Bab 4: Stratifikasi Sosio-Ekonomi dan Mobiliti Sosial
1. Pendahuluan
Ketidakseimbangan sosial menggambarkan keadaan di mana anggota masyarakat mempunyai perbezaan jumlah kekayaan, prestij atau kekuasaan. Apabila sistem ketidakseimbangan sosial diasaskan pada hirarki perkumpulan, maka ia dikenal sebagai stratifikasi - iaitu pemeringkatan struktur seluruh anggota kumpulan yang menonjolkan perbezaan dan ketidakseimbangan ganjaran ekonomi dan kekuasaan dalam masyarakat.
2. Stratifikasi Sosio-ekonomi
Stratifikasi sosio-ekonomi merujuk kepada ketidakserataan ekonomi dari segi pemilikan barang-barang dan perkhidmatan, ketidakserataan politik dari segi kuasa dan ketidakseimbangan sosial yang dipanggil status atau penghormatan yang diterima oleh seseorang individu. Terdapat tiga jenis ganjaran yang menjadi asas kepada pembentukan stratifikasi, iaitu
a) kekayaan (termasuk pendapatan),
b) kuasa (kekuasaan)
c) prestij (penghormatan
Jenis-jenis sistem stratifikasi, terbahagi kepada:
a) sistem perhambaan
b) sistem kasta
c) sistem estet
d) sistem kelas dan status sosial -kelas atasan, kelas pertengahan, kelas pekerjaan dan kelas bawahan.
Karl Marx berpendapat bahawa pembezaan kelas adalah penentu utama ketidakserataan sosial, ekonomi dan politik. Golongan pekerja (proletariat) perlu mengatasi false consciousness untuk mewujudkan class consciousness dan bertindak secara kolektif untuk menentang penindasan golongan majikan (bourgeoisie) dalam sistem ekonomi kapitalis. .Max Weber pula mempersoalkan penekanan aspek ekonomi oleh Karl Marx, dan menyatakan bahawa stratifikasi perlu dilihat dari fenomena multi-dimensi.Menurut Weber, kedudukan seseorang individu idak bergantung kepad satu ciri tertentu seperti kelas tetapi bergantung kepada kelas, status dan kuasa pada keadaan yang berbeza-beza dan bertindak secara bebas untuk mementukan kedudukan seseorang.
Terdapat 2 perspektif utama tentang stratifikasi, iaitu
a) pendekatan fungsional - Kingsley Davis dan Wilbert Moore (1945) berpendapat bahawa stratifikasi adalah satu keperluan untuk memntukan pelbagai fungsi anggota masyarakat sesuai dengan skil dan bakat yang dimiliki setiap individu. Ia menjamin jawatan-jawatan yang terpenting sentiasa diisi oleh individu-individu yang paling layak dalam masyarakat.
b) pendekatan konflik - Melvin Tumin (1953) mengkritik teori fungsional stratifikasi. Beliau berpendapat bahawa stratifikasi itu disfungsi sebab menghadkan peluang bagi individu menggunakan bakat sepenuhnya kerana kekurangan wang dan kuasa untuk memajukan diri, stratifikasi mengekalkan kedudukan status quo kelas elit yang memberikan tekanan kepada golongan lain dan mewujudkan konflik, perselisihan antara berbagai golongan dalam masyarakat akibat ketidakpuasan dan perasaan buruksangka.
Kelas sosial diukur oleh ahli pengkaji berdasarkan pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan tempat tinggal. Langkah pertama adalah menentukan bagaimana indikator kelas sosial diukur, yakni prestij dan esteem.
Kesan kelas sosial terhadap masyarakat: kekayaan dan pendapatan adalah dibahagi dengan tidak merata; terdapat kecenderungan kekurangan dalam kelompok kelas pertengahan akibat pergerakan ke kelas atas atau ke kelas bawahan; dan jumlah anggota masyarakt yang hidup di bawh paras kemiskinan akan semakin meningkat.
William Julius Wilson (1980) menggunakan istilah underclass untuk menggambarkan golongan anggota masyarakat miskin yang kekurangan skil dan latihan. Penggangguran juga merupakan satu kedudukan sosial yang wujud apabila seseorang mula mencari pekerjaan tetapi belum mendapat pekerjaan. Stratifikasi dan peluang hidup adalah berkaitan apabila dilihat dari segi peluang mendapatkan perumahan, pendidikan dan kesihatan. Golongan kelas bawahan biasanya mempunyai peluang hidup (akses kepada) yang kurang kepada kemudahan ini, bebanding dengan anggota kelas atasan.
3. Mobiliti Sosial
Proses perubahan kedudukan sosio-ekonoomi seseorang dikenal sebagai mobbiliti sosial. Sistem kelas terbuka bermakna kedudukan setiap individu dipengaruhi oleh status yang diperolehi dan persaingan antara ahli kumpulan adalah digalakkan. Dalam sistem kelas tertutup kedudukan individu adalah tidak anjal, kurang kemungkinan perubahan kedudukan, misalnya akibat perhambaan dan sistem kasta.
Jenis-jenis mobiliti sosial adalah
a) mobiliti horizontal - pergerakkan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang sama; dan
b) mobiliti vertikal - pergerakkan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang berbeza. Terbahagi kepada mobiliti intergenerational (seorang anak mempunyai kedudukan baik [doktor] berbanding dengan ibubapanya [guru]) dan mobiliti intragenerational (seorang guru naik pangkat menjadi guru besar dan setelah beberapa tahun bertukar pekerjaan menjadi seorang pensyarah).
