My ads

Showing posts with label ELM 3102: Pengenalan Konsep Asas Moral. Show all posts
Showing posts with label ELM 3102: Pengenalan Konsep Asas Moral. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Tajuk 6: Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

Tajuk 6: Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

1.0 Teori Perkembangan Moral Kognitif (Piaget dan kolhberg)

Pendekatan ini bertujuan utk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula drpd peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yg berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kpd prinsip moral yg sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dgn menggunakan dilema moral sbg rangsangan. Dilema moral merujuk kpd sst keadaan di mana terdapatnya konflik nilai& memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya.

Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:

Tajuk 5: Nilai-nilai Agama dan Masyarakat

Tajuk 5: Nilai-nilai Agama dan Masyarakat

1.0 Nilai agama/kepercayaan
Islam

islam dan pembangunan manusia
- Ajaran agama islam merupakan ajaran yg paling berpengaruh dlm menerangkan pembangunan manusia
- Menurut pdgn org2 islam, nyawa sesorang individu adalah satu proses yg mpy kesinambungan.
- Proses ini bermula dari 9 bulan sbl bayi dilahirkan, iaitu sms persenyawaan sehinggalah matinya manusia & masuknya ke alam akhirat.
- Selama 120 hari slp persenyawaan dlm badan ibu dn sms tumbesaran, Tuhan akn menghantar malaikat meletakkan “roh” dlm bdn embrio. Ini akn mempengaruhi dan menetapkan 4 aspek nasib bayi berkenaan pd ms akn dtg iaitu: a)rezeki b)amalan c)kematian d) deria atau bahagia.
- Aspek2 pembangunan & perkembangan manusia spt fizikal, intelek, sosial, afektif, & moral dititikberatkan dlm agama islam.
- Tumpuan utama diberikan kpd perkembangan tingkah laku, sahsiah & akhlak serta perhubungan dgn Tuhan.
- Objektif & arah pembangunan manusia menurut ajaran Islam terdpt dlm pddk & asuhan akhlak manusia & pembinaan hbg yg harmonis dgn Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Suci. Semua ini akn menentukan akhlak mulia seperti toleransi,baik hati...
- Matlamat hidup terakhir bagi akhlak mulia ini adalah spy orang2 islam dpt memasuki syurga.
- Menurut islam, tubuh manusia adalah nyata iaitu boleh membesar dan bergerak. Roh pula adalah abstrak iaitu boleh memutuskan, menilai dan mengarahkan perbuatan manusia. Kedua-duanya mempunyai keperluaannya.
- Dalam pembanguanan manusia mengikut islam, seseorg manusia mempunyai hak ke atas realisasi keperluan fizikal dan kerohanian uang seimbang.
- 3 faktor memperngaruhi perkembangan manusia iaitu faktor semula jadi yang diatur o akhlak, faktor pengaruh alam sekitar dan kemampuan diri manusia sendiri.
Manusia dari perspektif islam
- Menurut Shaharom TM Sulaiman (1997), dlm pandangan Islam, manusia bukanya terbit daripada proses alam benda ttp dijadikan oleh zat yg menguasai alam iaitu Allah dan mempunyai dua unsur iaitu roh dan jasad atau pun dwisifat. Manusia ialah makhluk fizikal dan rohani.
- Bersesuaian dgn fitrahnya, manusia dijadikan utk beibadat kpd Allah dan bertaqwa kepadaNya spy manusia dpt membezakan atr yg baik dgn yg buruk atau hak dgn yg batil.
- Manusia dilengkapkan dgn akal. Melalui akal manusia diberi pertunjuk utk memahami kebenaran yg hakiki dan berperilaku yg diredai Allah serta diberi amanah sbg khalifah di muka bumi utk mentadbir dunia mengikut syariat Allah.


Saturday, February 12, 2011

Tajuk 4: Insan Bermoral

Tajuk 4: Insan Bermoral

1.0 Dimensi moral individu

1.1 Penaakulan moral

· Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas).

· Individu dpt:-

- Memahami sst isu moral.

- Mengenal pasti alternatif2 yg ada dan kesannya.

- Memberi pertimbangan yg adil dan objektif terhadap stp pilihan alternatif itu.

- Memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional.

· Rasional, bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, kritis.


Tajuk 3: Teori-teori Etika

Tajuk 3: Teori-teori Etika

1.0 Teori Teleologikal

Teori teleologikal mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kpd kesan sst perbuatan yg dikenali sbg “konsekuensialisme”. Jadi, kriteria & piawai asas ttg sst (tindakan atau peraturan) yg baik, benar, salah, jahat&sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yg dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sst ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Sst tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yg dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yg berbeza ttg apa yg dikatakan baik & jahat telah menyebabkan wujudnya 2 jenis teori teleologikal yg berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme.

Wednesday, January 26, 2011

ELM 3102: Nota-nota Ringkas

ELM 3102: Nota-nota Ringkas

Insan Bermoral
Konsep Asas Moral 1
Konsep Asas Moral 2
Konsep Asas Moral 3
Konsep Asas Nilai 2
Modul ELM 3102
Nilai-nilai Agama Dan Masyarakat 1
Nilai-nilai Agama Dan Masyarakat 2
Nilai-nilai Agama Dan Masyarakat 3
Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak 1
Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak 2
Teori-teori Etika

Tajuk 2: Konsep Asas Nilai

Tajuk 2: Konsep Asas Nilai
Definisi dan fungsi nilai:


Jenis-jenis nilai
Peranan
·         Nilai Instrumental (Ekstrinsik)
·         Nilai Intrinsik
Nilai yg digunakan utk menunjukan hubungan atr nilai.
·         Nilai Subjektif
·         Nilai Objektif
Nilai yg digunakan utk menunjuk pandangan seseorang terhadap nilai.
·         Nilai Relatif
·         Nilai Mutlak (Absolute)
Nilai yg digunakan utk menunjukkan apa yg dinilai.


