My ads

Monday, January 3, 2011

Peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Tanggungjawab dan peranan sekolah terhadap masyarakat ataupun komuniti adalah amat penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Fungsi utama sekolah adalah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.

Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk meneruskan perkembangan masyarakat atau komunitinya. Selain itu, sekolah juga sebagai suatu institusi masyarakat yang mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikuti arah aliran dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasikan ini memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai.

Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Tidak ketinggalan juga, sekolah mengajar murid seperti mencinta sekolah dan alam sekitar, demi membentuk masyarakat penyayang. Nilai-nilai budaya masyarakat ini adalah penting kerana ia menentukan kandungan normanya. Misalnya, jika anggota-anggota masyarakat meletakkan nilai yang tinggi terhadap kemahiran teknik dan vokasional, maka norma-norma masyarakat tersebut akan berusaha membekalkan peluang bagi anggota-anggotanya agar memperolehi kemahiran teknik dan vokasional itu.

Di Malaysia, sistem pendidikannya adalah meletakkan nilai tinggi terhadap usaha melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan menggubal dan melaksanakan kurikulum baru ke arah mencapai matlamat pendidikan tersebut. Sekolah merupakan tempat yang mengekal dan menyebarkan  budaya masyarakat menerusi pemupukan budaya ilmu di kalangan pelajar. Kejayaan memupuk budaya ilmu dapat diperlihatkan daripada situasi-situasi berikut:

*        Kewujudan keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak dalam kegiatan keilmuan.
*        Ilmu dianggap sebagai keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat.
*        Kewujudan keadaan di mana segala tindakan manusia pada peringkat individu dan masyarakat dilakukan atas landasan keilmuan.
*        Kewujudan keadaan usaha manusia menggunakan ilmu untuk meningkatkan kualiti hidup serta membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk keluarga, masyarakat dan negara.
*        Kewujudan keadaan segala lapisan masyarakat menggunakan ilmu untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, menolak kejahilan dan kepalsuan.

Jika direnung kembali, kita dapat mengkaitkan peranan yang berkaitan sekolah kepada beberapa skop utama:

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara

Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka dapat diringkaskan seperti berikut:

Faktor dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Faktor dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Seperti yang diketahui umum, fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan atau haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara.

Maka, dalam usaha menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), faktor-faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah:

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia.

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)  Malaysia.

Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapai perpaduan  yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.

BCN 3104: 儿童文学选读(原文下载)

个篇章原文下载:

伊索寓言二则《北风和太阳》《狼和小羊》
儿童文学选读《一个孩子的宴会》
儿童文学选读《一只想飞的猫》
儿童文学选读《七彩的虹》
儿童文学选读《三棵银杏树》
儿童文学选读《三棵银杏树》 ppt
儿童文学选读《儿歌》
儿童文学选读《卖火柴的小女孩》
儿童文学选读《夜晚,在森林里》
儿童文学选读《对星星的诺言》
儿童文学选读《小虎的梦境》
儿童文学选读《小说》
儿童文学选读《小辣椒》
儿童文学选读《少年笔耕》
儿童文学选读《怪老头儿》
儿童文学选读《我是雪》
儿童文学选读《我的环保妈妈》
儿童文学选读《爸爸的老师》
儿童文学选读《荡秋千》
印度寓言三则《痛苦的金钱》《先知》《半饼》
古代寓言二则《偷鸡的人》《买椟还珠》
杨唤《七彩的虹》
杨唤《七彩的虹》赏析
金江寓言三则《割掉尾巴的狐狸》《老驴推磨》《雁儿飞到了非洲》