Penerbitan Video Pendidikan
1.0 Pengenalan :
Teknologi canggih yang dilengkapi dengan kamera video dan computer pada hari telah memberikan ruang kepada individu yang kreatif menerokai kreativiti tanpa had. Tetapi kepada kita sebagai guru, kemampuan seperti ini sepatutunya kita gunakan bagi menghasilkan persembahan video untuk tujuan P&P yang berkaitan dengan tugas kita.
Video adalah merupakan salah satudaripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan:
· Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa.
· Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.
· Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.
· Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid,
2.0 Jenis-Jenis Kamera Video
Terdapat dua format video kamera yang utama, iaitu kamera video analog dan kamera video digital.
2.1Kamera video analog
Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.
2.2 Kamera video digital
Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-perisian suntuingan video secara digital melalui computer.
3.0 Bahagian-bahagian penting kamera video
Sebelum anda menggunakan kamera video untuk membuat sebarang rakaman, anda perlu, mengenali bahagian-bahagian kamera video, antaranya adalah seperti berikut:
1. Butang Zoom- menggunakan fungsi butang ini bagi merakamkan imej sekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal.
2. Gelang focus- semasa anda zoom in, camcorder anda menala focus secara automatik. Tetapi ada masamya sensor memfokus ke objek yang salah. Jadi, lebih baik jika anda dapat melakukan focus secara manual menggunakan gelang fokus.
3. Sensor dedahan (exposure)- sensor dedahan di camcorder akan mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa sesuai dengan intensity cahaya yang diperlukan agar tempat yang cerah akan terus kelihatan cerah dalam rakaman tersebut.
4. Shutter- kelajuan shutter yang tinggi memerlukan lebih banyak cahaya menyebabkan aperture dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelas menjadi lebih tohor.
5. Butang White balance- butang ini digunakan untuk mencipta keseimbangan warna yang menarik, tetapi mungkin bukan warna asal.
6. Alat rakam suara- mikrofon dan system suara dibina untuk merakam bunyi semula jadi di bahagian depan camcorder.
5.0 Jenis-jenis Pergerakan Kamera
5.1 PANNING
Pan shot ialah satu pergerakan kamera yang perlahan, licin dan berterusan dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Namun penggunaannya yang berlebihan akan menyebabkan penonton bosan dan keliru.
Tujuan panning:
1. Menunjukkan subjek yang terlalu panjang untuk digambarkan dalam satu shot, seperti deretan bangunan yang panjang.
2. Menunjukkan hubungan diantara subjek-subjek, seperti adegan yang menunjukkan muka wanita yang terkejut kemudian pan kepada tikus yang berada di hadapannya.
3. Mengikuti pergerakan sesuatu subjek yang sedang bergerak, seperti kucing mengejar tikus.
Perkara yang sewajarnya diingat bila melakukan panning shot:
1. Fikirkan permulaan pan shot dan tempat di mana ia patut ditamatkan.
2. Bila tidak menggunakan tripod, bahagian pinggang ke atas sahaja yang bergerak atau berpusing.
3. Pan dengan perlahan dan stabil untuk membolehkan penonton dapat melihat apa yang dipaparkan.
4. Imej "permulaan" dan "penamat" shot mestilah statik selama 3 saat.
5. Panning shot yang berkesan adalah tidak melebihi sudut 90 darjah. Jika melebihi boleh menyebabkan pergerakan kamera bergoyang dan hilang keseimbangan.
6. Bila membuat panning shot subjek yang sedang berjalan atau berlari ruang depan subjek atau walking room lebih luas dari ruang di belakang subjek.
5.2 TILTING
TILTING ialah pergerakan kamera secara 'vertical' yang licin dan berterusan seperti dalam rajah di atas. Kamera berkenaan berada dalam keadaan yang tetap sama ada diatas TRIPOD atau dipegang dengan tangan(hand held). TILTING ialah satu pergerakan atau teknik yang berkesan untuk menggambarkan subjek yang tinggi seperti TILTING dari puncak bangunan ke bawah(TILT DOWN) atau dari bawah ke atas(TILT UP). Pergerakan subjek juga boleh di ikut dengan teknik ini seperti seorang yang sedang memanjat atau menuruni sebatang pokok kelapa umpamanya..
Peraturan menggunakan TILTING:
1. Fikir apa yang hendak ditunjukkan dan tentukan permulaan dan penamat pergerakan tersebut.
2. Buat latihan sebelum mulakan rakaman.
3. Permulaan rakaman hendaklah dalam keadaan statik selama 3 saat sebelum mula membuat pergerakan dan begitu jugalah ketika di akhir pergerakan berkenan.
