Tajuk 6: Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak
1.0 Teori Perkembangan Moral Kognitif (Piaget dan kolhberg)
Pendekatan ini bertujuan utk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula drpd peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yg berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kpd prinsip moral yg sejagat.
Pendekatan ini dilaksanakan dgn menggunakan dilema moral sbg rangsangan. Dilema moral merujuk kpd sst keadaan di mana terdapatnya konflik nilai& memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya.
Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:
(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe utk seseorang berfikir ttg beberapa alternative dlm dilemma tersebut.
(b) Membuat pilihan moral & memberi sebab ke atas pilihan tersebut.
(c) Berdasarkan kpd sebab yg diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral
(d) Tambah soalan probe utk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.
Dlm menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dgn fikiran terbuka & membimbing mrk mempertingkatkan tahap penaakulan moral mrk. Yg menjadikan fokus dlm pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/ pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kpd aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral & perlakuan moral diberikan penekanan yg setara.
1.1 Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif Piaget
Piaget merupakan seorang ahli biologi yg berasal dari Switzerland & telah menggunakan model biologi utk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah &dpt mengadaptasi masalah yg berlaku apabila berinteraksi dgn persekitaran.
Konsep | Takrif |
Skemata | Struktur kognitif yg berubah utk mengadaptasikan maklumat baru |
Asimilasi | Penerimaan maklumat baru sbg selaras dgn skemata sedia ada |
Akomodasi | Pengubahsuaian skemata yg ada bagi menerima maklumat baru |
Keseimbangan | Gabungan proses asimilasi & adaptasi yg membantu dlm keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan & pengalaman |
Jadual 1.1: Konsep-Konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget
Menurut Piaget, kanak2 aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui 4 tahap perkembangan kognitif.
Tahap-Tahap Perkembangan Mental
Umur | Peringkat | Cara Berfikir |
(0 tahun- 2 tahun ) | Tahap Sensori Motor atau deria motor | Kanak2 menggunakan deria motor & deria yg lain utk meninjau& memahami dunia mrk. |
(2 tahun -7 tahun) | Tahap Pra Operasi | Kanak2 pra sekolah menggunakan keupayaan mrk berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logik & mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan. |
(7 tahun -11 tahun) | Tahap Operasi Konkrit | Kanak2 mula zaman persekolahan. Mrk berfikir secara logik & konkrit. Mrk boleh menyelesaikan masalah secara cuba jaya. (trial- and- error) |
(11 tahun -15 tahun) | Tahap Operasi Formal | Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal & boleh memikirkan akibat jangka panjang sst aksi. |
Piaget berpendapat bahawa perkembangan moral kanak2 adalah mengikut perkembangan empat tahap ini. Pada peringkat awal, kanak2 akn menyesuaikan dirinya dgn persekitaran dan hubuangan sosial memainkan peranan yg penting. Sikap kanak2 terus berubah aoabila memahami bahasa dan dapat berinteraksi dgn persekitaran. Pada masa ini, kanak-kanak akan mematuhi semua peraturan sosial dan banyak menyoal tentang kewujudan persekitaran. Setelah memahami nilai moral dan struktur masyarakat maka sikap bekerjasama, menghormati dab menghargai apa yang ada di sekelilingnya.
Piaget membahagikan perkembangan moral knk2 akn dipupuk kpd 3 bahagian iaitu:
1. Peraturan2 dalam permainan iaitu bagaimana kanak-kanak dapat menerima peraturan2 permainan dan bertindak ke atas peraturan itu.
2. Realisme Moral iaitu keupayaan menilai dan bertindak bagi memenuhi keperluan diri dan orang lain.
3. Memahami konsep keadilan dan kebebasan iaitu idea saksama dan sama.
1.2 Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah lanjutan dari teori Jean Piaget (ahli psikologi Swiss) dan ahli falsafah John Dewey. Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar. Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan manusia.
Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg bertanyakan sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau tidak. Kohlberg tidak hanya ingin mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses bagaimana subjeknya menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat (rujuk jadual di bawah).
Tahap 1: Pra – Konvensional (0-9 tahun) Peringkat 1: Orientasi Kepatuhun dan Hukuman Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi |
Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun) Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan |
Tahap 3: Pos –Konvensional ( >20 tahun) Peringkai 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak individu Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat |
Jadual 1.3 : Paringkat Perkembangan Moral Kohlberg
Tahap 1: Pra-Konvensional
Kepercayaan bhw apa yg betul ialah mematuhi undang-undang pihak berkuasa.
Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.
Pada peringkat ini, knk-knk lebih mementingkan ttg kesan sesuatu tindakan itu terhadap dirinya. Mereka menganggapkan dgn mematuhi peraturan atau undang-undang yg telah ditetapkan oleh orang dewasa adalah betul. Jika ia melanggar peraturan ini, maka ia akan dihukum. Konsep ini ditafsirkan dgn mengambil kira unsur2 luar spt hukuman atau dendaan dan bukan berdasarkan keadilan.
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi/ orientasi keindividualan.
Kanak-kanak pada peringkat ini tidak lagi secara mutlak bergantung kpd peraturan atau undang2. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif. Pada peringkat ini, timbul persoalan hak-hak peribadi dan tujuan-tujuan sesuatu tingkah laku.
Tahap 2: Konvensional
Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, apa yg betul adalah tingkah laku yg dianggap baik oleh sebahagian besar masy. Konsep dorongan kendiri untuk melakukan apa yg diterima oleh orang lain atau masy.
Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik/ persetujuan atr individu
Kanak-kanak memperlihatkan kelakuan yg baik bagi memenuhi keperluan atau sokongan orang lain. Masy atau orang yg berkuasa akan menentukan kelakuan yg baik atau jahat. Oleh itu bagi mendapat sokongan atau disukai maka perlukah melakukan perbuatan yg baik atau bermoral. Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya.
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan/orientasi mempertahankan sistem sosial
Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.
Tahap 3: Pos - Konvensional
Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat,
Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu
Pada peringkat ini, timbul hubungan timbal balik kelakuan seseorang inidividu dgn sosial budayanya, nilai-nilai, hak-hak asasi dan kontrak2 sosial. Persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.
Peringkat 6: Etika prinsip sejagat "
Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.
Teori Kolhberg menunjukkan bhw sikap moral bukan shj hasil daripada sosialisasi tapi juga dari kebiasaan dan kebudayaan. Perkembangan moral kanak-kanak mempunyai hubungan dengan latar belakan keluarga, perbentukan peribadi, pendidikan dan aktiviti sosial. Kolhberg berpendapat tahap perkembangan moral kanak-kanak adalah sama dalam semua masyarkat. Kebudayaan dpt mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak. Ransangan dan pendedahan yg diterima oleh kanak-kanak akan menentukan lambat atau cepatnya perkembangan moral kanak-kanak itu. Namun matlamat perkembangan ini adalah sama dan hanya beza dari segi pemikiran dan keupayaan kohnatif individu itu. Kolhberg mendapati semakin tinggi tahap perkembangan moral seseorang semakin mantap penaakulan moral dan tanggungjawab individu itu.
Bagi mencapai perkembangan moral yg lebih tinggi lagi, Kolhberg berpendapat bhw seseorang individu itu perlu lebih kerap berinteraksi dengan org dewasa. Orang dewasa yg memberi nasihat atau ajaran haruslah mempunyai tingkah laku yg sesuai dgn norma masy. Keadaan ini amat penting khasnya pada masa kanak-kanak itu menerima konflik dalam penerimaan moral itu. Jika proses ini berterusan maka seseorang itu akan dpt memperkembangkan penaakulan moral dan kemudian membentuk sahsiah yg baik serta memperkayakan pengalaman dan peribadinya.
1.3 Teori Perkembangan Sosial (Bandura dan Drurkheim)
Idea tentang perkembangan atau pembelajaran soaial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini.Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.
Tiruan ini boleh dibahagikan kepada 2 bentuk :(1)- Tiruan Mudah (2)- Indentifikasi seseorang supaya ditiru. Peniruan ini berlaku dlm 3 bentuk iaitu secara lengsung, melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan dan secara elisitasi. Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dari menirui ibu bapa atau guru mereka sama ada secara formal atau tidak formal. Sebagai contoh, kanak-kanak cuba meniru ibu bapa atau guru mrk dari segi gaya bercakap, berpakaian, gaya makan, gaya berjalan dan sebagainya. Orang dewasa pula cuba meniru personaliti yang mereka agong-agongkan dalam kehidupan . Ini dipengaruhi melalui media massa dan indentifikasi individu atau kumpulan. Contoh : Para remaja gemar meniru perlakuan dan pakaian artis-artis idola mereka. Ada pengikut fanatik yang sanggup mati kerana ketua atau pemimpin yang disanjungnya.
Teori Bandura mungkin sesuai dgn perkembangan moral pada awal kanak-kanak dan kurang jelas ttg perubahan serta cita rasa orang dewasa atau kanak-kanak remaja. Namun teori ini amat penting kerana perkembangan moral kanak2 dipengaruhi oleh ibu bapa, guru, dan rakan sebayanya. Keputusan social yg dibuat atas beberapa factor iaitu standard penilaian moral yang berdasarkan pengajaran moral aktiviti mereka. Ibu bapa adalah contoh atau teladan mereka.
CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA
a) Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
c) Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
d) Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
e) Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN
Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.
(i) PEMERHATIAN
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting.
(ii) MENGINGAT
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting.
(iii) REPRODUKSI
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.
(iv) PENEGUHAN/MOTIVASI
Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan.
1.4 Teori Pembelajaran Humanistik (Carl Rogers)
- Manusia berbeza daripada haiwan. Oleh itu mereka mesti mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah insan yang unik dan mempunyai potensi yang unggul. Sehubungan dengan itu, mereka harus berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut dengan sepenuhnya.
- org ahli psikologi yang terkemuka iaitu Abraham maslow dan carl Rogers merupakan pelopor teori humanistik
- Sebagai guru moral, anda perlu mendalami teori humanistik dalam mengendalikan kerenah murid-murid. Guru perlu memberi sokongan dan mengambil berat terhadap potensi murid yang berbagai-bagai. Cth, murid yang suka menyanyi haruslah diberi sokongan agar mereka membina potensi diri dalam bidang nyanyian.
- Sebagai guru moral, anda boleh menggunakan pelbagai strategi P&P dalam membina tingkah laku yang positif. Contohnya , aktiviti lawatan di stesyen pembelajaran seperti Rumah Orang Tua, Rumah Kebajikan Masyarakat, Rumah Orang Kurang Upaya, Pusat Pemulihan Dadah, Rumah Tunas Puteri dan sebagainya. Lawatan tersebut akan memberi impak kpd perkembangan moral.
- Perkembangan moral ini merangkumi aspek penaakulan, emosi dan tingkah laku mereka dalam memberikan pertimbangan dalam mecorakkan kehidupan mereka pada masa akan datang.
1 comments:
Terima kasih kerana menyediakan maklumat yang sangat berguna untuk kami..
Post a Comment