My ads

Saturday, October 8, 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan

 

“Sediakan payung sebelum hujan!”

“Sekarang musim panas cik kak oi mana ada hujan turun!”

“Tak semestinya tunggu hujan baru nak sediakan payung. Kalau tak ada payung apabila hujan turun macam mana? Baru nak cari kedai payung? Pinjam orang payung? Dengar aku cakap sediakan payung sebelum hujan.”

Lazimnya, pada setiap bulan dua belas, kebanyakan syarikat memberi bonus kepada pekerja-pekerjanya termasuklah butik Femina. Pada tahun-tahun yang lepas, butik Femina akan memberi bonus sebanyak dua bulan atau lebih bergantung kepada keuntungan yang diperolehi pada tahun itu. Pada tahun 2002 ini pula bonus yang diberi pada para pekerja tidak begitu lumayan, hanya satu bulan sahaja disebabkan kegawatan ekonomi. Walaupun ekonomi agak muram pada tahun ini, butik Femina tidak dilanda kerugian yang besar hanya keuntungan yang diperolehi berkurangan berbanding daripada tahun-tahun yang lepas. Namun demikian, ini tidak menghalang Lela berbelanja seperti biasa.

“Bulan ni aku dapat $3000 dollar. Wah banyak tu. Apa eh aku nak beli? Isk banyak jugak barang yang aku idam-idamkan. Ni tak boleh jadi. Besok aku akan pergi shopping,” Lela mengelamun.

“Cik Kak oi, mengelamun panjang nampak. Aku nasihatkan kau, kau tak nak dengar. Jangan berangan nak belanja aje. Simpan duit tu. Hujan datang bila-bila tau,” Rita cuba menasihati Lela yang sudahpun membuat cadangan untuk berbelanja besar dengan duit gajinya bersama bonusnya sekali yang bakal diterimanya.

“Kau ni tak habis-habis hujan datang. Kan sekarang musim panas kalau hujan pun, hanya gerimis sahaja. Don’t worry gal I can survive,” Lela berkata-kata lagi dengan penuh keyakinan.

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Wang gajinya diterima pada hari ahad pagi melalui bank akaun. Hari ahad itu juga Lela mengajak Rita pergi membeli-belah. Bermacam-macam barang sudah dirancangnya untuk dibeli. Kasut, beg, baju, cermin mata dan bermacam-macam lagi. Lela berbelanja seperti setiap hari dia akan menerima tiga ribu dolar.

“Rita, duit bonus kau, kau simpan buat jeruk ke? Belanjalah sedikit. Lama-lama kau simpan habis juga duit kau. Yang menyakitkan hati lagi duit gaji kau habis tapi barang tak nampak. Puas hati belanja apa yang kau nak sekarang,” Lela cuba menghasut Rita pula untuk berbelanja.

“Ehhh. Jangan nak cari pasal. Banyak lagi benda lain yang aku harus bayar. Lagipun wang simpanan aku belum capai Gunung Everest.”

“Oh aku lupa, kau kan nak kawin. Hahahaha! Ok hari ini aku belanja kau makan. Amacam? Kita pergi Sanur makan besar-besaran lepas tu aku nak tengok wayang ah,” semangat berbelanja Lela membuak-buak.

“Lela aku risau tengok kau tau. Asal dapat duit lebih, belanjanya tak agak-agak. Kau ni ada simpanan tak?” Rita menasihat temannya itu.

“Macam mak neneklah kau. Jangan risaulah duit aku pandai-pandailah aku uruskan. Mestilah aku ada simpanan aku sendiri. Kau takut apa? Bulan depan bukannya tak dapat gaji. Dah, mari kita pergi makan.”

Pada hari itu hampir lima ratus dolar dihabiskan Lela. Cara Lela berbelanja memang menakutkan. Hampir kesemua barang-barang peribadinya berjenama dan mahal-mahal belaka.

Sehari suntuk Lela dan Rita membeli-belah. Mereka pulang pada jam 11 malam. Walaupun sudah beratus-ratus dolar dihabiskannya, Lela masih bercadang untuk membeli-belah lagi di hari lain.

***************

Hujan turun dengan lebatnya. Dentuman petir yang kuat boleh memeranjat sesiapa yang sedang tidur lena. Suasana amat menggerunkan. Jalan raya kelihatan renggang. Dalam cuaca yang memuramkan itu, ramai yang hanya duduk di rumah. Mereka yang masih berada di luar lintang pukang mencari tempat berteduh. Lela masih tergapai-gapai di tengah hujan mencari tempat berteduh.

Seluruh badannya dibasahi hujan yang tidak putus-putus menyinggahi bumi. Di tengah-tengah jalan raya, Lela tidak tahu ke mana harus ditujuinya. Dibelek-belek begnya mencari payung tapi masih tidak kelihatan. Setahunya, dia ada menyimpan payung di dalam begnya itu tapi masih tidak dijumpainya. Anehnya, pada malam itu, walaupun baru sahaja jam 9 malam, semua kedai ditutup.

Seluruh badan Lela menggigil kesejukan. Di tengah-tengah jalan raya itu Lela terduduk ketakutan. Takut disambar petir, takut dengan cuaca yang menggerunkan dan takut dengan hujan yang mencucu-cucuk tubuhnya. Dentuman petir semakin kuat. Pokok-pokok tumbang akibat terkena sasaran sambaran petir. Lela tidak sanggup mendengar bunyi petir yang semakin kuat sehingga gendang telinganya bergegar.

