggambaran, tiga dimensi yang akan direkod ialah tinggi, lebar dan teraan. Dengan pemutaran gelang fokus, imej akan dilihat melalui penilik pandangan sama ada kabur di bahagian subjek dan tajam di bahagian latar atau sebaliknya.

8.    Filter & Aksesori Kamera
o Diperbuat daripada plastic tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada yang diperbuat daripada kaca yang bermutu.
o Fungsi :
-       Menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak.
-       Memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.
o  Filter ultra violet (UV) membantu mencegah lens agar tidak tercalar.
o Filter biru, merah, kuning, Polarizing membantu membuat pantulan
o Star Filter, Multi Filter membantu untuk kesan sampingan ( Special Effect).

       
9.    Suhu Warna [ Colour Temperature ]
o   Teori asas warna disukat dalam unit Kelvin.
o   Kenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna.
o   Ketahui berbagai jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan white balance yang sempurna.

10.  Jenis dan Sifat Cahaya
o   Fahami sifat asas cahaya melalui teori inverse square law, pantulan cahaya dan sumber cahaya.
o   Ketahui taknik untuk mendapatkan sumber cahaya yang betul untuk subjek tertentu.
o   Kenali sifat natural light, artificial continuous light and flash light.

11. Teknik Penggunaan Flash
o   Membantu kerja-kerja fotografi jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya.
o   Flash membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari.
o   Pembinaan flash adalah di luar sesebuah kamera.
o   Pada peringkat awal, flash dibina untuk penggunaan manual. Flash berfungsi mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat.
o   Flash moden telah dibina dengan fungsi  secara automatic. Fungsi flash ini boleh diubahsuai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.
o   Di samping fungsi automatik, fungsi manual masih digunakan. namun, dengan adanya fungsi automatic penggunaan bateri pada flash menjimatkan.
          

12. Exposure Meter [ Dedahan Meter ]
o   Merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik.
o   Exposure Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.
o   Terdapat dua jenis Exposure Meter di pasaran
a)    Exposure Meter Binaan Dalam
-       Jenis ini mudah digunakan.
-       Komponennya dibina di dalam kamera.
-       Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai apabila latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat.
-       Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposure Meter jenis ini.
b)    Exposure Meter Bebas Guna
-       Exposure ini direka berasingan dengan kamera.
-       Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposure jenis ini lebih tepat kerana boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar.
-       Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.
-       Exposure Meter Bebas Guna terdapat dalam dua kategori.
                                              i.        Exposure Meter Daylight : hanya mengira cahaya matahari atau cahaya buatan seperti cahaya lampu.
                                            ii.        Exposure Meter Elektronik : untuk mengira cahaya dari lampu flash studio.
                                         

4.0 Jenis-jenis kamera
1.    Kamera Kompak / Pocket / Kamera Saku
v  Popular bagi orang awam, sederhana dan mudah dioperasikan.
v  Menggunakan film format 35mm.
v  Murah, ukuran kecil, mudah dan ringan dibawa ke mana-mana.
v  Terdapat peralatan asas kamera.
v  Selalunya, satu lampu imbasan bina dalam dibekalkan dengan kamera.
v  Mungkin terdapat meter dedahan automatik.
                                   

2.    Kamera Kotak / Fokus Tetap [Instamatic]
v Terdiri daripada satu lensa ringkas, satu pengatup dan tuil penggerak filem pada satu kotak kedap cahaya ringkas.
v Sesuai untuk membuat snap-shots yang tidak menghiraukan mutu gambarfoto.
v Mempunyai fokus tetap, yakni objek yang berada lebih 2 meter dari kamera akan kelihatan jelas.
v Filem yang kerap digunakan bersama kamera ialah jenis 120, 127, Instamatic dan 110.
               

3.    Kamera Rangefinder
v Kamera pemidang tilik digabungkan dengan pelaras fokus pada lensa.
v Alat rangefinder yang yang terdapat pada pemidang tilik dapat menentukan jarak fokus pada lensa kamera.
v Dengan memutar pelaras fokus pada lensa ke kiri dan ke kanan sambil melihat melalui pemidang tilik, jurugambar boleh memastikan sama ada objek di hadapan kamera itu kelihatan jelas atau kabur.
v Guna filem format 35mm.
v Sesuai untuk merakamkan bahagian-bahagian yang terperinci dengan lebih sempurna.
                    

4.    Kamera SLR [ Single Lens Reflex ]
v  SLR berfungsi dengan satu lensa dan satu cermin pembalikan. Hasilnya sama dengan apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.
v  Popular di kalangan professional dan amatur. Menggunakan lensa utama sebagai pemidang tilik dan sebagai lensa objektif untuk merakam foto.
v  Pandangan yang terdapat pada pemidang tilik akan terakam di atas filem.
v  Lensa objektif boleh ditukar ganti dengan lensa-lensa yang berlainan jarak fokus untuk mendapatkan kesan-kesan penggambaran yang berlainan.
v  Kamera ini unggul untuk semua jenis fotografi.
v  Secara umumnya, mempunyai lensa yang dapat diganti dan menggunakan filem format 35mm.
                          

