My ads

Saturday, January 22, 2011

Tugasan PBS

Pemerhatian Terhadap Kelas Pendidikan Jasmani

Tarikh                          : 10/03/2010
Masa                          : 8.00-9.00 am
Tempat                       : Dewan Sekolah
Nama Guru                : En. Chia Sin Hoi
Kelas                          : Tahun 3Cemerlang
Bilangan murid          : 36 orang
Sekolah                      :
1.     Semasa aktiviti memanaskan badan,
a.     Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran kelas Pendidikan Jasmani?

Ya. Sebelum memulakan aktiviti permainan ping pong dan permainan bola racun, aktiviti memanaskan badan dijalankan selama 5 minit secara berperingkat bagi mengelakkan berlakunya kecederaan badan. Dalam kelas yang diperhatikan ini, guru memulakan pengajaran dengan mengarahkan murid untuk berlari mengelilingi dewan mengikut arah jam dan lawan arah jam selama satu pusingan bagi setiap pusingan yang lari. Selepas itu, Cikgu Chia membimbing murid dalam melakukan aktiviti memanaskan badan dengan membuat demonstrasi di depan murid.



b.    Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan serta namakan otot-otot yang terlibat sepanjang aktiviti kelas Pendidikan Jasmani.

Ya. Guru ini memberikan tumpuan terutamanya otot di bahagian tangan. Hal ini kerana aktiviti dalam kelas tersebut adalah permainan ping-pong dan bola beracun. Otot-otot besar yang terlibat dalam aktiviti ialah di bahagian tangan dan murid diberi peluang untuk melakukan aktiviti yang melibatkan bahagian tangan seperti tekan tubi, menghayun tangan secara berselang-seli dan sebagainya. Selain itu, Guru Chia juga memberikan bimbingan kepada murid yang lemah dan mengajar mereka secara beransur maju. Misalnya, guru Chia menyuruh murid melakukan aktiviti bertolakkan antara satu sama lain sebelum menyuruh mereka untuk tekan tubi.

c.    Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan.

Aktiviti yang dilakukan oleh murid tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota. Guru ini memastikan tahap kebolehan murid dan tidak akan memaksa murid untuk melakukan aktiviti yang lasak dan boleh menyebabkan cedera pada bahagian badan. Misalnya, murid-murid perempuan diberi kelonggaran melakukan aktiviti tekan tubi secara melutut. Selain itu, bahagian otot tubuh badan lain yang terlibat ialah bahagian pinggang. Contohnya, bangun tubi.

d.    Nyatakan kesan fisiologi hasil daripada aktiviti memanaskan badan dan regangan.

Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Dengan ini, mereka dapat melakukan sesuatu gerakan atau aktiviti fizikal dengan mudah dan bebas. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot. Selain itu, aktiviti memanaskan badan dapat merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. Hal ini membolehkan badan berfungsi dengan lebih cekap serta berkesan. Aktiviti memanaskan badan boleh meningkatkan suhu badan, mempercepatkan denyutan jantung, melunturkan otot, sendi dan ligamen yang kejap serta mampat dan meningkatkan kelenturan dan kelembutan. Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah penting dilakukan untuk menyediakan badan kepada aktiviti fizikal yang lebih lasak, serta memudahkan aktiviti tersebut dilakukan seterusnya membawa kepada peningkatan prestasi seseorang.
Guru Chia  membimbing aktiviti pemanasan badan dari aras atas badan hingga ke bahagian bawah iaitu dari bahagian kepala sehingga ke bahagian kaki. Semasa memanaskan badan, bahagian-bahagian badan yang lain terlibat dalam aktiviti ini ialah tangan, bahu, pinggang dan sebagainya.


e.    Daripada pemerhatian anda di sekolah, ambil seberapa banyak gambar lakuan atau posisi semasa melaksanakan sesi regangan.


Adakah keperluan “cooling down” dijalankan dan diberi penjelasan kepada murid-murid?

Ya. Guru ada menjalankan aktiviti “ cooling down”. Guru ini mengarahkan murid membuat pergerakan yang ringan dan senang supaya murid tidak berasa letih. Guru menjalankan penjelasan yang jelas kepada pelajar.

·        .Memanaskan badan meninggikan suhu otot-otot dalaman. Faedah-faedah:-
a)    pengaliran darah dalam tisu-tisu otot bertambah. Hal ini meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot dan setrusnya akan memperbaiki keadaan fungsi otot. (functional condition)
b)    kepekatan (viscosity) otot berkurangan dan keadaan ini membolehkan pengecutan dan pengenduran otot berlaku pada kadar yang lebih pantas.
c)    Oleh kerana pengaruh pengenduran otot berlaku, lebihan kerja luaran dapat dilakukan dengan pengeluaran tenaga yang sama, iaitu lebih ekonomik dari segi penggunaan tenaga oleh otot.
d)    Kadar ketegangan dalam otot bertambah.
e)    Memanaskan badan dapat merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. Hal ini membolehkan badan berfungsi dengan lebih cekap serta berkesan.
f)     Pemanasan badandapat menyediakan sistem saraf seseorang untuk menghadapi sesuatu aktiviti.
g)    Mengelak daripada Kecederaan otot, tendon dan ligamen.

2.    Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

Bola dan raket ping pong yang digunakan sesuai untuk permainan ping pong, tetapi meja ping pong yang dibekalkan tidak sesuai kerana terdapat kecacatan pada bahagian meja. Manakala bola racun yang diperbuat daripada surat khabar adalah selamat bagi murid yang tahun rendah. Peralatan yang digunakan untuk aktiviti pada hari tersebut ialah bola, bola telah diberi oleh murid untuk menjadi beban semasa membuat “sit up”. Dua murid dalam satu kumpulan, murid yang membuat “ sit up “ akan mengambil bola daripada rakan yang mengira bilangan “ sit up” dan memberi bola untuk murid tersebut. Peralatan ini sesuai bagi aktiviti yang dirancang kerana bola tersebut tidak terlalu berat sehingga boleh mencederakan otot atau mana-mana bahagian badan murid .

3.    Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.

·        Infrastruktur. Peruntukkan peralatan boleh dipertingkatkan lagi. Peruntukkan peralatan seperti raket ping pong, jaring dan meja ping pong boleh diperbanyakkan dengan bantuan daripada usaha mana-mana pihak supaya semua murid berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti permainan. Maka, potensi murid-murid dapat diperkembangkan dengan adanya peralatan yang mencukupi.
·        Simulasi yang lebih professional. Hal ini supaya pengajaran menjadi lebih jelas kepada murid dan belajar berdasarkan pergerakan yang tepat.
·        Pengurangan bilangan murid kepada 30 orang dalam sesuatu kelas supaya pengurusan bilik darjah dapat dikawal dengan lebih baik. Ianya boleh meningkatkan keberkesanan P&P.
·        Pembahagian kumpulan berdasarkan tahap kemahiran murid. Guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil berdasarkan tahap kemahiran mereka. Contohnya, faktor fizikal (saiz badan) dan perbezaan individu.
·        Pendedahan daripada guru. Guru perlu mendedahkan kepada murid dengan lebih mendalam tentang konsep pendidikan jasmani dan konsep permainan ping pong. Simulasi daripada guru juga amat penting. Guru perlu memberi simulasi yang professional kepada murid supaya mereka mempelajari pergerakan-pergerakan yang tepat.

1 comments:

said...

ada kelebihan memanaskan badan dari segi psikologi?

Post a Comment