My ads

Friday, November 12, 2010

Bab 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran. (Model Assure)

Tajuk 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran. (Model Assure)

Pengenalan:

Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.

            Huraian di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya. Tujuannya ialah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membatu guru dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.

Apakah maksud istilah-istilah berikut?
·         Perancangan
·         Pemilihan 
·         Penghasilan
·         Penilaian

Bab 3: Media Pengajaran

1.    Pengenalan

            Bidang Teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini.

2.    Konsep Media

            Media atau medium bermakna saluran komunikasi yang membawa maklumat. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, dan sebagainya. Namun, media masih mempunyai pelbagai makna.

            Pervical dan Elington (1984) membahagikan media kepada dua, iaitu
a)    Pelbagai Alatan Fizikal Teologi Pendidikan
-       Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita dan sebagainya.
b)    Pelbagai Saluran Komunikasi Semasa
-       Ini termasuklan surat khabar, radio dan televisyen.

Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermaksud guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

Torkelson (1972) pula membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.

a)    Mesej adalah isi kandungan, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu.
b)    Bentuk mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Mesej boleh  
      disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, symbol dan sebagainya.
c)    Saluran mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau
     mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar.

3.    Konsep Media Pengajaran
            Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu digelar sebagai media pengajaran.

Kemp dan Smellie (1984), pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.

Ngui Kuan Sang (1989) pula mengemukakan media pengajaran merupakan satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.

Secara ringkasnya, media pengajaran boleh ditafsirkan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Bab 2: Reka Bentuk Pengajaran

Bab 2: Reka Bentuk Pengajaran

Pengenalan:
            Proses pengajaran atau “penyampaian “ merupakan suatu kemestian dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu ada maklumat yang jelas yang hendak dicapai. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada perancangan yang lengkap dan sistematis. Justeru, reka bentuk pengajaran ialah manifestasi bahawa pembelajaran tidak harus berlaku dalam keadaan kelam kabut, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus kepada hasil pembelajaran yang boleh diukur.
            Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar agar pembelajaran dapat berlaku. Hal ini termasuk mengukur pencapaian objektif (hasil pembelajaran) dan merancang semula sehingga objektif tercapai. Dengan kata lain, reka bentuk pengajaran ialah proses tiga peringkat, iaitu penentuan objektif yang jitu, perancangan pengajaran pembelajaran, dan penilaian pengajaran pembelajaran.

Konsep Reka Bentuk Pengajaran
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistemis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Apa itu reka bentuk pengajaran?
            "Instructional technology is the theory and practice of designing development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning". (Seels & Richey, 1994)
            "Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksanakan dan menilai pengajaran". (Dick & Reiser, 1989)
            "Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk penegembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh  memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran". (Richey, 1986)
Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi secara amnya terdapat 6 perkara asas:
1.    Menentukan keperluan pelajar
2.    Menentukan matlamat dan objektif
3.    Membina prosedur penilaian
4.    Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5.    Mencuba sistem pengajaran
6.    Menilai keseluruhan sistem

Gustafson (1991) telah membahagikan model-model itu kepada 3 tumpuan:
·         Model berorientasikan bilik darjah
·         Model berorientasikan produk
·         Model berorientasikan sistem

Teknologi pengajaran ialah satu cara yang sistematik untuk membentuk, melaksanakan dan menilai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif-objektif tertentu yang berdasarkan penyelidikan, pembelajaran dan komunikasi manusia dan menggunakan sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.

Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di maria proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.
(Yusuf Hashim, 1998)

Teknik rakaman Audio

Teknik rakaman  Audio

Sebagai sebahagian rakaman pita video, bunyi mempunyai pelbagai bentuk:

·               Suara segerak orang yang muncul dalam sesuatu adegan yang sedang dirakam pada pita video pada masa yang sama ketika gambar dirakam.
·               Bunyi yang penting bagi subjek (sebagai contoh,bunyi binatang ,jalan atau mesin) dirakam pada pita video pada masa sama dengan gambar yang dirakam.
·               Bunyi yang penting atau bunyi biasa bagi subjek itu tetapi dirakam pada pita audio yang berasingan daripada gambar ( boleh juga diperoleh daripada rekod kesan bunyi)
·               Perawian yang boleh dirakam oleh satu atau lebih suara luar kamera sama ada pada masa sama gambar itu dirakam,atau keutamaannya pada pita audio dan ditambah kepada gambar selepas gambar disunting.
·               Muzik sebagai satu pengenalan, latar belakang atau antara segmen program yang dirakam pada pita audio dan kemudian dipindahkan kepada pita video selepas penyuntingan.