5.    Kamera TLR [ Twins Lens Reflex ]
v  Kamera reflek lensa ganda.
v  Menggunakan filem format medium.
v  Mempunyai 2 lensa serupa yang dipasang di atas satu sama lain.
v  TLR ialah kamera 2 lens yang mempunyai peranan masing-masing.
v  Lensa di bawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem.
v  Lensa di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder.
                 

6.    Kamera Viewfinder
v  Biasanya menggunakan format medium.
        
7.    Kamera DSLR
v  Sangat berguna untuk mengambil gambar bergerak.
v  Mempunyai kemampuan menggunakan flash yang kuat untuk waktu gelap dan menggunakan berbagai-bagai lensa seperti lensa makro untuk objek kecil , lensa lebar untuk pemandangan atau foto kelompok orang (group), lensa telephoto untuk mengambil ga,bar objek dari jauh, lensa zoom untuk mengambil objek dari jauh dan dekat.
       

8.    Kamera Super Zoom
v  Memiliki jangkauan (zoom) luar biasa panjang, iaitu dari lebar sampai telefoto.
v  Super Zoom juga memiliki filter-filter yang biasanya hanya dimiliki oleh kamera DSLR, seperti mengambil gambar digital negatif (RAW) dan continuous shooting dan respon, fokus yang lebih cepat.
v  Kamera Super Zoom agak besar dan tidak boleh ganti lensa seperti DSLR.
  

9.    Kamera Advance Compact dengan Manual Setting
v  Salah satu kamera yang lebih mahal daripada compact, tetapi mempunyai kemampuan yang cukup baik untuk menngingat ukuran yang sangat kecil.
v  Kemampuan baik:
-       Mampu mengambil gambar aksi olahraga
-       Mampu mengambil gambar mikro (objek kecil)
-       Dapat membuat later belakang yang kabur.

10. Kamera Professional
v  Memiliki kemampuan dan kehandalan di atas kamera compact.
v  Selalu digunakan oleh jurugambar professional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum.


11. Kamera Instant [ segera ]
v  Boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit sahaja.
v  Persembahan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan cepat.
v  Kamera segere daripada jenama Polaroid adalah tidak asing lagi pada kebanyakan orang asing.
  
12. Kamera Digital
v  Menggunakan sensor digital sebagai pengganti filem.
v  Kamera digital ialah alat untuk mengambil gambar dari objek  melalui lensa kepada sensor CCD (ada juga yang menggunakan sensor CMOS) yang hasilnya kemudian dirakam dalam format digital ke dalam media digital.
      
5.0 Filem
Filem ialah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA (American Standard Association), JIS (Japan Industrial Standards), DIN (Deutche Industrie Norme), dan ISO (International Organization of Standardization).
Jenis-jenis filem
Pembahagian filem berdasarkan ukuran:
            Small format (35mm)
            Medium format (100-120mm)
            Large format


Angka di atas bererti ukuran diagonal filem yang digunakan. Setiap jenis ukuran filem baru menggunakan kamera yang berbeza pula.

 Filem hitam putih
Negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih.
Filem warna
Negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna-warni atau hitam putih.
Filem slaid
Juga disebut filem positif. Untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.
Filem daylight
Filem yang peka kepada semua warna dalam spektrum cahaya putih. Kalau filem ini digunakan dalam cahaya mentol elektrik biasa, warna gambar akan kelihatan kuning-kuningan.
Filem tungsten
Filem infra merah (sensitif terhadap panas yang dipantulkan permukaan objek)


Kepekaan Filem
Filem sangat peka pada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin tinggi nombor, kepekaannya semakin tinggi dan sekiranya nombornya kecil, kepekaannya semakin rendah.
Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/ terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana seperti filem ASA 125 atau kurang adalah sesuai. Yang berikut ialah skala kepekaan filem mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh ISO, ASA, dan DIN.
Filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan sekiranya anda mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya seperti di dalam bilik yang bercahayakan lilin atau di ruang yang malap (seperti filem bernombor ISO 500 ke 1000).
Dedahan cahaya yang tepat (correct exposure) kepada filem bergantung pada tiga faktoe utama, iaitu sensitiviti atau kelajuan filem (standard kelajuan filem dinyatakan berdasarkan nombor yang ditetapkan oleh ISO), bukaan apertur lensa, dan kelajuan shutter. Ketiga-tiga faktor tersebut menentukan kualiti fotografi yang dihasilkan. Hal ini merupakan aspek fotografi yang merunsingkan individu yang baru menggunakan kamera manual. Bagi pengguna kamera automatik atau separuh automatik, hasil fotografi mungkin memuaskan kerana kamera telah diprogramkan kombinasi tersebut bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

6.0 Teknik Penggambaran
1.    Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom atau kelajuan shuttle yang perlahan.
2.    Jangan menghalang bidikan-bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa, tingkap flash atau tingkap sensor. Apabila cahaya suram, gunakan flash.