“Tidak!Tidak!Payung! Aku nak Payung!! Payung!! Payung!!”

***************

“Lela! Lela! Bangun Lela! Subuh sudah nak habis waktu. Bangun!” Ibu Lela mengejut Lela dari Igauannya.

“Payung! Payung!

“Eh! Buang tebiat eh. Dah, bangun. Ni mesti semalam tak cuci kaki sebelum tidur. Mimpi bukan-bukanlah ni sampai nak minta payung,”

“Astaghfirullahalazim,” Lela terjaga dari tidurnya.

“Aku mimpi rupanya.” Lela bergegas ke bilik air untuk membersihkan badannya yang semalaman tidak dibersihkan selepas pulang dari jalan.

************

Pada hari itu, Lela tidak bekerja. Dia bercadang untuk mengambil cuti sakit. Lagipun kepenatan berjalan sehari suntuk semalaman masih belum hilang. Pada kesiangan hari, Lela mencuba baju dan kasut barunya yang baru dibeli. Dalam kesibukannya mencuba-cuba pakaian dan kasut barunya itu, telefon berdering.

“Ring! Ring! Ring! Ring!”

“Helo,” Lela menjawab telefon.

“Lela! Rita ni!”

“Eh Rita kenapa ni? Lain macam aje bunyinya. Kenapa? Kucing kau lari?” Lela cuba bergurau.

“Be serius please.”

“Ok.Ok. What’s up?”

“Apa yang aku takutkan selama ini sudah terjadi! Lela, aku kena buang kerja!”

“APA?! RETRENCHED?”

“Kenapa? Habis aku? Eh Rita, kau jangan main-main aku takut ni!”

“Tak percaya telefonlah Bos. Tadi Bos beritahu aku. Dia kata keadaan ekonomi semakin muram. Engkau, aku tak tahu tapi aku dengar ramai pekerja daripada cawangan lain pun kena buang kerja. Besok nanti kau tunggu sahaja berita tentang nasib kau. Ok aku nak pack barang aku. Bye.”

*************

Dengan hati penuh debaran, Lela menjejaki tempat kerjanya. Pilu rasanya memikirkan nasib teman karibnya Rita sudah tiada di tempat kerjanya lagi. Kini, hanya nasibnya yang belum pasti adakah rezekinya masih di sini ataupun di tempat lain?

“Kak, Lela kena buang kerja tak?” Lela bertanya kepada pekerja yang lain.

“Kakak tak dengar pula berita Lela dibuang kerja. Setahu kakak Cuma Rita dan Janet sahaja yang kena buang.”

Lega hati Lela mendengar berita gembira itu. Hujan masih belum turun untuk membasahi dirinya. Payung pula tidak perlu disediakan dahulu kerana hujan belum turun dan dijangka tidak akan turun untuk beberapa lama lagi. Walaupun Rita dibuang kerja, dia telahpun bersiap sedia untuk menghadapinya kerana wang simpanannya cukup untuk menampungnya untuk beberapa bulan sebelum dia mendapat kerja lain.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Lela seperti biasa, setiap kali mendapat gaji lebih sedikit, hampir habis wangnya dibelanjakan. Nasib tidak selalu menyebelahi Lela. Pada suatu hari, Lela jatuh sakit. Hampir seminggu dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa terlantar di katil. Pada suatu petang, Bos Lela menelefon Lela di rumahnya. Rita pula sedang menemaninya sepanjang hari.

“Lela apa khabar?” Bos Lela menanyakan khabar sebelum ingin menyampaikan berita yang kurang disenangi.

“Alhamdulilah. Esok saya boleh kembali bekerja.” Lela menjawab dengan penuh keyakinan.

“Maaf ya jika saya mengganggu awak. Begini Lela, perniagaan kurang memuaskan malahan butik Femina dilanda kerugian yang amat besar. Jadi…”

“Jadi saya akan dibuang kerja?” Lela semakin cemas.

“Bukan begitu Lela. Awak pekerja yang baik. Rugi kalau buang pekerja seperti awak. Saya terpaksa beri awak cuti tanpa gaji untuk beberapa bulan sehingga keadaan pulih kembali. Jika awak tidak setuju awak boleh letak jawatan.”

Ganggang telefon yang dipegang Lela melusur ke lantai. Lela hampir pengsan mendengarnya.

“Be…be…rapa bulan tak ada gaji? Bulan????? Tak ada gaji???? Tak ada duit????”

“RITA!!!!!!!!!!”

“Sudah aku katakan, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN. Sekarang hujan sudah pun turun sebelum kau sediakan payung. Ingat makcik oi hujan turun bila-bila masa sahaja dan kadang-kala tanpa isyarat. Puasalah kau untuk beberapa bulan ni Lela dan sudah sampai masanya kau berhenti membeli-belah setiap bulan.” Rita berhujah.

“Payung!!!!!!!!???Rita!!! Payung aku!!!!!!!!” Lela mulai sedar kesilapannya.

1 comments:

Unknown said...

As reported by Stanford Medical, It is indeed the ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh 42 lbs lighter than we do.

(And actually, it is not related to genetics or some secret exercise and EVERYTHING to about "how" they are eating.)

P.S, I said "HOW", not "what"...

Click on this link to determine if this quick questionnaire can help you decipher your true weight loss potential

Post a Comment