My ads

Showing posts with label EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Show all posts
Showing posts with label EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Nota Ringkas Bab 2

2.PERANAN GURU DALAM PBD
1)Persekitaran Pembelajaran Yg Kondusif
• Konsep Persekitaran Pembelajaran ;
 Iklim & bdy BD scr menyeluruh yg merangkumi aspek kmnksi, r/bntuk, pelan lantai, s/atur fzkl, kebolehan guru m’urus
 Borich (1996) ;
*B’unsur p’saingan – guru b’sifat autokratik, P&P b’pusat’n guru, p’saingan pupuk motivasi di klgn pljr.
*Koperatif – menekan’n sft k/= ant pljr & guru sbg pembimbing shj
*Individualistik – penyempurnaan tgs scr pribadi dgn bntuan gru yg minimum.
 Guru perlu m’pelbagai’n p’sktrn p’bljrn ikut thp kebolehan murid

Nota Ringkas Bab 1

1.PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH
1)konsep pengurusan bilik darjah
·   Definisi PBD :
-Lemlech ; PBD diibaratkan sbg okestra dlm khdpn BD yg perlu’n kurikulm, pylgrn prosedur & sumber pgjrn
-Hall ; 1 usaha b’terusan & m’jd proses orientasi pylgrn melibat’n aspek memotivasi’n pljr utk bljr, menyedia’n arahan & mklmt yg b’sesuaian & m’urus’n kerja pljr
-Doyle ; 1 proses selesai’n mslh b’hubung dgn p’turan dlm BD
-Kesimpulan ; proses yg dilaksana’n o guru dlm memasti’n bhw pmbljrn serta pgjrn dpt dilaksana’n dgn sebaiknya yg trt merangkumi penerapan dspln & t/tertib dlm BD

·   Konsep BD                      T/Kerja
Sis Ekologi
Tempat Kerja
§ Guru ; mrncg, m’ajar, mengawal, menilai, m’beri dorongan
§ Murid ; pglbtn xtif, siap’n tgsn, patuh arahan
Sistem Ekologi              Persekitaran BD (habitat)
Guru & murid (penduduk)
Interaksi P&P (kelangsungan hidup)
§  Ekologi peribadi (kepercayaan, keperluan, pglmn, l/blkg)
§  Ekologi BD ; semua pljr perlu sesuai’n ekologi diri dlm BD utk b’jaya

·   Ciri2 BD (Doyle 1986) :
§  B’bagai dimensi ; guru & pljr ada pelbagai peranan dlm BD
§  Unsur serentak ; byk perkara b’laku dlm masa sama (cth : guru trg’n konsep & cuba pantau kfmn pljr)
§  Kesegeraan ; kdr pantas b’lakunya sesuatu kejadian kpd pljr & kesannya
§  Ketidakbolehramalan ; byk perkara luar jangkaan blh b’laku dlm BD
§  Keterbukaan ; guru b’sifat t’buka & terima pndgn w/pun dr pljr
§  Sejarah ; guru perlu menyimpan rekod (cth : prstasi, kshtn dll)

·   Tugas Pengurus :
§  Urus P & P dgn rncg strategi yg sesuai bg pljr
§  Urus persekitaran pmbljrn (fzlk & p/sosial)