Jenis-jenis Shot
·        CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.
·        MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.
·        BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.
·        ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga.
·        MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.
·        TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.
·        ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku.
·        LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.
·        WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek.
·        Two Shot: Shot yang merakamkan wajah dua orang.


Sudut Pengambilan Kamera
*      High Angle (Bird eye view): Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.
*      Normal Angle: Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.
*      Low Angle (Frog eye view): Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.

Terdapat pelbagai jenis teknik penggambaran fotografi. Antaranya ialah:
1.    Teknik Jarak Dekat
Imej yang dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yang membantu pengajaran dan pembelajaran apabila guru ingin memberikan fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar. Contohnya, daripada imej seekor rama-rama yang menghinggapi sekuntum bunga, guru dapat menerangkan proses pendebungaan.


2.    Teknik Jarak Sederhana
Foto yang memaparkan imej yang luas untuk memberikan maklumat yang lebih banyak dan terperinci dapat dihasilkan melalui teknik jarak sederhana. Fokus jarak sederhana dapat menghasilkan imej pemandangan atau persekitaran yang lebih menyeluruh. Imej pemandangan dan persekitaran sangat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar kerana imej yang menyeluruh itu meluaskan pemandangan pelajar terhadap sesuatu perkara. Contohnya, seorang guru Kajian Tempatan dapat meningkatkan pemahaman pelajarnya terhadap pola petempatan atau aktiviti ekonomi penduduk di kawasan yang digambarkan.

3.    Teknik Panning
Teknik ini digunakan dalam foto aksi atau sukan. Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shuttle pada kelajuan shutter yang agak perlahan. Hasil daripada teknik ini ialah imej objek yang bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yang statik akan kelihatan kabur.
Bagi menghasilkan imej panning yang memuaskan, pusatkan tumpuan kepada subjek melalui viewfinder. Pusingkan bahagian atas badan anda mengikut pergerakan subjek semasa anda menekan shutter bagi dedahan sehingga selesai shutter tertutup.

7.0 Komposisi
Komposisi adalah cara mengatur/ menyusun bahagian-bahagian dari gambar (misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain) agar gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa digunakan untuk meningkatkan keberkesanan gambar. “Perlihatkan apa yang anda ingin perlihatkan”, merupakan salah satu prinsip yang baik.

Komposisi merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya fotografi. Menurut Charpentier (1993), komposisi adalah cara bagaimana gambar membahagikan sebuah bidang gambar. Penentuan komposisi dilakukan pada saat merakamkan gambar subjek.

Gambar yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Hal ini disebabkan kesesuaian komposisi iaitu:-
·        Latar belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam gambar itu timbul.
·        Apabila mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar hendaklah berada di kanan gambar dan begitulah sebaliknya.
·        Dengan kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan – baik dari kiri ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.

Kamera mestilah sentiasa berada dekat dengan mata apabila hendak mengambil gambar. Tangan kiri hendaklah sentiasa digerakkan bagi memfokus jarak jelas. Tekan pelepas shutter perlahan-lahan sehingga bukaan dan katupan sempurna.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan penggambaran, kita harus sentiasa memerhati, melihat, mencari dan memilih sudut sesuai sebelum memetik kamera. Gambar yang terhasil itu nanti menceritakan kepintaran pemetiknya. Dalam keadaan ini amatlah digalakkan penggambaran menggunakan bantuan tripod stand.


8.0 Peranan Fotografi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Guru-guru pada hari ini beruntung kerana memiliki pelbagai kemudahan teknologi bagi membantu mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mendidik pelajar mereka. Salah satu jenis teknologi yang memudahkan guru dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan melalui teknologi fotografi. Antara peranan fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:-

1.    Menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru kerana pelajar akan lebih minat belajar sekiranya penerangan guru disertakan dengan gambar-gambar yang menarik.
2.    Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep atau tema yang hendak disampaikan kepada pelajar. Melalui gambar, pelajar akan mudah memahami mesej yang disampaikan oleh guru.
3.    Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh apabila gambar memaparkan sesuatu konsep dengna jelas, malah gambar mendorong penerokaan dan perkembangan idea pelajar.
4.    Tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar menjadi lebih mudah dan berkesan dengan bantuan gambar.


9.0 Kesimpulan

Pembelajaran dan pengetahuan asas mengenai fotografi adalah penting dalam kalangan guru. Hal ini membolehkan guru menggunakan bahan fotografi sebagai sumber utama untuk membina alat bantu belajar (ABB), alat bantu mengajar (ABM), dan sumber pembelajaran pelajar. Selain itu, fotografi dapat mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat dimanfaatkan kemudian hari.



Bibliografi:

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Untuk Program Ijazah Sarjana Muda  Perguruan. Kumpulan Budiman SDN. BHD: Selangor.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar SDN. BHD: Selangor.


Rujukan dari internet:

0 comments:

Post a Comment