My ads

Monday, January 3, 2011

Peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Tanggungjawab dan peranan sekolah terhadap masyarakat ataupun komuniti adalah amat penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Fungsi utama sekolah adalah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.

Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk meneruskan perkembangan masyarakat atau komunitinya. Selain itu, sekolah juga sebagai suatu institusi masyarakat yang mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikuti arah aliran dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasikan ini memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai.

Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Tidak ketinggalan juga, sekolah mengajar murid seperti mencinta sekolah dan alam sekitar, demi membentuk masyarakat penyayang. Nilai-nilai budaya masyarakat ini adalah penting kerana ia menentukan kandungan normanya. Misalnya, jika anggota-anggota masyarakat meletakkan nilai yang tinggi terhadap kemahiran teknik dan vokasional, maka norma-norma masyarakat tersebut akan berusaha membekalkan peluang bagi anggota-anggotanya agar memperolehi kemahiran teknik dan vokasional itu.

Di Malaysia, sistem pendidikannya adalah meletakkan nilai tinggi terhadap usaha melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan menggubal dan melaksanakan kurikulum baru ke arah mencapai matlamat pendidikan tersebut. Sekolah merupakan tempat yang mengekal dan menyebarkan  budaya masyarakat menerusi pemupukan budaya ilmu di kalangan pelajar. Kejayaan memupuk budaya ilmu dapat diperlihatkan daripada situasi-situasi berikut:

*        Kewujudan keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak dalam kegiatan keilmuan.
*        Ilmu dianggap sebagai keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat.
*        Kewujudan keadaan di mana segala tindakan manusia pada peringkat individu dan masyarakat dilakukan atas landasan keilmuan.
*        Kewujudan keadaan usaha manusia menggunakan ilmu untuk meningkatkan kualiti hidup serta membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk keluarga, masyarakat dan negara.
*        Kewujudan keadaan segala lapisan masyarakat menggunakan ilmu untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, menolak kejahilan dan kepalsuan.

Jika direnung kembali, kita dapat mengkaitkan peranan yang berkaitan sekolah kepada beberapa skop utama:



Jika dilihat dari segi peranan seseorang guru, guru memikul tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan sekolah dan masyarakatnya. Antara tanggungjawab yang dipikul oleh guru adalah:
*        Mengelakkan daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
*        Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
*        Menghormati masyarakat sebagai tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
*        Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

Bagi peranan guru besar pula, guru besar   merupakan   orang   paling   penting dan  berkuasa dalam sesebuah sekolah iaitu memegang jawatan    sebagai pengerusi jawatankuasa. Selain itu, guru besar juga  bertanggungjawab   terhadap segala aktiviti yang beroperasi di sekolah yang meliputi pentadbiran,   kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar. Dalam  usaha  mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar memainkan peranan yang penting dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran.

Selaras dengan misi meningkatkan prestasi  kurikulum dan kokurikulum di  samping menceriakan sekolah,  pelbagai program boleh dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan. Contohnya dalam meningkatkan akademik. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah dengan membuat  nota   poket,  peta  minda, program  bijak  sifir, reading program, vocabulary  building dan sebagainya.. Kelas tuisyen malam juga bolah diadakan bagi murid-murid Tahap 2 dengan bekerjasama degan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Di  samping  itu,  dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu turut boleh  diterapkan dalam diri  setiap murid. Contohnya, guru besar boleh memberi perkataan-perkataan bahasa Inggeris kepada murid pada perhimpunan dan pada perhimpunan yang seterusnya, guru besar akan menanya semula perkataan-perkataan itu. Selain itu, nilai-nilai keagamaan turut juga boleh diterapkan.

Untuk membentuk  insan yang yang seimbang dan harmonis,  aspek  jasmani, emosi dan sosial   juga perlu dititikberatkan. Seiring dengan hasrat FPK, guru besar juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang   sewajarnya  di  sekolah. Antara   aktiviti   yang   boleh dijalankan   di   sekolah   ialah persatuan  akademik,  unit beruniform, kelab serta sukan dan permainan.  Aktiviti-aktiviti  seperti  permainan secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi pelajar yang terpendam. Murid-murid  juga dapat  berinteraksi  antara satu sama lain dan seterusnya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan kaum. Selain itu, aktiviti untuk menambahkan  ilmu pengetahuan yang  lebih mendalam mengikut  kelab juga bolah disediakan agar dapat  membentuk  disiplin murid-murid melalui  pasukan unit beruniform. Jawatankuasa boleh ditubuhkan bagi menguruskan segala aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Prasarana dan kemudahan yang cukup berkaitan dengan aktiviti ko-kurikulum juga perlu dipastikan jumlahnya cukup dan berada dalam keadaan yang baik.

