My ads

Saturday, January 22, 2011

Tajuk 1: Konsep Asas Moral

Tajuk 1: Konsep Asas Moral

Moral
-          Ditakrifkan sbg tingkah laku atau amalan yg sejajar dgn tatasusila dan undang2 msyrk.
-          Moral adalah ajaran, kumpulan peraturan & ketetapan, lisan atau bertulis ttg bagaimana manusia harus hidup & bertindak agar menjadi manusia yg baik.
-          Pertimbangan moral bergantung kpd suasana atau keadaan dimana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dimana dia hidup & agama yg dianuti.
-          Amalan atau tindakan yg dikatakan bermoral:-
a.       Pengawalan diri terhadap sst keinginan nafsu atau dpt menahankan diri dari melakukan sst tingkah laku yg dianggapkan salah.
b.       Kawalan terhadao keperluan fizikal yg berdasarkan kpd peraturan2 msyrk yg telah diterima secara rasional.
c.       Bertindak secara rasional terhadap sst keputusan moral yg melibatkan pentafsiran ini dilakukan dgn adanya maklumat atau pengetahuan yg mencukupi dan dihuraikan dgn pemikiran secara objektif atau kritik.
d.       Sentiasa menjaga dan bertindak dlm keadaan yg berdisiplin serta menghayati sst standard hidup yg dicapai oleh sosioekonomi msrk.

Etika
-          “ethos” dlm bhs Greek bererti cara hidup atau adat resam.
-          Ditakrifkan sbg suatu kajian sains moral dan prinsip2 moral ttg kelakuan manusia. 
-          Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu baik atau buruk.
-          Etika dgn erti kata lain ialah mematuhi nilai moral, mengajukan ttg kenapa kita mesti ikut arahan moral.

Klasifikasi antara moral dan etika
-          Moral diertikan sbg suatu disiplin yg akan dpt memberitahu kita apakah sistem moral yg dihayati oleh satu2 kelompok manusia tertentu, sementara etika pula menganalisis, mengkaji dan mengkritik sistem moral tersebut.
-          Maka, moral ialah praktikal manakala etika bersifat teoritikal.

Akhlak
-          Bermaksud budi pekerti seseorang individu. Budi pekerti ini dirujuk kpd kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu.
-          Akhlak dan moral mpy maksud yg sama iaitu kelakuan baik atau buruk.

Komoralan
-          Merupakan sst yg berkait dgn peraturan2 msyrk yg diwujudkan di luar kawalan individu itu. Cth, peraturan2 sosial msyrk, adat resam, tatasusila atau tatahukum.

Konsep baik
-          Membawa maksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Huraian ini menuju kpd perasaan individu terhadap sst yg telah digunakan. Berbeza mengilur situasi:-
a.       Secara fizikal:
b.       Kepuasan diri: rupa, mutu.....
c.       Kelakuan: memberi persetujuan atau sokongan.
d.       Penyakit: proses pulih....
-          Konsep baik ini merupakan penerimaan atau sikap psikologi individu.
-          Perkataan “baik” dpt digunakan secara:-
a.       Ekstrinsik
·         Penilaian atau taksiran piawaian. (kerja atau objek yg mematuhi standard atau taraf)
·         Masa yg diperlukan. (kemajuan teknologi dsbg)
·         Membuat keputusan atau pemilihan. (rupa luaran yg menarik perhatian)
b.       Intrinsik
·         Sokongan atau nasihat.
·         Menghargai atau memuji.

Konsep benar
-          Bermaksud betul dan mengandungi ciri penjelasan nilai. Ia juga mpy fakta2, sebab2 dan bukti2 yg sah atau diterima oleh majoriti.
-          Dilihat dari segi:-
a.       Kebenaran yg mutlak. Cth, menurut ajaran agama, isi ajaran tidak boleh dibahasakan.
b.       Kebenaran yg saintifik. Cth, kebenaran yg dpt dibuktikan secara saintifik.
c.       Kebenaran yg relatif. Cth, pantang larang dan peraturan adat. Perkara yg dikatakan benar mungkin hari ini shj dan mungkin salah mengikut perubahan masa. Kebenaran ini hanya wujud secara relatif shj.

Konsep patut
-          Diertikan seharus, mesti atau sesuai.
-          Konsep patut ini memerlukan penilaian secara intrinsik iaitu:-
a.       Memberi pertimbangan terhadap suatu standard yg diterima oleh manusia.
b.       Memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta2 yg wujud.
c.       Memberi pertimbangan nilai yg logik.
-          Sebagai perkataan lain, patut membawa maksud:-
a.       Memberi dorongan terhadap sst aktiviti atau tindakan yg betul.
b.       Memberi penjelasan atas sst kelakuan.
c.       Memberi persetujuan krn mpy pendapat yg sama atau mpy sifat2 yg sama.
d.       Tidak setuju dgn sst kelakuan.


Aliran pemikiran moral (Naturalis, Emotivis, Intuisionis, Rasionalis)

Naturalis
-          Aliran pemikiran yg menggambarkan kpd keadaan yg sebenarnya. Seorang yg pemikiran ini melihat sst objek pd keadaan yg sebenarnya. Dia akn menerima apa yg ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab2 wujudnya keadaan itu.
-          Org naturalis ini mpy sifat2:-
a.       Hidup dlm keadaan tertekan krn tidak mahu atau dpt mengeluarkan pendapat.
b.       Sentiasa merendahkan diri dan tidak mahu berinteraksi dgn org lain.
c.       Tiada motivasi dan kurang berusaha.

Emotivis
-          Emotivisme berasal dr perkataan emosi. Emosi ialah kebangkitan perasaan terhadap sst objek atau situasi. Manusia pemikiran emotivis ini merujuk kpd mrk yg bertindak mengikut perasaan atau emosinya.
-          Sifat2:-
a.       Agresif, pendiam, cepat tersinggung dan kuat cemburu.
b.       Menghadapi tekanan emosi dan rasa keberatan utk bergaul dgn org lain.
c.       Kelihatan keseorangan ttp rajin membaiki diri sendiri spy dpt perhatian org lain.

Intuisionis
-          Merupakan suatu proses melihat dan memahami sst secara intelektual. Org ini biasanya bertindak mengikut bisikan hati kecilnya. Pemikiran dan perasaan hanya menggunakan maklumat atau apa yg sedia ada di sekelilingnya.
-          Sifat2:-
a.       Melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa memikirkan akibat atau kesannya.
b.       Cepat membuat keputusan, mudah menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya.

Rasionalis
-          Berasal dr perkataan “ratio” yg bermakna “reason” atau sebab. Pendekatan ini menekankan nilai2 spt kebenaran, kegunaan dan mpy logiknya.
-          Sifat2:-
a.       Selalu mencari bukti dan kebenaran.
b.       Selalu berfikir utk membaiki mutu kerjanya.

0 comments:

Post a Comment