4. Buat pergerakan tersebut dengan perlahan dan licin dalam satu arah.
5. Jangan cuba membuat pergerakan TILTING terlalu jauh kerana ini akan menyebabkan kehilangan keseimbangan badan, sebaik-baiknya dalam lingkungan 90 darjah sahaja(sudut pergerakan TILT UP atau TILT DOWN). Jika subjek tidak boleh dirakam sepenuhnya dalam lingkungan sudut 90 darjah, cuba letakkan kamera lebih jauh lagi dari subjek berkenan.
6. Pergerakan TILTING ini akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan TRIPOD.
5.3 DOLLY / TRACK
Dolly adalah roda yang dipasangkan pada kaki tripod, sehingga kamera dapat didorong mendekati atau menjauhi objek. Gerak kamera mendekati objek (kamera maju) disebut dolly in, sedangkan gerak kamera men-jauhi objek (kamera mundur) disebut dolly out. Istilah lain dari gerakan kamera (dolly) ini adalah TRACK.Track In untuk gerak kamera mendekati objek dan Track Out untuk gerak kamera menjauhi objek. Adapungambar yang dihasilkan dari gerakan ini adalah suatu perubahan tampilan yang berlangsung secara alami.75 Media Televisi Dolly in misalnya, secara perlahan objek terasa mendekat, sedangkan dengan dolly out objek terasa menjauh.
Namun ada beberapa hal yang perlu diperhatikan, pada saat melakukan pergerakan kamera dengan dolly, iaitu:
• Pada saat kamera bergerak (mendekat atau menjauh), harus di ikuti dengan pengaturan fokus (follow focus).
• Bila menggunakan lensa sudut lebar (wide lens) pada saat melakukan gerak mendekat (dolly in) yang terlalu ekstrem, maka bagian-bagian objek yang lebih menonjol ke depan akan menghasilkan efek perbesaran yang ekstrem pula.
• Apabila pengambilan gambar dilakukan dengan lensa yang mempunyai sudut kurang dari 20 derajad, harus dilakukan secara hati-hati agar gambar yang dihasilkan
tidak goyang.
5.4 CRAB atau ARC
Crab adalah pergerakan kamera yang meniru gerakan kepeting, iaitu menggerakkan kamera menyamping ke kiri atau ke kanan. Untuk itu komando yang diberikan untuk melakukan gerakan tersebut adalah Crab right atau Crab left. Crab right menggerakkan kamera menyamping ke kanan dengan sedikit melingkar, sedangkan crab left menggerakkan kamera menyamping ke kiri dengan sedikit melingkar. Gerakan tersebut bila diteruskan akan membentuk setengah lingkaran. Istilah lain dari Crab ini adalah ARC, sehingga adakalanya komando yang diberikan berbunyi Arc right atau Arc left.
Crab atau Arc ini menpunyai kemiripan dengan TRUCK. Bedanya bila crab atau arc bergerak membentuk setengah ligkaran (lengkungan), sedangkan Truck bergerak membentuk garis lurus.
6.0 Proses Penerbitan Video
- Tetapkan Tujuan dan Objektif
- Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakak kumpulan sasarannya dan bagaimanakah bahan itu akan digunakan dalam pengajaran? Perlu diingat, objektif P & P yang dinyatakan perlu dicapai.
- Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
- Bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebagainya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran dikumpulkan terlebih dahulu.
- Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai
- Bahan yang anda kumpulkan mungkin terlalu banyak. Pilih bahan yang difikirkan benar-benar perlu dan releven.
- Menulis Skrip
- Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.
- Bersedia Membuat Penggambaran
- Sediakan jadual Penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugasan masing-masing.
- Sediakan Bahan-Bahan Grafik
- Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Jika tidak, hal ini akan mengganggu kelancaran penggambaran.
- Sediakan Bahan dan Peralatan
- Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.
- Mulakan Penggambaran
- Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.
- Menyunting
- Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.
- Membuat Rakaman Audio
- Langkah ini adalah untuk memasukkan narration, kesan bunyi dan muzik latar.
- Prebiu
- Rancangan perlu dipratonton oleh sekumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.
- Gunakan Dalam Pengajaran
- Di sinilah anda menggunakan klip video yang telah dihasilkan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran anda. Galakkan perkongsian sumber ini dengan rakan-rakan sejawat yang lain.
- Penilaian
- Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika perlu, buat penambahbaikan bagi memastikan objektif penyediaan bahan tercapai.