Faktor-faktor yang mempengaruhi mobiliti sosial:
a) pekerjaan
b) pendidikan
c) perkahwinan
d) individu
Kesan mobiliti sosial terhadap masyarakat: bergantung kepad pergerakan secara vertikal atau horizontal. Pada umumnya setiap orang cuba membaiki kedudukan sosial dan mengharapkan kesan positif darinya - ganjaran pendapatan pengiktirafan status, pembaikan taraf hidup dan kebahagiaan.
Lain-lain bentuk stratifikasi:
a)stratifikasi sistem dunia: kolonialisme, neo-kolonialisme, modernisasi dan globalisasi
b)stratifikasi mengikut bangsa dan etnik: bangsa, etnik, kelompok minoriti
c)stratifikasi mengikut gender: peranan gender
d) stratifikasi mengikut umur: penerangan kepada proses penuaan
4. Rumusan
Sistem stratifikasi telah lama wujud dalam masyarakt dunia. Stratifikasi dan mobiliti sosial mempunyai kaitan yang rapat, kerana melalui seseorang dapat membaiki kedudukan statusnya dengan menaglami pergerakan sosial.
5.2 Kelas sosial
Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan masalah sosial di kalangan remaja. Remaja yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonomi yang rendah antara faktor utama mereka terjebak dalam kancah masalah disiplin. Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud dalam sebilangan remaja berkenaan.
Selain itu bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah yang semakin meningkat juga menyebabkan pelajar merasa terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Dapatan yang dinyatakan ini adalah bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996); yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin.
Tidak terkecuali remaja berada terutama di kalangan remaja ibu kota. Pengambilan pil Ecstasy dan aktiviti seks bebas. Menurut Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Hussain Mohammad "Pusat hiburan eksklusif menjadi tumpuan remaja seperti ini untuk melakukan kegiatan tidak berfaedah tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Remaja ini pastinya mempunyai wang yang banyak dan memudahkan mereka membeli pil Estasy. Hanya remaja berada saja mampu membeli pil ini kerana harganya mahal". Dipetik dari Harian Metro bertajuk "Ayah Sibuk Remaja Liar", 1 Ogos 2001.
Kelas sosial telah menjadi ciri masyarakat moden berbanding semasa zaman penjajahan. Layanan yang berbeza mengikut kelas diamalkan. Kadar lompatan kelas juga adalah berbeza. Bagi kelas atasan mereka meneruskan mobiliti mendatar pada kelas yang sama. Bagi kelas bawahan mobiliti keatas adalah memakan masa dan antara generasi yang berbeza. Mereka yang berada di kelas atas meneruskan kedudukan mereka dengan merebut peluang-peluang pendidikan dan kerjaya terbaru. Untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi kedudukan mereka, mereka harus bekerja lebih giat. Begitu juga dengan kelas bawah untuk bersaing mereka harus melipatgandakan usaha mereka agar tidak jauh ketinggalan. Usaha keras inilah yang meruntun pengorbanan masa dan wang menjadi gantinya.
5.3 Sosialisasi
Sosialisasi merupakan suatu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada dalam institusi sosial. Proses pembelajaran sepanjang hayat berlaku dalam institusi sosial. Pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak akan membentuk konsep diri pada individu. Oleh itu kelompok primer iaitu keluarga merupakan kelompok yang paling berpengaruh.
Pentingnya fungsi kekeluargaan adalah sejak mula anak itu dilahirkan. Anak-anak mula belajar dari kedua ibu bapa mereka. Oleh itu ibu bapa yang memberi 'quality time' kepada anak-anak mereka dapat menanamkan minat dan bertindak balas dengan memberikan didikan dan peluang yang berpatutan.
Setiap individu yang dilahirkan mempunyai potensi untuk berkembang ke arah kecemerlangan. Bagi memastikan potensi ini berkembang ke arah yang positif, ibu bapalah yang terbaik memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak ini mencapai keunggulan peribadi. Anak-anak beruntung jika dilahirkan oleh orang tua yang penuh kasih sayang, perhatian dan pengertian dan memiliki kesempatan terbaik untuk mengembangkan fikiran mereka dengan penuh kegembiraan dan kejayaan. Namun ada sesetengah ibu bapa tidak memainkan peranan dengan berkesan dalam usaha menyalurkan bantuan yang amat diperlukan oleh anak-anak mereka disebabkan kesibukan tugas atau tidak mempunyai pengetahuan untuk membantu anak remaja. Mereka tidak lagi prihatin tentang perkembangan anak-anak di sekolah, tidak mengetahui siapakah rakan-rakan anak mereka dan tidak menghiraukan bagaimana masa lapang mereka dihabiskan. Masa yang diluangkan untuk sama-sama menjalankan aktiviti bersama anak-anak adalah sangat terhad apatah lagi berkomunikasi terutama dengan anak remaja berhubung dengan kegiatan harian (Laurance Steinberg 1996). Kenyataan ini sedikit sebanyak mengambarkan bahawa ibu bapa pada era ini gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Maka itu kegagalan ibu bapa memberi pendidikan pada peringkat permulaan akan membawa kepada suatu petanda yang buruk terhadap disiplin anak-anak(Asmawati,1996). Ini meneguhkan pendapat Freud,(Mahmod Nazar, 1990) yang mengatakan bahawa kualiti penjagaan yang diberikan di peringkat awal akan mempengaruhi di kemudian hari.
Menurut pandangan seorang ahli sosiologi Robert K. Merton, di sebalik berlakunya pelanggaran undang-undang dan kawalan sosial, jenayah sebenarnya boleh berlaku disebabkan keadaan sesuatu masyarakat itu disusun. Merton menegaskan, dalam kehidupan manusia memerlukan banyak perkara seperti kekayaan, kesenangan, kejayaan, kuasa atau hanya setakat rumah yang selesa dan sedikit keamanan dan ketenteraman. Walaubagaimanapun kualiti norma hidup yang rendah mendorong kepada berlakunya jenayah dalam masyarakat.
