My ads

Monday, October 25, 2010

Definisi Tamadun Islam dan Prinsip-prinsipnya

Bincangkan definisi Tamadun Islam dan Prinsip-prinsipnya. Mengapakan sumber Tamadun Islam berpandukan kepada al-Quran dan as-sunnah, akal, penemuan penciptaan baru dan penyempurnaan semula.


ASAL-USUL PERKATAAN “TAMADUN”

Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal daripada bahasa arab. Dalam teori antara bahasa, penggunaan istilah “tamadun” oleh bahasa melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman. Peminjaman istilah seumpama ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi, iaitu yang merujuk kepada faktor kewujudannya di satu pihak dan faktor ketidakwujudannya di satu pihak yang lain.

Daripada sudut makna atau semantik, “tamadun” adalah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja “maddana” yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapknya. Ini bermakna dalam kronologi sejarah, tamadun bukanlah perkataan tunggal dan perkataan pertama yang diperkenalkan untuk membincangkan tentang konsep
pembangunan, kemajuan pencapain manusia.


 
TAKRIF DAN KONSEP TAMADUN

Daripada perspektif Islam, takrif yang dikemukakan melalui madaniyyah, umran hadarah dan tamaddun meskipun masing-masing agak berbeza, tetapi sebenarny menemui titik persamaan daripada segi konsep tamadun, iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksi kepada akidah, syariah dan akhlak sebagai asa dan dasar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun.

Perspektif tamadun Islam:

a) Ibn Khaldun: tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, peralatan rumahtangga dan sebagainya.

b) Muhammad Rasyid Redha: agama adalah asa tamadun. Ini kerana peningakatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.


DEFINISI TAMADUN ISLAM

SYED NAQUIB AL-ATTAS- keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

AL-SYIRAZI- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kekebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi.

ABU BAKAR HAMZAH- sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun yang berupa sekala material.

TEUKU ISKANDAR- keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

Prinsip-prinsip Tamadun Islam:
a.)  Memelihara agama: Islam mendidik penganutnya supaya menjaga kesucian agama dengan tidak melakukan sesuatu yamg boleh merosakkan agama Islam atau menjatuhkan aqidah Islam seperti amalan syirik ( menduakan Tuhan), khurafat (kepercayaan tahyul) dan murtad (keluar dari agama Islam. Penganut Islam juga diwajibkan mempertahankan negara daripada sebarang bentuk pencerobohan.

b.)  Memelihara nyawa: Islam tidak membenarkan orang menyerang jiwa orang lain yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan. Jika dia diserang, wajib ke atasnya mempertahankan diri hingga ke akhir hayatnya. Jika dia mati kerana mempertahankan nyawanya, maka matinya bernilai di sisi Allah, iaitu mati syahid. Pemeliharaan diri setiap manusia daripada sebarang bahaya sentiasa digalakkan oleh Allah dan sebarang tindakan yang boleh mencederaan fizikal orang lain turut ditengah.

c.)   Memelihara akal: Akal yang sihat ialah anugerah Allah Yang Maha Penyanyang. Dengan itu, kita wajib menjaganya dengan sebaik mungkin. Islam melarang melakukan sesuatu atau memakan atau minum sesuatu yang boleh menyebabkan rosak akalnya sama ada mabuk, gila atau sebagainya. Justeru itu meminum sesuatu yang memabukkan atau merosakkan akal adalah haram, kerana ia boleh merosakkan akal manusia.

d.)  Memelihara maruah dan keturunan: Islam mengajar supaya umatnya menjaga maruah dengan baik dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik diri dan keluarga seperti kelakuan tidak senonoh atau percakapan yang tidak sopan (sumbang).

e.)  Memelihara harta: Harta adalah hikmat pemberian Allah kepada makhluknya. Kita disuruh menjaganya dari kerosakkan dan kehilangan termasuk pembaziran dan perjudian. Islam tidak membenarkan pencerobohan ke atas harta benda orang lain. Harta kekayaan yang dikumpul oleh seseorang yang sememangnya digalakkan dalam Islam adalah dugaan dan percubaan dari Allah SWT. Dugaan dalam erti kata bahawa Allah Swt akan bertanyakan di akhirat kelak bagaimana harta kekayaan itu dibelanjakan. Andainya cara diperolehi, barangan yang yang terlibat dan cara dibelanjakan sejajar dengan kehendak Allah, kekayaan itu membawa kebahagian dunia dan di akhirat.