2)Ciri-ciri guru yg efektif dlm PBD
·   Kualiti peribadi
§  B’kemahiran komunikasi, t’urus, b’ilmu, mudah didampingi, ceria, b’semangat, fasih
§  Dimensi efektif ;
*berani m’hadapi cbrn *tgk’n prinsip, *keadilan sosial,                 *t’buka,
*ketabahan hati,              *keyakinan
*rendah diri                       *keazaman tgi
§  Komitmen ;
*m’laksana’n tgs dgn baik & teliti, menunai’n janji
*M’beri tumpuan kpd tgs2 pntg & hntr pd waktu ditetap’n.
*Komited pntg utk guru kwl rs kcw dlm BD
§  Tanggungjawab ;
*Utama’n kewajipan t’hadap murid
*Pemegang amanah ngra
*Pgjrn yg b’kualiti
§  Integriti ;
*Nilai amanah, jujur & saksama
*M’m’lihara kpntgn murid (xambil ksmptn)
*Melaksana’n tgs dgn ketelusan hati
*B’pegang kpd etika keguruan
·   Kompetensi Pengajaran & Pembelajaran
§  Peranan guru hari ini ;
*Sbg fasi b’banding penyampaian mklmt
*Perekabentuk kebolehan pljr
§  Kompetensi P & P dlm dri guru ;
*Kndgn m/pljrn – menguasai fakta, istilah & knsep umum dlm disiplin b’kaitan
*Strategi pgjrn – konstruktivis & beri peluang pljr b’kolaborasi & bina makna sndri
*Kmhrn penentuan mtlmt & prncgn pgjrn – b’usaha capai mtlmt dlm wktu yg ada & bt rfleksi bg menambahbaikan pgjrn
*Kmhrn pgrsn BD – wujud’n p’sekitaran kondusif (bntk p’aturan, pantau xtvt & tangani t/laku b’masalah)
*Kmhrn motivasi – strategi utk memotivasi’n pljr & xtvt yg m’bangkit’n kebolehan mrk.
*Kmhrn komunikasi – lisan & b/lisan
*Kmhrn teknologi – sbg alat sokongan bljr
·   Penghayatan Dan Amalan Nilai
§  Nilai : asas kpd p’bentukan sikap, persepsi, motivasi & p’sonaliti (INTAN,1993)
§  Nilai2 dlm perkhidmatan awam ;
*Amanah                                *Ikhlas                  *Dedikasi
*Tekun                     *Berdisiplin        *B’kerja/=
*B’budi mulia        *B’syukur
§  Tonggak 12 ; m’hargai masa, ketekunan, keserono’n b’kerja, baik hati, nikmat m’cipta kesederhanaan, kebijaksanaan, kesabaran,
§  Nilai dihayati & diamalkan dlm tugas.

Friday, November 26, 2010

EDU 3104: Hubungan guru-murid

Tajuk:
Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra demi membina bilik darjah yang kondusif. Terangkan 4 langkah atau cara yang boleh diambil oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif antara guru dan murid.

Pengenalan:

            Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok untuk mengajar  apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan.

            Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan murid-murid:

 

EDU 3104

Bincangkan:
Rasa kepunyaan (belongingness) terhadap bilik darjah perlu disemai dalam diri murid. Sebagai guru pelatih atau guru, bagaimanakah anda menyeamai sifat kepunyaan terhadap institusi tempat anda belajar/berkhidmat?

1.    Mengingat nama-nama murid yang diajar dan memangil nama mereka dengan betul tanpa sebarang kritikan.

2.    Memberi kepercayaan kepada murid. Contohnya: Memberi tugasan yang sesuai dengan tahap kemampuan mereka (memberi ganjaran dan teguhan serta menghargai hasil tugasan mereka)

3.    Guru harus mempunyai emosi atau pengurusan emosi yang baik. (tidak panas baran, pemarah dan sebagainya)

4.    Guru haruslah prihatin terhadap keperluan, perasaan dan masalah yang dihadapi oleh mereka dari semasa ke semasa.

5.    Guru haruslah aktif bukannya pasif. Contohnya, guru sentiasa berkomunikasi dan bergaul dengan murid, mengalakan murid untuk mengeluarkan pendapat dan perasaan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

6.    Memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, sama-sama menghiasi bahagian papan notis bilik darjah. Maklumat yang dipaparkan bukan sahaja terdiri daripada hasil kerja murid yang cemerlang tetapi juga memaparkan hasil kerja murid yang lemah untuk mengalakan dan memberi motivasi kepada mereka.

7.    Sampaikan mesej kepaa murid tentang hasrat dan pendirian anda.

8.    Elakkan daripada menggunakan kawalan luar seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah.

9.    Beritahu murid cara pengajaran anda iaitu keutamaan anda ialah supaya murid dapat memberikan yang terbaik untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang terbaik.

10. Beritahu murid kegunaan ilmu yang dipelajari. Jika terdapat murid kelihatan ragu-ragu, terangkan dengan jelasnya kepentingan ilmu pengetahuan baharu tersebut.

Thursday, November 25, 2010

Mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik.

Huraikan lima langkah bagi mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik.


            Bilik darjah merupakan persekitaran yang unik. Oleh itu, bilik darjah perlu ada gabungan elemen fizikal, emosi, dan sosial. Elemen-elemen ini bakal mempengaruhi murid dan guru yang berada di dalamnya. Untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang baik, terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan. Di sini, kita akan menyenaraikan lima langkah bagi mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik.

