My ads

Friday, November 12, 2010

Teknik rakaman Audio

Teknik rakaman  Audio

Sebagai sebahagian rakaman pita video, bunyi mempunyai pelbagai bentuk:

·               Suara segerak orang yang muncul dalam sesuatu adegan yang sedang dirakam pada pita video pada masa yang sama ketika gambar dirakam.
·               Bunyi yang penting bagi subjek (sebagai contoh,bunyi binatang ,jalan atau mesin) dirakam pada pita video pada masa sama dengan gambar yang dirakam.
·               Bunyi yang penting atau bunyi biasa bagi subjek itu tetapi dirakam pada pita audio yang berasingan daripada gambar ( boleh juga diperoleh daripada rekod kesan bunyi)
·               Perawian yang boleh dirakam oleh satu atau lebih suara luar kamera sama ada pada masa sama gambar itu dirakam,atau keutamaannya pada pita audio dan ditambah kepada gambar selepas gambar disunting.
·               Muzik sebagai satu pengenalan, latar belakang atau antara segmen program yang dirakam pada pita audio dan kemudian dipindahkan kepada pita video selepas penyuntingan.

Perkara perkara yang perlu diambil perhatian  apabila merakam bunyi untuk rakaman pita video

·               Lebih baik gunakan sesuatu mikrofon yang diasing daripada yang dibina di dalam kamera video . Letakkan ia rapat dengan subjek untuk kualiti terbaik-tidak lebih daripada 3 kaki jauh dari seseorang yang sedang bercakap.
·               Pertimbangkan penggunaan mikrofon wayerles atau mikrofon senapang patah jika sukar untuk menyimpan mikrofon yang biasa,atau tali kod, luar daripada adegan.
·               Jika lebih daripada satu mikrofon  akan digunakan di dalam sesuatu adegan, sambungkan setiap kepada input pada pengadun audio yang ini pula disambungkan kepada talian input pada PKV. Ubahsuai aras bunyi sebelum rakaman bermula.
·               Mulakan rakaman sekurang-kurangnya 10 saat sebelum bunyi dan aksi dimulakan dan teruskan rakaman untuk sekurang-kurangnya  10 saat selepas bunyi dan aksi ditamatkan. Pembukaan dan penutup yang kosong akan diperlukan semasa penyuntingan.

0 comments:

Post a Comment