Penerbitan Audio

Penerbitan Audio
Sejauh manakah audio penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran?

Pengenalan

Media audio berupaya untuk memberi sumbangan unik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran kendiri bagi murid-murid yang kurang keupayaan membaca, pembelajaran bahasa asing, bercerita untuk memerangsang imaginasi, muzik untuk aktiviti fizikal dan sebagainya. Alat-alat seperti radio kaset dan CD seharusnya adalah sesuatu yang biasa digunakan dalam bilik darjah disebabkan penggunaannya yang mudah. Walau bagaimanapun penggunaan media audio yang berkesan memerlukan kefahaman tentang proses pendengaran serta pemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran.

Mendengar adalah merupakan suatu proses komunikasi. Terdapat dua aspek penting yang perlu anda fahami mengenai proses pendengaran iaitu mendengar (hearing) dan mendengar dengan memberi perhatian ( listening). Proses mendengar atau “hearing” hanyalah satu proses fisiologi sementara mendengar dengan memberi perhatian adalah merupakan proses psikologi. Bolehkah anda membezakan di antara ke dua-duanya?

Contohnya begini. Anda sedang berbual-bual dengan teman wanita anda dalam sebuah restoran. Semasa perbualan itu, anda mendengar (hear) bunyi kenderaan di luar, bunyi pelanggan bercakap-cakap, suara kanak-kanak ketawa dan sebagainya, namun bunyi-bunyi itu tidak anda perduli atau berikan perhatian. Sebaliknya anda mendengar dengan memberi perhatian yang serius (listen) terhadap apa yang teman wanita anda cakapkan. Sekarang bolehkan anda membezakan di antara mendengar dengan mendengar dengan memberi perhatian? Di dalam bilik darjah keadaan serupa boleh berlaku. Bolehkah anda terangkan mengapa keadaan ini berlaku? Ya, ini ada kaitan dengan proses komunikasi.

Keberkesanan proses mendengar di kalangan murid-murid bergantung pada beberapa perkara. Pertama, tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasa yang dimiliki oleh mereka. Ini bermakna bahawa kandungan mesej dalam bahan audio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran berbahasa murid.
Kedua, sejauh manakah murid-murid dapat mendengar dengan jelas sesuatu bahan audio seperti bahana atau kelantangan (volume) audio dan kejelasan sebutan. Bahana yang rendah sukar didengari oleh murid-murid sementara sebutan yang kurang jelas akan menyukarkan murid-murid untuk memahami mesej yang hendak disampaikan.

Ketiga, sejauh manakah nada sesuatu bunyi itu berbentuk sekata atau monotonous. Nada yang sekata sepanjang masa akan menyebabkabkan pendengar atau murid menjadi lali sehingga ia tidak memberi perhatian tentang apa yang didengarinya. Oleh itu adalah penting sesuatu bahan audio itu mempunyai nada yang tidak sekata.

Keempat, sejauh mana seseorang pendengar atau murid-murid itu secara fizikalnya berupaya untuk mendengar. Murid-murid yang mengalami selsema atau kurang sihat berkemungkinan kurang berupayaan untuk memberi perhatian tentang apa yang didengarnya.

Setelah membaca perenggan-perenggan di atas anda seharusnya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar. Pertama ialah penyampai mesej (guru) dan kedua ialah penerima mesej (murid). Guru yang dapat mempersembahkan atau menyampaikan mesejnya dengan berkesan kepada murid-murid yang bersedia untuk mendengar mesej akan menghasilkan proses mendengar yang berkesan.  Sebaliknya bahan audio yang tidak dirancang, dihasil dan digunakan dengan baik oleh guru akan menyebabkan proses mendengar kurang berkesan.