OlehKhuzainey binti Ismail (GB070117)khuzainey@mohr.gov.my
ABSTRAK
Artikel ini menjelaskan bahawa kelas sosial para pelajar sering dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian para pelajar di sekolah. Iaitu dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi sesebuah keluarga mempunyai kolerasi terhadap perlakuan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Ini adalah kerana latar belakang budaya keluarga mempengaruhi sahsiah dan pembentukan kendiri pelajar yang disebabkan mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Dalam erti kata lain, pelajar telah disosialisasikan dalam budaya keluarga mengikut kelas sosial di dalam masyarakat. Pencapaian pelajar di dalam akademik ada kaitan juga dengan struktur kelas sosial di dalam masyarakat. Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kengkangan atau penghalang kepada para pelajar untuk Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kengkangan atau penghalang kepada para pelajar untuk mencapai prestasi akademik yang baik dan mampu bersaing dengan pelajar dari kelas pertengahan atau atasan. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah, guru dan masyarakat adalah diperlukan supaya pelajar dari kelas bawahan tidak terus terpinggir dan dipinggirkan kerana sebahagian daripada pelajar ini mempunyai peluang yang cerah dalam akademik mengatasi pelajar dari kelas sosial pertengahan dan atasan
1.0 PENDAHULUAN
Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang. Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki, asal usul ras dan etnik, sumbangan terhadap negara seperti mempunyai rekod-rekod peringkat Malaysia atau dunia, pencapaian di dalam sukan, anugerah atau darjat kebesaran yang dimiliki dan lain yang berkaitan. Persepsi atau pandangan individu terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu yang mempunyai kuasa dan duit yang banyak lebih dipandang tinggi di dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah bersawah atau makan gaji. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Konsep kelas sosial ini tidak lepas lari daripada kejadian ‘social inequality’ atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat sistem strasifikasi. R.J. Stalcup (1968) telah mendefinisikan kelas sosial sebagai
‘a level in society made up of people consider themselves equal due to similarities in family backgrounf, level of education, occupation, race, and attitudes toward social issues’
. Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara definisi kelas sosial, ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yangsama. Karl Marx pula menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Mark telah mengkategorikan masyarakat kepada tiga golongan iaitu :
•
Golongan kapitalis atau borjuis iaitu mereka yang menguasai tanah dan pengeluaran.
•
Golongan menengah yang terdiri daripada pengawai pemerintah.
•
Golongan proletar iaitu mereka yang terdiri daripada buruh.Ahli-ahli sosiologi ada hari ini termasuk Max Weber bersetuju, terdapat lima kelas sosial yang boleh dibeza-bezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah.
•
Golongan atasan :
Golongan ini terdiri daripada orang kaya dan juga ahli-ahli korporat. Mereka mendapat kekayaan hasil titik peluh mereka.
•
Pertengahan atasan :
Terdiri daripada orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mampu memiliki kemewahan kerana mempunyai pendapatan yang tinggi dan lumayan.
•
Kelas Pertengahan Bawahan :
Mereka yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil dan diploma. Mereka ini tidak sehebat seperti golongan pertengahan atasan namun mereka banyak memberi tumpuan terhadap pendidikan anak-anak mereka dengan harapan anak mereka mempunyai masa depan yang lebih baik dan terjamin dengan adanya pendidikan.
•
Kelas Pekerja :
Terdiri daripada pekerja kolar biru yang mempunyai latar belakang pendidikan PMR sehingga SPM. Kebanyakan mereka bekerja dengan menggunakan kemahiran yang ada seperti buruh binaan, tukang paip, pekerja kilang, pemandu kenderaan dan sebagainya.
•
Golongan Bawahan :
Terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan ada juga yang tidak pernah langsung melalui pendidikan secara formal. Ada juga di antara mereka menjalani kehidupan seperti ‘makan pagi, kais pagi dan makan petang, kais petang’.Di atas fahaman kelas sosial ini maka wujud pengelasan status di dalam masyarakat. Contohnya di Amerika Syarikat, masyarakat dikelaskan kepada enam golongan iaitu kelas sosial atas lapisan atas (upper-upper class), kelas sosial atas lapisan bawah (lower-upper class), kelas sosial menengah lapisan atas (upper-middle class), kelas sosial menengah lapisan bawah (lower-middle class), kelas sosial bawah lapisan atas (upper-lower class), kelas sosial lapisan sosial bawah –lapisan bawah (lower-lower class).
Pengkelasan sosial ini mewujudkan jurang kemasyarakatan di antara individu di dalam masyarakat. Satu pendekatan untuk memperlihatkan hubungan kelas sosial, pendapatan dan ciri-ciri mereka yang terlibat telah dikemukakan oleh Daniel W. Rossides (1976). Walaupun ia menggambarkan sistem kelas di Amerika Syarikat dan tidak sesuai untuk diaplikasikan di negara kita, namun ianya sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang pengkelasan sosial dalam masyarakat khususnya di Amerika Syarikat.
