Bincangkan teori-teori perkembangan fizikal berdasarkan ahli-ahli psikologi.
PENGENALAN
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk& Margetts, 2007). Semasa pembesaran,kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketingglan, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, la mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan
terhadap diri sendiri dan orang lain. Penyisihan kanak-kanak daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.
Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.
PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL
1. Prinsip asas dalam perkembangan fizikal:
Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Selepas
kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikutl dengan
perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat
mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan
lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan
kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir. Dalam
beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya
menggunakan lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh
mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.
2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar.
Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan.
Pada peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum
kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian
akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayi selepas kelahiran akan cuba
mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih gagal kerana tidak
dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi boleh
menggunakan kedua-dua tangan untuk menggengam objek. Seterusnya bayi
dapat memegang objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan
kerana otot tangan sudah berkembang.
3. Kebolehan bayi bertambah jenis dan spesifik.
Sebagai contoh, sekirannya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan
menangis kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi
masih akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit.
Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat
memberitahu kepalanya sakit.
4. Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat
remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti, misalnya
berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat
remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan
Teori dan Konsep
Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, "Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal". Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain. Remaja juga mengalami perkembangan kognitif. Mereka sudah mampu menghadapi konsep yang lebih abstrak dan mula berminat dalam perkara-perkara yang melbatkan teori dalam pelajaran sains dan moral.
Manakala Sigmund dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. Dorongan seksual dan agresif, yang bukan semasa peringkat latensi, sekarang mengganggu ego dan daya tahannya. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi oedipal. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya.
Stanley Hall (1904) berpendapat perkembanagan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.
0 comments:
Post a Comment