BIOKEPELBAGAIAN
Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai aneka sepsis organisma di bumi. Bilangan sepsis di dunia sekarang dianggarkan melebihi 80 juta. Untuk menyenagkan kajian dan perbincangan di peringkat antarabangsa, organisma perlulah dikelaskan ke dalam kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya.
Pengelasan organisma
Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia. Pengelasan kesemua organisma di dunia kepada lima alam bererti setiap alam merupakan kumpulan yang sangat besar. Setiap alam dibahagi lagi kepada kumpulan yang lebih kecil unuk menyenangkan kajian. Setiap alam dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang disebut filum. Organisma dalam filum yang sama mempunyai ciri sepunya yang tertentu. Filum dibahagi lagi kepada kelas. Kelas dibahagi lagi kepada order. Dengan cara yang serupa, order dibahagi kepada famili, famili dibahagi kepada genus dan genus pula dibahagi kepada sepsis. Sepsis merupakan kumpulan yang terkecil dalam pengelasan organisma. Urutan dalam sistem pengelasan organisma ini disebut hierarki pengelasan.
Penamaan Organisma
Sistem penamaan saintifik yang digunakan sekarang ialah Sistem Binomial Linnaeus. Sistem ini dicipta oleh seorang pakar alam semula jadi yang bernama Carl Linnaeus (1707 – 1778). Nama saintifik ini adalah dalam bahasa Latin dan lazimnya dicetak dalam bentuk huruf italik. Menigikut Sistem Binomial Linnaeus, nama saintifik organisma terdiri daripada dua perkataan. Perkataan pertama ialah nama genus organisma iru dan yang kedua ialah nama spesisnya. Nama genus bermula dengan huruf besar manakala nama spesis dengan huruf kecil.
3 comments:
Mohon berkongsi maklumat.T.kasih.
thanks
thanks
Post a Comment