Di Tanah Melayu pula, semasa zaman penjajahan, kelas sosial di kalangan orang Melayu lebih merupakan perbezaan antara golongan bangsawan dan rakyat jelata dan golongan ini mendapat pendidikan khusus di bawah pengajar yang terlatih di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Senario ini tidak dapat dikecapi oleh rakyat biasa yang mana kelas rakyat lebih menekankan mata pelajaran seperti bertukang, berkebun dan anyaman. Ketidakseimbangan dalam pelajaran ini menyebabkan timbul konflik di antara golongan bangsawan yang terus dilimpahi dengan kesenangan dan pendidikan yang sempurna sedangkan golongan rakyat pula meneruskan kehidupan tanpa mendapat apa-apa keistimewaan khususnya dalam pendidikan dan mata pencarian. Akan tetapi konsep pengelasan kelas sosial tidak berlaku dalam dunia Islam kerana dalam Islam bukan terletak kepada status pemilikan harta. Islam tidak mengajar umatnya meletakkan kemuliaan pada harta benda dan wang ringgit. Sebaliknya Islam lebih meletakkan ilmu, iman, takwa dan amalan soleh sebagai
Akibat daripada pengelasan sosial ini, ia memberi kesan terhadap pendidikan pelajar. Latar belakang keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan tahap pencapaian akademik pelajar di dalam pendidikan. Kajian Anderson (1994) mengenai kesan penglibatan ibu bapa ke atas pencapaian akademik pelajar mendapati jika ibu bapa terlibat secara langsung dan aktif dalam pendidikan anak-anak mereka, anak-anak mereka akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan jika dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak tidak terlibat secara langsung dengan pendidikan mereka. Mengikut kajian Kuen (1991) pula menyatakan terdapat perkaitan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa 71.7% daripada pelajar yang dikaji, suka sekiranya ibu bapa lebih banyak bertanyakan pelajaran mereka di sekolah, manakala 88.3% pelajar lebih suka jika ibu bapa mereka memberi perhatian terhadap pelajaran. Saifuddin Hj Masduki (1977) pula, dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Dapatan beliau menunjukkan arah kedua-dua hubungan adalah positif. Ini bermakna semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, maka semakin tinggi tahap pencapaian akademikanak-anak mereka. Rusli Md Zain (1998) dalam kajiannya juga melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Dapatan ini adalah selaras dengan kajian Siti Nor Yaakob (1990) yang mendapati bahawa hubungan signifikan yang tinggi antara tarafpendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak-anak mereka. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan menengah dan yang berpelajaran mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap anak-anak mereka. Kajian-kajian ini menunjukan perkaitan antara sumber ekonomi ibu bapa telah memberi sumbangan yang besar dalam pencapaian akademik pelajar.
2.0LATAR BELAKANG
Pengkategorian kelas sosial ini secara tidak langsung memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar samada di peringkat sekolah rendah, menengah, institut kemahiran mahupun di institut pengajian tinggi. Dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap perangai dan pencapaian akademik pelajar. Pelajar daripada kelas atasan dan pertengahan tidak menghadapi banyak cabaran dan dugaan semasa pembelajaran mereka. Ini adalah disebabkan keluarga mereka berkemampuan untuk memenuhi segala permintaan dan kehendak yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka. Sebagai contoh untuk kelas tambahan, ibu bapa pelajar berkemampuan untuk menggajikan guru untuk mengajar anak mereka di rumah atau menghantar anak mereka ke kelas tambahan, mampu membelikan komputer riba atau komputer, mempunyai pemandu untuk menghantar, menunggu dan menjemput pelajar dari sekolah, pelajar-pelajar ini dapat makan makanan seimbang dan makanan tambahan untuk kecerdasan otak dan lain-lain kemudahan yang mungkin tidak tercapai oleh pelajar dari kategori bawahan.
Kategori bawahan yang dikaitkan dengan kemiskinan ini berasaskan kepada komponen ekonomi yang dilihat dari dua aspek iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan kekurangan pendapatan kasar bulanan untuk membeli keperluan minimum sesebuah isi rumah yang meliputi keperluan makanan, pakaian, tempat kediaman, dan keperluan asas lain. Di Malaysia, golongan berpendapatan rendah adalah mereka yang berpendapatan di bawah RM1500, mereka yang berpendapatan pertengahan memperolehi pendapatan antara RM1500 sehingga RM3500 manakala mereka yang berpendapatan tinggi adalah berpendapatan RM3500 ke atas. Perincian kumpulan pendapatan di Malaysia pada tahun 1990 dan 1999 adalah seperti dalam Jadual 1. Ukuran yang digunakan adalah berdasarkan kepada taraf pendapatan minimum atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Kemiskinan relatif pula merujuk kepada kemelaratan pendapatan antara kumpulan yang diukur berdasarkan kepada nisbah perbezaan pendapatan di antara kumpulan pendapatan, kumpulan etnik, isi rumah bandar dan luar bandar, dan peratus isi rumah dengan pendapatan. Kepayahan dan kesukaran di dalam kehidupan akan menyebabkan seseorang pelajar itu terus mundur dan mewarisi kemiskinan atau berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan bagi mengubah diri dan keluarganya kepada status kehidupan yang lebih baik
Wujudnya kemiskinan di luar bandar mungkin merupakan salah satu faktor penting yang telah membawa kepada pencapaian pelajar-pelajar sekolah luar bandar yang pada puratanya masih ketinggalan berbanding pelajar-pelajar di bandar. Kajian telah mengesahkan adanya hubungan yang rapat antara latar belakang sosio-ekonomi pelajar-pelajar dan prestasi akademik mereka. Pelajar-pelajar yang miskin dari segi ekonomi mungkin terpaksa membantu ibubapa dalam mencari rezeki atau dikehendaki mengurus urusan rumahtangga. Ini bererti masa untuk belajar dan membuat kerja rumah akan berkurangan. Kemiskinan juga membawa kepada kurangnya kemudahan-kemudahan seperti komputer dan buku-buku rujukan tambahan di rumah yang boleh membantu mereka mencapai tahap pencapaian akademik yang lebih tinggi. Para pelajar di luar bandar yang miskin dari segi ekonomi tidak dapat hadir kelas-kelas tuisyen. Ketidakseimbangan pencapaian dalam pendidikan antara pelajar mengikut pengkelasan sosial ini menimbulkan konflik dalam diri pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Teori konflik nilai yang menyatakan bahawa konflik akan wujud sekiranya terdapat jurang perbezaan sosial yang luas di antara satu kelompok masyarakat dengan kelompok masyarakat lain. Konflik juga akan berlaku jika sesuatu kelompok itu tidak menghormati adat dan sensitiviti kelompok yang lain. Bagi menerangkan teori ini, contoh yang mudah ialah pengelompokan sesuatu puak mengikut negeri di sesuatu kawasan perumahan setinggan. Akibat perbezaan adat dan budaya, seringkali berlaku tuduh-menuduh dan salah faham sesama sendiri hingga menimbulkan rasa dendam dan benci. Sikap chauvinistic dan menganggap budaya dan nilai yang dipunyai kelompok sendiri lebih hebat daripada kelompok yang lain menambahkan lagi kerumitan konflik dan salah faham.
