Perkembangan sosial-emosi kanak-kanak berdasarkan teori Kolhberg.
Teori perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
Beliau berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Perkembangan moral oleh kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan moral.
Tahap 1: Pra- Konvensional Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi |
Tahap 2: Konvensional Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan |
Tahap 3: Pos- Konvensional Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat |
Tahap 1: Pra- Konvensional
Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan.
Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi
Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri.
Tahap 2: Konvensional
Individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan.
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang di persekitaran. Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan
Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undang-undang. Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga kesejahteraan komuniti.
Tahap 3: Pos- Konvensional
Indiviu mula meneroka pilihan dalam penaakulan moral. Mereka mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.
Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu
Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu. Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat. Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai alternatif. Undang-undang dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.
Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat
Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang. Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat. Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain.
0 comments:
Post a Comment