Yang pertama, guru haruslah mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah agar dapat memperbaiki komunikasi dan hubungan sosial dalam kelas. Dengan wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana sosial yang kondusif dan harmoni. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. Sebagai contoh, apabila guru mengajar subjek Sains, suatu eksperimen itu pasti mempunyai banyak hipotesis yang berbeza, maka guru perlu menerima hasil kajian eksperimen dengan terbuka agar murid-murid berpendapat hasil kajian mereka dihargai. Jikalau prinsip demokrasi diwujudkan dalam kelas, maka murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka.

Disiplin Asertif

Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh guru untuk menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin asertif ini dapat diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya.

Pengenalan

Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya.

Menetapkan peraturan

Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah.

Hubungan positif antara guru dan murid

Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra demi membina bilik darjah yang kondusif. Terangkan 4 langkah atau cara yang boleh diambil oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif antara guru dan murid.

Pengenalan:

            Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok untuk mengajar  apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan.

            Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan murid-murid:

 

kesan positif guru yang menyimpan rekod data maklumat peribadi murid-murid

5 kesan positif guru yang menyimpan rekod data maklumat peribadi murid-murid dengan lengkap dan teratur.

Rekod dan data maklumat peribadi murid-murid adalah penting dalam membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah.

Maklumat peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid

Huraikan lima kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid.

Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu proses yang berterusan. Hubungan guru-murid bukanlah terjalin dalam sekelip mata. Hubungan ini memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak. Hubungan guru-murid akan terjalin dengan balk apabila murid-murid berasa gembira dan seronok menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hubungan guru-murid juga memberikan impak kepada perjalanan rutin di dalam bilik darjah. Guru yang berjaya membina komunikasi yang baik dengan murid dapat mengatur rutin dan peraturan di dalam bilik darjah dengan lebih telus dan berkesan.

Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Hasilnya aktiviti tersebut akan memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian akademik murid dan konsep kendiri murid dan guru. Murid-murid yang senang berkomunikasi dengan guru akan dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan gurunya. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri mereka. Perhubungan guru-murid harus dimulakan seawal mungkin. Bermula daripada awal penggal persekolahan, guru patut merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk membentuk satu hubungan yang positif dengan murid-muridnya. Kadangkala hubungan ini mengambil masa yang lama untuk dibentuk. Guru perlu mengetahui latar belakang sosial dan akademik murid untuk menentukan corak hubungan yang sesuai dengan murid-muridnya. Terdapat beberapa kebaikan menjalinkan hubungan yang positifantara guru dengan murid.

Saturday, November 13, 2010

lima peranan guru sebagai pembimbing di bilik darjah

Bincangkan lima peranan guru sebagai pembimbing di bilik darjah:

Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik Darjah

            Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:
Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi-eja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan pengurusannya ialah supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bili darjah yang bersih kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja yang boleh guru membimbing murid-murid ialah:

1)    Menyapu lantai dan beranda.
2)    Membersihkan papan kapur.
3)    Menyusun kerusi-meja.
4)    Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.
5)    Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan.
6)    Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.
7)    Menjaga penggunaan lampu dan kipas.
8)    Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.

Unyuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru hendaklah menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Prinsip pembahagian kerja-kerja tersebut ialah tanggungjawab untuk setiap murid hendaklah adil dan saksama supaya mereka dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan.

5 Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif

5 Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif
            
            Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disususn dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri di tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan atau berpasangan. Dengan ini, murid-murid dapat member sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas. Guru juga dapat mengubah,mengajar dan menunjukkan ajar kepada murid-murid secara berkesan jika mereka melakukan apa jua kesalahan, sama ada kesalahan tatabahasa atau karangan atau perbuatan yang tidak menyeronokkan. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, bilik darjahnya agak kecil dan murid-murid tidak dapat bergerak bebas dalam bilik darjah dan akan mengakibatkan murid-murid tidak mempunyai semangat untuk bertanya kepada kawan-kawan semasa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saiz bilik darjah yang besar akan memberikan keselesaan semasa murid-murid bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah.

Masalah Hyperaktif dan 5 Langkah Untuk Menyelesaikannya

Masalah Hyperaktif dan 5 Langkah Untuk Menyelesaikannya

Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal. Anak tidak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.

