Punca Dan Jenis Masalah Matematik
2.1 Faktor-faktor yang menghalang Penguasaan Kemahiran Matematik
2.1.1 Sekolah
a. Pihak pentadbir
· Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan
· Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya
· Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR
b. Kelas Pemulihan
· Tempat tidak sesuai seperti di bawah tangga
· Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian
· Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan
2.1.2 Guru
· Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia ada murid, tiada aktiviti pengukuhan
· Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai
· Emosi guru – garang, tidak sabar
· Kurang prihatin
· Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul
· Guru kurang berminat
· Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara individu
· Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan
2.1.3 Ibu Bapa
· Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku, dan sebagainya
· Tidak memberi dorongan
· Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak
· Sibuk dengan hal sosioekonomi
· Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak
2.1.4 Murid
a. Masalah kurang kecerdasan @ mental
· Warisan daripada genetik ibu bapa
· Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran
· Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan
· Kekurangan makanan yang berzat
b. Faktor sikap
o Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai - tidak berminat
c. Faktor Masalah pengamatan
· Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor
d. Faktor fizikal
o Makanan yang tidak berzat
o Murid cepat letih – tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah
o Keletihan
o Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik
o Berpenyakit - kerap tidak hadir – ketinggalan dalam pelajaran
e. Tidak boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa Inggeris
f. Penempatan murid yang tidak sesuai
v Disleksia, slow learner dan sebagainya
2.1.5 FAKTOR LAIN
v Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar
v Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar
v Sukatan Pelajaran yang terlalu umum
v Persekitaran P & P yang tidak ceria
2.2 Jenis-jenis dan ciri-ciri masalah seperti Anxiety, Disleksia, Mathophopia, Diskalkulia, Masalah ruang, dan lain-lain
2.2.1 Anxiety ( Kerisauan )
v Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan perasaan trauma mahupun risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau.
Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety
v Kognitif
· Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti
v Somatik
· Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang dirasakan boleh mengancam keselamatannya.
· Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh serta sistem pencernaan terganggu
v Emosi
· Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci
v Tingkah Laku
· Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca “anxiety”
o Tidak dapat mengawal diri
2.2.2 Disleksia (Dyslexia)
v Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis matematik
Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia
v Pendengaran
· Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan
· Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf
· Payah menyebut huruf “ m ” dengan “ n ”
v Pertuturan / Penulisan
· Kesalahan mengeja perkataan
Contohnya mengeja “ magic ” sebagai “ mjc ”
· Susunan huruf terbalik
Contohnya mengeja “ does ” sebagai “ dose ”
· Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama
Contohnya mengeja “ should ” sebagai “ shud ”
o Kesalahan/ kurang tepat sebutan
o Tidak lancar, tersekat atau gagap
2.2.3 Mathophopia
v Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi keupayaannya dalam matematik.
Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia
· Tidak suka matematik
· Berasa tidak pasti / kurang yakin
· Pencapaian lemah
· Kekurangan minat
· Sikap tidak ambil peduli
2.2.4 Diskalkulia
v Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara normal
Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia
v Pengiraan
· Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor
· Sukar memahami konsep nombor
v Membaca dan Menulis nombor
· Terkeliru nombor 12 dengan 21
· Salah membaca nombor 5004 dibaca
“ lima ratus empat ”
v Arah
· Sukar memahami arah “ kiri atau kanan ”
· Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta
2.3 Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.
2.3.1 Pra nombor
a) Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan sama banyak seperti tidak sama banyak , kurang dan lebih.
2.3.2 Disleksia (Dyslexia)
a) Tidak boleh menulis angka dengan tepat nombor seperti
2.3.3 Mathophopia
a) Tidak dapat mengasingkan kumpulan-kumpulan mengikut bentuk, saiz, warna dan jenis benda seperti empat segi sama dan tepat, warna merah dan jingga
2.3.4 Diskalkulia
a) Tidak memahami dan keliru nilai tempat nombor
|
0 comments:
Post a Comment