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

SUMBER KHUSUS
a) al-Quran
b) al-Hadis

SUMBER AM
a) ijmak
b) qiyas
c) istislah
d) istihsan

AKIDAH- menurut Syed Qutb, Islam adalah tamadun. Ia dimanifestasikan daripada unsur-unsur ketauhidan kepada ALLAH SWT kerana nilai tauhid tersebut merupakan asas utama dalam pembinaan tamadun dan ia memberi impak yang menyeluruh kepada kehidupan insaniah

PENGHAYATAN ILMU- didalam Islam, ilmu itu diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu:
a) ilmu naqli- keagamaan
b) ilmu aqli- keduniaan

AL-QURAN SUMBER UTAMA TAMADUN ISLAM
DEFINISI AL-QURAN

Al-Quran daripada sudut bahasa bermaksud ‘bacaan’ dan perkataan al-Quran berasal daripada perkataan arab ‘al-qira’ah’. Manakala daripada sudut istilah al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat jibrail, ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya. Secra umumnya ayat-ayat al-Quran boleh dipecahkan kepada pembahagian berikut:

a) 1000 ayat berkaitan perintah
b) 1000 ayat berkaitan balasan baik
c) 1000 ayat berkaitan balasan buruk
d) 1000 ayat berkaitan cerita dan kisah umat-umat terdahulu
e) 1000 ayat berkaitan pengajaran dan perumpamaan
f) 500 ayat berkaitan hukum halal dan haram
g) 100 ayat berkaitan doa
h) 66 ayat berkaitan ayat-ayat yang menaskhkan dan yang dimansuhkan

NAMA DAN SIFAT AL-QURAN

ALKITAB- bermaksud sesuatu yang termaktub dan tertulis. Jesturu itu ia menggunakan al-kitab (Al-Quran) adalah wahyu Allah SWT yang tertulis dan terkumpul.

AL-FURQAN- bermaksud pembeza iaitu akndungan Al-Quran menjelaskan kepada manusia antara kebenaran dan kebatilan,

AL-ZIKR- perkataan al-zikr bermaksud peringatan kerana al-Quran yang diturunkan kepada manusia merupakan peringatan serta panduan hidup mereka di dunia dan akhirat

AL-TANZIL- perkataan al-tanzil bermaksud penurunan iaitu al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT.

AL-MUSHAF- perkataan al-mushaf membaea maksud helaian kerana al-Quran dihimpun dan ditulis dalam bentuk helaian

SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Al-nur atau cahaya
Al-huda
Al-busyra
Mau’izah
Syifa

AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT

Mukjizat merupakan perkataan arab yang berasal daripada ‘ajaza yang bermaksud lemah. Secara literal mukjizat membawa maksud ‘yang melemahkan’. Al-Quran adalah kalam ALLAH SWT yang melemahkan musuh yang menetangnya. Ini kerana Al-Quran mengandungi pelbagai kehebatan yang boleh dilihat sama ada daripada segi bahasa, isi kandungan, ilmu dan sebagainya. Al-Quran diturunkan oleh ALLAH SWT keapa nabi Muhammad SAW dalam
bentuk wahyu melalui perantaraan malaikat Jibrail.

Ketika menerima wahyu nabi Muhammad SAW mengalami pelbagai pengalaman antaranya:

a) malaikat memasukkan wahyu itu kedalam hati Rasulullah SAW.
b) Malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki yang mengucapkan
    kata-kata kepadanya sehinggalah baginda mengetahui dan menghafalnya.
c) Wahyu datang kepada baginda seperti bunyi gemerincing loceng
d) Malaikat menjelmakan dirinya dengan rupanya yang asal

SEJARAH TURUNNYA AL-QURAN
• Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 23  hari atau 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
• Mengikut pendapat ulamak, Al-Quran mula diturunkan pada 17 ramadhan bersamaan 6 ogos tahun 610 masihi di gua Hira’ pada ketika usia nabi Muhammad 40 tahun
• Para ulamak bersependapat menyatakan wahyu atau ayat pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad ialah ayat lima daripada surah al-‘alaq. Ayat 1-5.

HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR
• Supaya ia lebih mudah difahami dan dilaksanakan.
• Di antara ayat-ayat Al-Quran yang nasikh dan yang mansukh iaitu sesuai dengan kemaslahatan
• Penurunan sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi
• Memudahkan proses penghafalan
• Sesetengah ayat adalah jawapan

AYAT-AYAT MAKIYYAH DAN MADANIYYAH
• Al-Quran dibahagikan kepada 2 fasa iaitu:
a) ayat-ayat yang diturunkan di Mekah yakni sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ayat ini dikenali sevbagai ayat-ayat makiyyah
b) ayat-ayat yang diturunkan di Madinah yakni selepas penghijrahan nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ayat-ayat dalam fasa ini dikenali sebagai ayat-ayat madaniyyah

Perbezaan diantara ayat-ayat makiyyah dan madaniyyah:
a) ayat-ayat makiyyah umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat madaniyyah panjang-panjang
b) didalam suraj-surah madaniyyah yang terdapat perkataan “ya ayyuhal ladzina aannanu” dan sedikit sekali terdapat perkataan “ya ayyuhannas” manakala didalam surah-surah makiyyah adalah sebaliknya
c) setiap surah al-makiyyah mempunyai ayat sajadah yakni sujud dan terdapat perkataan atau lafaz kalla
d) surah-surah makiyyah mengandungi kisah-kisah kenabian dan umat-umat terdahulu, kecuali surah Al-Baqarah
e) surah-surah al-makiyyah dimulai dengan huruf hejaiyyah kecuali surah Al-Baqarah dan Al-Imran.