Menurut satu kajian yang dijalankan di sekolah kebangsaan terutama di luar bandar menunjukkan kegagalan murid bumiputera dalam UPSR adalah berpunca daripada kelemahan menguasai asas pada Tahun Satu. Salah satu faktor utama yang menjadi punca isu ini ialah keadaan sosio-ekonomi pelajar yang rendah. Kedaifan ibu bapa kerana kepentingan pendidikan kerana kurang atau tiada pendidikan menyebabkan sikap tidak endah terhadap pendidikan anak-anak mereka. Baka juga menjadi penyebab kepada kelemahan prestasi pendidikan pelajar. Selain daripada itu, masyarakat persekitaran atau setinggan kurang menggalakkan pendidikan menjadikan pelajar pasif dan tidak berminat terhadap pelajaran. Walaupun, istilah keluarga iaitu satu institusi pendidikan yang diberi keutamaan dalam teori fungsionalis gagal berfungsi, institusi pendidikan boleh mengambil alih tanggungjawab tersebut. Institusi keluarga di dalam masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya sebagaimana institusi keluarga di dalam masyarakat bandar. Oleh itu, institusi pendidikanlah yang harus memikul untuk memikul tanggungjawab bagi meningkatkan prestasi pendidikan para pelajar. Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi di dalam mengajar pelajar mereka. Latihan yang mencukupi dan bahan mudah diperolehi perlu digunakan seperti yang dilakukan oleh para guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat mengambil berat prestasi akademik pelajarnya.
2.1 Faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar
Terdapat pelbagai faktor daripada pengelasan kelas sosial ini yang memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar. Di antaranya adalah faktor ekonomi, kesihatan, tempat tinggal, struktur keluarga, tahap pendidikan ibu bapa, cara memberi didikan oleh ibu bapa, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya. Yang nyata, kemiskinan memberi impak terhadap proses pembelajaran pelajar tidak kira pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, institusi kemahiran dan IPTA atau IPTS. Menurut Rohana Yusof (1997), kemiskinan secara umumnya ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk memenuhi keperluan-keperluan asas yang minimum untuk hidup seperti keperluan makanan, perumahan, pakaian, pelajaran, kesihatan, kebajikan dan kemudahan sosial yang lain. Walaubagaimanapun keperitan hidup bukanlah alasan untuk seseorang pelajar mengalah dalam hidupnya dan bukanlah alasan untuk seseorang berjaya dalam pelajarannya. Kerana telah terbukti dalam keputusan SPM 2007, dimana empat pelajar cemerlang itu ialah Siti Fatimah Hamzah, seorang anak yatim; Muhammad Shariff Mat Yusoff, anak pemandu teksi, Mohamad Firdaus Zulkifli, anak warden penjara dan Nik Ahmad Naimudin Nik Othman, anak penggawa di daerah Machang telah memperolehi 8A dalam matapelajaran yang diambil.
a.Ekonomi
Pelajar daripada keluarga kelas bawahan, tidak mampu memiliki segala peralatan persekolahan seperti alat tulis, buku rujukan, buku latihan dan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah, perbelanjaan harian dan kasut. Sehubungan ini, timbul rasa rendah diri yang menyebabkan mereka terasing daripada pelajar lain. Bebanan yang dipikul dan kengkangan daripada keluarga akibat faktor kewangan yang mendesak menyebabkan ada di kalangan pelajar menjadi putus asa dan keciciran daripada persekolahan walaupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Ini adalah kerana terdapat kajian tentang prinsip yang membandingkan secara keseluruhan antara golongan yang berasal dari golongan sosio ekonomi yang tinggi dengan golongan yang berasal dari keluarga yang sosio ekonomi yang rendah. Kajian yang dilakuan adalah menguji kanak-kanak yang datang dari dua golongan yang berasal dari dua golongan, iaitu golongan ibu bapa yang berpendapatan tinggi dan rendah. Hasil dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak dari golongan keluarga berpendapatan rendah lebih cergas melakukan tugas yang diberikan kerana mereka lebih matang untuk melaksanakannya dengan wajar. Teori ini telah terbukti kerana kebanyakan bijak pandai di Malaysia datang daripada keluarga yang susah antaranya adalah Tun Salleh Abas iaitu bekas Ketua Hakim Negara
Pelajar dari golongan keluarga pertengahan dan atasan sangat beruntung kerana faktor duit tiada masalah kepada mereka. Segala keperluan untuk pembelajaran dapat dilunaskan oleh ibu bapa tanpa banyak bersoal jawab. Ada ketikanya kemewahan yang dikecapi membuatkan pelajar leka dan lalai di dalam pelajaran dan akhirnya ada di antara mereka yang kecundang di dalam peperiksaan.
