My ads

Monday, January 3, 2011

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia.

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)  Malaysia.

Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapai perpaduan  yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.



             Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK.

Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Jadi, definisi bagi FPK ialah:

"Pendidikan di Malaysia adalah saatu usaha berterusan ke arah  memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap  keharmonian dan  kemakmuran masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut


Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang:

Sebagai kesimpulan, berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi menwujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manakala matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

0 comments:

Post a Comment