PENGUMPULAN, PENULISAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN
• proses ini dapat dibahagi keapad empat peringkat mengikut zaman dan masa iaitu:
a) zaman Rasulullah SAW
b) zaman Abu Bakar
c) zaman Uthman Ibn Affan
d) zaman Umaiyyah dan sekarang

KEISTIMEWAAN AL-QURAN
• segala isi kandungan Al-Quran bersesuaian dengan semua keadaan, tempat dan masa berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya yang hanya sesuai untuk umat, tempat dan masa tertentu.
• Ciri-ciri yang terdapat pada Al-Quran unik kerana Al-Quran mempunyai susunan dan gaya bahasa yang menarik, dapat mempengaruhi pambaca dan orang yang mendengarnya, serta tidak merasa jemu walaupun dibaca berulang kali.
• Keistimewaan Al-Quran itu sendiri adalah bagi memelihara keucian dan keluhuran syariat Islam.

AL-SUNNAH DALAM TAMADUN ISLAM

Pengertian
1) Al-Sunnah~ dari segi bahasa “sirah” yang membawa maksud perjalanan. Dari segi istilah pula sesuatu yang bersumber kepada Nabi Muhammad berupa perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat daripada akhlaknya bermula daripada baginda diangkat menjadi rasul sehingga wafat.
2) Al-Hadis~ dari segi bahasa membawa maksud khabar, percakapan atau baharu. Dari segi istilah pula ialah sesuatu yang bersangkutan dengan Nabi Muhammad samada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat yang berrkaitan dengan akhlak sebelum baginda diangkat menjadi rasul hingga wafatnya.

Sunnah mengikut para ulamak
A) Ulama Hadis
     melihat Rasulullah SAW sebagai seorang ketua negara dan seorang yang  menjadi ikutan. Mereka membicarakan Rasulullah secara keseluruhan (perkataan,perbuatan,sirah,akhlak dll) Takrif sunnah :- “Perkata, perbuatan,  persetujuan, sifat Rasul samada yang berkaitan dengan akhlak / jadian, perjalanan, peperangan Nabi Muhammad.

B)Ulama Fekah
Takrif sunnah :- sesuatu yang berlawanan dengan fardhu dan wajib (disebut sebagai sunat). Jenis-jenis sunnah:- Hadis qauliyah (perkataan) – terbit daripada perkataan dan pertuturan Rasulullah SAW. Cth :- Sabda Nabi Muhamad “Sesungguhnya segala amalan itu mesti beserta dengan niat.” Hadis fi’liyah (perbuatan) – Perbuatan Rasul (berwuduk, bersembahyang dll) cth :- Sabda Nabi Muhamad – “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku bersembahyang.” Hadis taqrir (persetujuan) – Nabi Muhamad membiarkan sesuatu perbuatan yang berlaku tetapi diketahui oleh baginda. Cth :- “kata Aishah : Aku bermain anak patung disisi Rasulullah.” Hadis sifat :- Sifat Rasul terbahagi kepada dua iaitu:

i) sifat akhlak
cth:- “Rasulullah lebih pemalu daripada anak dara.”
ii) sifat kjadian
cth:- Merujuk kepada bentuk badan dan penampilan Rasul (warna kulit, rupa paras dll)

Fungsi dan peranan sunnah

·      Mentafsir dan menghurai maksud al-Quran.
·      Memperkuat dan memperkukuhkan sesuatu yang datang di dalam al-Quran.
·      Sumber bagi mengetahui nasikh dan mansukh (memansuhkan hukum yang
terdapat di dalam al-Quran)
·      Mewujudkan hukum yang tidak disebut di dalam al-Quran (mengeluarkan
hukum-hukum yang tidak dinasakh oleh al-Quran)

Perbezaan

AL-QURAN
HADIS
Mukjizat
Bukan mukjizat
Diturunkan kepada kepada Nabi
Muhammad dalam keadaan sedar.
Dituruni kepada Nabi Muhammad melalui
samada sedar, mimpi dll
Orang yang berhadas dilarang
menyentuhnya
Tidak ada larangan menyentuhnya bagi
orang yang berhadas.
Fungsi dan

0 comments:

Post a Comment