b.Kesihatan
Kesihatan yang baik merupakan faktor penting di dalam kehidupan pelajar. Badan yang sihat akan menjana otak yang cerdas. Dari aspek kesihatan, mereka yang berpendapatan tinggi dan pertengahan lebih mampu untuk memperolehi kemudahan kesihatan yang lebih baik berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah. Dengan demikian, orang yang kaya adalah lebih sihat berbanding dengan orang miskin. Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang berpendapatan rendah lebih mudah mendapat penyakit seperti serangan jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser berbanding orang yang kaya. Pelajar daripada golongan menengah dan atasan tidak timbul masalah untuk mendapatkan rawatan samada di klinik atau hospital kerana ibu bapa mereka berkemampuan untuk membayar bil rawatan. Sesetengah daripada pelajar ini mempunyai doktor peribadi sendiri. Golongan bawahan pula hanya memakan makanan yang kurang berkhasiat dan sekadar mengalas perut sahaja. Akibatnya kebanyakan
pelajar daripada golongan berpendapatan rendah akan jatuh sakit; oleh itu dengan sendirinya mereka tidak dapat menghadiri kelas. Ini akan menjejaskan penumpuan dan perkembangan pembelajaran mereka akan terganggu. Terdapat juga pelajar yang mengidap penyakit kronik tidak mendapat rawatan yang sewajarnya akibat daripada kesulitan hidup yang dialami. Kebanyakan mereka hanya mendapatkan rawatan secara traditional dengan mengambil ubat melalui rebusan akar-akar kayu atau herba. Terdapat kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Insitut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenai tahap pemakanan di 69 buah kampong di luar bandar dan tujuh buah estet di Semenanjung Malaysia di kalangan kanak-kanak, orang Asli dan golongan perpendapatan rendah pada tahun 1992-1995
(Tee,Khor, Ng at al. 1998)
. Hasil kajian ke atas lima komuniti utama penduduk luar bandar dikenalpasti dalam kajian ini sebagai nelayan, penanam padi, pekebun getah kecil, penanam kelapa dan komuniti estet yang terbesar berjumlah 8024 orang telah dikategorikan berdasarkan umur iaitu kurang daripada 7 tahun (n=1418), 7-12.9 tahun (n=1778), 13-17.9 (n=701), 18-59.9 tahun (n=3241) dan 60 tahun (n=886). Hasil kajian mendapattti bahawa kejadian anemia (kekurangan darah) berlaku di setiap kategori umur dan dalam setiap komuniti responden. Didapati masalah anesia ketara terjadi di kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan prasekolah, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan dan orang tua.
c.Tempat tinggal
Suasana yang kondusif amat penting di dalam proses pembelajaran. Akan tetapi suasana sebegini tidak dapat dikecapi oleh pelajar daripada keluarga golongan bawahan. Kebanyakan daripada mereka tinggal di rumah yang sempit dan ada juga pelajar yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Hanya lampu minyak tanah digunakan semasa mereka menelaah pelajaran pada waktu malam dan kemudahan perigi dan sungai untuk mandi dan membasuh pakaian. Apabila musim kemarau pula, pelajar–pelajar ini berasa tidak selesa akibat terlalu panas yang menyebabkan mereka sentiasa mengantuk. Keadaan sebegini mengganggu proses pembelajaran dan penumpuan para pelajar. Winston Churcill, seorang negarawan Inggeris yang menyatakan bahawa manusia membina bangunan, tetapi kemudiannya bangunan itu pula membentuk tingkah laku manusia. Kenyataan itu disokong oleh pelbagai kajian yang telah dijalankan di Malaysia antara kajian yang dilakukan oleh Nurizan, Jualiana, Nur Faizura, 1997, Kuala Lumpur terhadap penghuni rumah pangsa. Hasil daripada kajian didapati masalah utama penghuni adalah bilangan bilik yang terhad, ruang yang sempit, tiada ruang dalam rumah untuk mengulangkaji, kebisingan jiran tetangga diikuti dengan masalah perbelanjaan keluarga danterdedah kepada gegala sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Akibatnya pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan mengulangkaji pelajaram mereka yang menyebabkan kepada kegagalan di dalam pendidikan mereka. Akan tetapi ada sesetengah pelajar ini mempunyai motivasi yang sangat tinggi untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan. Pelajar-pelajar daripada golongan menengah dan atasan pula selesa tinggal di rumah yang lengkap dengan segala keperluan asas dan peralatan. Antara contoh penempatan di kawasan bandar dan kampung adalah setinggan. Berdasarkan kajian, setinggan di seluruh negara, terdapat sebanyak 114,944 unit bangunan kediaman setinggan dengan anggaran penduduk setinggan berjumlah 557,679 orang yang ada di seluruh Malaysia. Jumlah kampung setinggan adalah 1032 buah yang tertumpu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah. Kebanyakan penempatan setinggan wujud di kawasan pantai, bekas-bekas lombong, rizab jalan, rizab sungai, rizab kereta api dan kawasan-kawasan pinggiran bandar yang belum dibangunkan. Faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minda dan perlakuan seseorang. Segolongan kanak-kanak lebih mudah mengikut apa yang berlaku di sekitar mereka tanpa mengetahui baik dan buruknya. Kajian Setinggan Lembah Klang oleh Yayasan Strategik Sosial pada 2001 menunjukkan kebanyakan pelajar tercicir dari sekolah berasal dari perkampungan setinggan.
