My ads

Monday, January 3, 2011

Implikasi Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem pendidikan di negara kita

Implikasi Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem pendidikan di negara kita.
Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah banyak membawa kesan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi dapat dikelaskan seperti berikut: 


Jika lilihat dari segi implikasi terhadap kurikulum pendidikan, perubahan dalam aspek kurikulum adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan ini meliputi:


*        Sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
*        Bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.
*        Program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
*        Sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum.
*        Sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Untuk melaksanakan kurikulum perubahan ini dengan berkesan, FPK telah membahagikan kurikulum kepada 2 bahagian, iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah).  Sebelum KBSR adalah KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah), tetapi didapati bahawa KLSR mengandungi beberapa kelemahan, iaitu seperti:
*        Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.
*        Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.
*        Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.
*        Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Maka, hal ini adalah tidak sepadan dengan matlamat pendidikan iaitu memperkembangakan individu secara menyeluruh dan menekankan pendidikan dalam bidang 3M. Oleh itu, bagi memcapai matlamat yang ditetapkan dalam FPK, maka KBSR telah wujud dengan perubahan, iaitu menekankan murid-murid supaya mencapai kemahiran dalam 3 bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan menta serta kesediaan murid-murid.

Disebabkan KLSR yang tidak berkesan terhadap Malaysia, maka KBSR telah dibentuk berasaskan syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet.

KBSM dilaksanakan secara sepenuhnya pada tahun 1989 dengan menitiberatkan kehendak individu, negara, dan sarwa sejagat. Pembentukan KBSM telah membolehkan pelajar-pelajar memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang. Aktiviti vokasional telah membolehkan mereka menyumbangkan tenaga untuk keperluan negara dan pembelajaran bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yang bertujuan untuk memenuhi kehendak


sarwa sejagat.

Selain daripada yang tersenaraikan di atas, KBSM juga menekankan bahawa pembentukan KBSM harus berlandaskan aspek-aspek berikut:
*        Kesinambungan daripada KBSR yang berasaskan penguasaan kemahiran 3M, iaitu mengira, membaca dan menulis.
*        Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasional di antara bidang-bidang elektif sehingga terdiri daripada jurusan akademik dan jurusan vokasional yang dahulunya dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu jurusan sastera, jurusan sains dan jurusan teknik.
*        Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh menjadi kemahiran asas untuk meneruskan pendidikannya secara berterusan seumur hidup.

Dari segi implikasi terhadap pendidik pula, FPK telah membawa perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:
*        Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
*        Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

Seperti yang kita tahu, pendidik iaitu guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik murid-murid di sekolah. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang diajar olehnya kepada murid. Selain itu, guru juga perlu menguasai segala kaedah atau cara penyampaian dalam pengajaran supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Seorang guru juga perlulah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh muridnya. Sahsiah yang baik merangkumi tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat penyayang.

Selain itu, seorang guru juga haruslah mempunyai pandangan dan visi yang positif. Hal ini kerana selain daripada sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan penganti ibubapa, penasihat, pembimbing, kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan serta sebagai teladan kepada murid-murid dan masyarakat. Selain daripada yang tersenarai di atas, seorang guru juga perlu
*        berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.
*        Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna.
*        Mahir menintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran.
*        Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.
*        Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.
*        Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.
*        Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif.
*        Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-niali agama yang dianuti.

Dari sudut implikasi terhadap institusi pendidikan, perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan citi-cita FPK. Ini meliputi:
*        Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
*        Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
*        Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Maka, berpandukan senarai implikasi di atas, beberapa cadangan relevan boleh dipertimbangkan :
1.      Bilik komputer – dilengkapi dengan segala perkakasan yang berkaitan dengan ICT.
*             Supaya murid-murid dapat meningkatkan dan menambah ilmu mereka terhadap ICT.
*             Membeli peluang kepada murid untuk mengetahui tentang kepentingan ICT dalam dunia sekarang.

2.      Padang/ gymnasium – murid-murid boleh menjalankan aktiviti sukan tidak kira hujan atau tidak .
*              Murid-murid boleh menjalankan aktiviti mereka dengan selamat.
*             Mengisi masa lapang.

3.      Pusat sumber – dipenuhi dengan segala buku tidak kira berkaitan dengan pelajaran atau tidak.
*             Murid-murid boleh mendapat segala maklumat yang berkaitan dengan kerja rumah atau luar.
*             Buku lain yang dapat menimba ilmu pengetahuan murid-murid.
4.         Projector – guru boleh memaparkan benda lain seperti video, gambar-gambar yang berkaitan dengan P&P supaya terikat dengan cara yang tradisional iaitu guru hanya bercakap dan pmurid-murid hanya meyerapkan apa yang diajar oleh cikgu.

0 comments:

Post a Comment