My ads

Friday, July 8, 2011

TUT 3

 

Banding bezakan prinsip-prinsip pembalajaran Ewell yang dibincangkan dalam aktikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell

•    dikemukakan oleh Ewell (1997) yang menggambarkan prinsip ini  mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan dalam bilik darjah.

Terdapat lapan prinsip:
1)    Penglibatan aktif
•    Keadaan di mana pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan.
•    Contoh: Menjalankan latihan bertulis terhadap pelajar untuk meninjau dan membuat review bahan pembelajaran.

2)    Perkaitan dan corak / Konstruktivisme
•    Merujuk kepada adaptasi terhadap konteks pembelajaran baru dan tugasan dengan mengait, mengorganisasi, dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur baharu.
•    Contoh: pelajar diminta mencipta produksi yang menggabungkan ilmu yang telah dipelajari dengan idea baru yang telah direkacipta oleh pelajar sendiri.

3)    Pembelajaran informal
•    Ini membawa erti bahawa pembelajaran tidak hanya berlaku di bilik darjah ataupun dalam waktu pembelajaran.
•    Contoh: Mewujudkan sudut pembelajaran yang disediakan dengan alat permainan untuk semua pelajar bermain. Ini dapat membantu pelajar memanipulasi alat dan berinteraksi antara satu sama lain.

4)    Pengalaman langsung
•    Pengalaman langsung bergantung kepada proses pelajar membina makna berdasarkan pengalaman yang sedia ada.
•    Contoh: Pelajar boleh menggunakan ilmu matematik asas yang dipelajari dalam kelas dan mengadapitasikannya ketika mengira jumlah wang semasa membeli alat tulis di koperasi sekolah.

 
5)    Situasi mendesak
•    Situasi kompleks dan mendesak dapat memotivasikan pelajar untuk mencari penyelesaian.
•    Contoh: Guru memberi pelajar tanggungjawab yang lebih dalam kepimpinan dalam sebuah organisasi atau kelab untuk memotivasikan pelajar supaya tidak mengambil ringan terhadap amanah diri sendiri.

6)    Maklum balas berterusan
•    Ia bukan semata-mata berperanan pemprosesan maklumat tetapi juga mempengaruhi proses afektif dan motivasi pelajar.
•    Semasa tugasan diberikan, guru bergerak dan memantau pelajar untuk memastikan pelajar menjalankan tugasan dengan betul. Memberikan maklum balas  sewajarnya sekiranya mendapati pelajar membuat kesilapan.

7)    Suasana yang menyeronokkan
•    Persekitaran emosi bilik darjah bergantung kepada beberapa aspek, seperti: cara kawalan kelas, suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan dan sebagainya.
•    Contoh: Guru yang mengamalkan kemesraan yang baik akan menimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang diberikan. (Kerana tidak rasa stress)

8)    Refleksi
•    Satu proses yang membolehkan pelajar memikir dan merenung kembali segala maklumat dan pengalaman yang dipelajari serta merangsang kemahiran penilaian kendiri.
•    Contoh: Selepas suatu sesi pembalajaran, guru boleh meminta pelajar menyatakan isi-isi penting dalam topik pembelajaran untuk mengukuhkan ingatan mereka.


Prinsip-prinsip Pembelajaran Gagne

Prinsip pembelajaran Gagne dapat dilihat menerusi proses pembelajaran yang kemukakan oleh Gagne. Teori Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia memproses maklumat seperti komputer.

Terdapat lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari oleh Gagne.

1.     Motivasi
•    Merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku
•    Pembelajaran akan berlaku jika seseorang pelajar itu bermotivasi

 

2.    Memberikan perhatian: Memastikan perhatian pelajar
•    Pelajar akan belajar jika mereka mendengar dan menumpukan perhatian kepada pengajaran yang disampaikan.
•    Oleh itu, proses pembelajaran perlulah menarik dan menyeronokkan pelajar serta penglibatan pelajar yang aktif dalam aktiviti pembelajaran.

3&4.   Perolehan dan ingatan
•    Sesuatu yang dipelajari harus diingati, aspek memori amat penting.
•    Penggunaan bahan pembelajaran yang mudah difahami dalam pelbagai bentuk yang dapat merangsang pelbagai deria dapat diingati oleh pelajar.

4.    Ingat kembali dan retrieval
•    Retrieval merujuk kepada proses mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar (Yelon dan Weinstein,1977).
•    Pengalaman pelajar harus diambil kira dan sentiasa menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada.
•    Penggunaan bahan pembelajaran perlu mudah difahami dan ini memudahkan maklumat diingat kembali oleh pelajar.

5.    Generalisasi
•    Maklumat yang diingat kembali akan digunakan dalam situasi-situasi baru.
•    Pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat mengaplikasikan apa-apa yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar sekolah.

6.    Prestasi
•    Tindak-tanduk pelajar dapat mengesahkan berlakunya pembelajaran.
•    Indikator seperti aktiviti dan respons pelajar sama ada secara lisan atau bertulis boleh menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku.

7.    Maklum balas dan peneguhan
•    Merupakan tahap di mana motivasi perlu diberikan setelah pelajar mencapai objektif pembelajaran.
•    Maklum balas bertujuan untuk memaklumkan tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
•    Maklum balas guru harus serta-merta untuk memperoleh kesan terhadap pembelajaran pelajar.
 
Soalan: Cuba carikan persamaan antara kedua-dua prinsip pembelajaran yang dikemukakan di atas.

PERBANDINGAN:-
Prinsip pembelajaran Ewell    Sama (√) /
Tidak sama (X)    Prinsip pembelajaran Gagne
Penglibatan aktif    √    Motivasi
Perkaitan dan corak / Konstruktivisme    √    Prestasi
Pembelajaran informal    X    Perolehan dan ingatan
Pengalaman langsung    √    Generalisasi
Situasi mendesak    X    Perolehan dan ingatan
Maklum balas berterusan    √    Maklum balas dan peneguhan
Suasana yang menyeronokkan    √    Memberikan perhatian: Memastikan perhatian pelajar
Refleksi    √    Ingat kembali dan retrieval

0 comments:

Post a Comment