7.0 Video Digital
Video digital menggunakan kombinasi audio dan video untuk menghasilkan satu produk multimedia yang dinamik. Sumber video digital mungkin dari kamera video, filem yang didigitalkan untuk computer atau grafik statik yang disusun atur dijadikan animasi.
SUMBER-SUMBER VIDEO DIGITAL
Sumber video digital boleh didapati dari;
· Rakaman kamera video
· Turutan imej grafik yang disusun secara bersiri.
· Imej statik dari filem, videotape atau aksi langsung.
Video Analog
Video analog ialah maklumat yang disimpan menggunakan isyarat video televisyen, filem, videotape dan sumber-sumber media yang bukan dari komputer. Video analog adalah penting kerana ia menjadi sumber video digital dan bagaimana komputer mengubahkannya.
Jenis-Jenis Video Analog
Terdapat beberapa cara transmisi isyarat video, kebiasaannya dalam bentuk video analog dan televisyen. Pada video analog, setiap frame video diwakili oleh isyarat arus yang turun naik yang dipanggil "analog wave form", juga dirujuk sebagai video komposit. Terdapat beberapa format isyarat komposit atau isyarat video analog untuk siaran televisyen;
· NTSC (National Television Standards Committee) - Format yang digunakan di US dan Jepun. NTSC mempunyai 525 imbasan garisan pada setiap 1/30 saat pada skain nisbah 4:3 aspect ratio. "Aspect Ratio" adalah perbandingan antara lebar dan tinggi skrin.
· PAL (Phase Alternate Line) - Format yang digunakan di UK, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. PAL terdiri daripada 625 garisan imbasan pada setiap 1/2 saat dan penindihan 50 pusingan sesaat.
· SECAM (Sequential Colour with Memory) - Format yang digunnakan di Perancis. SECAM terdiri daripada 625 garisan imbasan pada setiap 1/2 saat dan penindihan 50 pusingan sesaat.
Terdapat satu format baru iaitu HDTV yang berasaskan 1125 imbasan garisan pada 60 pusingan sesaat dengan 16:9 aspect ratio.
Ciri-Ciri Video Digital
Frame merupakan ciri asas video digital dan mempunyai beberapa persamaan grafik 2D komputer dari segi ketinggian, kelebaran dan kedalaman warna. Frame merupakan imej tunggal dalam siri video.
1. Kadar Frame - bilangan imej yang dipaparkan pada suatu tempoh waktu untuk menayangkan pergerakkan. Kadar frame biasanya dinyatakan "frames per second" (fps).
2. Saiz Frame - ketinggian dan kelebaran setiap frame atau imej.
3. Kedalaman Warna atau Resolusi -jumlah warna setiap piksel didalam frame atau imej.
KADAR FRAME
Video Digital, filem dan video analog adalah berasaskan format pergerakkan frame per saat secara linear. Bermakna segmen video dimainkan pada satu kadar kelajuan dan kadar frame yang tetap, dari mula hingga akhir. Setiap frame adalah imej tunggal yang memaparkan perubahan pergerakkan subjek dalam clip video. Apabila disusun secara bersiri, ilusi pergerakkan dihasilkan.
Bilangan frame per saat menentukan kelicinan pergerakkan. Lebih banyak frame per saat, lebih licin pergerakkan video.
Animasi komputer yang biasa ialah 15 fps. Kadar frame TV ialah 29.97 fps (non-HDTV). 24 hingga 30 fps adalah kadar frame yang digunakan bagi video digital.
Enkoding Video: Codecs
Kebanyakkan komputer tidak berupaya memaparkan frame imej penuh pada 1/30 saat jika frame tersebut tidak dikompres. Oleh itu terdapat drivers yang dipanggil codecs. Drivers ini akan memadatkan fail video kepada saiz yang kecil dan dapat dimainkan tanpa kompromi dari segi saiz skrin dan kualiti.
Terdapat dua jenis kompres, iaitu 'spatial compression' data 'temporal compression', Spatial Compression akan memadatkan ruang setiap imej seperti format fail grafik JPEG. Ia berfungsi dengan mengecilkan saiz frame imej. Sedangkan Temporal Compression menggunakan persamaan sesuatu frame secara berulang dan mengetuarkan data yang berulang. Contoh jika seorang bercakap tanpa mengerakkan badan dengan latar yang sama, hanya perubahan pada frame seterusnya akan berubah seperti pergerakkan mulut sedangkan bahagian yang tidak bergerak akan kekal.
