Sub tugasan A – Penulisan Refleksi
Anda dikehendaki menulis satu esei berdasarkan pemerhatian semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Tajuk:
Semasa menjalani PBS di sekolah didapati pelbagai masalah wujud dalam kelas khususnya masalah berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar. Hasilkan satu penulisan esei di antara 300-350 patah perkataan tentang masalah-masalah yang didapati (sekurang-kurangnya lima masalah) dan cadangkan cara-cara penyelesaian yang sesuai bagi setiap masalah yang dibincangkan di atas.
Tarikh PBS: 08/03/10 – 12/03/10
Tempat: SK. Theresa Padungan, Kuching
Sepanjang minggu PBS yang dijalankan, saya diberi pendedahan dan peluang untuk memerhatikan budaya, iklim ataupun keadaan sebenarnya dalam sesebuah bilik darjah. Hasilnya, saya ingin merumuskan 5 masalah yang sering wujud dalam sesebuah kelas berserta dengan cadangan penyelesaian di bahagian yang seterusnya. Pada pendapat saya, isu ini sepertimana boleh dikategorikan kepada sama ada ianya berpunca dari guru ataupun murid. Sehubungan itu, guru yang novis atau baru ditempatkan di sekolah sering menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah dan pelajar. Dari segi murid pula, mereka berlainan dengan murid zaman dahulu, dimana ada yang aktif, hyperaktif, nakal dan sebagainya.
Disebabkan bilangan murid (30-40) yang agak banyak dalam satu kelas, susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah kelihatan kurang teratur. Jadi, kecederaan mudah berlaku disebabkan oleh masalah ini iaitu murid mudah terjatuh atau terketuk dengan keadaan yang sedemikian kerana murid-murid adalh bersifat aktif atau nakal. Sebaliknya, susanan meja kerusi yang teratur boleh menbantu guru memantau kelas dengan cepat dan mudah. Jadi, guru kelas perlulah mengenal pasti susunan meja dan kerusi adalah teratur sebelum pelaksanaan p&p dijalankan. Guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang susunan meja kerusi perlu kemas dan teratur. Sesiapa yang tidak mematuhi, hukuman atau mata demerit akan diberikan. Selain itu, susunan mesti memberi peluang kontak mata antara guru dengan murid. Elakkan susunan yag menghalang pergerakan guru ke tempat duduk murid.
Kedua, kekurangan motivasi dalam diri seseorang murid kerana mengalami kegagalan. Contohnya, tidak membawa buku. Sebagai jalan penyelesaian, guru seharusnya sentiasa memberi galakan dan rangsangan sama ada secara langsung atau tidak kepada murid yang lemah sebagai motivasi agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Jika tahap pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu diatasi dengan melalui kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru boleh mengadakan kelas pemulihan untuk memberi perhatian khusus kepada murid yang bermasalah tersebut agar mereka tidak keciciran sebaliknya mereka mampu mengikuti pembelajaran mengikut keupayaan mereka.
ketiga, tingkah laku disruptif iaitu tingkah laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal. Pada pendapat saya, langkah penyelesaian termasuklah murid yang agresif ini perlu mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif daripada guru. Contohnya, galakan ataupun hukuman.
Masalah yang keempat adalah berkaitan dengan pengudaraan dalam bilik darjah. Saya mendapati bahawa pintu pada kelas tersebut adalah tutup. Hal ini menyebabkan keadaan dalam kelas panas dan menyebabkan murid berasa mengantuk, tidak selesa dan keletihan. Tambahan pula, bilangan murid yang ramai lagi. Sehubungan itu, guru perlu memastikan pintu dan tingkap sentiasa dibuka untuk mengudaraan. Udara yang mencukupi dan segar boleh menyebabkan murid dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran.
Akhirnya, tingkah laku bermasalah yang berbentuk pergantungan berlebihan kepada orang lain. Sikap murid ini dapat diperhatikan apabila guru membuat pembahagian tugusan secara berkumpulan. Murid-murid ini tidak dapat berdikari sebaliknya amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Jadi, sebagai jalan penyelesaian, guru perlu memberikan kepercayaan dan galakan kepada murid ini. Contohnya, memberi ganjaran kepada murid atau memberi tugasan yang bersesuaian dengann tahap penguasaan murid.
0 comments:
Post a Comment