My ads

Saturday, November 13, 2010

lima peranan guru sebagai pembimbing di bilik darjah

Bincangkan lima peranan guru sebagai pembimbing di bilik darjah:

Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik Darjah

            Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:
Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi-eja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan pengurusannya ialah supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bili darjah yang bersih kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja yang boleh guru membimbing murid-murid ialah:

1)    Menyapu lantai dan beranda.
2)    Membersihkan papan kapur.
3)    Menyusun kerusi-meja.
4)    Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.
5)    Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan.
6)    Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.
7)    Menjaga penggunaan lampu dan kipas.
8)    Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.

Unyuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru hendaklah menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Prinsip pembahagian kerja-kerja tersebut ialah tanggungjawab untuk setiap murid hendaklah adil dan saksama supaya mereka dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan.

Pengurusan Persekitaran Pengajaran-Pembelajaran:
Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi satu keistimewaan iaitu di samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan itu, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan dan sebagaiya.

Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan , aktiviti bacaan tambahan,  perbincangan dan sebagainya. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaranyang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.  
Penguruan Peraturan Bilik Darjah:
            Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta mudah diikuti. Untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah, guru hendaklah membimbing dan bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan tersebut. Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi segala peraturan bilik darjah yang ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan.


Peranan Kedua: Sebagai perancang

            Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan.

            Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid mencapai objektif pelajaran mereka.

            Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki.

            Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermaknadan lebih berkesan.
            Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran.

            Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.


Peranan ketiga: Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah

            Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya.

            Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.

            Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba menasihati dan berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga. Guru boleh membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri .Jika masalah adalah serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu dilaksanakan..

Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah , guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak menumpu perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.


Peranan keempat: Mengembangkan kebolehan murid

            Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam pembelajaran. Bagi murid yang lemah dalam matematik, guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik yang lebih banyak kepada mereka. Di samping itu, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Tambahan pula, guru boleh  menggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi dorongan kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah dikembang dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial).


Peranan Kelima: Bimbing murid membuat keputusan
           
            Guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri. Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Ini disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.


Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, guru mengambil pelbagai peranan yang penting di bilik darjah. Beliau bertanggungjawab menyediakan suatu persekitaran yang kondusif. Sebagai pembimbing murid-murid, guru bertindak sebagai pengurus bilik darjah, sebagai perancang, membantu dan membimbing murid mengatasi masalah, mengembangkan kebolehan murid, dan membimbing murid membuat keputusan. Guru membimbing anak menjadi manusia dewasa susila yang cekap dan mandiri.

2 comments:

Piweet said...

sumber nota ini dari mn? boleh tak kongsikan sumber dr mn?

Tree Builder said...

:-)

Post a Comment