My ads

Saturday, November 13, 2010

Masalah Hyperaktif dan 5 Langkah Untuk Menyelesaikannya

Masalah Hyperaktif dan 5 Langkah Untuk Menyelesaikannya

Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal. Anak tidak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.

Semakin negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah urbanisasi yang pesat,masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini membayangkan bagaimana perkembangan jiwa kanak-kanak telah berjaya dicemari oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada pemakanan,persekitaran, suasana keluarga dan masyarakat.Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup masyarakat dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan kanak-kanak.Ini telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan kerohanian,mental dan juga fizikal mereka.

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama ditemui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari simtom tersebut. Yang pertama sekali ialah akan sentiasa tidak dapat menumpukan perhatian. Mereka akan sentiasa banyak melakukan kesalahan dalam kerja sekolah, mempunyai masalah untuk mengaturkan aktiviti-aktivitinya, sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah, tidak dapat menumpukan perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya. Simtom lain ialah mereka tidak berupaya mengikut arahan, pelupa dan sentiasa mengelakkan diri daripada aktiviti yang memerlukan konsentrasi.

Simtom yang kedua ialah mereka akan berkelakuan hyperaktif. Biasanya mereka akan sering menggoyang-goyang tangan dan kaki serta mengeliat dan resah di tempat duduknya. Kanak-kanak akan kerap berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih daripada kanak biasa) serta banyak bercakap sewaktu dalam kelas.

Simtom yang ketiga ialah kanak-kanak hyperaktif ini akan sentiasa mengikut kata hati mereka (Impulsiviti). Mereka akan biasanya menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis. Dalam kelas mereka akan sentiasa tidak sabar untuk menunggu giliran mereka dan akan sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain.

Bagi kanak-kanak hyperaktif ini, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah serta memulihkan keadaan fizikal dan mental kanak-kanak ini.

Pertama sekali ialah ibubapa kanak-kanak boleh menghantar kanak-kanak mendapat rawatan ubatan daripada pakar doktor. Ubat-ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangka masa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak umur 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methyphenidate (Ritain).

Langkah yang kedua ialah pemulihan melalui intervesi tingkah laku. Ada beberapa teknik boleh dilaksanakan oleh ibubapa serta guru bagi membantu mereka. Antaranya ialah berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya. Berikan pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik, bantu kanak mengatur aktiviti harian supaya kanak dapat menjangka apa yang berlakku setiap hari. Selain daripada itu, ibubapa dan guru boleh melatih mereka untuk mengawal kata hatinya. Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak tersebut dan jangan menitikberatkan pada kelemahannya.

Langkah yang ketiga ialah ibubapa boleh membantu kanak hyperaktif mengamalkan pemakanan yang betul. Pemakanan yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan dieprlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum.  Biasanya makanan yang dibekalkan kepada kanak hyperaktif perlu memastikan mengandungi nutrein sepertikalsium, asid lemak tepu, zat besi, zink, glukos, zat besi, asid folik, vitamin A, dan juga vitamin B.

Langkah yang keempat ialah kaunseling yang intensifdiperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan oleh para profesional di klinik.Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yang terlibat perlu dijalinkan. Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan  program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya.  Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan di bekalkan alat pendengaran serta terapi  manakala yang mempunyai masalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana sekeliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka.

Langkah yang kelima ialah ibubapa dan guru perlu mempunyai usaha meningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan dalam kanak hyperaktif . Dari masa kesemasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan . Sikap negatif mereka terhadap kanak hyperaktif perlu dikikis dan redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan program pemulihan membantu kanak hyperaktif. .


0 comments:

Post a Comment