Format Video Dan Codecs
Apabila anda 'render' sesuatu video ke format video digital, anda perlu memilih satu format klip video. Terdapat beberapa format seperti Microsoft AVI, Apple Quicktime dan beberapa format MPEG. Berikut ialah beberapa format fail yang menjadi pilihan;
· AVI. Microsoft AVI bukanlah format yang terbaik tetapi ia menyokong semua sistem Windows.
· QuickTime. Satu format video yang agak baik. Ia menyokong system Windows dan Macintosh. ia perlu di instal terlebih dahulu.
· MPEG. Adalah format yang semakin digunakan masa kini. MPEG-1 akan enkodkan klip video saiz skrin 352 x 240, 320 x 240, I76 x 112 atau 160 x 112, tetapi boleh dimainkan pada paparan skrin penuh dengan 30fps. MPEG-4 adalah format baru yang menawarkan kualiti video yang baik pada kadar data yang rendah.
Berikut adalah ringkasan codecs yang boleh digunakan untuk menjana video.
· Microsoft Video l. Format pemadat AVI yang asal dari Microsoft. Codecs mengkompres fail dengan cepat tetapi mengalami loss), (kualiti imej/video terjejas). Sesuai untuk previu sebelum menjana video akhir.
· Microsoft RLE (Run Length Encoding). Sesuai untuk memadatkan imej yang dijanakan dengan komputer. Hanya dapat menjana fail AVI.
· Cinepak. Codec untuk format AVI dan QuickTime yang menawarkan kadar pemadatan yang tinggi.
· Indeo. Codec Intel Indeo untuk format AVI dan QuickTime. Mengambi] masa yang panjang untuk mengkompres.
· Sorensen. Hanya untuk format QuickTime versi 3 ke atas. Menawarkan kualiti kompres yang baik dan mengekalkan imej video.
· Web-specific. Sesetengah codec seperti RealVideo, Vivo dan Extreme hanya untuk tujuan internet.
PERISlAN DIGITAL VIDEO
Perisian Video Digital berasaskan kepada dua pendekatan;
1. Setiap perisian yang bergantung kepada video digital bertanggungjawab terhadap aspek mengawal perkakasan video capture, pemadatan dan main klip.
2. Perisian drivers dalam sistem operasi mengawal video capture, pemadatan dan main klip. Drivers ini dapat dicapai oleh pelbagai perisian untuk membantu membuat atau mencapai data video.
Perisian video digital boleh didapati dalam 3 bentuk;
1. Video capture
2. Mengedit Video
3. Pemain video untuk perisian.
Video Capture
Perisian Video Capture biasanya digunakan untuk mengawal perkakasan video capture. Ia juga berkemampuan mengawal ciri-ciri input isyarat video seperti warna dan keterangan. Ia juga mengawal bagaimana video dirakam tangkap iaitu algorithma pemadatan, kadar frame, saiz frame, kedalaman warna, dan sampling audio.
Pengedit Video
Perisian pengedit video digunakan untuk menghasilkan produk video digital yang siap. Perisian pengedit video berkemampuan untuk;
· Pemadatan data video digital mentah kepada saiz yang kecil
· Menyalin, memotong, pasting, dan memadam frame video dari fail video.
· Mencantum dua atau lebih frame sumber data video.
· Mengubah saiz frame atau kadar frame segmen data video.
· Mengedit audio dengan menyalin, mengeluar atau menambahpadanya.
· Menambah kesan efek pada klip video seperti tajuk atau transisi pada segmen video.
Main Video
Main video bergantung kepada keupayaan sesuatu perisian menayangkan video digital pada sesuatu aplikasi yang lain. Kemampuan yang paling asas ialah memainkan klip video pada sesuatu tetingkap atau skrin penuh dengan fungsi main, berhenti, rewind, fast forward, pause, maju frame atau undur. Satu kelebihan video digital ialah pengguna dapat melompat pada mana-mana bahagian klip dengan menggerakkan pointer fail.
8.0 Sumber Rujukan
Buku
- Chin Yoon Poh.(2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Shah Alam:UG Press Sdn.Bhd.
- Prof.Madya Dr.Wan Zah Wan Ali.Prof Madya Dr.Ramiah Hamzah.Dr.Rosini Abu.(2009).Prinsip Teknologi Pengajaran.Shah Alam: Meteor Doc.Sdn Bhd.
- Noriati A.Rashid.Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Wan Kamaruddin Wan Hasan.(2009).Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Internet
0 comments:
Post a Comment