My ads

Friday, November 12, 2010

ISL 13

Tajuk:

Buat  rujukan dalam Pusat Sumber and  bincang dengan rakan-rakan mengenai topik ”  Impak pemerosesan perkataan  dalam pendidikan dan isu-isu  berkait dengan pemerosesan perkataan”


           Pemprosesan perkataan merupakan perisian komputer  yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemprosesan perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.

            Sesuatu pemprosesan perkataan juga ada dalam bentuk unit komputer bersendirian yang serupa kepada mesin taip, cuma lazimnya termasuk kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan pemformatan dan pencetakan canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen dalam kad memori atau disket. Pemprosesan perkataan kebanyakannya membolehkan penggunanya memilih antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan perkataan. Pemprosesan perkataan sedemikian ini tidak harus dikelirukan dengan mesin taip elektrik.

            Pemprosesan perkataan merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.

            Walaupun pemprosesan perkataan awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemprosesan perkataan terkini mempunyai kelebihan antara muka unit grafik (graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.

            Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan set Office. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian penggunaan sumber terbuka seperti Open Office Writer dan KWord turut makin popular.


Impak pemerosesan perkataan  dalam pendidikan 

            Teks adalah sejenis data yang paling mudah dan memerlukan storan yang sedikit jumlah ruang ingatan sahaja. Teks boleh digunakan dalam pelbagai sub bidang untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan.Keberkesannanya ialah untuk memperkukuhkan media-media lain. Ia akan berkesan jika penggunanya pakar dan berpengetahuan tinggi berhubung dengan maklumat yang ingin diperolehi kerana mereka berupaya memproses maklumat lebih pantas dan berstrategi melalui media ini berbanding dengan audio mahupun video.Menurut Rockley, 1994; walaupun manusia mungkin mendapati media-media lain lebih berkesan untuk memahami sesuatu proses, ianya mungkin sukar untuk memperolehi langkah-langkah khusus untuk sesuatu proses tanpa penggunaan teks.

            Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer. Penyaluran teks dalam multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Ini membolehkan sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan disebarkan kepada pelajar dengan mudah dan berkesan. Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia (Vivi Lach 2006). Dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur boleh dipindahkan ke mana‐mana sistem komputer bagi memudahkan pelajar memahami isi kandungan yang dicapai dari Internet.

Rujukan:
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002&dt=0108&pub=DuniaPendidikan.htm

0 comments:

Post a Comment