My ads

Friday, November 12, 2010

Bab 2: Reka Bentuk Pengajaran

Bab 2: Reka Bentuk Pengajaran

Pengenalan:
            Proses pengajaran atau “penyampaian “ merupakan suatu kemestian dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu ada maklumat yang jelas yang hendak dicapai. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada perancangan yang lengkap dan sistematis. Justeru, reka bentuk pengajaran ialah manifestasi bahawa pembelajaran tidak harus berlaku dalam keadaan kelam kabut, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus kepada hasil pembelajaran yang boleh diukur.
            Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar agar pembelajaran dapat berlaku. Hal ini termasuk mengukur pencapaian objektif (hasil pembelajaran) dan merancang semula sehingga objektif tercapai. Dengan kata lain, reka bentuk pengajaran ialah proses tiga peringkat, iaitu penentuan objektif yang jitu, perancangan pengajaran pembelajaran, dan penilaian pengajaran pembelajaran.

Konsep Reka Bentuk Pengajaran
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistemis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Apa itu reka bentuk pengajaran?
            "Instructional technology is the theory and practice of designing development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning". (Seels & Richey, 1994)
            "Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksanakan dan menilai pengajaran". (Dick & Reiser, 1989)
            "Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk penegembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh  memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran". (Richey, 1986)
Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi secara amnya terdapat 6 perkara asas:
1.    Menentukan keperluan pelajar
2.    Menentukan matlamat dan objektif
3.    Membina prosedur penilaian
4.    Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5.    Mencuba sistem pengajaran
6.    Menilai keseluruhan sistem

Gustafson (1991) telah membahagikan model-model itu kepada 3 tumpuan:
·         Model berorientasikan bilik darjah
·         Model berorientasikan produk
·         Model berorientasikan sistem

Teknologi pengajaran ialah satu cara yang sistematik untuk membentuk, melaksanakan dan menilai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif-objektif tertentu yang berdasarkan penyelidikan, pembelajaran dan komunikasi manusia dan menggunakan sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.

Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di maria proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.
(Yusuf Hashim, 1998)

Peranan dan kepentingan Reka Bentuk Pengajaran

 1. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
     Dick and Reiser (1989):
    "Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan
     dan sikap yang diharapkan".

 2. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar
      terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin  yang positif.

     Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil
     pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi reka bentuk pengajaran dalam
     perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran pelajarnya 
     jelas dan berkesan.

     Rekabentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan
     kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu
     program atau kurikulum kursus.

     Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti
     berikut:
1.    Meningkatkan pencapaian pelajar.
2.    Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.
3.    Memungkinkan objektifpengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4.    Membantu dalam proses membuat keputusan.
5.    Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai.
6.    Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

MODEL ADDLE
Terdapat lima langkah umum dalam merekabentuk sesuatu pengajaran:

Analisis:  [Analyse]
Pembangunan konsep, penyataan tujuan, kenalpasti pengguna sasaran, perbincangan, pemerhatian dan pembacaan.Pada peringkat ini, masalah pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan. Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada murid juga dikenal pasti. Soalan-soalan berikut boleh digunakan sebagai panduan menganalisis.
·         Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka?
·         Apakah hasil pembelajaran?
·         Apakah pilihan strategi penyampaian?
·         Berapakah tempoh pelaksanaan?

Rekabentuk: [Design]
Pembangunan spesifikasi perkakasan, perisian, untuk mendapat maklumat terperinci, sistem penyebaran, elemen yang dimasukkan contohnya audio dan video. Kebolehgfungsian: elemen navigasi yang digunakan hendaklah boleh membantu pengguna akhir contohnya pengguna boleh mengklik butang dan pintu terbuka dan kemudian loceng berbunyi dan antara muka pengguna: rekabentuk skrin, objek disusun, bagaimana pengguna berinteraksi dan mengemudi di dalam aplikasi.

Pembangunan: [Develop]
Proses pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita, apa yang pengguna lihat pada skrin dan bagaimana ia dihubungkan antara satu sama lain. Guna Powerpoint supaya senang untuk mengedit dan paparan satu slaid satu papan
Pembangunan isi kandungan: maklumat atau bahan yang berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan - proses pengumpulan, penterjemahan, pengubahsuaian elemen yang digunakan.
  
Pelaksanaan: [Implement]
Proses pengujian sebelum dilaksanakan bagi memastikan tiada pepijat, tepat, beroperasi. Mengikut peruntukan masa dan kehendak pelanggan. Turut juga bergantung kepada konfigurasi sistem tersebut. Pengujian dipelbagai platform untuk memastikan projek tersebut boleh digunapakai.

Penilaian: [Evaluation]
Pengujian: alpha dan beta:

Alpha: pengujian dalaman, draf kerja sahaja belum siap 100% kemungkinan terdapat kesilapan.

Beta: pengujian yang sebenar: Pengguna sebenar kemungkinan mereka menandatangi perjanjian untuk menjaga maklumat mengenai aplikasi terbocor kepada umum. Biasanya pihak syarikat memberi insentif kepada produk yang telah siap.
Tujuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak mengenai produk atau
aplikasi yang dijalankan dan pembangun boleh mengenalpasti kejayaan
dan pemasalahan yang timbul untuk membuat perubahan bagi mencapai
matlamat pembangunan.