Seterusnya, Guru   Penolong   Kanan   Penatadbiran   (GPK1)  merupakan   orang   yang   kedua terpenting di sekolah selepas Guru Besar.  Guru   Penolong   Kanan   Penatadbiran   (GPK1)  bertanggungjawab kepada keseluruhan   perjalanan   sekolah   termasuk   yang   berkaitan   dengan   kurikulum. Antara   peranan  Guru  Penolong  Kanan  Pentadbiran   adalah  membantu  Guru Besar   dalam   pentadbiran   kurikulum   sekolah,   sebagai   naib   pengerusi jawatankuasa   kurikulum   sekolah,   urusan   pusat   sumber   sekolah   (PSS), menyusun  jadual  waktu sekolah,  menyelenggaran maklumat   tentang kurikulum dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya.

Dalam usaha memperkembangkan  intelek murid-murid,  Guru Penolong Kanan Pentadbiran  (GPK1)  bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan   pembelajaran  dapat   dijalankan   dengan   lancar.  GPK1   akan  memastikanketiadaan guru atas sebab urusan rasmi  ataupun cuti  sakit  akan diganti  oleh guru   lain.   Ini   bertujuan   agar  murid-murid   tidak   ketinggalan   dalam   sukatan pelajaran mereka. Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian danpeperiksaan.  Contohnya,  menyemak  ujian serta skema pemarkahan yang disediakan   oleh   Guru   Panitia.   Tujuannya  penyemakan ini dibuat adalah   supaya   penilaian   dan peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format yang ditetapkan serta menepati kurikulum yang terkini.

       Selain itu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah juga memainkan peranan yang amat penting. Antaranya ialah mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Bidang kokurikulum merupakan landasan utama dalam meningkat serta memperkembangkan aspek jasmani murid-murid di sekolah. Apabila aspek ini dapat ditingkatkan dalam diri setiap  murid,  minda   yang   cerdas   terhasil   daripada   tubuh   badan   yang   sihat. Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani murid-murid, sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum.
    
Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga iaitu unit beruniform,  kelab dan persatuan serta permainan. Melalui   kegiatan   unit   beruniform  ini,  murid-murid dapat menambahkan pengetahuan dari luar bilik darjah. Contohnya melalui  penglibatan murid dalam unit beruniform Pengakap, murid-murid dapat mempelajari cara membuat ikatan, simpulan, memasang khemah dan   sebagainya. Ilmu ini juga diharap dapat diaplikasikan ke dalam hidupan   seharian. Disiplin murid-murid juga dapat dibina dan diperbaiki melalui kegiatan unit beruniform ini.

Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan dapat mencungkil bakat dan potensi pelajar yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk melatih pasukan sekolah.  Menerusi  penglibatan murid dalam aktiviti  ini,  secara tidak langsung guru-guru dapat membuat pemerhatian dan pemilihan murid yang berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah. Mereka   kemudiannya   akan   diberi   latihan   yang   berterusan   sebagai strategi untuk mewakili sekolah ke pertandingan kelompok, daerah atau negeri. Kelab dan persatuan pula melatih murid-murid   belajar   menerima   serta   melaksanakan   tanggungjawab yang diberikan. Perkembangan dari aspek sosial dapat dibentuk apabila murid-murid perlu  bekerjasama  dalam menjalankan   tugas   yang  diberikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan   insan  yang  mempunyai potensi yang menyeluruh dan bersepadu. 

Seterusnya, Guru   kelas juga memainkan peranan dalam merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan murid-murid, tugas Guru Kelas juga meliputi menjalankan pengurusan   kelas   seperti   melantik   Ketua   Kelas,  mengatur  jadual   waktu   bertugas, kebersihan,   alat   tulis,   perhiasan   kelas,   serta   kelengkapan   kelas   untuk kemudahan murid-murid.
     
Guru Kelas  juga bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanamkan nilai-nilai murni seperti rajin, tekun, berdedikasi, berusaha dengan gigih dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab menjaga kebajikan murid-muridnya.  Murid-murid yang kurang berkemampuan diutamakan untuk menerima  Skim Pinjaman  Buku  Teks   (SPBT) serta layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Dalam meningkatkan prestasi murid-murid, banyak program yang boleh dirancang oleh pihak   sekolah  seperti  G-BUDDY,  untuk  murid-murid Tahun 6, kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2 dan sebagainya.

1 comments:

Anonymous said...

Mana penutupnya...

Post a Comment