Kesan jangka pendek yang menjadi pilihan golongan ini ialah melibatkan diri dalam kegiatan anti sosial seperti mencuri, meragut, merompak, gangsterisme, mengedar dadah dan menyeluk saku. Menurut laporan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa kebanyakan aktiviti kumpulan salah laku bermula atau berlaku di kalangan penduduk yang berpendapatan rendah dan menetap di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti setinggan, rumah panjang dan rumah pangsa murah. Terdapat juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi gejala sosial ini seperti keciciran sekolah, penceraian dan kawasan persekitaran perumahan yang tidak mempunyai prasarana yang sempurna (Yayasan Strategik Sosial 2002).
d.Struktur keluarga
Kebanyakan pelajar dari keluarga atasan dan menengah mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai. Ada di antaranya merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Ini adalah kerana ibu bapa mereka telah didedahkan kepada program merancang keluarga. Bagi pelajar di dalam kepompong kelas bawahan, ahli keluarga mereka agak ramai. Adik-beradik yang ramai ini menyebabkan ibu bapa mereka tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada setiap orang anak; fokus hanya untuk mencari duit bagi menampung keluarga bagi sesuap nasi. Kebanyakan pelajar berdikari ini sendiri untuk pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat dan mendapat sokongan daripada ahli keluarga berjaya dalam pelajaran walaupun di dalam kehidupan yang miskin dan daif; ada juga yang keciciran dalam pelajarankerana desakan hidup yang kian mencabar. Kebaikan mempunyai adik-beradik yang sama ialah saling tolong menolong dan bekerjasama di antara satu sama lain untuk mencapai kecemerlangan di dalam pendidikan. Dari segi kestabilan perkahwinan, dikatakan penceraian kerap berlaku pada kelas sosial bawahan kerana pengangguran dan masalah ekonomi yang boleh menimbulkan pergeseran antara suami dan isteri. Akibatnya daripada penceraian dan ketakharmonian rumahtangga ini, pelajar hilang tumpuan terhadap pelajaran dan mengambil jalan mudah dengan keluar dari rumah untuk mencari ketenangan. Keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal juga dikatakan lebih kerap berada di dalam golongan bawahan ini. Ini adalah kerana kebanyakan ibu tunggal ini perlu menyara keluarga, bekerja pada masa yang sama dan terdedah kepada tekanan perasaan daripada masyarakat sekeliling. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan perhatian daripada ibu mereka; akan tetapi masalah kewangan yang mendesak menyebabkan kebaanyakan ibu tunggal ini tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak dan pelajaran mereka. Akibatnya ada di kalangan pelajar ini keciciran di dalam pelajaran dan terlibat dengan gegala sosial yang kian meruncing di Malaysia di kala ini.H.Thomas (1957) membuat kajian tentang keutuhan keluarga. Kajian ini dijalankan di Jerman Barat. Beliau menyelidik hasil penilaian guru-guru sekolah terhadap prestasi dan tingkah laku kanak-kanak yang tergolong dalam dua golongan, iaitu yang berasal dari keluarga yang utuh dan tidak utuh. Beliau membandingkan prestasi kanak-kanak dari dua golongan ini. Hasil kajian mendapati kelompok kanak-kanak dar keluarga utuh memberi hasil yang baik jika dibandingkan dengan kanak-kanak dari keluarga tidak utuh. Masyarakat tidak seharusnya memberikan pandangan yang negatif dan menunjukkan reaksi menolak kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kucar kacir ini. Ini adalah kerana terdapat teori yang menjelaskan bahawa peraturan yang ada mendapat tentangan daripada golongan yang tidak berpuas hati dan sebagai langkah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati ini, mereka mula terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Sebagai contoh, remaja yang melepak dan membuat bising di kawasan perumahan kerana mengalami krisis kekeluargaan. Lama-kelamaan mereka berkumpul dan mewujudkan kumpulan yang berunsurkan bantahan seperi “punk” dan “Mat Rempit.” Seharusnya masyarakat lebih prihatin dan tidak membuat sebarang hukuman atau tindakan melulu di dalam menangani masalah sosial di kalangan pelajar.
e.Tahap pendidikan ibu bapa
Ibu bapa yang berpendidikan mampu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan galakkan kepada anak mereka untuk terus berjaya di dalam pendidikan. Ini adalah hasil daripada pengalaman mereka sewaktu di zaman persekolahan dan pengajian samada di peringkat universiti atau kolej. Ibu bapa daripada golongan bawahan pula, kebanyakannya tidak mendapat pendidikan formal dan ada juga di antaranya tidak pernah ke sekolah. Oleh itu mereka tidak pernah merasai pengalaman bersekolah di dalam konteks menimba ilmu ini. Akibatnya mereka kurang memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka untuk bersekolah mahupun meneruskan persekolahan. Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak bersemangat untuk ke sekolah kerana mereka lebih rela membantu ibu bapa samada di rumah ataupun bekerja di usia yang muda. Terdapat juga pandangan ibu bapa terhadap anak perempuan yang menyatakan belajar setinggi manapun akan ke dapur juga. Ini sedikit sebanyak memberi kesan pelajar terhadap pendidikan mereka. Walaubagaimanapun tahap pendidikan ibu bapa ini bukanlah menjadi isu kepada pencapaian pendidikan pelajar. Walaupun hidup di dalam kepompong kemiskinan ada juga ibu bapa yang sentiasa memberi galakkan kepada anak mereka untuk terus berjaya di dalam pendidikan dan kehidupan. Ibu bapa dalam persekitaran kelas pertengahan pula, lebih
child centered
kerana memberi banyak peluang kepada anak mereka untuk menambahkan pengetahuan melalui pendidikan. Mereka lebih memberi kebebasan untuk anak mereka memilih dan mengalami suasana pembelajaran yang sebenarnya; disamping memberi peluang kepada anak mereka untuk belajar ke peringkat yang tertinggi kerana tiada halangan dalam kewangan.
f.
Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya memberi pengaruh yang agak besar di dalam pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Apabila seseorang pelajar bergaul dengan rakan yang tercicir, besar kemungkinan pelajar itu pun turut tercicir dari sekolah. Secara psikologi, gerak geri dan perlakuan pelajar yang tercicir lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dengannya. Dalam kes-kes tertentu, pelajar yang tercicir cuba mempengaruhi kawan-kawannya yang lain untuk menyertai tindakannya yang lebih menyeronokkan. Di samping itu kegelojohan pihak sekolah yang memberi pengiktirafan terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar memberi tekanan ke atas pelajar yang lemah dalam pelajaran.Pelajar di sebuah sekolah bebas bergaul di antara satu sama lain tanpa memikirkan bangsa, ras, latar belakang dan kaum yang berbeza-beza yang dihimpunkan di dalam satu insitusi pendidikan yang sama. Akan tetapi terdapat pelajar dari keluarga bawahan yang kurang berkomunikasi kerana berasa kerdil ataumalu disebabkan keadaan diri yang serba kekurangan. Mereka lebih senang bergaul dengan rakan sebaya yang seangkatan dengan mereka. Ini menyebabkan pelajar ini berada di kelompok mereka sahaja; sedangkan di dalam mencari ilmu setiap pelajar perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk bertukar-tukar fikiran dan idea mengenai pelajaran mereka.Pelajar yang lemah di dalam pelajaran boleh bertanya atau berbincang dengan pelajar yang pintar. Pergaulan dengan rakan sebaya ini memberi impak yang positif dan negatif di dalam proses pembelajaran pelajar. Dari sudut positifnya, tidak kira apa juga kelas sosial mereka boleh bekerjasama untuk cemerlang di dalam pendidikan mereka. Dari sudut negatifnya, pengaruh yang tidak sihat daripada hasil pergaulan antara rakan sebaya seperti menghisap rokok, ponteng sekolah atau kuliah, menghisap ganja, bermain
video game
di pusat-pusat video dan sebagainya memberi tauladan yang tidak baik di dalam kehidupan seseorang pelajar.
g.Faktor sekolah dan guru
Selain rumah, sekolah merupakan tempat di mana pelajar banyak menghabiskan masa dalam sehari. Pengurusan sekolah yang berkesan samada dalam kepimpinan pengajaran dan kurikulum serta pengajar yang efisyen meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian pendidikan pelajar juga dipengaruhi oleh kaedah pengajaran pengajar. Seseorang pengajar yang mengajar dalam kaedah traditional iaitu dengan lebih banyak memberi syarahan tanpa menggunakan teknologi dalam pengajarannya samada penggunaan power point, model dan simulasi menyebabkan suasana kelas menjadi hambar dan membosankan. Pelajar tidak termotivasi untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian The Malaysian Dropout Study Revisited (Zainal Ghani, et. Al., 1991) mendapati hubungan guru dengan pelajar yang tercicir adalah renggang. Sebanyak 62 peratus pelajar yang cicir menyatakan mereka tidak pernah meminta nasihat guru jika menghadapi masalah dengan kerja sekolah. Cuma 34 peratus pelajar cicir melaporkan mereka mendapat perhatian daripada guru tentang kerja sekolah. Pelajar cicir ini menyatakan guru mereka garang (23%) dan selalu menghukum mereka (14%). Kajian ini merumuskan guru kurang memberi sokongan dan perhatian kepada pelajar lemah tetapi lebih mementingkan kawalan dan disiplin. Lokasi sekolah yang kurang sesuai seperti persekitaran yang bising di tengah bandar dan sekolah yang terletak terlalu jauh sehingga pelajar menghabiskan banyak masa dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah mempengaruhi pembelajaran pelajar. Ada di kalangan dari pendalaman Sabah dan Sarawak yang perlu mengharungi denai, hutan dan sungai untuk sampai ke sekolah. Apabila di dalam kelas, pelajar-pelajar ini keletihan dan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru mereka.
Keadaan sebegini tidak dirasai oleh pelajar yang tinggal di kawasan bandar dan dalam status pertengahan dan atasan.Kekurangan dana tambahan daripada sumber lain menyebabkan kebanyakan sekolah di luar bandar tidak dapat mempertingkatkan program ke arah pembangunan sekolah dan kecemerlangan akademik. Ini adalah kerana ibu bapa di luar bandar tidak berupaya memberikan sumbangan kewangan menyebabkan kebanyakan sekolah bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.
3.0 Kajian terdahulu dan dapatan
Pengkaji telah membuat kajian terhadap pelajar dua kelas murid tahun enam (6) di salah sebuah sekolah rendah di Tutong telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian dibuat kerana pencapian markah Bahasa Inggeris dan Matematik yang rendah di kalangan pelajar tersebut.
3.1 Metodologi
Responden terdiri daripada 50 orang murid iaitu 26 murid lelaki dan 24 murid perempuan yang berumur antara 10-15 tahun. Maklumat personal murid dan latarbelakang murid diperolehi melalui soalselidik. Maklumat personal murid meliputi umur, jantina dan aspirasi mereka. Maklumat latarbelakang murid pula meliputi saiz keluarga, pendapatan keluarga, pekerjaan ibubapa dan aspirasi ibubapa. Maklumat pencapaian diambil daripada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah pihak sekolah pada tahun 2004. Data yang diperolehi di analisis mengikut kekerapan dan peratusan dan dimuatkan dalam bentuk jadual.
0 comments:
Post a Comment