Menghasilkan cabaran ringkas tentang cabaran globalisasi serta implikasi kepada hubungan etnik di Malaysia berdasarkan pelbagai sumber rujukan.
Globalisasi
Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat. Globalisasi seperti yang kita sedia maklum buat masa ini merupakan fenomena dunia tanpa sempadan yang begitu membimbangkan bagi negara-negara membangun dan belum membangun. Hal yang demikian ini berlaku kerana manusia tidak dilahirkan sama rata dari segi kaum, warna kulit, latar belakang sosial, agama dan budaya, apatah lagi etika kerja masa kini yang akan jauh berbeza daripada masa hadapan.
Dunia globalisasi langsung tidak pernah menjanjikan sebarang kekayaan kepada negara-negara yang baru membangun jika dikaji dari pelbagai sudut dan perspektif. Globalisasi menuntut padang permainan yang sama rata di mana manusia boleh bertanding secara adil. Sungguhpun demikian keadaan dunia yang sebenarnya tidak sedemikian rupa. Sebagai contoh dalam sukan adakah saiz pemain, sarna ada kecil ataupun besar, telah diambil kira untuk bermain walaupun disediakan satu padang permainan yang sama? Tentunya negara yang mempunyai pemain yang berbadan besar akan memenangi pertandingan dalam apa jua keadaan.
Analogi ini boleh juga dikaitkan dengan pelbagai bidang kehidupan yang lain dalam dunia tanpa sempadan ini. Bagi negara yang sudah membangun, dalam banyak keadaan dan hubungan antara pelbagai hala dengan negara belum membangun akan pasti menguntungkan mereka yang telah maju.
Kesan yang diterima daripada fenomena globalisasi ini tidak akan menguntungkan negara-negara membangun dan belum membangun kerana negara-negara yang sudah maju sudah mempunyai hampir keseluruhan kemajuan yang telah dikuasai sejak beberapa lama dahulu.