Semakin negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah urbanisasi yang pesat,masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini membayangkan bagaimana perkembangan jiwa kanak-kanak telah berjaya dicemari oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada pemakanan,persekitaran, suasana keluarga dan masyarakat.Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup masyarakat dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan kanak-kanak.Ini telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan kerohanian,mental dan juga fizikal mereka.

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama ditemui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari simtom tersebut. Yang pertama sekali ialah akan sentiasa tidak dapat menumpukan perhatian. Mereka akan sentiasa banyak melakukan kesalahan dalam kerja sekolah, mempunyai masalah untuk mengaturkan aktiviti-aktivitinya, sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah, tidak dapat menumpukan perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya. Simtom lain ialah mereka tidak berupaya mengikut arahan, pelupa dan sentiasa mengelakkan diri daripada aktiviti yang memerlukan konsentrasi.

Simtom yang kedua ialah mereka akan berkelakuan hyperaktif. Biasanya mereka akan sering menggoyang-goyang tangan dan kaki serta mengeliat dan resah di tempat duduknya. Kanak-kanak akan kerap berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih daripada kanak biasa) serta banyak bercakap sewaktu dalam kelas.

Simtom yang ketiga ialah kanak-kanak hyperaktif ini akan sentiasa mengikut kata hati mereka (Impulsiviti). Mereka akan biasanya menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis. Dalam kelas mereka akan sentiasa tidak sabar untuk menunggu giliran mereka dan akan sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain.

Tugasan PBS EDU 3104

Sub tugasan A – Penulisan Refleksi
Anda dikehendaki menulis satu esei berdasarkan pemerhatian semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Tajuk:
Semasa menjalani PBS di sekolah didapati pelbagai masalah wujud dalam kelas khususnya masalah berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar. Hasilkan satu penulisan esei di antara 300-350 patah perkataan tentang masalah-masalah yang didapati (sekurang-kurangnya lima masalah) dan cadangkan cara-cara penyelesaian yang sesuai bagi setiap masalah yang dibincangkan di atas.


Tarikh PBS: 08/03/10 – 12/03/10
Tempat: SK. Theresa Padungan, Kuching

Sepanjang minggu PBS yang dijalankan, saya diberi pendedahan dan peluang untuk memerhatikan budaya, iklim ataupun keadaan sebenarnya dalam sesebuah bilik darjah. Hasilnya, saya ingin merumuskan 5 masalah yang sering wujud dalam sesebuah kelas berserta dengan cadangan penyelesaian di bahagian yang seterusnya. Pada pendapat saya, isu ini sepertimana boleh dikategorikan kepada sama ada ianya berpunca dari guru ataupun murid. Sehubungan itu, guru yang novis atau baru ditempatkan di sekolah sering menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah dan pelajar. Dari segi murid pula, mereka berlainan dengan murid zaman dahulu, dimana ada yang aktif, hyperaktif, nakal dan sebagainya.

Disebabkan bilangan murid (30-40) yang agak banyak dalam satu kelas, susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah kelihatan kurang teratur. Jadi, kecederaan mudah berlaku disebabkan oleh masalah ini iaitu murid mudah terjatuh atau terketuk  dengan keadaan yang sedemikian kerana murid-murid adalh bersifat aktif atau nakal. Sebaliknya, susanan meja kerusi yang teratur boleh menbantu guru memantau kelas dengan cepat dan mudah. Jadi, guru kelas perlulah mengenal pasti susunan meja dan kerusi adalah teratur sebelum pelaksanaan p&p dijalankan. Guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang susunan meja kerusi perlu kemas dan teratur. Sesiapa yang tidak mematuhi, hukuman atau mata demerit akan diberikan. Selain itu, susunan mesti memberi peluang kontak mata antara guru dengan murid. Elakkan susunan yag menghalang pergerakan guru ke tempat duduk murid.

Kedua, kekurangan motivasi dalam diri seseorang murid kerana mengalami kegagalan. Contohnya, tidak membawa buku. Sebagai jalan penyelesaian, guru seharusnya sentiasa memberi galakan dan rangsangan sama ada secara langsung atau tidak kepada murid yang lemah sebagai motivasi agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Jika tahap pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu diatasi dengan melalui kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru boleh mengadakan kelas pemulihan untuk memberi perhatian khusus kepada murid yang bermasalah tersebut agar mereka tidak keciciran sebaliknya mereka mampu mengikuti pembelajaran mengikut keupayaan mereka.