7-12 tahun
· Peringkat ini bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.
· Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.
· Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mecapai tahap kemuncak pada 12 tahun.
· Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabilamereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 5 tahun.
· Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus.
· Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti yang diberi kepada mereka.
· Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik, menjahit, mengait dan lain-lain.
· Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang.
12-15 tahun
· Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi.
· Perubahan fizikal seperti ketinggian , saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.
· Perubahan saiz remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum akil baligh.
· Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh.
· Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘ pecah suara’.
· Tubuh badanya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan.
· Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki,namun tempoh pertumbuhan semasa mencapai akil baligh lebih lama.
· Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.
0 comments:
Post a Comment