Saturday, January 22, 2011

Tajuk 1: Konsep Asas Moral

Tajuk 1: Konsep Asas Moral

Moral
-          Ditakrifkan sbg tingkah laku atau amalan yg sejajar dgn tatasusila dan undang2 msyrk.
-          Moral adalah ajaran, kumpulan peraturan & ketetapan, lisan atau bertulis ttg bagaimana manusia harus hidup & bertindak agar menjadi manusia yg baik.
-          Pertimbangan moral bergantung kpd suasana atau keadaan dimana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dimana dia hidup & agama yg dianuti.
-          Amalan atau tindakan yg dikatakan bermoral:-
a.       Pengawalan diri terhadap sst keinginan nafsu atau dpt menahankan diri dari melakukan sst tingkah laku yg dianggapkan salah.
b.       Kawalan terhadao keperluan fizikal yg berdasarkan kpd peraturan2 msyrk yg telah diterima secara rasional.
c.       Bertindak secara rasional terhadap sst keputusan moral yg melibatkan pentafsiran ini dilakukan dgn adanya maklumat atau pengetahuan yg mencukupi dan dihuraikan dgn pemikiran secara objektif atau kritik.
d.       Sentiasa menjaga dan bertindak dlm keadaan yg berdisiplin serta menghayati sst standard hidup yg dicapai oleh sosioekonomi msrk.

Thursday, November 25, 2010

Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson

Perubahan personaliti individu berdasarkan Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson.


Pengenalan:
·         Definisi personaliti 
Personaliti berasal daripada perkataan Latin “Persona” yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji dengan memerhatikan tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.

Murugian (1996) pula menyatakan bahawa personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

            Selain itu, Allport (1961) menyatakan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu, ia menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan persekitarannya.

            Rogers (1951) pula berpendapat, personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.

Teori Utilitarianisme, Teori Egoisme, Teori Prinsip Kewajipan dan Teori Eksistentialisme.

Definisi dan ciri-ciri Teori Utilitarianisme, Teori Egoisme, Teori Prinsip Kewajipan dan Teori Eksistentialisme.



1.0 Pengenalan Teori Etika Teleologi: Utilitarianisme dan Egoisme.

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme (consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme.


1.1 Teori Utilitarianisme:
1.1.1 Definisi:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).

Tuesday, November 23, 2010

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA


1.PENGENALAN

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran.

Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses-proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek-aspek penting terutamanya pengaruh-pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.

Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.

Pengenalan:

            Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

            Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.  Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Tahap dan peringkat perkembangan individu berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap dan peringkat perkembangan individu berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg

1.0 Pengenalan

1.1 Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.

Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis

Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis


Pemikiran Naturalis


Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain.  Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.  

Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

 

Nilai Subjektif, Objektif, Instrumental (Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak (Absolute)

Nilai Subjektif, Objektif, Instrumental (Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak (Absolute)


Pengenalan
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute).

Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut adalah antara fungsi-fungsi terpenting bagi nilai. ( Eow B.H.,  2001)

Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.

Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.

Pernyataan Normatif Moral dan Pernyataan Deskriptif Moral

Pernyataan Normatif Moral dan Pernyataan Deskriptif Moral

PENGENALAN

Sebagai seorang pelajar yang mula memahami aspek asas etika dan jenis nilai moral adalah penting untuk memahami pernyataan normatif dan pernyataan deskriptif ini dengan lebih mudah dan secara langsung. Etika dan moral biasanya dilihat sebagai sama dalam konteks Malaysia yang bermaksud cara berkelakuan. Oleh kerana etika berasal daripada perkataan Greek dan moral berasal daripada perkataan Latin, latar belakang kedua-dua tempat dan masa perlu difahami. Semasa falsafah Greek berkembang, tidak ada banyak fakta tentang agama dan kebanyakan agama belum lahir pada masa itu. Maka, etika biasanya dikaitkan dengan pemikiran rasional, logikal dan sebagainya.

Pada zaman Pemerintahan Roman, konsep moral sudah mula dipengaruhi oleh keagamaan dan kerohanian. Di Malaysia kedua-dua konsep ini juga dipengaruhi oleh agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pelbagai agama lain yang dipraktikkan oleh masyarakat bukan Islam sejak turun-temurun lagi.


PERNYATAAN NORMATIF

Normatif mempunyai maksud spesifik berdasarkan bidang disiplin yang berbeza. Oleh kerana Pendidikan Moral boleh dianalisis dari perspektif falsafah dan perspektif psikologi, pernyataan normatif akan diterangkan dalam konteks tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang satu konsep yang kompleks dan mengelakkannya menjadi lebih kabur sekiranya dicampuraduk dalam pelbagai bidang disiplin.

Secara umum, normatif merujuk kepada standard atau model yang ideal. Dalam keadaan di Malaysia, normatif merujuk kepada standard berdasarkan masyarakat yang pluralistik.

Prinsip-prinsip Peraturan Moral

Prinsip-prinsip peraturan moral:

Prinsip moral dapat dibahagikan kepada tiga:

Prinsip Autonomi ( Autonomous):

            Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Sebenarnya, konsep ini bermaksud, membenarkan seseorang individu tersebut untuk bebas membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan. Atau, dalam lain perkatan, apakah jenis kemahuan yang inigin dibuat atau apakah jenis paksaan yang perlu diketepikan? ( Hena et.al, 1992)

Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil. Individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah daridapa kuasa luar. ( Koo, 1990)

Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara- perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Terutama sekali sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu yang berkepentingan kepada diri sendiri, maka ia boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan konsep autonomi tersebut.