Tajuk 10 :
Berdasarkan rubric penilaian video di akhir Bab 12 dalam Smaldino, S.E., Russell, J.D.,Heinich, R.& Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). New Jersey : Pearson Educational Inc. ,buat satu penilaian interaktif mana-mana CD video yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran.
Pada hari ini perkembangan teknologi mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan.Kemajuan ini dapat membantu guru-guru menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum pendidikan sebagai suatu usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Suatu perubahan yang signifikan perlu dilakukan oleh guru tentang cara mengendalikan pengajaranm dan pembelajaran di bilik darjah (Ismail 1996). Sudah tiba masanya budaya pembelajaran diubah daripada pemfokusan memori kepada pengetahuan, pemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1997).
Menurut Salomon (1993), pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan prestasi pelajar. Menurut Smellie et al. (1997), media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memudahkan pelajar memahami dan mendapat maklumat yang kompleks berbanding dengan penyampaianmelalui lisan. Smellie et al. juga menyatakan teknologi multimedia membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang. Media pengajaran yang berasaskan komputer mampu untuk menggunakan teknologi multimedia yang mempunyai ciri-ciri interaktif yang membolehkan para pengguna mencapai maklumat dari segmen ke segmen yang lain tanpa mengikut urutan.
Penilaian untuk perisian kursus ini dibuat setelah perisian kursus ini siap dibangunkan. Penilaian perisian kursus inibertujuan untuk melihat persepsi pelajar dan pakar terhadap penggunaannya dalam proses pembelajaran. Secara khusus, penilaian dilakukan ke atas perisian yang telah dibangunkan untuk menyemak sama ada perisian ini menepati keperluan pelajar. Penilaian pakar pula bertujuan untuk mengesahkan kesesuaian perisian sebagai media pengajaran bagi mengajarkan proses penghasilan lukisan persembahan dengan perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACADR14). Perincian tentang proses penilaian perisian kursus ini adalah seperti berikut:
Reka Bentuk Penilaian
Penilaian perisian kursus ini dibuat dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Penilaian ini melihat persepsi pelajar dan pensyarah ke atas perisian ini daripada pelbagai aspek. Data mentah yang diperoleh daripada tinjauan dianalisis dengan analisis korelasi. Menurut Mohd. Majid (1991), analisis korelasimemberi penekanan tentang perkaitan antara pemboleh ubah. Wiersma (2000) pula menyatakan analisis korelasi tidak memanipulasikan pemboleh ubah tetapi hanya mengkaji kesan dan hubungan yang wujud antara pemboleh ubah. Wiersma (2000) juga menyatakan perhubungan dua pemboleh ubah yang dikaji merupakan korelasi.
Instrumen yang digunakan untuk penilaian ini ialah soal selidik yang diisi oleh subjek kajian. Proses penilaian ini melibatkan pelajar seni bina Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) serta para pendidik dari
institusi yang dinyatakan di atas.
Bagi kajian ini seratus enam puluh pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Melalui kaedah persampelan ini seramai empat puluh pelajar telah dipilih dari setiap politeknik yang menawarkan kursus seni bina. Pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian ialah pelajar seni bina yang pernah mempelajari subjek CADD 1 dan CADD 2 dengan kaedah biasa ketika mereka berada dalam semester dua dan semester empat. Persepsi pelajar ini dijadikan sebagai asas untuk menilai perisian kursus multimedia interaktif yang dibangunkan untuk pengajaran penggunaan perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACAD R14) dalam penghasilan lukisan persembahan. Seramai dua belas orang pakar telah dijadikan subjek kajian untuk menilai perisian kursus ini. Pakar ini terdiri daripada guru, pensyarah politeknik dan pensyarah institusi swasta yang mempunyai pengalaman mengendalikan perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACAD R14).
0 comments:
Post a Comment