My ads

Friday, November 12, 2010

Bab 3: Media Pengajaran

1.    Pengenalan

            Bidang Teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini.

2.    Konsep Media

            Media atau medium bermakna saluran komunikasi yang membawa maklumat. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, dan sebagainya. Namun, media masih mempunyai pelbagai makna.

            Pervical dan Elington (1984) membahagikan media kepada dua, iaitu
a)    Pelbagai Alatan Fizikal Teologi Pendidikan
-       Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita dan sebagainya.
b)    Pelbagai Saluran Komunikasi Semasa
-       Ini termasuklan surat khabar, radio dan televisyen.

Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermaksud guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

Torkelson (1972) pula membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.

a)    Mesej adalah isi kandungan, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu.
b)    Bentuk mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Mesej boleh  
      disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, symbol dan sebagainya.
c)    Saluran mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau
     mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar.

3.    Konsep Media Pengajaran
            Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu digelar sebagai media pengajaran.

Kemp dan Smellie (1984), pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.

Ngui Kuan Sang (1989) pula mengemukakan media pengajaran merupakan satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.

Secara ringkasnya, media pengajaran boleh ditafsirkan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Kelebihan Media Pengajaran (MP)

Berhubung dengan dunia pendidikan yang  semakin demokratik, fungsi media pengajaran turut berubah dan berkembang. Berikut merupakan kelebihan yang ada pada Media Pengajaran yang sungguh fleksibel dan dapat memenuhi kehendak Pengajaran dan Pembelajaran.

a)    Memperjelaskan Penyampaian Mesej
  • Perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Contohnya, untuk menyatakan besar, tunjukkan objek atau gambar yang menunjukkan saiz besar yang dimaksudkan. 
  • Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran.
  • Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.
  • Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera
  • Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:
  1. Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
  2. Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
  3. Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem,gambar foto mahupun secara lisan.
  4. Objek yang terlalu kompleks(misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah,dll.   
  5. Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
  6. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi. Dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Dengan itu, pelajar dapat belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.
  7. Pengalaman dan Persepsi yang sama. Sifat keunikan yang ada pada setiap orang pelajar dan faktor persekitaran yang berbeza dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuanya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Contohnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini dapat membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

5.    Fungsi Media Pengajaran dalam pengajaran

            Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara, bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut merupakan fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran,

a)    Pengajaran Bersama Pengajar (Pembantu Guru)
-       Ia membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung. Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri.
-     Contohnya, Guru menggunakan muzik, carta, gambar rajah dan sebagainya.

b)    Pengajaran Tanpa bergantung kepada Pengajar (Pengganti Guru)
-       Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan.
-       Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Dengan cara ini, guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.
-       Contohnya, pelajar boleh mempelajari kejadian gempa bumi melalui tayangan video dan seterusnya diberi latihan untuk menjawab.

c)    Folio Bermedia (Media dalam Folio Pembelajaran)
-       Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu.
-       Folio biasanya menrangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.
-       Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan membentang hasil fikiran mereka.
-       Pembelajaran ini juga dikenali sebagai pembelajaran “dengan” media(learning with media) yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentaksir maklumat, menyusun maklumat yang ada dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain.

d)    Pengajaran Tematik
-       Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Ia bermula daripada perkongsian pengalaman yang diikuti dengan perkongsian kepakaran. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas.
-       Contohnya, lawatan ke tempat bersejarah, industri tempatan dan sebagainya.

e)    Pendidikan Jarak Jauh
-       Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang.
-       Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya.
-       Ruang berbual, papan bulletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.

f)     Pendidikan bagi Pelajar Istimewa (Media dalam Pendidikan Khas)
-       Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang berupaya.
-       Bagi pelajar pintar, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada.
-       Manakala bagi pelajar pekak, teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka seperti alat-alat bantu dengar.

6.    Jenis-jenis MediaEdgar Dale(1946), mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dalam
Bil
Jenis Media
Contoh
1
Teks
Huruf abjab dan nombor dalam buku, poster, papan kapur, skrin komputer.
2
Audio
Muzik, bunyi mekanikal, bunyi
3
Visual
Poster, lukisan, gambar, grafik, kartun
4
Media Motion/Bergerak
Pita rakaman, animasi
5
Manipulatif
Bahan 3 Dimensi yang boleh disentuh dan dikendalikan oleh pelajar.
6
Orang
Guru, pelajar, pakar rujuk bidang mata pelajaran.

Jadual 1: Jenis-jenis Media


7. Klasfikasi Media
-       Klasifiikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman(1937). Ia berasaskan kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar terletak pada tahap realismenya.
-       Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran.
-       Hieraki realisme- bermula daripada konkrit(situasi sebenar) kepada abstrak(perkataan).


membina “Kon Pengalaman Dale”. 


Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatan diri
dalam sesuatu pengalaman sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurang
apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan.
Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentaksir simbol visual dan
lisan yang mewakili peristiwa tersebut.

Berdasarkan kon yang sama, Bruner(1966), membahagikan Kon pengalaman
kepada tiga pengalaman, iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik, dan
pengalaman simbolik atau digital.

Beliau mencadangkan penyampaian pelajaran bermula daripada pengalaman
enaktif( pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik(melalui
visual) dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau digital(melalui perkataan).

Jadi, kebijaksanaan guru menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan
kejayaan atau penguasaan pelajar terhadap sesuatu pelajaran.



Klasifikasi media yang dilakukan oleh Gagne dan Briggs pula adalah
mengumpulkan media dalam enam kategori berdasrakan rangsangan fizikal yang
dihasilkan oleh setiap media.

Terdapat satu pengkelasan yang juga berdasarkan ciri-ciri fizikal media.
Pengkelasan ini membahagikan media kepada 8 jenis.
  
Bil
Jenis Media
Contoh
1
Media Tayang Kaku
Transparensi, slaid, dan mikrofilem
2
Media Tayang Bergerak
Pita video, cakera padat digital, dan filem
3
Bahan Grafik
Lukisan, poster, kartun, carta, dan graf
4
Gambar Kaku
Gambar foto, kad imbasan, poskad
5
Bahan Pameran 3D
Model, boneka, diorama, pupet
6
Papan Pameran
Papan kapur, papan putih, papan flanel, papan buletin
7
Media Audio
Pita kaset, cakera padat, komputer
8
Media Cetak
Modul, buku teks, surat khabar, majalah, risalah

Jadual 2: Pengkelasan media

 


7. Rujukan

      Chin Yoon Poh.(2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Shah Alam:UG Press Sdn.Bhd.

      Prof.Madya Dr.Wan Zah Wan Ali.Prof Madya Dr.Ramiah Hamzah.Dr.Rosini Abu.(2009).Prinsip Teknologi Pengajaran.Shah Alam: Meteor Doc.Sdn Bhd.

      Noriati A.Rashid.Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Wan Kamaruddin Wan Hasan.(2009).Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

0 comments:

Post a Comment