My ads

Sunday, January 16, 2011

Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Faktor baka
  Baka memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna mata, tinggi atau rendah seseorang itu.
  Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam akan melahirkan anak yang berambut hitam.
  Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang agak cerdas juga.


Asuhan Ibu Bapa
  Asuhan dan bimbingan ibu bapa yang sempurna akan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik terutamanya dari segi sosioekonomi dan mental.
  Baurind membahagikan asuhan kepada 4 bentuk:
-  Authoritarian
-  Authoritatif
-  abaikan anak
- Indulgent

Jantina
  Kajian-kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak perempuan lebih cepat belajar bercakap berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Minat, bakat dan nilai juga berbeza di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan. Minat kanak-kanak perempuan atau lelaki biasanya sejajar dengan peranan mereka dalam masyarakat.

Keadaan Kelahiran 
  Ibu yang bersalin mengalami kesulitan ketika hendak bersalin, bayi yang lambat dilahirkan itu mungkin akan mengalami kecacatan mental.
  Kanak-kanak seperti ini memang akan menonjolkan prestasi akademik yang rendah berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.

Sosioekonomi Keluarga 
  Sosioekonomi keluarga yang baik akan menjamin makanan yang seimbang serta kemudahan-kemudahan pendidikan yang baik bagi seseorang individu.
  Keadaan seperti ini akan membantu seseorang itu berkembang secara optimum berbanding dengan seorang pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin.
Rakan Sebaya
  Rakan sebaya merupakan faktor penting dalam pembentukan personaliti.
  Semakin meningkat usia, semakin luas pergaulannya. Rakan sebaya mempengaruhi individu dari segi:pengalaman, perasaan,sikap,emosi.

1 comments:

nura_mirazwa said...

boleh tak saya tahu maksud authoritarian, authoritatif, dan indulgent...

Post a Comment