Muat turun/Download:
Muat turun/download:
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan PIPP
Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik
Masyarakat Pluralistik Malaysia
Penubuhan & pembentukan parti-parti politik sebelum dan selepas di Malaysia
Peta Minda Peranan masyarakat dan kerajaan dalam konteks hubungan etnik
Muat turun/download your files here:
Bagaimana kelas sosial mempengaruhi peluang pendidikan
Implikasi kepelbagaian sosio budaya dalam konteks sekolah dan kurikulum tersirat
Implikasi kepelbagaian sosio-budaya dalam konteks guru dan murid
Jelas siapakah golongan minoriti dan murid keperluan khas
Apakah pedagogi kelas bercantum
Rancangan Pengajaran Harian untuk Kelas Bercantum Tahun 1 dan Tahun 2
Bab 4: Stratifikasi Sosio-Ekonomi dan Mobiliti Sosial
1. Pendahuluan
Ketidakseimbangan sosial menggambarkan keadaan di mana anggota masyarakat mempunyai perbezaan jumlah kekayaan, prestij atau kekuasaan. Apabila sistem ketidakseimbangan sosial diasaskan pada hirarki perkumpulan, maka ia dikenal sebagai stratifikasi - iaitu pemeringkatan struktur seluruh anggota kumpulan yang menonjolkan perbezaan dan ketidakseimbangan ganjaran ekonomi dan kekuasaan dalam masyarakat.
2. Stratifikasi Sosio-ekonomi
Stratifikasi sosio-ekonomi merujuk kepada ketidakserataan ekonomi dari segi pemilikan barang-barang dan perkhidmatan, ketidakserataan politik dari segi kuasa dan ketidakseimbangan sosial yang dipanggil status atau penghormatan yang diterima oleh seseorang individu. Terdapat tiga jenis ganjaran yang menjadi asas kepada pembentukan stratifikasi, iaitu
a) kekayaan (termasuk pendapatan),
b) kuasa (kekuasaan)
c) prestij (penghormatan
Jenis-jenis sistem stratifikasi, terbahagi kepada:
a) sistem perhambaan
b) sistem kasta
c) sistem estet
d) sistem kelas dan status sosial -kelas atasan, kelas pertengahan, kelas pekerjaan dan kelas bawahan.