Model ASSURE
Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989). Assure bermaksud “memastikan sesuatu berlaku”
Singkatan akromin ASSURE bermaksud
A – Analyse learner (Analisis pelajar)
S – State Objective (nyatakan objektif)
S – Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)
U – Use media (gunakan media )
R – Require learner response (keperluan tindakan)
E – Evaluate materials (menilai)

1.    Analyse learner (Analisis pelajar)
           Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan
           tajuk yang dihendak ajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk
           memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

2.    State Objective (nyatakan objektif)
            Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.

3.    Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)
           Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran.
           Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi
           jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru
           hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

4.    Use media (gunakan media )
           Rancangan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk
           persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid murid serta yang
           memberi  motivasi kepada murid supaya murid murid merasa senorok. Adakan juga
           aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

5.    Require learner response (keperluan tindakan)
           Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku.
           Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi

6.    Evaluate materials (menilai)
     Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan
·         Adakan objektif tercapai?
·         Bahan yang digunakan membantu P&P?
·         Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
·         Adakah suasana P&P selesa?
·         Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
·         Soalan yang dikemukan dapat dijawab?

Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE

A – Analyse learner (Analisis pelajar)
·         Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomii
·         Kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada
·         Stail pembelajaran; sama ada auditori, visual, atau kinestetik

S – State Objective (nyatakan objektif)
·         Tahap minimum sepatutnya dipelajari murid daripada pengajaran dan pembelajaran
·         Fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari

S – Select, method, media & materials (kaedah, media, bahan)
        Kaedah: simulasi, demostrasi, latihan tubi
        Media: kriteria seperti:
·         Sepadan dengan kurikulum
·         Maklumat tetap dan terkini
·         Bahasa jelas
·         Tarik minat dan dapat mencetus moticasi
·         Menggalakan penglibatan pelajar
·         Kualiti teknikal
·         Terbukti keberkesanan
·         Ada panduan guna

Reka bentuk bahan mengambil kira
·         Objektif
·         Pelajar
·         Kos
·         Masa
·         Kepakaran teknikal
·         Peralatan
·         Kemudahan

U – Use media (gunakan media )
·         Menyediakan media
·         Menyediakan bahan
·         Menyediakan persekitaran
·         Menyediakan pelajar
·         Menyediakan pengalaman pembelajaran

R – Require learner response (keperluan tindakan)
Mendorong penglibatan pelajar seperti; latihan, kuiz. projek

E – Evaluate materials (menilai)
·         Menilai pencapaian
·         Hasil pembelajaran
·         Media dan kaedah
·         Penyediaan guru
·         Penyediaan murid


Reka bentuk mesej
Dalam reka bentuk pengajaran, media merupakan saluran komunikasi yang penting. Media inilah yang menjadi perantara dalam penyampaikan mesej atau maklumat antara penyampai dengan penerima. Sebarang alat media yang digunakan sama ada dalam bentuk cetak, video, audio atau bahasa dan suara guru sendiri ialah media atau saluran komunikasi yang memungkinkan mesej diterima.

Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga kompenen, iaitu mesej, bentuk mesej, dan saluran mesej.
1.    Mesj ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan. Mesaj boleh dalam bentuk maklumat, motivasi, peringatan dan sebagainya.
2.    Bentuk mesej merujukan kepada cara maklumat disimpan, mungkin dalam bentuk asli atau yang sebenar, dalam bentuk abstrak, symbol, visual, gambaran, bentuk bahasa dan sebagainya.
3.    Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej. Alat saluran mesej ini boleh dalam bemtuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Anatara alat penyaluran mesej ialah media televisyen, radio, projector overhed, LcD, projector filem dan sebagainya.

Penyampaian mesej yang berkesan melibatkan dua kontinum yang bertindak saling. Memandangkan pengajaran melibatkan penyampaian mesej daripada guru kepada pelajar dan sebaliknya. Pemahaman tentang proses komunikasi adalah penting untuk memastikan penyampaian pengajaran pembelajaran berkesen dapat berlaku.

Guru dan pelajar saling memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan penerima maklumat. Tindak balas, tingkah laku, dan respons pelajar memberikan maklum balas kepada guru sama ada mesej telah diterima dan difahami atau sebaliknya.

Dalam proses pengajaran, reka bentuk mesej adalah penting kerana ia memastikan mesej difahami. Penerima dan pemahaman mesej inilah yang menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Mesej dapat disampaikan melalui pelbagai media. Pemilihan media yang paling sesuai dengan pengalaman pelajar dapat mempercepatkan dan memudahkan penyampaian mesej.

Menurut edgar dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan. Berikut ialah paparan kon pengalaman Edgar Dale (1969)




Gagne dan briggs (1974) mengemukakan enam kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media berkenaan. Pemilihan media yang sesuai bagi menyampaikan maklumat atau mesej bergantung pada objktif dan jenis pembelajaran yang dirancang. Enam kategori media tersebut ialah:

1.    Perkataan/struktur bahasa
2.    Bentuk bunyi bukan bahasa
3.    Perkataan bercetak
4.    Gambar statik
5.    Gambar bergerak
6.    Sampel sebenar

Pemilihan satu media atau gabungan pelbagai media nergantung pada bentuk mesej dan objektif pengajaran-pembelajaran yang hendak dicapai.

Rujukan:
1.    Chin Yoon Poh (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

2.    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Oxford Fajar
3.    Professor Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Dr. Rosini Abu (2009). HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn Bhd
4.    Rozinah Jamaludin (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Prin-Ad Sdn Bhd

0 comments:

Post a Comment