My ads

Friday, July 8, 2011

ISL 3

Tugasan: Rumuskan semula isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep/ pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio.


Konsep Asas Pengajaran dan Pembelajaran

ü Penagajaran boleh dihuraikan sebagai memberkan arahan-arahan kepada atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain
ü Dihuraikan sebagai satu cara menyediakan pelajar dengan pengetahuandan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik
Secara ringkas, pengajaran ialah:
i. Melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat
ii. Menghormati kanak-kanak dan remaja
iii. Berkongsi pengetahuan
iv. Membimbing, mengarah, memudah cara, mengasuh dan merancang
v. Menentukan matlamat untuk diri dan pelajar
vi. Menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai


Pembelajaran boleh didefinisikan sebagai:
ü Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran
ü Merujuk kepada proses bagaimana seseorang kanak-kanak dapat cope dengan keperluan survival kerana ia tumbuh dalam persekitaran fizikal dan social (Zimbabwe Integrated Teacher Education Course, 2000)
Unisec, Lockhart dan Walters(1990:87) dalam Commonwealth of Learning (2002) mendefinisikan pembelajaran sebagai:
Ø Satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu yang berubah akibat daripada pengalaman
Ø Satu fenomena yang tidak boleh diperhatikan
v Pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman.
v Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman (Salvin, 2005)
Mengikut Hill (2002):
ü Pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan sesuatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang
ü Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar

Behaviorisme Kognitif
ü Menegaskan bahawa pembelajaran merujuk kepada perubahan yang boleh diperhatikan seperti tingkah laku bilik darjah atau kemahiran-krmahiran baharu atau pengetahuan yang boleh didemonstrasikan ü Menekankan tentang proses-proses mental yang digunakan oleh seseorang individu untuk belajar dan mengingatkan matlamat baharu atau kemahiran-kemahiran, tetapi tidak dapat diperhatikan
ü Dipelopori Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B.F. Skinner mementingkan peranan pengalaman dalam mempengaruhi tingkah laku ü Menegaskan bahawa pembelajaran berlaku kerana pelajar cuba memahami persekitaran secara aktif
ü Mengandungi perubahan dalam struktur mental akibat daripada penaakulan mental
Proses Pembelajaran Gagne

ü Menerangkan bahawa minda manusia memproses maklumat seperti komputer (Teori Gagne)
ü Mengenal pasti lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari (learned knowledge)
ü Yelon dan Weinstein (1977) mengilustrasikan proses pembelajaran Gagne dalam peringkat berikut:
image

Implikasi Proses Pembelajaran Gagne terhadap Pengajaran
Gagne, Wager, Golas dan Keller (2005:195) menggariskan Sembilan langkah pengajaran dan kaitannya dengan proses pembelajaran yang diberikan iaitu:
i. Menarik perhatian
ii. Maklum pelajar tentang objektif
iii. Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada/ pembelajaran lepas
iv. Mengemukakan bahan rangsangan
v. Memberikan bimbingan pembelajaran
vi. Menggalakkan perlakuan
vii. Memberikan maklum bals tentang prestasi
viii. Menilai prestasi
ix. Merangsang penyimpanan dan pemindahan
1 Menarik Perhatian
ü Menarik perhatian pelajar dengan mengarah pelajar kepada topic pengajaran
ü Cara untuk merangsang pelajar seperti merangsang naluri ingin tahu pelajar, memotivasi pelajar, memberikan cabaran kepada pelajar, menggunakan anekdot, teka-teki, humor dan gambar
2 Memaklumkan Pelajar tentang Objektif Pelajaran
ü Pelajar dimaklumkan tentang objektif pelajaran supaya mereka sedar tentang maklumat pengajaran
ü Lebih bersedia dan mempunyai pemikiran yang perlu untuk pelajaran yang akan dilalui
3 Merangsang Ingatan Kembali Terhadap PEngetahuan Sedia Ada
ü Amat penting untuk mewujudkan satu asas yang kukuh bagi membina pengetahuan baru
ü Hubung kait antara maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada akan memudahkan proses pembelajaran
4 Kemukakan Kandungan
ü Peringkat ini guru mengemukakan kandungan baharu kepada pelajar
ü Kandungan perlu dikelompokkan dan diorganisasikan secara sistematik dan bermakna sebelum diterang dan didemonstrasasikan
5 Membimbing Pembelajaran
ü Bimbingan tambahan perlu diberikan kepada pelajar semasa penyampaian kandungan untuk membantu pelajar mengekod maklumat dalam ingatan jangka panjang
ü Bahan pengajaran perlu jelas dan tepat
6 Melaksanakan Perlakuan
ü Peringkat ini pelajar dikehendaki untuk melatih kemahiran atau tingkah laku baru
ü Pelaksanaan perlakuan memberikan peluang untuk mengesahkan bahawa pelajar menguasai pengetahuan yang betul dan ulangan latihan ini memanjangkan jangka masa penyimpanan pengetahuan
7 Memberikan Maklum Balas
ü Maklum balas positif amat berguna untuk pelajar kerana dapat memberikan kepastian kepada pelajar
ü Maklum balas perlu spesifik dan serta-merta tentang pembelajaran
8 Menilai Perlakuan dan Prestasi
ü Pembelajaran akan diakhiri dengan memberikan ujian pos atau pentafsiran akhir untuk menilai penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang diajar
ü Dijalankan tanpa bimbingan tambahan
9 Merangsang Ingatan dan Pemindahan Pembelajaran
ü Peringkat ini guru perlu memberikan contoh tambahan dan bahan latihan untuk menambah baik pemahamam pelajar
ü Amat penting pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi sebenar serta berupaya untuk menyelesaikan masalah harian dengan pengetahuan yang baru dikuasai
Prinsip-prinsip Pembelajaran:
image
Jenis-jenis Pembelajaran:
image

0 comments:

Post a Comment