My ads

Saturday, October 8, 2011

FUNGSI BM

 

Mengapakah Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia?

Sebelum membincangkan sebab pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, konteks Bahasa Kebangsaan perlu dijelaskan terlebih dahulu. Pada pendapat saya, Bahasa Kebangsaan bermaksud bahasa yang mewakili suatu bangsa dan memberi identiti kepada bangsa tersebut. Maka, pengenalan Bahasa Kebangsaan adalah penting bagi setiap negara terutamanya bagi negara yang bermasyarakat majmuk seperti Malaysia kerana Bahasa Kebangsaan akan menjadi alat komunikasi dan integrasi antara kaum berlainan ke arah perpaduan. Mengenai sebab pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, saya berpendapat sedemikian.

Sebab pertama adalah Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi bagi masyarakat majoriti Malaysia. Sebagaimana yang diketahui, masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama serta kaum-kaum lain. Tiga kaum utama ini pula merupakan Melayu, Cina dan India. Antara tiga kaum utama ini, Melayu merupakan majoriti. Maka, bahasa Kaum Melayu, iaitu Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Kebangsaan Malayisa.

Sebab kedua adalah kelaziman Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat. Sebagai pengetahuan, Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan penting di dunia menjadikan Bahasa Melayu berperanan penting seperti Bahasa Inggeris pada masa kini dan dikenali sebagai lingua franca pada masa tersebut. Sebagai kesan daripada Kesultanan Melayu Melaka, penggunaan Bahasa Melayu sangat lazim dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Kelaziman Bahasa Melayu dapat diperlihatkan daripada penyerapan istilah Bahasa Melayu dalam dialek dan bahasa kaum lain. Contohnya, perkataan “suka” dan tapi” dalam dialek Foo Chow. Mahupun sehingga hari ini, masih hampir setiap rakyat Malaysia dapat bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaupun Bahasa Melayu Pasar yang lebih banyak digunakan, namun ianya sudah mencukui untuk mencapai tujuan komunikasi.

Sebab ketiga adalah keseragaman Bahasa Melayu. Keseragaman Bahasa Melayu membolehkannya menjadi alat perpaduan yang efektif untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.

Namun pada pendapat saya, setakat kini Bahasa Melayu masih tidak menyempurnakan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan kerana perasaan kekauman masih mengatasi semangat kebangsaan dalam kebanyakan rakyat Malaysia. Buktinya, seorang Melayu tidak akan memperkenalkan dirinya sebagai bangsa Malaysia tetapi sebagai bangsa Melayu apabila ditanyakan mengenai bangsanya sedangkan kita semua ini sebenarnya bangsa Malaysia.

0 comments:

Post a Comment