Pengenalan
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute).
Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut adalah antara fungsi-fungsi terpenting bagi nilai. ( Eow B.H., 2001)
Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.
Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.
Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.
Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan konteks dalam menggunakan sesuatu nilai. Jadual berikut adalah tiga konteks utama yang boleh membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:
Jenis-jenis nilai | Peranan |
· Nilai Instrumental (Ekstrinsik) · Nilai Intrinsik | Nilai yang digunakan untuk menunjukan hubungan antara nilai. |
· Nilai Subjektif · Nilai Objektif | Nilai yang digunakan untuk menunjuk pandangan seseorang terhadap nilai. |
· Nilai Relatif · Nilai Mutlak (Absolute) | Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai. |
Nilai Subjektif
Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu.
Berdasarkan maklumat, boleh dirumuskan bahawa nilai Subjektif mempunyai beberapa fungsi yang penting. Antaranya adalah membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.
Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan Nilai Subjektif dalam proses pembentukan moral individu, antaranya ialah pengunaan buku teks dalam pengajaran Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks Pendidikan Moral adalah membantu pelajar mengkaji perkara-perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau pendapatnya berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh individu yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak nilai bagi mereka. Kerana mereka akan berpendapat bahawa segala pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam kehidupan.
Selain itu, kes hukuman rotan ke atas murid di dalam kelas juga merupakan salah satu contoh yang hangat dibincangkan dalam isu pendidikan. Sebenarnya, terdapat sebabnya guru merotan muridnya dalam kelas. Mungkin ia berlaku disebabkan murid tersebut terlalu nakal atau malas dalam kelas sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh ini amat sesuai kerana ia boleh memberi impak kepada murid supaya mengamalkan amalan yang bagus dan bertanggungjawab sebagai penerima ilmu. Justeru, ia akan membantu remaja dalam membentuk sikap dan moral yang baik.
Nilai Objektif
Definisi bagi Nilai Objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.
Bagi contoh nilai ini, seperti isu pergaduhan dalam masyarakat hendak dielakkan menjadi satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan sokongan bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan sememangnya akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus dielakkan. Jadi, ia secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan.
Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan adalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain.
Nilai Instrumental (Ektrinsik)
Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat . Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan hormat-menghormati.
Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membentu adalam menunjukan arah dan menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.
Bagi contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini adalah: Albert suka membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah matematik bukannya mengharapkan sebarang balasan daripada rakan-rakannya tetapi untuk memantapkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah matematik pada diri sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan juga boleh mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.
Selain itu, contoh seperti Cikgu Lee mendenda Siew Ming, seorang pelajar yang gagal dalam Bahasa Cina. Akan tetapi, sekirannya dipandang secara positif bagi tindakan Cikgu Lee tersebut sebenarnya adalah untuk meningkatkan semangat memajukan diri dan mengharapkan prestasinya akan bertambah baik pada ujian yang akan datang. Ini membolehkan remaja berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki atau benci antara murid dengan guru.
Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga dapat membentuk nilai moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini.
Nilai Instrinsik
Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih saying, keadilan dan sebagainya.
Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan.
Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah seperti Situasi Musan ialah seorang ketua kelas tingkatan Enam Biru. Walaupun Musan sebagai pengadil dalam pertandingan banner antara kelas. Walaupun rakan sekelasnya menyuruhnya memberi markah yang tinggi kepada kelas mereka atas statusnya. Namun, Musan tidak berbuat demikan kerana dia menilai semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan-rakanya. Contoh ini dapat memberi gambaran kepada remaja supaya bertindak dengan saksama dalam segala hal.
Selain itu, contoh yang boleh diambil seperti Zaini sedang menunggu bas di sebuah pondok bas. Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan dalam keadaan takut dan menyembunyikan diri di belakang pokok. Kemudian, terdapat tiga orang pemuda garang muncul dan bertanya kepada Zaina sama ada ternampak gadis itu. Zaini berbohong mengatakan bahawa gadis itu telah menaiki teksi beberapa saat yang lalu. TIndakan Zaini ini adalah ingin menolong gadis melepaskan diri daripada kesusahan. Contoh ini dapat menerapkan nilai menghulur bantuan dengan tanpa keraguan dalam kalangan remaja. Ini dapat memberi impak kepada remaja supaya mereka mengetahui bahawa kadang-kala pembohongan juga boleh membantu orang.
Nilai Relatif
Secara umunya, nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.
Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan.
Contoh bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas antara remaja yang berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun perkara ini adalah biasa di negara barat, tetapi ia adalah masalah sosial yang hangat di Malaysia. Negera Barat berpandangan perkara ini adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia berpandangan serius tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa pengajaran kepada remaja supaya mengamalkan nilai relatid yang mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakay yang mana ia berada.
Selain itu, kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan contoh bagi nilai relatif. Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama tanpa nikah adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari segi agama dan dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi, kes ini dialukan semata-mata bertujuan untuk memadankan bakal pasangan suami isteri. Disebabkan kes ini dipandang serius di Malaysia, maka ia beri pengajaran kepada remaja masa kini supaya bertindak dengan rasional dan mesti selaras dengan pandangan masyarakat.
Di samping itu, contoh kebebasan memilih pasangan perkahwinan pada dahulu dan kini. Pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya. Tetapi, masa kini remaja diberi bebas untuk memilih pasangannya. Menerusi contoh ini, dapat dilihat perubahan zaman membawa ubahan dan pemikiran remaja masa kini harus selaras dengan faham masyarakat dan bukannya mementingkan hasrat diri sahaja.
Nilai Mutlak (Absolute)
Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat.
Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan.
Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran Hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat mendatangkan keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain.
Selain itu, contoh yang biasa seperti tindakan membunuh tanpa sebab adalah perbuatan yang perlu dikejikan. Ini terbukti perbuatan membunuh adalah perbuatan yang tidak bermoral dan ia akan menjadi ingatan mendalam kepada orang lain dengan kekal sepanjang masa serta tidak kira di mana jua berada. Ini dapat mengingatkan remaja supaya sentiasa berniat baik dan harus mempunyai batasan dalam segala tindakan dan memahami betapa mendalamnya ingatan atau kenangan terhadap tindakan yang dibuat kepada orang lain.
Penutup / Kesimpulan
Moral merupakan satu nilai tetapi bukan semua nilai itu adalah moral. Moral adalah sesuatu benda yang dapat dilihat dan menunjukkan harga nilainya serta sesuatu yang dapat dirasai secara dalaman.
Terdapat 3 konteks utama yang boleh membantu memahami sesuatu nilai. Pertama, nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai, iaitu nilai Instrumental / Ekstrinsik dan nilai Intrinsik. Nilai Instrumental merupakan nilai yang bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai Intrinsik tidak mengambil kira kesan dengan nilai sendiri sebagai matlamat. Kedua, nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu Nilai Subjektif dan Nilai Objektif. Nilai subjektif mengikuti pandangan seseorang individu.Nilai Objektif berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua orang. Ketiga, nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dnilai, iaitu Nilai Relatif dan Nilai Mutlak. Nilai Relatif tidak sempurna, tidak tertentu dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Nilai Mutlak diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.
Sesetengah nilai boleh berubah tetapi sesetengah masih stabil dalam kehidupan seseorang dan masyarakat. Sesuatu nilai itu, kadang-kadang berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Kita dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.
3 comments:
tenks for the info... :)
Mksh bro
👍👍👍👍
Post a Comment