My ads

Sunday, January 16, 2011

Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Faktor baka
•  Baka memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna mata, tinggi atau rendah seseorang itu.
•  Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam akan melahirkan anak yang berambut hitam.
•  Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang agak cerdas juga.


Asuhan Ibu Bapa
•  Asuhan dan bimbingan ibu bapa yang sempurna akan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik terutamanya dari segi sosioekonomi dan mental.
•  Baurind membahagikan asuhan kepada 4 bentuk:
-  Authoritarian
-  Authoritatif
-  abaikan anak
- Indulgent

Jantina
•  Kajian-kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak perempuan lebih cepat belajar bercakap berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Minat, bakat dan nilai juga berbeza di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan. Minat kanak-kanak perempuan atau lelaki biasanya sejajar dengan peranan mereka dalam masyarakat.

Keadaan Kelahiran 
•  Ibu yang bersalin mengalami kesulitan ketika hendak bersalin, bayi yang lambat dilahirkan itu mungkin akan mengalami kecacatan mental.
•  Kanak-kanak seperti ini memang akan menonjolkan prestasi akademik yang rendah berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.

Sosioekonomi Keluarga 
•  Sosioekonomi keluarga yang baik akan menjamin makanan yang seimbang serta kemudahan-kemudahan pendidikan yang baik bagi seseorang individu.
•  Keadaan seperti ini akan membantu seseorang itu berkembang secara optimum berbanding dengan seorang pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin.
Rakan Sebaya
•  Rakan sebaya merupakan faktor penting dalam pembentukan personaliti.
•  Semakin meningkat usia, semakin luas pergaulannya. Rakan sebaya mempengaruhi individu dari segi:pengalaman, perasaan,sikap,emosi.

1 comments:

nura_mirazwa said...

boleh tak saya tahu maksud authoritarian, authoritatif, dan indulgent...

Post a Comment